Monday, December 29, 2008

cik mek molek...

masa tgh shooting for program warung kita kat alor setar.....new astro program coming soon..

Saturday, December 27, 2008

terlupa...

kadang-kadang kita terlupa ada orang yang susah..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang senang..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang sengsara..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang dianiaya...

kadang-kadang kita terlupa ada orang yang menyayangi diri kita..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang senang dengan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang percaya dengan kita...
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang benci dengan kita..

kadang-kadang kita terlupa ada insan yang memerlukan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada tuhan yang menjadikan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada kiblat yang patut disembah..
kadang-kadang kita terlupa ada dosa yang pernah dilakukan...

kadang-kadang kita terlupa tentang pahala dan amalan yang akan ditinggalkan..
kadang-kadang kita terlupa tentang cinta dan perasaan orang yang disayang..
kadang-kadang kita terlupa tentang jihad dan pengorbanan..
kadang-kadang kita terlupa pada jasad dan roh dalam diri kita..

kadang-kadang kita terlupa siapa diri kita..
kadang-kadang kita terlupa tujuan hidup kita..
kadang-kadang kita terlupa siapa tuhan kita..
kadang-kadang kita terlupa sampai bila hidup kita??

Saturday, December 06, 2008

TRIBUTE TO MAWI DAN EKIN..SELAMAT PENGANTIN BARU

apabila Mawi masuk AF..semua belum mengenali siapa dia..
apabila Mawi menang AF..semua mahu menjadi kawan dia...
apabila Mawi balik Felda..semua mengaku juga berasal dari Felda..
apabila Mawi balik kampung...semua mengaku saudara maranya...

apabila Mawi masuk youtube...semua kata dia lalok..
apabila Mawi baca doa..semua mahu dia jadi menantu..
apabila Mawi menang anugerah...semua kata itu nasibnya..
apabila Mawi putus tunang...semua kata dia tak kenang untung nasib..

apabila Mawi jadi duta PowerRoot..semua suka minuman itu..
apabila Mawi berlakon filem...semua tak sabar nak mengutuk juga memuji..
apabila Mawi kehilangan ayahnya..semua simpati macam dah kenal bertahun..
apabila Mawi di gosip bercinta...semua menyumpah seranah pasangannya..

apabila Mawi kenal Ekin...semua kata Ekin pakai guna-guna..
apabila Mawi tak cakap apa-apa pasal Ekin..semua kata biasalah artis nak cover line..
apabila Mawi cakap dia nak kahwin..semua mula membuat spekulasi..
apabila Mawi sah nak kahwin..semua kalut nak tahu berapa hantaran Mawi...

apabila Mawi kahwin astro cover..semua tak puas hati sebab tak mendapat undangan..
apabila Mawi cerita kahwin nak naik helicopter..semua tertanya-tanya NURI atau EUROCOPTER??..
apabila Mawi pening fikir pasal hantaran..semua kelam kabut nak tumpang sponsored..
apabila Mawi sah menjadi suami EKIN...semua menderita kononnya telah tiada lagi LELAKI MELAYU TERAKHIR...

apabila Mawi dan Ekin berkahwin...semua mata pasti tertumpu di saluran tv..

apabila Mawi dan Ekin berkahwin..aku masih berdengkur di atas katil ku...

Sunday, November 30, 2008

1st time dalam hidup aku...

salam..

aku baru balik dari bintulu..ada show..memang gempak...best orang saner...aku naik flight dari kl jam 2.30pm sampai di sane kul 4.30 pm...trus di bawa ke hotel park everly...memang cantik hotel nih...

sampai di hotel aku lepak satu bilik dengan manager dari astro..perut lapar..trus order room service...aku makan chicken chop lagi sorang makan nasi goreng...

perut sudah kenyang...apa lagi trus dua2 tido...sedar2 member aku kena gi tempat show for sound check..aku sambung tido...sedar2 dah jam 7pm...

aku bangun nak mandi...dengan memakai boxer tanpa baju aku cuba nak merajinkan diri aku dengan mengemas barang2 aku..sekaligus mengemas pinggan yang kitaorg makan tadi..

aku pun mengambil tray dan membawa pinggan tersebut keluar....

TUUUPPP!!...pintu tertutup..aku diluar dengan hanya memakai boxer....kunci kt dalam...huwaaaaa!!!...

member aku pula dah blah...ahaks...buntu sih!..tiba2 lalu seorang amoi...terkejut dia bila melihat aku dengan boxer tanpa baju...aku dengan tanpa segan meminta dia tolong bagitau kat front desk untuk spare key...

tapi nasib aku baik sebab tiba2 ada house keeping yang datang kat bilik sebelah memberi towel..aku apalagi terus serbu makcik tu meminta tolong untuk membuka pintu bilik aku..dia tersenyum..tak tau sebab apa..mungkin sebab aku seksi or sebab dia terkejut??..

dia cakap dia tak de kunci...kena balik ofis amik kunci..aku cakap oraiit..then dalam 5 minit dia sampai bawa ki=unci dan buka bilik aku..kalaulah makcik tadi pandai nak pow aku...kalu dia cakap nak buka pintu bilik ni bayar rm100...sanggup aku bayar...hahahaha..

dah merata aku pergi..macam2 hotel aku duduk tak pernah jadiu camni...bintulu oh bintulu 1st time sampai ada kenangan yang takkan dapat aku lupakan...

kalau korang jadi aku time tu apa perasaan korang..ahaks..

Monday, November 24, 2008

perihalku..confuse??

salam...

tadi pada tanggal 23hb nov jam 4 ptg aku lepak di restoran pelita ampang dengan kawan aku adik..sambil menyembang kami memerhati sekeliling...hujan lebat waktu itu...ramai orang di restoran...dalam kerancakan bersembang mata aku terpaku pada brother sebelah meja aku...

mata aku terpaku pada tulisan di tshirtnya...dia berserta kawan2 nya memakai tshirt yang sama...bersongkok dan muka nampak seperti pendekar kehilangan keris!...

tshirt nya tertulis "SOKONG ISA"...depan dan belakang...mereka seperti mahu ataupun balik dari satu destinasi...aku tak peduli dari mana mereka datang...namun tshirt itu menarik perhatian aku....

lalu aku teringat yang pada 23hb nov ini dikhabarkan ada perhimpunan membantah ISA di pandan indah dan akan dirasmikan oleh Anwar ibrahim...dalam fikiran aku mungkin mereka ini juga akan turut serta didalam perhimpunan itu walaupun ideologinya berbeza...dan juga cetakan di tshirt yang sememang nya berbeza...

aku dengan ringan mulut menegur salah seorang dari mereka...

soalan yang keluar....."bro..malam ni pergi pandan indah ker"
namun tidak dijawap oleh brother yang aku tanya...sebaliknya dijawap oleh membernya yang lain...jawapannya..."kat pandan indah bukan kita orang"...
aku tanya lagi..."oh...so ada buat apa2 perhimpunan ke atau aktiviti.."
jawapan dari orang yang sama..."..yang pergi pandan indah malam ini semuanya KAFIR"..

aku tersenyum...lalu mereka mengalih tempat duduk ke meja lain...brother yang jawap pertanyaan aku lalu di belakang aku...lalu aku menjawap..."fatwa tak cakap macam tu takpa boleh pergi.."

member aku tersenyum...kawan brother itu pun tersenyum...

yang menjadi persoalan aku...kenapa orang yang menjawap itu perlu berkata sedemikian rupa??..sedangkan dia sendiri tidak memakai tshirt "SOKONG ISA" itu...kawan nya yang memakai tshirt tersebut pula hanya diam...aku juga tidak memakai apa2 tshirt yang menandakan aku menyokong atau tidak...aku melayu dan brother itu pun melayu...aku bersunat brother itu pun bersunat..aku suka ronggeng brother itu pun sama...namun kenapa dia menjawap sebegitu rupa.....

kalau lah orang bukan melayu yang bertanya pada nya adakah dia akan memberikan jawapan yang sama seperti dilemparkan pada aku...aku rasa mungkin tidak...paling kuat pun dia akan mengajak orang bukan melayu itu untuk menyertai gagasannya...baru dia boleh berkata seprti apa yang diperkatakan padaku...

sampai sekarang masih terbayang wajah dan jawapan dari brother itu...minta izin dari ALLAH agar aku dipertemukan semula dengan brother itu kerana aku ingin bertanya kembali padanya..."berapa banyak yang dah jadi kafir di pandan indah"...

Saturday, November 22, 2008

kisah di satu hari..

tersebutlah kisah terjadi di sebuah negeri kencana pura...ketaatan dan kesetiaan telah tidak dipercaya..berlaku perselisihan diantara ketua-ketua...

Sang Raff: ahhhh!!!...mana boleh jadi begini...semua orang telah mula berkata-kata dan cuba hendak melawan aku...tidak tahukah mereka aku yang paling berkuasa...ahhhhh!!..

Sang Zatt-Zatt: ya!..semua orang sudah mula lupa dengan mu wahai Sang Raff..mungkin mereka sudah mula tua dan nyanyuk...tapi aku tetap taat dengan perintah mu...

Sang Raff: bagus..bagus orang beginilah yang aku suka..wahai Sang Zatt-Zatt,adakah engkau akan melawan dan menggugat aku satu hari nanti..

Sang Zatt-Zatt: tidak Sang Raff..

sang Raff: ermm...adakah engkau akan cuba mengambil kerusi tempat duduk aku?

Sang zatt-Zatt: oh! tidak sama sekali..kerana saiz kita amat berbeza..

Sang RAff: oh...kau mengutuk saiz aku ya?...

Sang Zatt-Zatt: tidaaaaaakk Sang Raff...tidakkkk..

Sang Raff: bagus...sang Zatt...apa rancangan kau selepas bulan 3 nanti..?

Sang Zatt-zatt: ermm..belum tahu lagi..mungkin aku akan tido sahaja di rumah..

sang raff: yaa..itu amat bagus untuk kesihatan kau..

sang zatt-zatt: kesihatan??..aku tidak sakit!

sang raff: ermm..habis tu..kenapa aku mendapat email mengatakan kau sakit?

sang zatt-zatt:..oh!..email itu..errrr..mungkin satu muslihat!

sang raff: mungking juga...

sang zatt-zatt: wahai sang raff..mahukah engkau pergi bercuti ke mana-mana dalam waktu yang terdekat?

sang raff: cuti??..kemana?

sang zatt-zatt: hong kong...kerna dokhabarkan disana ada jualan murah handbeg..baju,kasut dan juga AP...

sang raff: ahahahaha..sudah lama aku tak shopping..bagus cadangan itu...bagus..

sang zatt-zatt tersenyum riang...

maka selepas itu sang raff pun pergi ke hong kong...maka sang zatt-zatt pun membuat helah untuk merampas kuasa dari sang raff....

bersambung........

Saturday, November 15, 2008

perihalku...re-post

salam...

dalam kesejukan hujan yang menimpa bumi KL ketika ini,aku tak tahu nak buat aper..lalu terfikir pula untuk aku menyorot kembali titipan ku dalam blog..aku jadi kagum sendiri kerna aku bukan seorang yang berpelajaran tinggi juga bukan seorang sasterawan..tapi coretan aku kekadang kalu dilihat seperti cendekiawan..itu lah kelebihan blogs..kerna kita yang menjadi penulisnya,penerbit,editor,pembaca dan segalanya..

disini aku re-post kembali coretan yang aku buat tanggal 28 dec 2007...

banyak perkara yang bermain dikotak fikiran aku ketika ini...antara kemeriahan,kedurjanaan,ketakutan dan juga kesyukuran...semuanya berkaitan dengan kehidupan...semalam aku dikejutkan dengan kisah kedurjanaan...

kematian Benazir Bhutto mantan perdana menteri pakistan yang terbunuh angkara bangsa sendiri..angkara kekalutan politik dan juga yang penting sifat hasad dengki...hasilnya kematian seorang pemimpin yang berkaliber..wanita islam pertama yang memerintah kerajaan..semuanya berkaitan dengan prinsip..

aku punya prinsip,korang pun punya prinsip...namun adakah prinsip yang dipegang itu kelak akan menjadi tunjang perjalanan hidup kita?..mungkin ya dan mungkin tidak sama sekali..kerna manusia punya hati dan perasaan yang boleh berubah..kalau dulu pepatah pernah mengatakan rambut sama hitam hati lain2 tapi sekrang telah berubah sama sekali kerna rambut masing2 telah diwarnakan begitu juga dengan hati yang sedikit demi sedikit akan mempunyai pelbagai warna..

negara kita juga pernah bergoncang dengan masalah prinsip..ingat lagi 13 may,gelombang reformasi,kekalutan UMNO apabila di haramkan..ops lalang dan yang terkini ops parlimen..namun negara kita masih ada sopan santunnya..masih ada tatasusilanya walaupun kekadang ditiup angin malam yang membuat tulang dalam sedikit dingin...tapi roh hormat masih utuh..alhamdulillah...aku juga punya prinsip yang kuat...sering menjadi pemangkin buat aku...aku pernah melalui zaman susah dan itu yang menyebabkan prinsip aku kuat menunjang roh aku...aku tidak boleh hidup dengan orang yang berpura-pura berpegang kepada prinsip namun boleh bertukar mengikut sedap hati mereka..apa kejadahnya!!

apapun aku harap negara aku terus makmur walaupun banyak yang berperang dengan prinsip...kerna bagi aku negara yang maju mesti mempunyai semangat 'check & balance'..pembangkang kena kuat dan kerajaan kena teguh barulah negara kita disanjung dan dihormati..reform...back for good...

Friday, November 14, 2008

tentang ayat-ayat cinta

tatkala aku menulis ini aku baru sahaja selesai menonton filem ayat-ayat cinta...aku terpanggil untuk melihat filem ini selepas beberapa member aku rekomen..kata mereka filem ini bagus..ada emosi dan kuat..aku terus teruja untuk melihatnya dan acapkali juga apabila aku ke MPH pasti novelnya aku pegang dua tiga kali nak beli atau tidak...

sebelum aku melihat filem ini,dalam benak aku terdetik mungkin hanya filem cinta biasa..cinta yang klise ataupun sama sahaja seprti filem Yusof Haslam..bila aku melihat cover dvd nya tiba-tiba hati aku seprti tidak sabar untuk memainkan dvd tersebut....

saat dimainkan babak yang pertama aku rasa seperti filem-filem remaja yang biasa hanya berkisar pada cerita budak2 Uni..aku terus sabar untuk menonton babak yang seterusnya..namun mata aku terpukau dengan kecantikan watak Maria..namun berdetik dihati aku kenapa gadis Mesir tidak bertudung namun kemudiannya aku baru mengetahui yang Maria itu seorang Kristian...seorang Kristian yang membaca dan menyukai al-quran dan menghafal juz Maryam..

mata aku terus terpaku dengan watak Fahri,seorang siswa yang begitu alim dan baik hatinya..pelajar kesayang sheikh uthman..seorang yang lurus..dan anak yang baik..namun bagi aku itu semua sama sahaja seperti hero-hero filem yang lain..

babak seterusnya menemukan aku dengan watak Nurul..rakan Uni Fahri yang meminati Fahri hingga sanggup menngambil sekeping kertas yang ada wajah Fahri di note board..begitu cintakan Fahri..sampaikan timbul prasangka cemburu kalau melihat Fahri bersembang dengan wanita lain..

namun aku seperti teruja apabila bertembung dengan watak Aisha..seorang warga Jerman yang menggunakan Jilbab..panahan matanya pasti membuatkan semua jejaka mengimpikan jelmaannya..hati aku bagaikan diruntun pabila Fahri bertemu dengan Aisha untuk dijodohkan..jilbab pun dibuka..waduh copot rasanya jantung ku...aku jatuh cinta dengan Aisha..hehe

paling meruntun jiwa jantanku bilamana Maria Koma kerna kemalangan..fahri pula ditangkap kerna dituduh merogol Noura..namun Aisha tetap berdiri dibelakang Fahri walaupun adakalanya kesabaran Aisha tercabar..sampailah saat dimana Aisha menyuruh Fahri mengahwini Maria perasaan aku tiba-tiba sebak..kerna waktu itu Aisha memakai jilbab hanya matanya yang berkata-kata dan aku dapat 'menangkap' kata matanya..

namun yang paling menarik sekali bagi aku ialah babak dimana Fahri dipenjara bersama seorang banduan yang agak psycho...Fahri kehilangan arah..namun perkataan yang dikeluarkan oleh banduan ini pastinya menangkap roh aku..kata nya..."kesabaran dan keikhlasan itu adalah Islam"...

tak sia-sia jiwa jantan ku dirobek ayat-ayat cinta..kerna akhirnya aku tewas dengan cerita cinta antara Fahri,Aisha,Maria dan Sungai Nil..

Wednesday, November 05, 2008

1 bulan sebelum tahun baru...

macam-macam yang berlaku...ada yang cemas ada yang lemas..
macam-macam peristiwa...ada yang duka ada yang tawa..
macam-macam bersuara..ada yang betul ada yang kabur..

ada saja yang berlaku...16 sept peralihan kuasa..
ada saja peristiwa...helicopter ditukar rakyat keliru..
ada saja yang bersuara...itu tak betul ini tak betul..

apa yang berlaku?...ada yang tahu ada yang buat-buat tak tahu..
apa peritiwa?..ada sejarah kah atau omongan...
apa itu suara?...dari rakyat kepada emperor..

akhirnya yang berlaku...masih sama tak berubah..
akhirnya peristiwa...tak diingati menjadi lamunan
akhirnya suara...hanya suara yang masih bersuara..

Friday, October 24, 2008

Terkejut...Tak Sangka...Kaget

salam..

rasanya agak lama jugak aku tak mencoretkan apa2 pun...maklumlah dah bertambah sibuk ngan kerjaya..namun aku masih seperti aku yang dulu sering menjadikan isu-isu semasa sebagai santapan naluri ku...

aku seperti terkejut dengan apa yang berlaku ketika ini...apa tidak nya,gelaran keramat negara seperti telah tiada harganya..seingat aku,kalau seseorang itu mahukan gelaran keramat itu perlulah kiranya ia berbakti,berjasa barulah di perhalusi untuk gelaran itu namun sekarang gelaran tersebut menjadi seperti satu anugerah yang hilang prestijnya dek kerna sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak!...oraiitt ker kalau kita panggil Dato' Shah Rukh Khan...

tengahhari tadi aku mendapat berita yang tak di sangka...samad lefthanded meninggal dunia..seprti tidak percaya kerna bulan lepas aku bertemu dengan arwah di ampang point...bukan itu saja bila mendapat berita tersebut terus ingatan aku teringat akan satu peristiwa yang membolehkan aku agak rapat dan kenal dengan arwah samad...

cerita ini terjadi 4 tahun sudah...waktu itu aku diberikan peluang untuk supplier sound system untuk konsert karnival dagang di kampar perak...antara artis yang terlibat ialah Lefthanded,Ramli Sarip,Arwah S.Jibeng,Alleycats dan ramai lagi...Kami semuanya terlah ditipu oleh pihak penganjur..semuanya mendapat cek tendang...sampai aku ngan arwah samad membuat laporan polis...namun sia-sia kerna tiada sebarang berita pun pasal hal tersebut...mungkin kerna harga cek yang kami dapat tidak setanding harga Eurocopter!..

selepas kejadian itu aku dan arwah samad selalu berjumpa di sebuah kedai dekat ampang..namun aku kena menerima hakikat yang kita telah kehilangan seorang legenda...AL-Fatihah...

aku sekarang masih dalam keadaan kaget...kerna mendapat job yang tak henti-henti...sekarang aku sedang menjalani shooting bersama FM Productions sebagai Host rancangan baru di astro prima iaitu warung kita...bergandingan dengan kawan baik aku Farouk Hussin...kemudian aku ditawarkan untuk satu watak dalam telemovie arahan bro Thorpe...alhamdulillah...rezeki

chow dulu beb...oraiitt

Saturday, October 04, 2008

my dream come true....





salam...

semua manusia punya cita2..begitu juga dengan aku...dari kecil aku memang meminati bidang seni...kalu tak,masakan umur aku baru mencecah 6 tahun dah menyanyi dengan live band untuk majlis hari raya di tempat aku..aku juga 'pelopor' lagu rock di sekolah aku..kerna aku menyanyikan lagu 'cinta buatan malaysia' daripada kump search pada hari guru sekolah aku..walaupun waktu itu tidak ada minus one namun atas inisiatif cikgu aku,dapatlah aku menyanyikan lagu itu walaupun suara Amy masih kedengaran..hehee..


sememang dah menjadi lumrah,kalau ada apa saja festival di sekolah aku,cikgu akan mencari aku untuk menjadi penghibur.mungkin sudah takdir dan juga ketentuan ilahi...
aku pernah bekerja macam orang lain jugak..kerja kilang,hotel,pub,ofis dan berniaga di pasar malam,jual pen..jual burger..cuci pinggan di restoran semuanya aku dah try..namun bidang seni juga yang menjadi noktah perjalananan pekerjaan aku.walhal aku belajar dulu tidak ada kena mengena pun dengan bidang yang aku ceburi...aku belajar jurusan elektrik di teknik dulu...ahaks


memang benar kata pepatah...mahu 1000 daya..tak mahu seribu dalih...i'm proud of my self..

gambar-gambar diatas membuktikan yang aku pernah dan sudah 'bergaul' dengan artis...aku pernah merasa naik pentas dengan ziana zain sewaktu dia membuat show untuk annual dinner kilang tempat aku kerja...aku pernah merasa tempias pertama sebagai peserta realiti show di tv3 dan aku pernah berpeluk bahu dengan baby erin masa show di pesta penang...
yang menariknya satu kebetulan ataupun satu kepastian aku dan mereka2 ini sekarang menjadi kawan...terutama dengan baby erin yang boleh dikatakan menjadi kawan kamcing aku ketika ini..kerna persahabatan kami terjalin juga di atas pentas...iaitu pentas teater...aku dengan dia berlakon sekali dalam PGLM & PRTM...hehehe..kelakar siot!...aku pernah tunjukkan foto ini padanya..kami tergelak2 bila bercerita tentang hal ini..kerna aku dulu peminat RES'2...hehehe...
itulah hakikatnya...kalau kita terus berusaha nescaya kita akan berjaya..
seperti kata iskandar dzulkarnain-"tiada perkara yang mustahil bagi manusia yang berani"..
kata-kata ini lah yang aku pegang selama ini...
chow..

Wednesday, October 01, 2008

Hari Raya atau Hari-Hari Raya..

salam,

hari ini 1 syawal..semua umat islam menyambutnya dengan perasaan gembira dan bahgia..aku pun mengambil peluang untuk menziarahi adik aku yang tinggal di Mantin..ini pertami kali aku sampai ke daerah ini..dan pertama kali menggunakan highway LEKAS...rasa jauh sungguh perjalanan...dan yang menarik perhatian aku sepanjang perjalanan ini ada saja adegan dan gelagat manusia yang membuatkan penat mata aku memandu terhibur seketika...

aku tak tahu yang daerah ini mempunyai kawasana2 yang urban..ada kelab ekskusif..ada kelab golf,ada kolej ternama dan juga universiti....kagum aku sejenak..namun yang menariknya,aku terasa seperti berada di luar negara..ahaks!..kerana aku seperti dikelilingi umat manusia daripada Myanmar,Indon,Bangladesh,Vietnamdan macam2 lagi..

sepanjang perjalanankumpulan mereka ini memonopoli semua ruang..sampaikan aku tengok bas awam pun dah jadi macam bas diaorang..payah untuk aku kenal yang mana satu orang Mesia bila bas itu dan kereta aku berhenti di lampu merah..

cara diaorg menunggu bas dan juga lepak memang seperti negara diaorang...ada juga aku ternampak kelibat sekumpulan oang2 mereka yang sedang lepak ditepi jalan mungkin menunggu bas siap dengan kot,baju sleeve panjang ala2 seperti mahu ke ofis..hahahaa..kagum aku..

akhirnya aku sampai jugak di rumah adik aku...pertanyaan pertama aku pada nya...sekarang ni dah fasih berapa banyak bahasa asing?...tercengang adik aku...ahaks

Monday, September 29, 2008

Bila syawal menjelma lagi...12

bila syawal menjelma lagi aku dan kawan2 semua sibuk buat list umah sape nak pergi dulu..slalunya aku & geng akan gusar kerna tak tahu planning family masing2..nak beraya dimana...

Bila syawal menjelma lagi...11

bila syawal menjelma lagi beberapa hari pasti aku tak sabar dengan melaram baju baru..selalunya disimpan di dalam almari bilik mak aku..kalu mak aku keluar umah je aku diam2 akan menyelongkar almari dan amik baju aku..try pakai untuk kali yang ke berpuluh kali...ahaks..kasut raya masih dalam kotak..dapat bau kasut baru pun jadi lahhhh...

Saturday, September 27, 2008

Bila syawal menjelma lagi...10

bila syawal menjelma lagi pasti aku teringat kisah mak aku..dia insan paling sibuk nak menyiapkan semua benda...yang tak bestnya aku ler..sebab tak dapat nak main ngan kengkawan sebab kena buka semua langsir dan sarung kusyen nak basuh pastu kena cuci tingkap umah...huwaaaaa!!

Bila syawal menjelma lagi...9

bila syawal menjelma lagi pasti aku teringat time2 dekat nk raye nih lagi bz 'bisnes' aku ngan kengkawan..ada saja yang nak wat terutama lawan letup mercun/meriam buluh ngan kampung sebelah....KEBBOOOMMM!!

Sunday, September 21, 2008

Bila syawal menjelma lagi...8

bila syawal menjelma lagi pasti semua teringat akan kad raya...bila dah tulis apa yang patut pasti baris akhir akan berbunyi begini....'pecah kaca pecah gelas habis baca harap balas'...ahaks

Bila syawal menjelma lagi...7

bila syawal menjelma lagi pasti aku teringat zaman kad raya bermaharaja lela..semua berlumba-lumba nak beli kad raya..kumpul duit baki sekolah kemudian beli yang satu plastik ada 10 keping kad raya..ada juga member2 yang buat bisnes jual kad raya...pun ada erkk..

Saturday, September 20, 2008

Bila syawal menjelma lagi...6

bila syawal menjelma lagi pasti aku teringat time nak beli baju raya..sebab semua decision nak beli selalunya dari abah aku...kalau dia tak bagi hint memang tak shopping lagi ler...yang tak bestnye time tu bile kena beli baju raye ikut taste mak dan abah aku...hampeh tul ler...ahaks

Bila syawal menjelma lagi...5

bila syawal menjelma lagi pasti aku teringat mak aku..sebab dia lah insan paling sibuk untuk segalanya...siang akan masak untuk berbuka...malam akan sibuk membuat kuih...dulu time aku kecik mana ada orang jual kuih raya secara komersil...jadi kena buat lah..dan yang jadi mangsa nak bantu mak aku ialah aku..sebab aku je yang boleh diharap...namun yang kelakarnya mesti selalu kena marah sebab 10 keping kuih yang siap pasti 2-3 biji masuk mulut aku dulu...hehehe

Friday, September 19, 2008

Bila syawal menjelma lagi...3

bila syawal menjelma lagi teringat aku time waktu nak pegi solat terawih..aku akan berkumpul ngan kengkawan semua depan surau..walaupun dah masuk waktu isyak namun kami semuanya tak join skali..cuma tunggu waktu 'terawih' sebab dapat makan moreh....

Wednesday, September 17, 2008

Bila syawal menjelma lagi...2

bila syawal menjelma lagi aku teringat waktu sekolah..pagi pose sampai kat sekolah jumpe kengkawan hanyutttt...hehehee...balik umah buat muka 'melepek'...masuk bilik air mandi sampai sejam...konon2 panas tap sebenarnya sambil mandi minum air paip...sedapppp...ahaks

Bila syawal menjelma lagi...1

bila syawal menjelma lagi aku teringat bila time nak bersahur..waktu tu aku tinggal kat kampung kebun sireh...tiap kali tiba waktu nak sahur ada orang kampung namanya abg Chot akan azan kat setiap pintu rumah,sampai ler rumah tersebut menyala lampu didalamnya....sayangnya suara itu telah tiada..kerna orang yang dimaksudkan telah kembali ke rahmahtullah....al-fatihah buat arwah abg Chot...

Bila syawal menjelma lagi...

bila syawal menjelma lagi aku teringat waktu kecil2 dulu...kalau tak pose time org buka pose kena tunggu kat dalam bilik tak bleh makan sekali...lepas semua dah buka baru leh makan....

Sunday, September 14, 2008

ASPALELLA VERSI BARU...

etlwfenyanyi ikut lagu aspalella saiful apek...hehehe

ingat tak lagi waktu parti engkau dibubarkan..
semua ahli parti janji nak bersatu hati..
konon tak mau lawan dan bersengketa sesama sendiri
nampak macam ok tapi sebenarnya k.o

sampai hati...kau memungkiri janji
kata nak blah...kena tunggu lagi..
semua dah bising...kau tido pun tak lena..
semua dah pening..nama anwar berhantu kembali..

sekarang lagi kecoh dibuat oleh ketua sendiri..
kononnya bincang bersama tapi decision sendiri..
semua menteri dah panas duduk kt krusi sendiri..
sampai dihantar menimba ilmu di taiwanese..

sampai bila...kau tak nak mengaku
semua kroni...anak dan menantu..
semua kecut..bila I.S.A menjelma
kalau macam ni...kami nak ikut anwar..

pak lah..najib...pak lah..pak lah...najib..
najib..pak lah...najib...najib pak lah..
najib..anwar...najib..najib... anwar
anwar..najib..anwar..anwar..anwar...

P/S...
lyric di atas tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati...semua nama diatas adalah rekaan semata-mata....

Sunday, September 07, 2008

Pasar Ramadhan dulu dan Sekarang...

salam...

aku baru je balik dari pasar ramadhan dekat umah aku..memang ramai orang mengambil kesempatan...ada yang berniaga dan ada yang membeli..kesempatan yang diambil cuma satu iaitu membeli juadah untuk berbuka buat pembeli dan buat penjual pulak inilah peluang mereka membuat 'side income'..

teringat aku waktu aku kecil2 dulu mana ada pasar ramadhan yang komersial seperti sekarang ni..ada ler juga orang berjualbeli namun cuma tepi jalan je secara kecil-kecilan..terdetik juga dihati aku mungkin disebabkan budaya pasar ramadhan ini telah hilang budaya tukar-menukar kuih dikalangan tetangga..sebab semuanya beli ngam2 je kalau buat sendri mesti ada lebih sikit lebih tu boleh ler bagi tetangga merasa...

dulu dalam bulan ramadhan,mak aku selalu buat kuih muih ataupun masak lebih..dengan niat dibulan yang baik ini boleh lah dikongsi rezeki yang ada dan juga mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin...selalu yang jadi mangsa hantar kuih dalam keluarga aku mestilah aku sebab aku anak sulung..bab hantar-menghantar ni ok lagi tapi bila bab kena hantar rumah yang ada awek baik punyer mesti gelabah beb...hehehe...malu pun ada juga...tapi aku rasa budaya ni tak takder zaman sekarang...sebab semuanya bertukar kuih di pasar ramadhan...ahaks..

oraaitt...ke tak oraiitt?..

selamat berbuka...

6.37pm

Saturday, September 06, 2008

salam ramadhan...

salam...

menjenguk kembali bulan ramadhan al-mubarak..maka semua umat islam sejagat akan bersatu menunaikan fardhu rukun islam...nescaya kegemilangan bulan yang maha agung ini terasa oleh semua umat...kesuciannya,keagungannya dan kekebalannya...

namun masih ada segelintir umat yang masih bertelagah sesama sendiri..belum sampai ke penghujung cerita mereka lagi...kerna masing2 ingin menegakkan hujah sendiri..

patutkah para ulama bersatu hati membuat satu resolusi...agardi bulan yang mulia ini di terbitkan dan direncanakan 'gencatan' akal dan fikiran untuk mereka2 yang sering bertelagah..agar orang2 yang bukan berada dibawah lindungan kabaah dapat menghirup rasa perpaduan dan hormat pada mereka yang berada di bawah lindungan kaabah...

haruskah ada satu fatwa yang di bunyikan..agar semua umat manusia berhenti bersengketa buat seketika bilamana ramadhan menjelang tiba....

namun telah termaktub...manusia itu nampak seakan2 sama...tetapi hati dan pendirian berbeda-beda...manusia itu nampak suci namun jiwa dan sanubari masih lagi merahsia...

chow~

Wednesday, August 27, 2008

M..asih mencarikah identiti bangsaku
E..ntah untuk sekian waktu masih terdampar jawapan dicari
R..asuk dihati bergelora tak pasti
D..isalut Cuma semangat dihati
E..nggan mendabik dada bersorak memuji
K..erana takut dipanggil manusia lupa diri
A..khirnya jawapan masih tak pasti

M..alukah bangsaku sendiri
E..mpunya nama tidak mengaku lagi
R..asa meluat bercambah kembali
D..alam jiwa mereka tidak tersemat lagi
E..mosi diri menguasai sanubari
K..adang-kadang tersedar dari mimpi
A..dakah aku masih melayu lagi??

M..elayukah tidak bukan jawapan dicari
E..ntahkan terjumpa persoalan harga diri
R..asa keliru menyelubungi diri
D..isalut kerinduan yang tak terperi
E..sakan dihati terurai dipipi
K..emana perginya naluri ini
A..dakah aku masih melayu yang sejati??

M..erdeka itu apa sebenarnya??
E..ngkau dan aku mengecapinya
R..asa gembira setiap kali menjelma
D..irai segenap pelusuk negara
E..ngkau dan aku masih terpinga-pinga
K..erana memyambut ikut suka hati
A..ngkara erti merdeka tiada didalam diri..


Azrul zaidi
5hb july 2005
bdr Kinrara

tengok tarikh aku dapat idea menulis diatas...sudah masuk tahun yg ke 3...masih relevan atau tidak.......

merdeka!!...

salam..

akhirnya terjawab sudah siapa kah yang bergelar pemenang di permatang pauh...yang menarik perhatian aku ialah mana perginya ariff shah sewaktu keputusan di buat??..kenapa dia tidak bersama-sama dengan yang lain?..adakah dia telah mengetahui keputusan siapa yang menang..??semuanya bermain dikepala aku ketika ini?...

macam ada satu rancangan di tv...di mana joe jambul?..

Monday, August 18, 2008

tentang merdeka...

kata atuk aku...
dulu susah masa zaman jepun kena bersengkang mata takut2 jepun datang bawak lari mak aku...makan pun ikut sempat je...susah betul masa tu...

kata nenek aku...
dulu atuk selalu keluar rumah balik lewat atau pun tak balik langsung..pergi ikut orang kuat negara berjuang hingga jatuh keringat jantan...menuntut hak dikembalikan....

kata atuk aku lagi...
zaman jepun tak teruk sangat..sebab mereka semuanya cuma nak kan kekayaan negara agar mereka boleh memerintah dunia...walaupun jepun ganas cuma nampak dan rasa dimata bukan di jiwa....zaman british lagi teruk...semua nak dijajahnya...negara dia hendak...akidah pun dia hendak..kalau boleh semua tempat kena ada mubalighnya..agar terpesong akidah orang2 kita..british lagi jahat dari orang jepun...kata atuk aku...

kata nenek aku lagi...
zaman british dulu semuanya dah macam omputih...cara bercakap,berjalan,bergaya semua ikut depa...kalau sekolah omputih dapat kerja dengan gomen...gaji mahal..boleh beli seluar yenki boleh pergi menari di ballroom cabaret...

kata anak atuk aku...
zaman dia lain sedikit...zaman tu kita dah maju..namun masih berkiblatkan barat...kerja dimana pun boss nya omputih..kena tau cakap yes sir,good morning sir...kena tahu lagu save the queen...ada sekolah convent untuk perempuan sekolah st john untuk orang laki...semua guru besar omputih...kami diajar baca injil...namun katanya al quran tetap khatam...

kata anak nenek aku...
sebab pengaruh jiran2 nenek dia dihantar ke sekolah convent...sebab nak pandai senang jadi guru..semua kena baca termasuk lah injil..kena bersedia mengikut mubaligh..masuk ke kampung nak 'rekrut' budak baru...

kata bapak aku...
zaman sekrang semuanya senang...nak apa saja boleh tekan hujung jari..nak duit hujung jari,nak kawin hujung jari,nak tipu hujung jari,nak rasuah hujung jari,nak makan hujung jari...nak berfikir kena ikut telunjuk jari...

kata mak aku....
sekarang ni dah tak tahu beza yang mana perempuan asli...asli luar dalam....perangai zaman lampau dah hilang..cuma yang ada dari zaman lampau semuanya dah selalu pergi ke kelab cabaret...

kata aku pulak...
merdeka kita dah pun merdeka...kita dah pun merdeka...merdeka kah kita sesudah kita merdeka...merdeka?apa itu merdeka?..aku dah merdeka?..merdeka kah aku?...merdeka??..aku pun nak merdeka...

merdeka....merdeka...merdeka...bolehlah diulang beratus kali..selagi tak penat mulut sebut sahaja...tapi sekarang aku dah penat mulut sebab dah hampir senget mulut aku melaungkan merdeka namun masih tetap macam tak merdeka...

merdeka itu untuk siapa....tanya adik aku?...macam mana aku nak jawap...aku diam sahaja...adik aku cakap...cikgu dia kata merdeka itu tanda nya bebas....tapi dia nampak kita ni macam tak bebas...aku tanya apa yang tak bebas?....dia kata takut nak jawap..sebab dia rasa tak bebas...aku cakap jawap sahaja..dia kata kalau nak tahu apa itu bebas...fikirlah sendiri selama ini aku bebas tak?....aku pun tak dapat nak jawap....

adik aku tanya lagi...kita tahu bebas itu apa..tapi kita tak tahu macamana nak bebas...bebas dari penjajah,kronisme,rasuah,politik songsang,kreadibiliti...

bebas sudah...sudah bebas..entah ler??..

Saturday, August 16, 2008

perihalku....cobaan....

salam...

ini bukan cobaan..ini betul2....kata Aini lalu jawap si bujang lapok...cobaan.....

ramai yang masih segar dengan dialog diatas...cerita tentang 3 orang pemuda yang ingin menjadi pendekar...lalu diarahkan oleh tok guru si mustar pergi bermuhasabah diri di tempat2 yang ditetapkan..katanya kalu terjadi apa2 hanya perlu berkata...COBAAN....

apa yang relevannya dialog dan situasi diatas dengan zaman sekarang ini memang ada benarnya..ada saja yang terjadi...ada saja isu dari hari ke hari dan ada saja adu domba di antara bangsa sendiri...mungkin kah ini satu cubaan atau pun benar2 terjadi dan
perlu dihalusi...

politik memang satu virus..ada virus yang menjadi penawar dan sebaliknya..dan sekrang ini negara kita bergoncang dengan 2 isu utama...yang pertama semestinya pilihanraya kecil pmtg pauh...dan yang terbaru isu UITM...

kedua-duanya bersangkut paut antara satu dengan yang lain..kerna melayu mudah terhiris dan terguris kalu ada orang yang 'berani' bercakap tentang HAK!...

kata orang dari UITM yang Menteri Besar Selangor tak perlulah meninjau dan memberi pandangan tentang hal dalam kain mereka..kata MB pulak..dia bukannya menyelak kain mereka cuma menegur agar kain mereka tidak kotor dan warnanya tidak kusam oleh itu elok kiranya sekali sekala dihantar ke dobi dan tangan yang membasuh setiap hari boleh lah berehat seketika...lalu kata orang UITM ahhh!! mana mungkin kain mereka perlu dihantar ke dobi..kerna takut nanti kain tersebut bercampur dengan kain orang lain dan nanti akan 'memudaratkan' keaslian kain itu..lalu kata MB lagi..kalau tak nak hantar kain itu ke dobi tak apalah...kerna 'taukeh'dobi tersebut pun bukannya rugi kalau seorang 'pelanggannya' tidak menyertai kerabat senarai 'pelanggannya'...faham tak korang yang baca cetusan ni...ahaks...

sebab apa aku cetuskan cerita diatas dalambentukyang tersebut??...percaya atau tidak orang kita ni dari dulu memang penuh dengan 'metafora'...betul tak?...

tentang pilihanraya di pmtg pauh pulak amat menarik sekali kerna ke populariti calon2 yang bertanding dan juga menentu arah untuk orang2 melayu membuka mata!...siapa menang bagi aku untuk hak 56000 pengundi disana...aku menetap di Sberang Jaya...aku bersekolah di Sek Men Perai..dan tempat melepak aku bersama kawan2 di depan kolam renang dan juga di kompleks Siakap...aku membesar dengan pengaruh yang memberangsangkan..dan yang pasti aku dan Anwar Ibrahim punya satu persamaan iaitu kami bersekolah Rendah di tempat yang sama iaitu Sekolah Rendah Stowell di bukit mertajam...

kalu nak tahu siapa yang aku undi....senang saja jawapan aku...UNDI ADALAH RAHSIA...

apapun aku teruja untuk terus melihat sandiwara,bangsawan,pentomin,monolog,sketsa,pertunjukan yang akan terus mewarnai pentas dunia orang melayu ketika dan kala ini....

apapun aku tetap MELAYU......

oraaiittt

Monday, August 11, 2008

alahai....

berkata lah sang alam kepada penghuninya...wahai semua makhluk!..bangunlah kalian dari alam tidur dan alpa...kerana kalian telah tersasar dari jalan yang benar...terkejut dengan jeritan sang alam,semua makhluk bangun menyiapkan diri untuk melangkah menyusuri jalan yang benar...

maka bertatih lah semua makhluk untuk sampai ke penghujung ke jalan yang benar..sepanjang perjalanan ada saja yang tak kena..ada saja yang tumbang dan ada saja yang lupa diri...maka bersuara lah kembali sang alam...wahai semua makhluk!..lupakah kalian dengan janji yang benar untuk sampai ke jalan yang benar...melainkan yang benar belaka...maka terbuka lah kembali mata2 semua makhluk untuk mencari janji2 yang benar...bagi semua makhluk apa saja yang mereka keluarkan dari mulut tempayan mereka adalah benar belaka..tak ada yang tidak benar...maka bersuara lah lagi sang alam...

wahai semua makhluk!...apakah benar yang kalian cari...ataupun benar yang mencari kalian...maka semua makhluk mula menerbitkan rasa amarah kerna tercabar dengan pertanyaan sang alam...maka semua makhluk pun mula bersuara...wahai sang alam!..tanyakan dirimu tentang benar...kerna kami sudah tidak tahu apa itu benar...tanyakan dirimu tentang alam yang benar..kerana kami makhluk yang benar kerna berada di alam yang benar...

sang alam terbuntu memikirkan apa yang benar...adakah alam ataupun makhluk alam...yang benar mencari benar...?!

Sunday, July 13, 2008

perihalku...tentang film

salam...

aku telah menyaksikan 2buah filem baru-baru ini...the hancock dan sepi..2 genre yang berbeza namun mempunyai satu medium yang sama...menghiburkan...

the hancock membariskan pelakon hollywood yang terbaik..dengan cerita yang sememangnya genre kegemaran hollywood dan juga semua orang..aku terpanggil untuk menyaksikan filem ini disebabkan lakonan hebat will smith yang aku minati sejak dari series fresh prince bellair..dan semesinya lakonan mantap beliau dalam the pursuit of happiness..aku terhibur dengan filem ini kerna 2 perkara...pertama logik kehidupan dan yang kedua tak membosankan...

tidak pernah terfikir barangkali seandainya superhero didunia ini memang betul-betul ada didepan mata dan berkawan dengan kita...ini yang ditonjolkan didalam filem ini..seorang superhero yang dilupakan dan dikutuk oleh orang ramai,seorang yang sudah berputus asa dengan masyarakat namun masih ada sisa-sisa ingin membantu orang awam dan yang penting ada perasaan dan sensitif dengan apa yang berlaku...bagus film ini..

kemudian aku berkesempatan untuk melihat filem kabhir bhatia...sepi..seperti biasa idea dan garapan khabir ternyata memberikan satu lagi dimensi baru dalam dunia seni...seperti aku ingin melihat gandingan mantap pelakon2nya...walaupun sudah diketahui ada sedikit sebanyak sentuhan filem pertama nya 'cinta' namun kali ini teknik camera nya begitu menjadi...aku suka dengan teknik iris dan juga shutter yang dapat menangkap mata audien..

lakonan bersahaja afdlin dan juga vanidah banyak menyentuh perasaan...lakonan penuh karakter dari pelakon yang lain juga sungguh menjadi..cuma terlalu banyak sentuhan klise filem melayu dalam karya nya yang sedikit sebanyak membuat kan kita dah mengetahui penyudahnya...

secara tidak sengaja aku tertengok film 'chermin' arahan zarina abdullah...itupun di astro kirana..apa yang aku dapat rumuskan tentang filem ini ialah satu film direction yang boleh 'memukul' film2 seram melayu yang lain...aku suka dengan 'mitos' cermin tersebut...aku tertarik dengan effect yang bagus dan aku suka dengan art direction film ini..dan semestinya segala effect yang dibuat dalam film ini datangnya daripada kepakaran negara jiran thailand...

bukan nak mengadu domba namun thailand mempunyai studio effect dan juga surround yang terbaik di asia ketika ini...lihat saja nanti pada 13hb july filem thai yang berjudul 'unseeable'...aku berpeluang untuk nelihat dan memberikan komen tentang filem ini dalam prog sinema kirana bersama zainal alam kadie...memang film ini bagus...tengok ya nanti..

insyaallah aku akan mengikuti kursus masterclass acting bersama seorang pengarah lakonan daripada US di Finas nanti...

sememangnya kita ada ramai pengarah yang berbakat..

oraaiittt

Monday, June 30, 2008

politik...politik..politik...

salam...

nampak macam akan tercetus lagi episode prolog datuk seri anwar ibrahim..diheret sekali lagi oleh si pengadu kononnya yg kena adu telah membuat onar..dulu pun pernah terjadi cerita sebegini..sampai di usung segala macam ke dewan yang mulia..namun akhirnya tiada siapa yang terbabit...

kini terjadi lagi...adakah kali ini si pengadu memang patut mengadu?..ataupun si pengadu mengadu sebab di paksa untuk membuat adu-aduan...namun si kena adu tidak duduk diam..kerna maruah diri telah tercalar dengan cakaran khayalan..

pening kepala memikirkan hal ini...sampai bila si kena adu ini akan terus di adu tentang perihal anu-anuan...namun masih tidak kelihatan bukti beriring dengan pengaduan...

adu sungguh si pengadu...tatkala tidak senang melihat si kena adu duduk ber adu bersama dengan teman2 se adunan...

sampai bila si kena adu akan hidup sebagai tempat membuat aduan...!!

Sunday, June 22, 2008

P.U.A.S

manusia tidak pernah puas...
puas adalah makanan manusia...
puas kah aku dengan kehidupan aku..
puas kah aku dengan diriku sendiri...
puas kah aku setelah aku merasa puas?..

manusia tidak pernah merasa puas...
detik bernafas jua perlukan ke puas an..
puas itu nafsu atau nafsu itu puas?
puas kan hati mu menurut ke puas an...

manusia itu merasa puas..
apabila ke puas an merasa puas..
puas sudah aku mencari puas..
namun tak akan ku jumpa ke puas an..

manusia seperti aku tidak pernah merasa puas..
kerna banyak puas yang aku cari namun masih tidak merasa puas...
puas kah aku pabila bertemu dengan ke puas an..
namun ke puas an belum tentu dapat me muas kan aku...

puas?...belum puas??...sudah puas?...

puas dan manusia sama saja...
ada nafsu dan akal berlawan serentak...

Tuesday, June 17, 2008

tawa,duka,gembira,sedih,terharu...yg mana satu?

salam...

pelik bukan title aku kali ini..bukan apa manusia pastinya ada rasa seperti itu setiap kali hatinya tersentuh...setiap kali perasaan di jentik pasti akan bergelodak rasa di jiwa..namun apa yang menyentuh perasaan aku ini ialah keakraban keluarga aku didalam pramlee the musical..

semalam 16/6 berlangsungnya cast party,,dimana disini kami diraikan setelah selesai nya persembahan kami...pada mulanya dirasakan hambar namun hakikat kegembiraan dan rasa terharu hadir disaat-saat akhir acara ini...tumpah jua air mata ku tatkala kami semuanya berganding bahu,berpelukakan sesama sendiri...rasa ini tidak aku terima sewaktu persembahan terakhir kami...berlainan dengan apa yang dirasai semasa persembahan puteri gunung ledang the musical...

pada mulanya kami telah membuat satu kejutan yang maha dasyhat..hasil perbincangan antara aku dan talif juga bantuan semnagat daripada ensemble maka akhirnya gimmick kami menjadi dan hasil nya kami dapat melihat air mata datin seri tiara bertakung tatkala menerima barangan yang sungguh berharga daripada kami...iaitu tong sampah yang telah di decorate semula oleh talif berlambangkan shaw brother..yang dijumpai di studio jalan ampas singapura..

bagi aku apa yang terjadi tetap terjadi...namun kami tetap satu family yang besar...

salute to all my luvly family...

kami very very happy
and feeling so lucky
as one big family
truly and forever...

oraaiittt

Monday, June 16, 2008

perihalku....pramlee the musical..the end

salam..

selepas lebih kurang 20 hari aku dan rakan2 bertungkus lumus memberikan persembahan akhirnya sampai jua ke puncak nya...segala penant lelah,pengorbanan dan juga suka duka akhirnya bagaikan terlepas ke udara yang tiada sempadannya...rasa lega dan puas disetiap wajah rakan2 ku selepas selesainya persembahan terakhir kami pada 15hb...

walaupun telah selesai namun keterujaan untuk terus berkarya dan berseni terus mekar dan bercambah didalam hati kami..ini semuanya kerna sokongan dan juga dorongan daripada khalayak penonton bilamana setiap kali kami membuat persembahan...

puas rasanya apabila dapat mendengar jeritan,sorakan dan juga tepukan dari khalayak penonton..

apapun setiap yang manis pasti ada hempedunya...setiap yang pahit pasti ada pemanisnya..

jumpa lagi di lain ruang..

Tuesday, June 10, 2008

cabaran baru....

salam..

satu ketika dulu aku amat meminati cara penyampaian pengulas2 sukan...terutamanya dato rahim razali,hj hasbullah awang,shaukei kahar,zainal abidin rawop,serbie singh dan ramai lagi..aku teruja untuk mengetahui bagaimana mereka2 ini dapat memberikan info dan juga fakta dalamsekelip mata..walaupun pada hakikatnya ada skrip writer..

keterujaan aku akhirnya sampai ke kepuncak...aku ditawarkan untk menjadi salah seorang hos untuk rancangan highlights euro2008 di astro ria bersama kieran era dan juga zaki...walaupun bukan tugas sebenar sebagai pengulas sukan namun aku dapat merasa kan betapa pentingnya peranan mereka ini untuk menbantu penonton memahami dan juga menilai sukan tersebut..

tak kira lah sukan jenis apa pun mereka2 ini perlu bersedia dengan fakta bukan hanya berharapkan pada penulis skrip semata-mata..

aku sangat teruja dengan kerja baru aku...semoga bakat aku tak berhenti disini...

hanya di astro ria jam 830 pm setiap hari...

oraaaiiit

Tuesday, June 03, 2008

Wednesday, May 21, 2008

perihalku......jalan ampas

salam..

kita sering mendengar cerita tentang jalan ampas...tempat berlakunya pelbagai peristiwa berkaitan dengan pramlee...sementelah aku berada di spore aku berkesempatan ke jalan ampas...rasa syahdu bilamana aku sampai di depan pintu gate studio ini..tertera alamatnya no 8 jln ampas...kesempatan yang diterima dari penjaga bangunan ini untuk masuk kedalam tidak aku lepaskan...walaupun bangunannya telah usang dimakan zaman namun aku tetap merasakan seperti masih ada orang yang bekerja dan lalu-lalang didalamnya..mungkin kerna aku masih lagi berada didalam dunia pramlee...berada bersama rohnya dan masih terasa aura pramlee the musical...

dalam teater ini aku menjadi pengurus MFP...aku menjadi wartawan yang membongkar kecurangan norizamn...dan bilamana penjaga bangungan menunjukkan ofis pramlee dan juga tuan manager terasa seperti mereka2 ini sedang melihat aku dan tersengih kerna aku cuba untuk masuk kedunia mereka...namun aku tetap merasa bangga dan sedih dengan cerita mereka...mereka ini semuanya anak seni yang berjiwa besar...berseni dengan ketelusan hati..aku dapat merasa kan kesungguhan mereka....

kalau ada kesempatan nanti aku akan tatapkan gambar2 studio jalan ampas...

kisah 10 hari tanpa suratkhabar...melayu

salam..

salama 10 hari aku berada di spore hanya the tribunne news menjadi tatapan aku..beritanya pula byk berkisar pada cerita2 dari negara bush...rasa teruja untuk menatap suratkhabar melayu akhirnya tercapai jua apabila bas aku berhenti di r n r machap...

terkejut,teruja dan tersenyum apabila head line nye tertulis..mahathir keluar parti...macam tak percaya namun telah diduga tindakan ini akan berlaku...kerna UMNO sendri telah tercatat sejarahnya berkenaan dengan keluar parti ini...tunku abd rahman keluar umno...musa hitam keluar umno...anwar dikeluarkan dari umno..dan sekarang mahathir pula...

apa akan jadi dengan orang melayu?..apakah kita akan terus bersatu hati...mahathir mungkin ada jawapannya..namun sekarang ini semua orang sedang menunggu tindakan seterusnya dari manatan perdana mentri ini..adakah beliau akan menubuhkan parti baru ataupun berganding bahu bersama mantan timbalan nya didalam satu parti...

adakah ini salah percaturan politik mahathir sendri?..ada juga aku mendengar,mahathir cuma memberikan kebenaran kepada pak lah untuk menjadi perdana menteri untuk tempoh 6 bulan sahaja..selepas itu serahkan takhta kepada najib...entah betul entah tidak...tapi kalau betul seperti apa yang aku dengar nescaya pak lah tidak lah 'gentlemen' seperti di gembar gembur kan...

tunggu dan lihat sahaja...

ini tidak oraaaiittt

Wednesday, May 14, 2008

pramlee the musical...season 2

salam..

pramlee the musical theatre sememangnya satu persembahan yang besar..aku hampir tidak dapat join the team disebabkan komitmen ngan astro..namun alhamdulillah last minute pihak astro memberikan kebenaran untuk aku menyertai kembali keluarga besar ku ini..

apa yang menariknya kali ini boleh dikatakan semuanya baru...muzik,set,wardrobe,pelakon dan segalanya....kalau dulu sean ghazi tapi kali ini musly pulak yang akan menjelma sebagai pramlee..apapun bagi aku dan rakan2 dalam PRTM ni biar sesiapa pun pramlee nya kami tetap sebagai satu family..

kali ini buat pertama kali nya pramlee akan 'menjelma' kembali di singapura...bayangkan kalu arwah pramlee masih hidup!!...tentu sahaja beliau bangga dan merasa gelisah kerena cerita peribadi beliau di persembahkan secara mega oleh watak2 baru di dalam industri seni..

apa yang menariknya tempat persembahan masih lagi di esplanade..tempat yang sama untuk puteri gunung ledang...cuma kali ini si puteri tidak bersama di atas pentas cuma berada di depan dan belakang pentas...

banyak perkara menarik yang berlaku disini...tentu sahaja pada mereka yang pernah sampai di kota 'todak' ini pasti akan merasa gusar bagi mereka yang merokok dan sudah tentunya orang2 'malaysia' kerana disini bagaikan kita berada didalam satu kawasan sekolah yang rata2nya dikelilingi oleh pengawas dan juga mata2 yang sentiasa memerhati agar 'pelajar'nya tidak merokok dan juga membuat 'onar' di kawasan larangan...ahaks..singapuraaaa!!

royal plaza on the scotts adalah nama hotel penginapan kami kali ini...yang menariknya hotel ini bebas dari asap rokok!!...seluruh bangunan hotel ini kawasan LARANGAN merokok..bayangkan azab bagi mereka yang merokok..sanggup turun keluar daro hotel semata2 nak se 'pump' dua..hehehe..termasuk lah aku..

ada bagusnya kalu malaysia pun mcm nih...hehehe..namun ada jugak tak bagusnya kerna kerajaan akan kehilangan pendapatan termbakau mereka...hehehhe....

apapun memang betul kata orang...singapura is a 'FINE' COUNTRY...memang betul apa..salah sikit kena 'FINE'....

ini tak oraaaiiittt..........

Thursday, May 01, 2008

gelanggang lawak atau ahli parlimen

salam...

aku terbaca satu artikel yang menarik perhatian aku dalam salah satu akhbar sensasi negara...dalam artikel itu mengatakan ada dikalangan ahli parlimen yang sedang bersidang sekarang ini lebih banyak membuat kelakar daripada menyampaikan hasrat atau kehendak masyarakat..

medium berlawak memang luas...ada slapstik,mime,pentomin,skit dan mcm2 lagi..namun apa yng mungkin ahli2 parlimen mesia ini cuba lakukan adalah untuk menyegarkan mata2 yang sedia mengantuk disebabkan oleh persidangan yang berlangsung atupun mereka2 ini tidak ada pandangang yang lebih sensitif dan telus untuk dibentangkan kepada khalayak sidang..

apapun aku teringin sangat untuk masuk kedalam dewan rakyat itu sendiri untuk merasai dan mendengar sendiri bagaimana satu2 isu itu dibahaskan...

aku pernah mewakili sekolah sebagai pembahas pidato..aku pernah bergelar pembangkang dalam pertandingan bahas dan aku pernah menjadi pencadang..namun apa yang ingin aku katakan disini adakah semua ahli2 parlimen yang bersidang kali ini adalah yang betul2 ada jiwa sebagai seorang pembahas...kali ini persidangan mencatat sejarah kerana 82 ahlinya adalah dari kalangan pembangkang...

harap2 pak lah and the geng dapat memberikan sesuatu yang 'menyegarkan' agar kita semua tidak terus tidur diulit kesenangan.....

oraaaiitt

Monday, April 14, 2008

bintang reality vs bakat...

salam..

aku berkesempatan untuk melihat konsert AF 6 buat julung kalinya..dan semestinya selepas di wajibkan hadir oleh pihak astro...kali kedua berada didalam dewan sivik memang terasa lainnya..pertama kali aku berada diatas pentas yang sama ialah pada malam final raja lawak dan skrg aku berada didepan dan sebagai penonton pulak..

apa yang ingin aku perkatakan bukannya tentang pentas atau dewan itu sendiri..namun aku ingin berkongsi pengalaman dan juga kejadian yang mungkin pernah korang lalui ataupun rasa sendiri...

aku sedikit teruja dengan publisiti yang diberikan untuk setiap kali berlangsungnya Af..bohong kalau tidak ada rakyat malaysia yang tidak mengambil tahu pasal AF..at least ada juga yang tahu setiap sabtu ada live di tv walaupun dia tidak pernah atau tak ambil peduli dengan kewujudan Af itu sendri..

bahang,,cabaran...publisiti..perhatian atau apa saja yang dapat mengalih pandangan ramai kadang2 akan menjadi satu bebanan pada pelajar2 AF..mana tak nya,masyarakat kita lebih suka komen dari memberi pendapat!..

malam itu aku tidaklah berapa 'tercabar' sanagat dengan apa yang dipersembahankan oleh pelajar2 Af..banyak yang kantoi..aku berkata begini sebab aku pernah mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian...aku tahu apa itu nyanyian..dan aku tahu apa itu bakat...waktu aku dulu kalau nak masuk pertandingan kena bersedia dari segi mental dan fizikal..mana tak nya masa audition bukan guna minus one tapi live band...semua band member otai2..mende 1st yang dia akan tanye ialah suara kita key apa!..kalu tak tahu dia halau balik camtu je..sekarang lain beb..boleh dikatakan semua rumah ada set karaoke..tiap2 hari melalak..sedap belakang citer..ke laut tak kisah asalkan boleh melalak...maka dengan itu berlambak lah bakat 'nyanyian' kat malaysia ni...

aku penah bergelar naib juara bintang rtm kawasan utara..masa tu nak nyanyi kena dengan kombo rtm...semua otai yang tak reti senyum..ahaks...tapi itulah yang terjadi dan kita dapat lihat bakat2 dulu dan sekarang yang jauh bezanya...

aku mula menyanyi di depan khalayak ramai masa aku berusia 6 tahun...live band...lagu alleycats tajuknya andai aku pergi dulu..minat punya pasal aku belajar main muzik..alhamdulillah aku dapat bermain dengan baik instrument gitar,bass,drum dan juga boleh bermain violin,keyboard...

bukan aku nak bangga diri namun kalau mahu yang terbaik kenalah berusaha..bukan disebabkan nak mengejar populariti... bak kata nadia AF6 ' redah je'..itu ler jadinya...

apapun aku bersyukur dengan perjalanan seni aku...kerana seni aku menjadi 'manusia'..dan kerana seni aku kenal 'manusia'...

oraaiitt

Wednesday, April 02, 2008

perihalku....confuse??

salam..

apapun terima kasih kepada mereka yg sanggup meluangkan masa beri komen kepada apa yang aku tulis..tak salah untuk memberi komen dan rasanya tak salah kalau aku menulis apa yang aku rasa pada waktu dan saat itu...

aku rasa korang pun sama jugak akan menulis apa saja yang terlintas dihati..pakar psychology pernah berkata..manusia akan merasa bebas apabila dapat meluahkan apa saja yang dirasakan perlu pada kehendak dan waktu itu...dan pada waktu aku menulis tentang perihalku..macam2 yg lepas aku merasa sedih dan juga keliru dengan apa yang berlaku...so tak salah bukan aku meluahkan apa yang aku rasa...

ada juga yang memberikan komen konon aku lain dari dalam tv...tak payah tv..kita amik contoh gambar yang di amik dengan kamera..apa hasilnya kalu kita tgh sedih dan orang snap..so itulah hasilnye..aku juga manusis biasa..punya perasaan dan harapan korang pun sama...dalam tv or pentas aku menjalankan kerja...di luar aku adalah aku...

setuju atau tidak blog ni seperti diari kita..apa yg kita rasa akan kita tulis...aku membuat blog ini sebab aku minat menulis...aku buat blog ini sebab inilah caranya aku mempraktik kan apa yang aku rasa...aku membuat blog ini sebab ianya free..aku membuat blog ini sebab aku tak mahu ketinggalan zaman...aku membuat blog ini sebab aku tau I.T...ahaks

apapun kepada semua rakan blog aku...aku ucapkan ribuan terima kasih...

aku simpan apa yang aku ada..
aku kongsi apa yang aku rasa...
aku selongkar apa yang aku pendam
dan aku mencari apa yang aku hilang...

email aku...azrul_74@yahoo.com

oraaaiittt

Tuesday, April 01, 2008

perihalku....mcm2 versi cemas

salam..

kadang2 dalam kehidupan akan berlaku ketidak adilan...baik dari segi emosi mahupun fizikal..ada masanya manusia akan cuba untuk melupakan apa yg telah terjadi...kerna manusia itu dizahirkan untuk merasa cabaranya kehidupan...

aku pernah melalui zaman gelap..zaman yg gelita dan haus...kebahagiaan,kemesraan...sengsara,kecundang yang aku rasa...namun semua itulah yang menjadi makanan pengalaman aku...

aku pernah merasa seperti badut...yang pandai menghiburkan hati orang lain namun hati sendiri bagai kan meraung meraih simpati...aku suka melihat dan mendengar orang ketawa..menangis kerana gembira...marah kerna terlebih seronok...namun hati aku bagaikan kaca yang rapuh...menunggu masa untuk berderai dek kerna mengejar kebahgiaan...

aku pernah merasa dipergunakan...demi orang itu merasa kesenangan aku yang terlalu lembut dan berhati baik ini sering digunakan...namun bagaimana harus aku menolak rasa fitrah ini...kerna aku memang dilahirkan untuk menyenangkan orang lain...

aku berasa senang apabila orang lain senang...aku merasa susah apabila orang lain merasa senang...aku merasa gembira bila orang lain merasa bahgia...aku merasa duka bila orang lain membuat durjana...

hikmah kehidupan pasti dirasa oleh semua umat...hikmah sandiwara pasti dijamah oleh umat yang berbaik hati...

Friday, March 28, 2008

perihalku...macam2

salam..
aku memang tak menjangka ada orang2 yang akan memberi response dengan apa yg aku coretkan..terima kasih kepada mereka yang memberi pandangan di ruangan yg terhad ini...paling menarik perhatian aku apabila orang2 ini berkata tentang apa yang aku coretkan tentang grand finale raja lawak....terasa ada satu dua tulisan yang agak berbaur 'emo' walaupun penulisnya cuma menuding perkataan itu pada aku...

bagi aku 'emo' atau tidak aku ini hanya aku dan DIA yang mengetahuinya...kerna kalau korang yang menulis itu berada ditempat aku pasti perkataan yang serupa ataupun maha dasyat lagi akan keluar dari mulut korang...

ruangan yang terhad ini kadang kala akan menjadi medan untuk kita meluahkan segalanya..faham atau tidak segelintir manusia itu terpulang pada firasatnya...firasat pada mata kasar yang mungkin hanya untuk menunjukkan yang dia itu seorang yang sungguh sensitif dengan apa yang diluahkan...namun memang ada bagus nya orang yang sebegini...seperti ada pembangkang dan juga pihak yang memerintah..kalu takde semua ini maka pihak yang satu lagi akan terus bermaharaja lela...

rafidah aziz & samy vellu..apa yang ketara samanya?...senang bukan kedua2nya adalah antara menteri kanan yang paling lama berkhidmat dlm kabinet...menurut cnn kedua2 adalah nama yang tercatat didlm sejarah antara yang terlama memakan duit rakyat..ahaks..bayangkan apa yang akan mereka lakukan sekrang?..dulu ada segalanya kini semuanya dilakukan sendri..bak kata orang sendri mau ingat ler skrg....

aku tertarik dengan perletakan jawatan ghapur salleh...secara tetiba je mamat ni letak jawatan sebagai timbalan menteri sumber...ada juga terdengar si khairy akan naik tahta...betul ker??..kalu betul maka satu lagi malapetaka pada BN akan berlaku...apapun itu kerja orang politik..kita bising2 pun bukan leh buat apa...melainkan undi yang diberikan pada PRU tempoh hari....

ini lah realiti kehidupan..aku akan berusaha untuk tidak menjadi seperti mereka yang tewas..

oraaiitttt

Thursday, March 20, 2008

kenangan...

kenangan itu penuh dengan kebahgian
dan kenangan itu penuh dengan penipuan..
adakala kenangan itu satu kepalsuan
dan adakala kenangan itu satu hakikat..

manusia dan kenangan bagaikan alur
alur yang merejang masa
meredah kehidupan yang penuh dengan cerita..
cerita alpa dan sandiwara
namun tetap menjadi kenangan pada semua..

kenangan itu perlu ada dalam jiwa semua
kerna jiwa semua ada yang akan terasa
kadang kala kenangan membuatkan kita ketawa
ketawa kerna merasa suka
dan ketawa kerna tersentuh jiwa dan lara..

hakikatnya kenangan itu sesuatu yang dekat
dekat di jiwa namun mungkin tidak dihati
dekat dihati namun tak mungkin terpahat disanubari..
namun kenangan tetap beraja di hati
kerna tanpa kenangan kita takkan mengenal
erti sanubari.,..

Monday, March 17, 2008

raja lawak grand finale 2008

salam..

akhirnya samapi sudah ke garis yang terakhir...rasa juga kehangatan malam penentuan...baru aku tahu skrg betapa nerves dan gelabahnya apabila berada didalam situasi yang membabitkan orang yang begitu ramai dan semestinya separuh dari bahagian orang itu aku tak kenal...

apappun aku merasa bertuah sebab peluang ini tak mungkin dapat dikecapi oleh orang lain..aku kena berusaha untuk samapi ketahap ini...aku perlu merentas segala cabaran yang mendatang...namun itu semua adalah tanggungjawab kehidupan aku...

malam sebelum final aku dan partner aku diserang demam yang teruk hinggakan kami terpaksa diusung ke hospital...tak jadi buat full dress rehearsal malam tu..kata orang tempat tu dewan sivik agak 'keras' skit...biasa ler orang melayu mana nak lepas percaya mende2 camni...kamu ditahan lebih kurang 4 jam didalam hospital..siap kena xray dan amik darah lagi..kata doc takut dijangkiti virus denggi..alhamdulillah ok skit..namun demam kembali menyerang aku dan partner 2 jam sebelum final..bayang kan bagaimana keadaan kami ketika itu..nak final nak perform but not in good condition...apapun demi semangat dan juga semua yang hadir kami ketepikan jugak demam tersebut....alhamdulillah kami dianugerahkan di tempat yang kedua..

namun apa yang menarik perhatian ialah cara keputusan itu di umumkan...rasa macam di rancang pun ada jugak..mana tak nya..bayang kan sepatutnya trofi untuk juara kenalah ada dua sbb ada 2 group yang masuk namun cuma ada satu!..ahaks..then masa press conference diumumkan kami cuma mendapat 19% xn3 4 % dan nabil 77%...fuyyooooo...jauh giler macam kami takde orang nak ngundi..banyak rakan2.keluarga aku telefon cakap kata undian mereka tak masuk!...hai samapi begitu sekalai manusia menipu..hehehe...tak pe ler biasa sesapa yang terlibat jawap je di hari kiamat nanti..patut ler juara jadi dracula..hehehe...

apapun aku masih menanti kan perancangan dari pihak astro dan maestro...apa yang mereka akan rancang,merancang,dirancang untuk kami...

nanti aku ceritakan kepda korang semua,....

oraaaiitttt

Tuesday, March 11, 2008

perihalku...pilih dan raya dan undi

salam..

bahang pilih dan raya telah pun selesai..namun apa yang mengejutkan ialah kemenangan barisan BA memerintah 5 negeri sekaligus..apa yang tlah terjadi dengan kreadibiliti pak lah...kalau kat negara luar dah lama perdan menteri or menteri letak jawatan..namun yang menrik perhatian ramai ialah kekalahan samy vellu...bayang kan dimana undi-undi rakyat di kawasan sg siput ini selama 30 tahun samy vellu menjadi MP...adakah selama ini mereka tidak dibenarkan mengundi or ada undi hantu or adkah selama ini mereka buta dengan ke'petah'an samy vellu berceramah..apa2pun revolusi rakyat telah mencorakkan satu lagi kebangkitan hak.

bercakap tentang undi,mungkin ramai yang tahu akan nya..namun yang paling menarik perhatian aku adalah tentang majoriti undian yang diperolehi oleh mereka yang menang termasuk lah pak lah dan najib..merosot dari tahun sebelumnya..dan sesungguhnya kebangkitan dan kemarahan rakyat telah membuatkan pak lah selepas ini takkan tidur dalam man2 mesyuarat..

oraaiittt

Thursday, February 28, 2008

perihalku...pilih dan raya

salam..
rasanye sume dah tak sabar nak menunggu pilih dan raya bermula..bagi yg reti apa itu hak pasti akan menggunakan peluang ini untuk memilih mereka yang dilihat berkaliber untuk memimpin..tapi bagi yang tak lepas had umo,masa ni lah diaorg nak buat duit sebab boleh buat keje part time gantung poster,pasang bendera..berarak..kempen dan macam2 lagi..

bagi aku pilih dan raya kali ini memang dah nampak sapa yang akan memerintah kerajaan..sebab dari awl2 dah termaktub kemenangan MEREKA..apa pun aku tetap ada pendirian..tetap ada falsafah dan tetap ada idealogi aku..

kali ini kita akan menyaksikan pertembungan banyak pihak..namun yang menarik perhatian aku ialah penyertaan seorang nenek di kuala trengganu untuk menjadi calon..penah tak terfikir oleh orang yang seorang nenek berusia 80 tahun untuk menjadi seorang wakil rakyat seandainya dia menang..yang menariknya dia menjadi calon bebas di kawasan panas dimana pertembungan diantara mat sabu dan juga datuk apa ntah nama dia..lebih baik kirenye anak,cucu,saudara pada nenek ni nasihatkan nenek ni duk kat rumah je ler..tak payah susah2 nak jadi calon..yang lebih penting mana dia dapat duit untuk menjadi calon bebas..adakah dari sumber yang sahih atau sumber yang toheh...

dah nama pun politik kan..itu ler warnanya..aku ingin bercakap tentang rancangan realiti..sebelum aku menyertai rancangan realiti ini aku sering berfikiran terbuka dengan apa yang berlaku..namun setelah menjadi peserta pada rancangan realiti barulah aku tahu dimana politiknya...bukan tidak pernah membenarkan yang benar namun sebagai manusia yang mempunyai nafsu untuk menang pastinya aku agak tersentuh dengan apa yang berlaku..namun biarlah ianya menjadi satu rahsia hidup aku selama-lamanya..

apa pun kepada mereka yang nak keluar mengundi nanti pilihlah wakil yang boleh buat kerja..yg boleh menjadi wakil rakyat yang sah dan adil..bukan menjadi wakil kepada rakyat..dan bukan memilih mereka yang rakyat memilih wakil..

apapun jangan berhenti mengundi kumpulan cham..ahaks...

oraaaiittt

Saturday, February 23, 2008

raja lawak 2...week 6


peri...raja lawak minggu 6...

alooo...hensem..good morning..sori ahh menggangu...ahaks

perihalku....Raja Lawak Minggu Ke 7

salam..

bagi mereka yang menyokong industri seni pasatinya tahu akan wujudnya program realiti astro prima iaiti raja lawak 2..aku tak mahu bercerita lagi tentang rancangan ini secara am..kerna bagi aku rancangan ini mempunyai 'aura' yang tersendiri...

dari minggu ke minggu alhamdulillah kumpulan aku CHAM dapat melaksanakan tugasan yang diberikan walaupun kekadang tidak pernah memuaskan hati sesetengah pihak..yang penting bagi CHAM ialah kepuasan apabila membuat persembahan dipentas dan mendapat sorakan dan tepukan dari penonton..

minggu ke 7,kami diberikan tugasan yang mencabar iaitu bebas untuk berkarya...bebasa melakukan apa saja..namun mungkin bagi korang dengar cam mudah je tapi bagi kami untuk yang membuat kan kepala buntu kerana kalu boleh apa yang ada dalam kepala otak ni nak dikeluarkan untuk tatapan hadirin...

dan yang lebih mengejutkan ada task yg diberikan pada hari persembahan..ahaks cuak jugak kitaorg namun disebabkan ada sekelumit pengalaman maka perasaan itu hilang begitu sahaja..

aku ingin menyentuh tentang persembahan kumpulan CHAM..bila tiba komen dari juri yang bernama Radhi Khalid..dia kata kumpulan aku cuba untuk mem'popular'kan AF...sori bro itu bukan matlamat kitaorang..adakah semasa kami membuat persembahan dia tidak peka??..ataupun cara pemahaman dia menjurus kepada apa yang berlaku didepan mata..tidak selepas pandangan yang jauh?..faham tak korang..ahaks aku ni kalau dah start menulis mula ler keluar ayat2 songsang..hehee

back to our topic..secara keseluruhan persembahan kami khusus nya content atau isi didalam nya menjurus kepada program realiti itu sendiri...tak kira lah apa jua pertandinga realiti pasti ada fenomenanya...memang tak dinafikan yang akademi fantasia merupakan pintu ataupun ruang bagi program2 realiti yang lain bertapak di negara kita..setuju atau tidak terpulang kepada korang....

kalu diperhatikan lirik lagu kitaorg semlm lebih kepada peringatan kepada mereka2 yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti ini...cuba hayati bait2 ini..

bukan mudah nak jadi pelawak macam kami..
bukan mudah nak jadi penyanyi macam mawi..
jangan buang masa pergilah 'recky'
manalah tahu ada rezeki...
muka kena tebal..
hati kena berani..
bila kena maki..
buat tak tau aje..
bila dah popular
kena ngadap reporter
bila dia tanye
jawab selamba..
baru kau boleh jadi artis realiti...

itu hakikatnya..betul tak..lain kali sebelum nak komen orang kenalah dengar.teliti,perhati betul2..bukan niat kitaorg nak mainkan lagu tema Af tu saja2...dah memang lagu tu popular dan boleh kita katakan itu lagu 'national anthem' untuk semua program realiti di mesia..

bak kata kumpulan aku....apapun..

kena....

oraaaiiiittt....

chill out

Thursday, February 14, 2008

peri dan hal ku...

salam..
kelmarin genap aku berusia 34 tahun...bermaksud 6 tahun lagi aku akan berusia 40an..terfikir akan diriku adakah aku patut meneruskan perjalanan seni ku atau beralah saja..namun berdetik dihati kecil ini semua adalah impian yang aku pupuk sejak dulu..memang terasa agak lambat untuk aku mengecapi nikmatnya insan seni,tapi semua itu juga bukanlah satu halangan...

tersenyum aku bilamana aku terkenangkan saat2 aku menjejakkan kaki aku di kotaraya ini..dengan tujuan ingin menjadi seseorang yang bergelar insan seni..akhirnya aku berjaya jua dengan berkat usaha dan juga doa dari orang2 yang rapat denganku..

memang banyak cabaran dan rintangan yang aku tempuh..namun biarlah semuanya menjadi anyaman pengalam peribadi aku yangmana mungkin akan aku ceritakan buat anak cucuku..

34 tahun bukan masa yang singkat..34 tahun bukan semua masa itu aku berikan untuk seni..34 tahun juga bukan aku sia2kan..dan 34 tahun juga tidak semua aku gunakan...

niat untuk menjadi insan seni bukanlah untuk mencari populariti..kerna bagi aku popular itu akan datang sendri tanpa dipaksa..sama jua dengan kisah dikampung...pak mat,mak jah,abang seman semuanya tak perlu masuk af,malaysian idol mahupun berlakon secara kecil-kecilan kerna mereka juga tetap popular di kampung mereka..

apa itu popular?..adakah perlu ada di setiap jiwa insan??..

aku popular...kau juga popular tapimungkin dalam medium yang berbeza..

chow

Wednesday, February 13, 2008

perihalku...raja lawak 2

salam..

mental block..ahaks...itu yang boleh aku katakan bila aku ngan partner aku tak dapat berfikir secara waras dan cuba mencari idea utk tugasan minggu ke 5..anyway thanks god ditemukan pulak dengan brilliant person si mamat khalid..memang tak dinafikan dia merupakan salah seorang trainer yang mengambil berat dengan anak2 buahnya..bayangkan dia amat risau dengan kitaorg sampai boleh lepak sampai petang semata-mata untuk memastikan yang kami tak 'lost' masa show nanti..

bagi aku ini peluang yang ditunggu sebab bukan senang untuk meluangkan masa dengan orang2 sebegini...banyak yang aku pelajari dan aku dapati mamat khalid seorang yang ihklas dalam berkarya...

inilah yang dikatakan otak manusia sama seperti mesin..selalu digunakan tanpa had satu ketika otak kita akan jamm sekejap..

alhamdulillah akhirnya dengan bantuan mamat khalid kami dapat idea dan juga gags yang diperlukan..

chow

Sunday, February 03, 2008

foto dari Raja Lawak 2...Kump CHAM













Raja Lawak 2 Astro


salam...

gambar yang tertera diatas adalah aku dan juga partner aku dalam raja lawak 2 astro..group kitaorang kita namakan CHAM...

sebenarnya penyertaan aku dalam raja lawak ni cuma untuk mencabar minda dan bakat aku..adakah aku boleh membuat lawak yang spontan dan juga daya tahan yang kuat bila bertanding...nasib baik aku ada partner yang naturaly kelakar..anyway nama CHAM tu diambil dan dipilih kerna CHAM dalam bahasa cina bermaksud campur..jadi kami campurkan idea for our performance...anyway support us all the bloogers people..dun 4 get watch out raja lawak 2 evry friday 9pm at astro prima

chow








Tuesday, January 01, 2008

peri..2008 hal..ku

salam...

anyway slamat tahun baru...baru erk??..still lame lagi...sebab apa yang baru apa yang lama??..semuanye sama saje maybe akan bertambah lagi bebanan...ahaks...apapun aku bersyukur dengan segala cabaran dan rintangan yang aku tempuh untuk tahun 2007...

untuk 2008 aku bermula dengan agak cemerlang...langkah kanan kata orang..harapan aku agar terus bersinar dan gemilang hidup aku di tahun ini..tapi aku tak mahu menjadi manusia yang gemilang,terbilang dan cemerlang..tapi terus hilang....

chow