Monday, October 26, 2009

PENGLIPUR LARA....program baru di Astro..

salam..

rasanya memang dh lama aku tak coretkan sesuatu tentang kerjaya aku..memang sekarang ini aku bz ngan shooting...alhamdulillah rezki mencurah2...di kala ini aku berada di Kelantan..menjalani shooting prog terbaru Astro Prima..Penglipur Lara...

hari ini genap 1 minggu aku berada di bumi klate..memang rasanya dah lama aku tak menjejakkan kaki di klate..last skali seingat aku 20 tahun lepas...aku gerak bersama krew penerbitan dari kl lebih kurang jam 9 mlm dan sampai di kota bahru jam 6 pagi...

apa yang menariknya disini ialah pembangunannya yang berkembang pesat..kagum aku seketika..
yang paling best untuk aku ialah kali ini dalam program yang aku dapat rasakan akan 'meletup' di tv nanti sebab dapat mendalami seni tradisi masyarakat klate...mak yong,dikir barat,peteri,wayang kulit adalah seni org klate..seni yang semakin dilupakan..

shooting yang pertama ialah dikir barat..aku berpeluang bertemu dengan seorg tukang karut terkenal disini..che azmi atau lebih dikenali sebagai intan berlian..berpeluang membuat persembahan dikir barat di sebuah kampung di daerah pulau melaka memang sesuatu yang tak akan dilupakan..sambutan org2 disini memang sempoi,fantastic dan happening...bayangkan show malam itu dipenuhi hampir 2,000 orang..tak pernah aku melihat duyunan orang kampung yang datang pada malam itu...

memang aku merasa agak teruja dan cuak bila di suruh untuk membuat persembahan dikir barat..sebagai tukang karut..namun disebabkan sambutan yang begitu memberangsangkan daripada orang kampung aku menjadi seronok..persembahan 30 minit menjadi 1 jam..ahaks

apapun banyak lagi yang akan aku ceritakan..tunggu saja haa..!!

chow

Tuesday, September 29, 2009

bila tiba hari raya....2009

raya tak raya sama jer...macam tak ada apa-apa rasa..
tahun ini aku raya tanpa rasa RAYA..
sebab kuih raya dah tak serupa dulu..
rasa dah lain...
isi dah lain..
semua dah lain..

dah raya ke?..
kenapa tak dengar bunyi meriam buluh..
kenapa tak dengar bunyi mercun katak..
mungkin semua budak-budak nakal balik kampung..
ataupun mungkin masih tersadai di kotaraya..
kerna tak de duit nak balik beraya..
yang tinggal di kampung pakcik dan makcik
yang sedang gotong royong di balai RAYA..

aku pasti dah raya..
sebab bila aku dengar kat radio ada lagu raya..
tapi aku masih tak pasti raya ke tidak
sebab aku tak dapat kad raya..
yang aku dapat cuma sms..
tapi boleh ke masuk dalam kategori kad raya??..

aku rasa memang dah raya..
sebab pagi tu aku bangun dah boleh bersarapan..
mak aku tak marah..bapak aku lagi lah...
aku rasa memang hari raya..
sebab adik aku dh 'iron' baju melayu aku..
boleh ke panggil baju melayu..
sebab yang buat baju tu orang cina??..

sah..!! memang dh raya..
sebab baru aku teringat semalam mohor besar dah isytihar..
anak bulan dah kelihatan..
tapi camner nak sambut raya..
sebab aku tak rasa cam hari raya..

bila tiba hari raya..aku selalu konpius...
nak bagi duit raya...seringgit ke 2 hengget..
takut nanti budak-budak tak nak kawan ngan aku..
kata aku kedekut..tapi..aku nak jugak rasa berhari raya..
alamak..!!..budak-budak dh sampai...
baik aku pasang lagu raya kuat-kuat..
nanti tak dengar diaorg panggil...

bila tiba hari raya..
aku suka duduk depan tv.
nak tunggu sarkis free..
dapat tengok gajah dan badut..
sambil makan kuih raya..
bila dah kenyang boleh tido RAYA...

raya oh raya...
kau pergi dan kembali..
puasa oh puasa..
kau pergi dan kembali..
duit raya oh duit raya..
kau pergi tak kembali-bali...





Friday, August 14, 2009

pelawak atau penghibur..


dunia komedi bukanlah satu yang asing dalam kehidupan kita.sejarah telah meriwayatkan bahwa dunia komedi@lawak memang telah wujud sejak zaman sebelum masihi lagi,namun pemeran komedi sering di pandang kelas kedua didalam dunia hiburan..

sejak aku menyertai raja lawak,baru aku mengerti keluh kesah pelawak2 dulu...aku pernah bersembang dengan Maidin,Pie,Dato Yahya Sulong,Mat sentul,Mendiang Param,AR Badul dan ramai lagi...semuanya bersatu suara..iaitu pelawak@penghibur sering dipandang sepi..

sebab itu aku tidak pernah melabelkan diri aku seorang pelawak..aku lebih senang dikenali sebagai penghibur..medium nya lebih besar dan peluang yang terbuka luas..

kematian Mendiang Param mengejutkan aku...serentak dengan Pemergian ARwah Ust Asri..aku berkesempatan bertemu dengan Param sewaktu final raja lawak 3..dan aku berpeluang bersembang dengan Arwah Ust Asri didalam satu persembahan dahulu...

semua itu satu kenangan...yang tak mungkin akan kembali selamanya...

Sunday, July 12, 2009

Warung Kita...The final Episod

salam..

akhirnya tanggal 10hb July 2009 berlabuh ler sudah episod ke 24 warung kita..berakhirnya satu pengembaraan yang menemukan manusia kepada manusia yang lain..nilai insani setiap insan di muka bumi tercinta ini bersatu di paparan warung kita..aku merasa bersyukur kerna terpilih menjadi host program yang julung kali adanya di Astro Prima..

banyak kenangan yang terpalit di legasi warung kita..kebanyakan kenangan nya 'kenyang' dan 'penuh'...dalam jelajahan ini aku berpeluang bertemu dan bersua dengan manusia jiwa kental yang tidak pernah tunduk dengan desakan ekonomi..ada yang jatuh..bangun dan jatuh kembali namun mereka ini tidak pernah merasa kecewa..mereka terus dengan acuan niaga mereka malahan ada yang telah berniaga lebih dari 20 tahun dan hanya menjual karipap berinti kan kentang...bayangkan!!..

sepanjang pengambaran ada juga yang berjiwa kecut..tidak mahu publisiti percuma..tidak mahu dikenali 'konon'..dan ada juga yang memberikan alasan yang tidak logik langsung sebagai seorang Islam...kononnya kalau kedai@warunh mereka dipaparkan di TV nanti ada yang irihati dan akan 'menderem'@jampi mereka...maka persetujuan yang asal tidak dapat diteruskan...terpaksa lah pihak produksi mencari warung yang lain...

ada juga peniaga yang tidak mahu diketahui kejayaan warungnya..dengan hasil lumayan setiap malam...katanya hasil yang dikaut hanya untuk nya dan keluarganya jadi tak perlu diwar warkan kepada umum takut 'lembaga hasil' mencarinya selepas itu...ahaks..ini macam punya orang pun ada ka...??..bak kata jaga singh dalam seniman bujang lapuk...

apapun aku merasa bangga kerna dengan adanya program sebegini maka peniaga-peniaga yang berkelas sederhana dan juga pembeli-pembeli dari semua kepentingan dapat menjamu selera di warung yang rasanya berstatus 5 bintang...

insyaallah kalau ada rezki pasti ada musim ke 2...

terima kasih kepada penonton Warung Kita...

Wednesday, July 08, 2009

Penglipur Lara....program baru di Astro..

salam...

aku sekrang tengah sibuk shooting untuk program baru astro yang berjudul Penglipur Lara..boleh dikatakan program ini nanti boleh dijadikan 'refferences' pada insan-insan yang meminati seni budaya bangsa sendiri..

mana taknya aku juga berpeluang untuk mempelajari dan mengetahui tentang seni persembahan yang mungkin tidak sepopular seni budaya yang lain..ada juga seni yang hampir pupus disebabkan tiada bantuan daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosikan seni itu..

jikey,Awang Batil,Boria,Opera Cina,Wayang sri Asun dan banyak lagi yang mungkin kita pernah melihat dan mengetahuinya...namun mungkin generasi IT sekarang ada yang tidak mengetahui tentang budaya ini..tentang pantang larangnya,adab,cerita,watak,sejarah seni budaya bangsa ini..

aku merasa bertuah kerana di beri tanggungjawab untuk menjadi host program ini...dapat juga ler aku mengenali seni budaya bangsa aku sendiri..

apapun saksikan nanti program Penglipur Lara di Astro..
ada juga klip2 yang sempat aku rakamkan sendiri...cari sahaja di YouTube penglipur lara

sampai bertemu di tinta yang lain...

Sunday, June 28, 2009

ku impikan bintang...versi Azrul raja lawak

video

show untuk Perbadanan Putrajaya...

Tribute to Michael Jackson..

aku mula mengenali Michael Jackson (MJ) ketika aku sekolah rendah..sekitar 80'an..masa itu aku amt meminati lagu Ben..lagu mengenai persahabatan antara manusia dan tikus..filem nya juga bagus..tambahan dengan suara budak MJ yang manja..aku bertambah teruja bila buat pertama kalinya dapat menyaksikan video klip lagu Thriller,Beat it,Smooth Criminal dan banyak lagi..hingga kan ada lagu-lagu tersebut di sadurkan menjadi kelakar..

masa zaman lagu Thriller itu sedang dasyat..aku begitu teringin untuk mendapat kan satu jaket MJ yang penuh dengan zip..magis nya jaket tersebut boleh menjadi seperti singlet bila dibuka satu persatu zip nya..kemudiannya bila dah pandai tahu apa itu tarian aku dan kawan2 ku cuba untuk meniru tariannya..semestinya Moon walk..ahaks..

MJ sememang satu fenomena..aku merasa kaget bila sedang mencoretkan kisah ini..dia seorang manusia yang sungguh istimewa...susah nak mencari penggantinya...hinggakan pada satu masa di seluruh dunia diadakan pertandingan tarian meniru MJ...banyak kenangan dan 'journey' bersamanya..

apa perasan Pat Ibrahim & Riot 'kool' dengan berita ini..kerna mereka adalah 'kembar' MJ di Malaysia...

to MJ's you'll always in my soul...may god bless u...


Friday, May 29, 2009

INI RASA AKU PADA SATU MASA!!

sial!!.. pada rasa yang ada dalam diriku.. membuatkan aku sperti mahu menjerit pada semua!!.. namun mana suara hati aku..bersembunyi mungkin takut pada keadaan.. hanya dapat bersuara pada mata..yang melihat dan merasai peritnya.. satu persatu helaian rindu aku kutip.. semuanya seperti berkecai luluh melayang-layang.. mata aku dapat melihat helai demi helai rindu itu.. di tiup angin kenangan dan pengalaman.. dibawa ke deru yang jauh ditinggal.. mana pegangan kasihmu... tatkala jiwa bergoncang utuh.. seperti tiada iman dan tuhan.. meracau mencari sisa kebenaran.. konon nya kebenaran..namun itu hanya siulan syaitan yang berbisik!!.. kalau tidak kuat iman dan roh aku..mungkin kau tlah menjadi orang yang asing.. dalam hidup aku dalam jiwa aku.. namun aku masih punya TUHAN..yang sentiasa ada mata melihat dan mendorong ku.. untuk tidak terpesong dengan bisikan AYI..!! haluan hiduo kini terasing..mata aku masih mampu melihat dengan nada yang berbeza bagai..dengan nada yang berbeza cinta..

Monday, May 25, 2009

P.Ramlee dalam kenangan

29hb Mei nanti genap 36 tahun Allahyarham Tan Sri Dr P.Ramlee meninggalkan kita..tinggalkan segala impiannya..tinggalkan segala sukanya,deritanya,rohnya dan rasanya..apa yang ada hari ini adalah satu momento yang berharga dari beliau...

secara peribadi semua rakyat Malaysia mengenali dan meminati beliau..sampaikan ada yang berangan mahu menjadi seperti beliau...aku juga punya pengalaman yang tersendiri..apabila dapat 'berlakon' bersama dengan P.Ramlee itu sendiri...walaupun hanya di atas pentas PRamlee the musical namun semangat roh,cerita,gambaran,jiwa nya dapat dirasai..

amat mustahil kalau ada yang tidak mengenali beliau..apa saja pegangan jiwa mereka dari punkster ke hip hoppers..dari blues ke jazz..dari bodoh ke pandai..dari kaya ke miskin dari muda ke tua semuanya mengenali beliau kalau tak banyak pun paling sedikit mesti tahu tentang beliau...

aku sempat menjejakkan kaki aku ke gedung ilmu dan keringat beliau...iaitu Studio Jalan Ampas Singapore...rasa yang pertama menyelinap masuk ke dalam roh aku ialah..sebak..rasa seterusnya ialah bangga dan rasa yang seterusnya ialah hampa...kenapa aku merasa begitu??..

aku merasa sebak kerna terbayangkan hasil kerja beliau bersama rakan-rakan nya di studio itu..tak dapat aku bayangkan dalam hati ku kerna selama ini hanya dapat melihat studio ini dalam TV sahaja..bayangkan aku dapat duduk di tempat Arwah melepak bersama rakan yang lain sambil menghisap 'lucky strike' nya di bawah rumpun pokok di tepi studio 1..bayangkan aku dapat merasai melalui pintu pagar yang pertama Arwah lalui dulu..bayangkan aku dapat memegang tombol pintu ofis Arwah..

aku merasa bangga kerna inilah satu-satu nya anak melayu yang berjaya dengan hasil keringat dan idea nya..manusia yang tak pernah kenal erti puas..manusia yang kelana nya berhasil..insan yang warga negerinya sama dengan aku..manusia yang masterpiece nya masih lagi berlegar di tv sampai ke hari ini...

dan aku merasa hampa kerna studio agung ini dibiarkan begitu sahaja..tak tahu sebab apa..mungkin kalau studio ini ada di Malaysia pasti studio ini akan menjadi gah dan terkenal seperti muzium negara..kerna rakyat dan pemimpin malaysia amat2 prihatin..namun studio itu berada di salah tempat..cuma yang boleh dibangga hanya pada nama nya..yang masih terpahat di bahu jalan itu..JALAN AMPAS..

kalau nak bercerita pasal Arwah memang banyak...

hanya AL FATIHAH untuk rohnya...

aminn..

p/s: adakah perjalanan seni ku seperti PRAMLEE...??

Friday, May 22, 2009

cerita satu pagi..

seperti biasa kalau aku ada masa aku akan bersarapan ataupun minum2 di kedai mamak dekat umah aku..namun hari itu tidak seperti hari biasa kerana aku terpaksa berfikir sejenak dengan sapaan seseorang..

sedang aku minum sambil membaca paper aku disapa lembut oleh seorang pakcik bersama keluarganya..katanya dia suka menonton program-program yang aku handle..katanya aku seorang yang natural bila bercakap depan kamera..katanya bukan dia seorang saja yang suka bahkan seluruh keluarganya meminati aku..selepas itu dia meminta izin untuk bergambar..kerna katanya bukan senang nak terserempak dengan aku selalu..

namun ada satu soalan yang membuat kan aku terfikir dan terus berfikir...katanya..kenapa aku jarang mendapat publisiti di paper,majalah..walhal partner aku ada jugak keluar sekali sekala..nak sedapkan hati dia aku cakap aku agak kurang sikit untuk ditemubual kalau tak der perkembangan tentang diri aku..dia mengangguk tanda setuju..

memang benar artis perlukan publisiti..pendedahan dan cerita..agar orang semua tahu yang artis itu masih wujud dan masih mencari peluang untuk dirinya..memang betul kata pakcik itu..aku jarang sekali ada ruang didada akhbar mahupun majalah...tapi aku tak pernah kisah dengan publisiti sebegitu..kerna bagi aku publisiti melalui televisyen lebih efisyen..lebih 'terasa'..lebih dekat dan lebih mesra..ada juga majalah/akhbar yang hendak interview aku.namun aku akan bertanya terlebih dahulu..nak interview pasal kerjaya ok ajer..kalu pasal peribadi tak payah!!..

betul atau tidak itulah prinsip aku..buat apa kita riuh rendah sedangkan hasilnya kurang...baik kita dalam senyap meraih riuh rendah itu namun ada hasilnya...

terima kasih pada pakcik itu..walaupun dia nampak seperti tidak peduli akan dunia hiburan namun dia amat prihatin tentang dunia kemanusian...

Saturday, May 02, 2009

tatkala rakyat bersuara..

salam...

aku memang dah lama tidak bersama kelompok penyair,pencerita,penglipur dan seni sayembara...aku rasa saat itu perlu untuk aku 'menyucikan' minda aku dari cerita negatif suratkhabar 'lama'...aku perlu neutral kan kembali landas minda aku untuk terus berkarya..

lantas apabila aku sedang menilik blog tukartiub aku terpandang satu iklan yang mengatakan ada satu amanat penting yang akan di sampaikan oleh tokoh sasterawan negara Pak Samad..aku teruja kerna aku amat menyanjungi beliau..apatah lagi selepas beliau bersungguh-sungguh berjuang untuk memertabatkan ketuanan bahasa melayu di tanahair sendiri..

berlangsung di AIC..(kelab Anwar Ibrahim) di Petaling Jaya aku cuba mencari tempat itu..jumpa lokasinya dan terus masuk ke sana..

gelap tempatnya namun terang hati dan perasaan orang yang ada di gelanggang pentas 152 malam itu...

aku jadi lebih teruja bila bertemu kembali dengan rakan lama yang gagah berjuang demi prinsip..cikgu fendi,seorang pengiat teater,cikgu teknikal dan bapa kepada 2 cahayamata yang comel..aku jadi lebih 'masuk' dengan pentas 152 ini..

malam itu Pak Samad menyampaikan amanatnya..tentang perjuang beliau bersama-sama dengan rakan-rakan nya semasa era ASAS50..aku jadi sedih dan terharu dengan pakcik yang berusia 77 tahun ini..terus cekal dan terus kuat mengharungi gelombang 'komunis' baru..

malam itu pak samad ada nukilan baru...baca dan hayati...

Monday, April 06, 2009

ok ke ekonomi kita..??

MALAYSIA'S CIMB TO CLOSED 60 BRANCHES...reuters

KUALA LUMPUR,April 6- Malaysia's second largest lender CIMB BANK will closed neraly 60 surplus branches this year to save up to 60million ringgit ($16.77 million) annualy,locally daily the Malaysian reserve reported on monday....

petikan di atas adalah daripada Reuters..apa perasaan korang apabila membaca berita tersebut..apa perasaan pekerja-pekerja CIMB yang hanya mengetahui perkara ini melalui internet..apa perasaan pekerja-pekerja CIMB ini yang masih tidak mengetahui branch mana yang akan ditutup...berita itu juga mmemetik yang pihak pengurusan CIMB akan mengesyorkan kepada pekerja-pekerjanya untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan...layari http://malaysia.news.yahoo.com

aku teruja apabila Perdana Menteri yang baru sebelum dilantik membuat satu nada yang berbau 'syurga'...rangsangan ekonomi berjumlah 60 billion ringgit.....wow!!..banyak tu...tak habis sampai kiamat..!!...namun apabila difikirkan dimana logik nya gerangan duit itu...mana datangnya duit itu....?? aku terdiam..dan fikiran ku mula berkecamuk..(mungkin korang pun sama )...

CIMB merupakan syarikat GLC (goverment listed company)..maksudnya khazanak nasional ada pegangan didalam saham CIMB...dulu bank ini dikenali dengan nama bank bumiputera..selepas di swastakan di panggil CIMB..adakah penutup CIMB ini akan di 'bailout' nanti oleh skim 60 billion??...adakah ini salah satu cara 'pembelit-pembelit' ekonomi negara membuat duit..jangan kita lupa yang satu ketika dulu banyak syarikat 'GLC' di bail out....dengan alasan pengukuhan ekonomi...

bila Najib membuat pengumuman tentang 60 billion ini..ramai yang terkejut...ada juga yang bersorak...Anwar Ibrahim awal2 lagi telah memberi amaran..Mahfuz Oamr juga memberi peringatan...sebabnya Budget yang lepas pun sebanyak 7 billion masih tak terkawal..ini kan pulak 60 billion...

sebagai rakyat apa yang kita dapat?...serpihan mungkin..??...ahaks..

adakah semua ini percaturan Najib untuk mengukuhkan empayarnya...ataupun memang Najib telah mempunyai perancangan untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara kita.??...

terfikir juga akal nakal ku...sebab itu mantan perdana menteri Tun Mahathir masuk semula ke UMNO..!! sebab tak ada orang yang Najib boleh percaya untuk 'mengawal' rangasangan bernilai 60 billion itu..

aku pula tunggu dan lihat....tak dapat makan dapat bau pun jadi lah...kata Ahmad Nisfu..

Wednesday, April 01, 2009

pilih dan raya datang lagi !!

ayuh semua orang kampung yang merasakan diri mereka orang bandar...
kumpul semua baju dan barangan moh kita kelik ke kampung..
kata sedara kat sana...ada perayaan yang akan berlangsung..
kalu tak balik nanti rugi..rasa macam hidup tak tenteram...

ayuh semua orang kampung...
bersiap sedia menyambut orang bandar..
yang sedara bukan sedara kita sambut sama sahaja..
kerna mereka ini pembawa rezeki pada kita..

ayuh semua kuli-kuli..
kosongkan poket agar boleh diisi..
nanti ada imbuhan yang sedang menunggu..
ingat aturannya..hanya angguk sahaja jangan geleng..

ayuh semua penunggu rezeki..
banyak lagi tiang,pokok dan jejantas yang masih sunyi..
jom kita meriahkan dengan bendera pelbagai warna..
agar kampung kita sama 'gah' nya dengan kolumpor...

ayuh semua orang-orang luar..
kalau datang kampung kami bawa budget lebih lebih..
agar kekayaan yang ada dikongsi bersama..
jangan kedekut sangat nanti tuhan marah..

ayuh semua balaci..
jangan angkuh sangat...nanti orang kampung lari..
lari mengikut pintu belakang,...
sebab pintu depan dah ditutup..

ayuh semua orang...
kena ingat perkara ini..
"undi anda adalah rahsia"...
yang penting orang kampung hepi bebonar...

Sunday, March 29, 2009

Perihal...Warung kita...

salam..

aku masih dalam keadaan yang penat...batuk masih ada...badan terasa lemah bilamana aku menjalani shooting untuk program terbaru RTM di utara...di Ipoh cuaca tidak menentu..kejap hujan kejap panas...aku terpaksa berulang alik dari Ipoh-KL selama 3 hari berturut2 sebab ada recording zoom in di RTM...penat tapi puas!..

dalam menjalani shooting,aku terasa penat dan lelah ku selama ini hilang begitu sahaja bila aku berada di Taiping...sebabnya,semasa aku shooting di Muzium Taiping aku disapa oleh satu family...mulanya aku seperti biasa kerna mereka mengenali diriku namun aku menjadi begitu kaget apabila family tersebut menyatakan kedatangan mereka ke Taiping disebabkan aku!..aduh...terkejut aku...kata mereka,selepas menonton prog Warung Kita di Astro Prima tempoh hari mereka begitu teruja untuk merasai Mee Udang Mak teh yang terletak di kuala Sepetang..mereka datang dari Sungkai..semata2nak merasa Mee tersebut..dan mereka mengucapkan terima kasih kepada prog warung kita..kalau tak mereka tidak tahu di hujung kampung ini ada Mee udang yang sedap..

kemudian datang lagi satu family..bergambar kenangan dengan aku..dan pakcik yang usianya sekitar 60an menyatakan dia amat meminati cara aku mengendalikan prog warung kita..dia berdoa agar aku akan menjadi pengacara popular...aku menjadi sayu bila mendengarnya...aku amat berterima kasih pada pakcik tersebut dan juga family nya yang menyokong perjuangan aku ini...

memang tidak dinafikan..perjuangan aku baru bermula..walaupun banyak rintangan dan juga liku2 dalam mengapai kejayaan...aku juga teruja apabila di tawarkan untuk menjadi Dj gantian di Sinar FM tempoh hari...sepatutnya aku on air selama 1 minggu namun disebabkan clash ngan shooting aku maka aku boleh on air cuma 2 hari sahaja..nampaknya aku kembali on air di radio..hehehe...

apapun aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pemerhati karier aku...antara nya Rina di HQ Astro..yang sentiasa menyokong aku...walaupun dia sering duduk didepan pintu North Entrance menyambut tetamu yang datang tapi dia tak lupa kepada 'tetamu' yang tidak melalui pintu itu....ahaks..

bak kata pepatah...alang2 genggam arang biar sampai jadi abu...

chow..

Sunday, March 08, 2009

antara jebat dan YB Nizar

Jebat..
berjiwa pahlawan kawan baik tuah..
nizar..
berjiwa rakyat kawan baik semua kaum..
Jebat..
pandai bersilat perkasa orangnya..Nizar..pandai pidato murni hati budinya..

Jebat..
penuh semangat setiakawan..tak kira malam atau siang..
Nizar..
penuh semangat juang..walau di cemuh,tohmah dan benci..
Jebat..
bukan derhaka pada sultan yang diingini tapi menegak kebenaran yang diberi..

Nizar..
dituduh Derhaka pada sultan..demi menuntut keadilan sejagat..
Jebat..
di hukum berlawan dengan Tuah..
akhirnya mengalah bukan sebab kalah namun demi tuah yang dikasihi..
Nizar..
dihukum meletak jawatan walaupun kebenaran terserlah..
keluar dari Rumah Rasmi bukan sebab diusir namun perjuangan lebih utama..

Jebat..
mungkin Mitos atau nyata..
Nizar..
memang Wujud..terus berdiri sebagai Pejuang Rakyat..
Jebat..
waktu kalah dengan Tuah..di akhiri dengan ALLAHUAKBAR..
Nizar..
waktu di usir turun dari kerajaan..diiringi dengan ALLAHUAKBAR..

Jebat dan Nizar sama sahaja..
pejuang yang ditindas demi kepentingan MAWAS!!

Tribute to Alleycats..( Datuk David )

sampaikan salam..
dah jadi datuk sekarang..
hingga akhir nanti...
tak payah tunggu dia takde baru nak bagi..

seribu bintang..tak sama dengan bintang kurnia ini..
andainya aku pergi dulu sebelum mu..
Loga tersenyum disana..
setahun sudah berlalu..

tapi tahun ini special bagi Datuk David Arumugam
rayuan di puncak genting..
tak perlu merayu-rayu seperti sesetengah orang lain..
layang-layang terputus talinya..
akhirnya Datuk David mendapat apa yang diperjuang kan..

Jika kau bercinta lagi..
tidak dengan cinta mereka pada seni..
sekuntum mawar merah..
untuk Loga di pusara..
kerana kau..aku mengenali muzik..
beribu batu..
aku mengembara seni ingin menjadi seperti kau..
senandung semalam..
Datuk David..all my tribute to u like..
hingga akhir nanti..

s.a.m.a.n

sapa saman sapa?..
rakyat saman kerajaan..
kerajaan saman rakyat..
rakyat saman rakyat..
rakyat saman saman..
saman saman saman..
saman sama sapa?
saman sama kerajaan..
saman sama rakyat
saman sama saman
saman saman saman..
saman tetap saman..
saman tetap saman
saman tetap ada
saman tetap kena
saman saman saman..
saman itu apa?
saman itu duit
saman itu rasuah
saman itu cinta
saman saman saman..
saman itu siapa?
saman itu nama
saman nama sapa
saman nama pejuang
dato wan mat saman!

kisah sebatang pokok..

dulu masa aku sekolah rendah cikgu selalu cerita..
asalnya nama negeri melaka terkisah dari sebuah pokok..
kagum aku..tapi tak pernah jumpa pokok tu..

di tempat kita banyak nama yang berkisah pada pokok..
di kedah ada pokok sena...di penang pun ada nama tempat di panggil pokok sena..
dulu kalau aku sakit mak bapak aku bawak pi klinik kat pokok sena..

kalau orang dulu-dulu cakap mesti berfalsafah..
POKOK nya mesti ada jiwa melayu..
orang india juga suka pokok..
kalau kenduri orang india mesti ada pokok kelapa..
orang cina pun suka pokok...tapi aku lupa nama pokok mereka..

sekarang ni pokok semakin popular..terutama di negeri 2 MB..
kat saner ada satu pokok..pokok diberi nama..pokok IPOH..
aku nak pergi saner nanti nak amik gambar pokok tu..
takut nanti pokok tu kena tebang..sebab langgar perintah negeri!!

satu hari di Kolumpur

aku dalam perjalanan ke bkt bintang..
bukan untuk bersuka tapi nak cari barang..
bukan barang baik punyer tapi barang komputer..

aku masih dalam kereta..
dari jalan klang lama nak masuk ke jalan mahameru..
tiba-tiba kereta aku tak bergerak..
bukan sebab rosak tapi kereta depan aku tak bergerak-gerak..

aku musykil..aku nak tahu kenapa?..
aku tengok kiri dan kanan..semua muka masam mencuka..
bukan sebab bergaduh laki binitapi sebab bosan tunggu dalam kereta..

tiba-tiba semua takut..
aku takut jugak tapi buat-buat berani..
nak tahu nak tengok apa yang terjadi..
kot-kot ada yang baik punyer boleh aku lihat..

semua orang kelam kabut..
semua berbaju putih macam budak-bidak sekolah..
tapi aku tengok semua dah tua bangka..
aku jadi teruja aku matikan radio dalam kereta
aku buka tingkap sedikit nak ambil tahu pasal sekeliling..

tiba-tiba ada seorang pakcik lari sambil menangis..
bukan sebab takut tapi naluri keberanian dah mencapai tahap maksima..
aku lebih teruja..apa yang berlaku nih??..

rupa-rupanya..
ada segerombolan angkatan seragam hitam sedang meraikan kenaikan pangkat mereka
dengan menyembur air dan gas tiruan di udara..
ada pesta rupanya!!

Sunday, February 22, 2009

Raja Lawak musim 3...

salam..

dah lama sangat rasanya aku tak menulis apa-apa dlm blog aku nih..maklum ler kerja semakin bertambah sejak lebih dikenali dari dulu...alhamdulillah rezeki kan..namun kadang2 aku tertengok atau pun bercerita dengan orang yang aku kenali dan tidak tentang Raja Lawak Musim 3...ada yang tahu aku dari rancangan itu ada yang tidak...

aku sendri pun jarang tengok secara live di tv mahu pun di studio...minggu pertama saje yang aku tengok..itupun sebab boss astro prima suruh..bukan berlagak tapi masa aku begitu terhad..tapi apa yang aku berpeluang intai dan perhati di minggu pertama sudah dapat aku jangkakan tahapnya...demi tuhan aku tidak dapat menangkap ataupun berhajat nak melihat peserta2 untuk minggu2 seterusnya..entahlah dimana silapnya...peserta ataupun panel pemilih..

aku juga berpeluang meninjau masa audition di kuantan..kebetulan aku ada show di sana..jadi aku luangkan masa untuk bertemu dengan Pak tam dan Shah yang diberi peranan sebagai artis undangan untuk audition di kuantan...memang terperanjat..ramai bangat orang yang ingin mencuba..aku kanget...takut dan risau..bukan pada persaingan tapi pada kehendak mereka..

adakah mereka2 ini yang datang untuk di audition kan oleh panel telah bersedia?..adakah mereka memang ada talent gifted sejak zahiriah?..adakah mereka ingin mencuba disebabkan mereka rasa mudah untuk dikenali kalau masuk raja lawak berbanding dengan AF??..aku tidak ada jawapan yang jitu...tepuk dada tanya selera..

aku bukan cuba mendabik dada...namun pengalaman aku menaiki teksi di the Curve cukup bermakna..driver teksi itu beria suruh aku naiki teksinya..sedangkan ada teksi lain di depan aku..aku pun terangsang nak menaiki teksi dia..sebaik saja aku naik perkataan pertama yang dia sebut ialah...oraiiitt!!..ahaks..kagum aku..dia kenal aku..bahkan dia hafal dan ingat setiap episode yang membabitkan kump CHAM...dia siap nyanyi lagu ceti...dia ingat aku jadi david arumugam..dia ingat along jadi tokwan aku..dia tahu along dah bertunang..dia ketawa bila mengenangkan aksi silent komedi kami..wahh!! brader ni dasyat..

aku tanya dia,bila dia tengok raja lawak..dia kata setiap kali bila hari jumaat dia akan lepak kat kedai kopi dekat umah dia..tepat jam 9pm kedai kopi itu akan tukar channerl ke Prima..dia akan lepak sampai habis program kemudian baru dia keluar mencari rezki...bayangkan..salute aku pada brader ini...

kemudian dia bertanya aku tentang raja lawak musim ke 3..aku kata kat dia,ikhlas aku tak sangat mengikuti...dia tersenyum,...lantas dia pun kata kat aku yang kedai kopi yang selalu dia lepak sekarang ni pun tak concentrate sangat dengan raja lawak musim ke 3..aku tanye kenapa?..dia cakap tak lawak...aku tanye kenapa?..dia kata tak boleh lawan season 2...aku tanya lagi kenapa?..dia kata mungkin sebab semua peserta kali ini nak meniru ataupun tanda aras raja lawak bukan pada musim ini tapi pada musim aku...

seorang driver teksi..boleh memberi komen sebaik Abie berita harian!!..aku kagum dengan brader ini...sebelum aku keluar dari teksi dia,dia pesan pada aku...jangan berhenti berkarya..aku sokong kau..aku peminat kau..alhamdulillah...

dalam paper pun tulis perkara yang sama..dalam mstar.com pun tulis yang sama..rata2 semua bersependapat...musim ke 3 tidak ada persaingan yang sengit..tidak ada tarikan..entah ler!

pada aku yang pernah bertarung digelanggang yang sama dengan mereka memang terasa bahang dan pressure nya..pertandingan beb..bukan show..ahaks..naun kalau difikirkan logiknya...peserta kena membuat performance tak lebih dari 5 minute setiap minggu..itu pun ada yang kantoi dan tak leh blah...bayangkan kalau mereka2 ini diberikan peluangmengadakan show..tak kira lah dinner show or family day selama 30minute,45 minute ataupun sepenuhnya,adakah mereka ini mampu bertahan dan menghiburkan...

bak kata sifu M.Nasir....bukan senang nak jadi senang..

Monday, January 05, 2009

tentang Palestine...

fisabillilah...
kata perjuanganmu..
korban...
dari dulu hingga selamanya...
jihad...
roh dan jasad bergabung satu..
mati..
bukan diminta namun itu ketentuan..

ibu..
tetap meratap menangis tak sudah..
bapa..
buntu untuk berfikir dimana semangatnya..
anak..
sudah tiada tangis,sendu dan hiba..
cucu..
tidak pernah mengenal siapa dirinya..

dunia..
hanya melihat sengsara yang tiba..
tetangga..
hanya merungut..maki dan duka..
manusia..
simpati sentiasa dari jauh berdoa..
saudara..
hilang sudah kesabaran..ingin dihancur tak kesampaian..

sejarah..
telah tertulis dalam kalam ALLAH..
kalimah..
disahut dilaung membakar semangat..
juang..
tetap mara walau berdarah
syahid..
di syurga tempatnya tanpa sekatan..

amerika..
jahanam laknat disumpah selama..
yahudi..
neraka tempatnya dibakar dilumat..
amerika...
mendabik dada memijak bangsa..
yahudi..
harus menjadi sejarah ditimbus petaka..