Wednesday, May 21, 2008

kisah 10 hari tanpa suratkhabar...melayu

salam..

salama 10 hari aku berada di spore hanya the tribunne news menjadi tatapan aku..beritanya pula byk berkisar pada cerita2 dari negara bush...rasa teruja untuk menatap suratkhabar melayu akhirnya tercapai jua apabila bas aku berhenti di r n r machap...

terkejut,teruja dan tersenyum apabila head line nye tertulis..mahathir keluar parti...macam tak percaya namun telah diduga tindakan ini akan berlaku...kerna UMNO sendri telah tercatat sejarahnya berkenaan dengan keluar parti ini...tunku abd rahman keluar umno...musa hitam keluar umno...anwar dikeluarkan dari umno..dan sekarang mahathir pula...

apa akan jadi dengan orang melayu?..apakah kita akan terus bersatu hati...mahathir mungkin ada jawapannya..namun sekarang ini semua orang sedang menunggu tindakan seterusnya dari manatan perdana mentri ini..adakah beliau akan menubuhkan parti baru ataupun berganding bahu bersama mantan timbalan nya didalam satu parti...

adakah ini salah percaturan politik mahathir sendri?..ada juga aku mendengar,mahathir cuma memberikan kebenaran kepada pak lah untuk menjadi perdana menteri untuk tempoh 6 bulan sahaja..selepas itu serahkan takhta kepada najib...entah betul entah tidak...tapi kalau betul seperti apa yang aku dengar nescaya pak lah tidak lah 'gentlemen' seperti di gembar gembur kan...

tunggu dan lihat sahaja...

ini tidak oraaaiittt

2 comments:

Anonymous said...

Politik-politik.....Yang betul jd salah... Yang salah blh jd betul....

SaRaH said...

6 bulan? he supposed to tell the media, org2 politik kan berani2 smua...pak lah won't step down la rasanya dlm masa terdekat ni....