Saturday, August 16, 2008

perihalku....cobaan....

salam...

ini bukan cobaan..ini betul2....kata Aini lalu jawap si bujang lapok...cobaan.....

ramai yang masih segar dengan dialog diatas...cerita tentang 3 orang pemuda yang ingin menjadi pendekar...lalu diarahkan oleh tok guru si mustar pergi bermuhasabah diri di tempat2 yang ditetapkan..katanya kalu terjadi apa2 hanya perlu berkata...COBAAN....

apa yang relevannya dialog dan situasi diatas dengan zaman sekarang ini memang ada benarnya..ada saja yang terjadi...ada saja isu dari hari ke hari dan ada saja adu domba di antara bangsa sendiri...mungkin kah ini satu cubaan atau pun benar2 terjadi dan
perlu dihalusi...

politik memang satu virus..ada virus yang menjadi penawar dan sebaliknya..dan sekrang ini negara kita bergoncang dengan 2 isu utama...yang pertama semestinya pilihanraya kecil pmtg pauh...dan yang terbaru isu UITM...

kedua-duanya bersangkut paut antara satu dengan yang lain..kerna melayu mudah terhiris dan terguris kalu ada orang yang 'berani' bercakap tentang HAK!...

kata orang dari UITM yang Menteri Besar Selangor tak perlulah meninjau dan memberi pandangan tentang hal dalam kain mereka..kata MB pulak..dia bukannya menyelak kain mereka cuma menegur agar kain mereka tidak kotor dan warnanya tidak kusam oleh itu elok kiranya sekali sekala dihantar ke dobi dan tangan yang membasuh setiap hari boleh lah berehat seketika...lalu kata orang UITM ahhh!! mana mungkin kain mereka perlu dihantar ke dobi..kerna takut nanti kain tersebut bercampur dengan kain orang lain dan nanti akan 'memudaratkan' keaslian kain itu..lalu kata MB lagi..kalau tak nak hantar kain itu ke dobi tak apalah...kerna 'taukeh'dobi tersebut pun bukannya rugi kalau seorang 'pelanggannya' tidak menyertai kerabat senarai 'pelanggannya'...faham tak korang yang baca cetusan ni...ahaks...

sebab apa aku cetuskan cerita diatas dalambentukyang tersebut??...percaya atau tidak orang kita ni dari dulu memang penuh dengan 'metafora'...betul tak?...

tentang pilihanraya di pmtg pauh pulak amat menarik sekali kerna ke populariti calon2 yang bertanding dan juga menentu arah untuk orang2 melayu membuka mata!...siapa menang bagi aku untuk hak 56000 pengundi disana...aku menetap di Sberang Jaya...aku bersekolah di Sek Men Perai..dan tempat melepak aku bersama kawan2 di depan kolam renang dan juga di kompleks Siakap...aku membesar dengan pengaruh yang memberangsangkan..dan yang pasti aku dan Anwar Ibrahim punya satu persamaan iaitu kami bersekolah Rendah di tempat yang sama iaitu Sekolah Rendah Stowell di bukit mertajam...

kalu nak tahu siapa yang aku undi....senang saja jawapan aku...UNDI ADALAH RAHSIA...

apapun aku teruja untuk terus melihat sandiwara,bangsawan,pentomin,monolog,sketsa,pertunjukan yang akan terus mewarnai pentas dunia orang melayu ketika dan kala ini....

apapun aku tetap MELAYU......

oraaiittt

3 comments:

Anonymous said...

Kita mesti pertahankan hak kita dan janganlah berpecah belah, kelak bangsa kita akan ditindas, dijajah kembali.....Fikirlah sendiri......

Anonymous said...

salam..sy ni bkn nye ape..yela..
isu yg sensitif kt Malaysia ni la yg di utara kan...
iaitu isu keistimewaan org Melayu...

Malaysia..semua org tahu Malaysia adalah sebuah negara yg aman lg tenteram..masyarakat yg berbilang kaum..dan sy banga jd anak Malaysia...

emm...sebut pasal UiTM...
dr dlu dan sebelum ni kite sedia maklum yg UiTM ni HAK milik org Melayu dan Bumiputera..dah termaktup dlm akta..
iye..mmg x slh kalau nk suruh non-bumiputera masuk UiTM,tp x kena tempat dan masa,biarkan pelajar2 UiTM mencipta nama dahulu dr hasil didikan dr UiTM dan setahu sy,pelajar lepasan dr UiTM berjaya dlm kerjaya mereka..

yg penting kita ni org Melayu kne saling tolong menolong,walaupun ia nampak mustahil dimata kita...
salam.....
sekian dr sy..

Anonymous said...

We love UiTM..