Friday, November 14, 2008

tentang ayat-ayat cinta

tatkala aku menulis ini aku baru sahaja selesai menonton filem ayat-ayat cinta...aku terpanggil untuk melihat filem ini selepas beberapa member aku rekomen..kata mereka filem ini bagus..ada emosi dan kuat..aku terus teruja untuk melihatnya dan acapkali juga apabila aku ke MPH pasti novelnya aku pegang dua tiga kali nak beli atau tidak...

sebelum aku melihat filem ini,dalam benak aku terdetik mungkin hanya filem cinta biasa..cinta yang klise ataupun sama sahaja seprti filem Yusof Haslam..bila aku melihat cover dvd nya tiba-tiba hati aku seprti tidak sabar untuk memainkan dvd tersebut....

saat dimainkan babak yang pertama aku rasa seperti filem-filem remaja yang biasa hanya berkisar pada cerita budak2 Uni..aku terus sabar untuk menonton babak yang seterusnya..namun mata aku terpukau dengan kecantikan watak Maria..namun berdetik dihati aku kenapa gadis Mesir tidak bertudung namun kemudiannya aku baru mengetahui yang Maria itu seorang Kristian...seorang Kristian yang membaca dan menyukai al-quran dan menghafal juz Maryam..

mata aku terus terpaku dengan watak Fahri,seorang siswa yang begitu alim dan baik hatinya..pelajar kesayang sheikh uthman..seorang yang lurus..dan anak yang baik..namun bagi aku itu semua sama sahaja seperti hero-hero filem yang lain..

babak seterusnya menemukan aku dengan watak Nurul..rakan Uni Fahri yang meminati Fahri hingga sanggup menngambil sekeping kertas yang ada wajah Fahri di note board..begitu cintakan Fahri..sampaikan timbul prasangka cemburu kalau melihat Fahri bersembang dengan wanita lain..

namun aku seperti teruja apabila bertembung dengan watak Aisha..seorang warga Jerman yang menggunakan Jilbab..panahan matanya pasti membuatkan semua jejaka mengimpikan jelmaannya..hati aku bagaikan diruntun pabila Fahri bertemu dengan Aisha untuk dijodohkan..jilbab pun dibuka..waduh copot rasanya jantung ku...aku jatuh cinta dengan Aisha..hehe

paling meruntun jiwa jantanku bilamana Maria Koma kerna kemalangan..fahri pula ditangkap kerna dituduh merogol Noura..namun Aisha tetap berdiri dibelakang Fahri walaupun adakalanya kesabaran Aisha tercabar..sampailah saat dimana Aisha menyuruh Fahri mengahwini Maria perasaan aku tiba-tiba sebak..kerna waktu itu Aisha memakai jilbab hanya matanya yang berkata-kata dan aku dapat 'menangkap' kata matanya..

namun yang paling menarik sekali bagi aku ialah babak dimana Fahri dipenjara bersama seorang banduan yang agak psycho...Fahri kehilangan arah..namun perkataan yang dikeluarkan oleh banduan ini pastinya menangkap roh aku..kata nya..."kesabaran dan keikhlasan itu adalah Islam"...

tak sia-sia jiwa jantan ku dirobek ayat-ayat cinta..kerna akhirnya aku tewas dengan cerita cinta antara Fahri,Aisha,Maria dan Sungai Nil..

5 comments:

UcU mAnjA said...

kan!!
memang seronok citer ni..

bagi saya sendiri;
tak sia-sia ke kedai buku membeli novel nya...
tak sia-saia 2 kali ke pangung wayang sebab nak menonton!!!
dan tak sia-sia duduk depan TV semata nak tengok ulangan dia..

memang berbaloi!!!

zafi said...

bro
ayat2 cinta lebih indah dlm tulisan novelnya berbanding movienya...
Habiburahman El Shirazy berjaya mengungkap cinta luhur suci dan penuh makna melalui pendekatan dakwah.... saya cair jugak bro! :P
InsyaAllah suatu hari ni mungkin ade pembikin filem kita buat filem menyentuh jiwa dengan kesungguhan bukan yg penuh hipokrasi..

see ya bro!

sA!Da said...

salam..
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruh kan
Maaf kan bila ku tak sempurna
Cinta ini mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku pada mu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku besujud...
salam..

~nazatul~ said...

salam...
betul 2 membaca novelnye lagi menarik b'banding menonton film nye...key papepown all the best...cayok cayo...

Anonymous said...

a'ah...
ayat ayat cinta lebih indah dri tulisannya...bez gler cite nie...