Sunday, October 01, 2006

Salam sejagat.

Setelah seminggu berpuasa di ramadhan al mubarak maka terbitlah pulak sinar kemenangan untuk semua umat islam yang berpuasa untuk menyambut bulan keriangan dan kesyukuran aidil fitri di gerbang syawal.
Seperti semua umat yang menyambutnya maka perlulah kiranya dibuat segala persiapan yang perlu untuk menyambutnya secara sederhana mahupun secara besar-besaran dan ada yang hampir terlupa bagaikan kurang waras bila ada yang berbelanja secara berlebihan wal hal masih ada yang memerlukan perbelanjaan yang besar sebegitu rupa.

Aku berkesempatan pada awal ramadhan yang ini untuk bersama dengan anak-anak yang terbiar yang kurang bernasib baik bersama-sama berbuka puasa dengan juadah yang ku kira cukup untuk memewahkan mereka yang tidak mungkin dapat merasa makan dan minum ditempat yang ekskusif bilama ada insan – insan yang luhur budi pekertinya dan masih ada sekelumit rasa simpati buat anak-anak yang mungkin tidak begitu mengerti akan kesengsaraan dan pendritaan yang akan ditanggung oleh mereka satu hari kelak!!

Kekadang terfikir jugak dimana insan – insan yang senang lenang??..adakah mereka jua ada disisi anak-anak ini bilaman mereka memerlukan?..adakah mereka yang kaya ini bermurah hati seperti aku dan rakan-rakan aku ?..bukan niat ingin menunding jari pada sesiapa tapi lazimnya bila mana datangnya bulan ramadhan dan syawal maka ada sejenis penyakit bagi masyarakat yang senang lenang ini untuk menunjukkan kepada masyarakat yang mereka jugak ada sifat sayang meyayang walaupun itu mungkin sekadar lakonan untuk menyenangkan diri mereka bila berhadapan dengan sang lembaga yang ingin menuntut sedikit hak masyarakat untuk dibuat hasil didalam negeri buat semua insan yang ada dibumi malaysia..

Sayu dan pilu bila mana berhadapan dengan anak-anak yang tidak bernasib baik ini..raut wajah mereka ceria dan gembira namun siapa yang tahu apa yang tersirat didalam hati dan jiwa. Aku dan rakan-rakan terasa terhibur dengan teletah dan kenakalan mereka ini bila berebut-rebut untuk mengambil makanan dan minuman yang tersedia termasuk lah diri aku dan rakan-rakan..walaupuan majlis dianjurkan hanya secara sederhana dan kecil hanya dihadiri oleh rakan-rakan penggiat seni namun suasananya ibarat satu majlis yang besar yang menghimnpunkan seluruh rakyat untuk meraikan hari yang gembira ini.

Terdetik dihati bila majlis seakan selesai..bila ada dikalangan adik-adik ini seperti tidak mahu pulang dan mahu terus berhibur dan bergembira…namun apalah daya insan kerdil seperti aku dan rakan-rakan semua kerana majlis ditempat yang ekskusif ada peraturannya,cukup masa silalah keluar dari tempat ini!!

Diharap suasana,keriangan dan kegembiraan yang dikecapi oleh adik-adik ini dapat diteruskan walaupun bukan dibulan ramadhan dan syawal..kerana mereka juga perlu dihargai setiap waktu dan ketika kerana mereka punya jiwa yang luhur dan suci seperti sucinya lebaran dan mulianya ramadhan…

Kalau hendak dikendung biarlah selamat
Tidak tercicir ditengah jalan
Kalau hendak ingat biarlah tersemat
Dijiwa dihati untuk sekian zaman

Wassalam…

No comments: