Sunday, October 01, 2006

perihalku...fenomena 1

Salam sejahtera wahai bangsaku..
Tiap penggal akan bergema suara bangsaku bertempik sorak
Bertepuk tangan tersenyum gembira
Orang diatas melantang bersuara
Orang dibawah mulut ternganga..
Fahamkah mereka apa yang dikata
Mengangguk kepala mengikut sahaja
Himpunan terhimpun dihimpun bersama
Datang bagaikan gerombongan berpesta disana..
Semangat melayu jatidiri dibawa
Ingin melangkau maju bersama
Berapa keratkah daripada mereka..
Yang sungguh memahami isi bicara..

Dari utara ke selatan di tengah berjumpa..
Dari timur ke barat bersatu belaka..
Hari pertama hingga ketiga duduk sahaja
Sampai masa cukuplah sudah segala dilupa
Salam sejahtera wahai pembawa berita
Adakah berita kami dapat disuara..
Dikampung masih berlaku kepincangan segala
Dikota terus terjadi mala petaka..
Suara yang dilontar sungguh mengegarkan
Semua yang mendengar terpaku seketika
Pantun syair seloka diselit bersama
Fahamkah mereka bentangan disuara..

Salam sejahtera wahai pemimpin semua
Bangunlah dari tempat yang empuk disana..
Lihatlah bangsamu sekelian yang ada
Ramai pengampu menyanjung mengangguk gembira..
Aku bersuara dari dunia luarmu
Nampak yang zahir bercorak kelabu
Ramai yang mengaku pandai belaka..
Bila melaku hancur segala..

Takkan melayu hilang didunia..
Dunia apakah yang dimaksudkan..
Dunia sindiran budaya kita
Faham-faham sajalah
Apa yang dikata…

No comments: