Sunday, October 01, 2006

perihalku...fenomena 2

Salam sejahtera..

Terasa lama nya aku tidak mencoretkan sesuatu berkenaan perihalku..perihalku adakalanya menyentuh perkara-perkara yang berlaku disekelilingku,perihalku adalah satu medium untuk aku bersuara dari dalam isi hatiku untuk mungkin dikongsi bersama-sama orang yang asing dengan diriku..itu adalah sebahagian usulan yang tercipta dan dengan itu maka terbentuklah perihalku..

Setiap tahun,hari,waktu,bulan,saat,detik dan masa kita akan menempuh apa saja yang boleh diklasifikasikan sebagai perkara ataupun kejadian yang membentuk sejarah,cerita,coretan,kenangan mahupun yang pahit ataupun manis. Saban tahun kita akan menyambut hari kemenangan..tak kiralah kemenangan untuk diri sendiri,diri orang lain,jiran sebelah,kawan,sahabat,musuh ataupun sesiapa saja yang telah menempah kejayaan dan kemenangan..mungkin kita terlupa atau barangkali telah pupus dari ingatan yang mana kemenangan itu adalah hasil daripada kita mengalahkan ataupun menewaskan pihak yang lain. Jgn dilupakan pihak yang telah tewas..bak kata pepatah..sebarang yang berlaku itu ada hikmahnya..jangan jadi manusia yang alpa dengan segala..hari ini kita menang mungkin esuk lusa kita tewas.

Maka menjelmalah hari dan bulan yang dinantikan oleh setiap kelompok insan yang beragama. Saat perihalku ini dititip telah masuk hari yang kedua kita berada dibulan yang suci bulan yang mulia iaitu bulam ramadhan al mubarak..tersentuh hati ini bila seperti merasa seperti baru berlalu bulan ramadhan yang lepas..begitu cepat putaran waktu beredar tak terasa bila dan dimana kita berada??..

Namun perihalku agak kaget bila awalnya bulan ramadhan ini terjadi sesuatu yang diluar dugaan,diluar batas kawalan dan diluar hak kemanusiaan bila mana daerah Bali bergegar lagi digoncang detuman arca yang tak diundang untuk dijadikan cenderamata oleh pengunjung asing dibumi daerah Bali bilamana saat berlibur telah menjadi kacau bilau..sayu terasa hati bila melihat mereka yang terbunuh,cedera apatah lagi yang kehilangan keluarga,sahabat mahupun kawan yang baru dikenali bergelimpangan bertaburan didepan mata berlumur darah merah pekat membasahi pakaian..ahh..tragis sekali perlakuan ini..

Angkara siapakah ini??..sampai kehari ini tidak dapat dipastikan perbuatan siapakah ini..!!..namun yang pasti dan diketahui umum sudah pasti tiada lagi umat yang akan dituduh selain daripada umat ISLAM..bilamana berlaku kejadian songsang telunjuk mereka pantas menunding jari dan berkata ini adalah perbuatan pelampau islam..kadang-kadang sakit hati juga bila difikirkan perkara ini.siapakah yang dilabelkan sebagai pelampau islam??!…

Namun harapan ku agar dibulan yang mulia ini agar seluruh umat islam mendapat syafaat dan keberkatan dalam mengharungi dunia yang entah dimana silapnya kini dijajah peradaban dan minda oleh pelampau yahudi dan sekutunya..padahal islam itu sendiri adalah penjana kepada segala kemajuan dan teknologi yang dikecapi kini dek kerana sifat tawaduk dan niat kerana ALLAH maka umat islam itu kini kehilangan hak keatas semua pencapaian duniawi…
Amin Ya Rabul’alamin..

No comments: