Sunday, October 01, 2006

perihalku...fenomena 3


Salam sejagat..

Diam tak diam masa berlalu sehingga ke detik ini aku dah menjangkau usia 32 tahun. Sepanjang usia tersebut pelbagai rintangan,dugaan,cabaran,pahit getir,penat,suka duka,gembira,menangis,ketawa dan tah apa-apa lagi yang telah dan akan aku tempuhi.

Sepanjang diri ini masih dibaluti roh dan semangat,masih bernyawa dan bernafas dengan izinNYA telah ku temui bermacam jenis perangai manusia yang mana segalanya akan menjadi pedoman dan panduan buat diriku.

Tersenyum sinis aku bila mengenangkan saat aku mula bergelar sebagai seorang pelajar.bilamana aku ditempatkan di suatu daerah yang begitu asing dan baru kerana disinilah bermula dunia “dewasa” ku..dewasa bukan bereti telah bekerja,berkahwin tapi dewasa dari segi pemikiran,jatidiri,berdikari kerana bila ditinggalkan dan bersendiri menempuh waktu selama 6jam waktu persekolahan itulah masanya aku dan barangkali kalian juga belajar mengenal erti kedewasaan diri sendiri…mana taknya disinilah kita akan mengenali watak-watak seperti Ah Chong,Mutu,Abu,Syed,Tengku,Robert dan macam-macam lagi dengan perangai,kelaku yang berlainan baik dari aspek zahir ataupun emosi..

Setelah lama mengenali watak-watak tersebut baru lah aku sedar yang dunia ini dan kehidupan ini bukan milik aku seorang..namun aku merindui saat aku mengenali dunia kedewasaan itu.

Kini telah sekian lama menemani watak-watak tersebut aku telah mempelajari sesuatu iaitu prinsipal kehidupan dalam memilih rangkaian peneman hidup..mustahil bagi manusia kalau mereka tidak mempunyai seorang kenalan yang boleh menjadi kawan,rakan,sahabat,teman dan kekasih..aku mempunyai pandangan peribadi mengenai prinsipal tersebut…

Kawan

Pertama yang akan berlaku dalam hidup kita dan mungkin yang menyeronokan ialah apabila kita ada kawan….kawan itu global dan amnya senang sekali jika ingin mencari dan mendapatkan kawan…jumpa sesiapa saja..sapa dan tegur bersalaman maka terdetiklah saat itu kita telah menerima kawan baru..yang mana kita belum lagi mengenali hati budinya…

Rakan

Apabila telah menjadi kawan maka bermulalah episod tukar suka sama suka..baik dari segi hobi,makanan,cerita,pengalaman,suka dan apa saja yang dikira boleh berkongsi bersama dan dari hari ke hari akan bertambah mesra dan seterusnya bertukar menjadi rakan…rakan sukan,shooping..membaca dan macam-macam lagi..

Sahabat

Rakan akan menjadi lebih akrab bilamana kita sering bertemu,berbual dan berbincang sesuatu perkara..seterusnya menjadi bagaikan isi dengan kuku tak boleh dipisahkan.. dan terus saja boleh berkongsi segala macam cerita dari peribadi mahupun dari dalam ”kain” sendiri…maka timbulah rasa sahabat..yang boleh berkongsi segalanya dengan kita…bagaikan hang tuah dengan sahabat-sahabatnya..

Teman

Bilamana kita telah mempercayai seseorang maka segalanya tidak menjadi rahsia lagi..bila terasa sunyi,rindu,bosan,gembira dan sedih pastinya mahu dikongsi bersama-sama dengan sahabat yang telah sekian lama bersama dan rasa lebih molek jika di simpulkan ianya sebagai teman untuk segalanya…teman yang sudi mendengar,sudi mengkritik dan kita pun boleh menerima kritikan tersebut kerana kita juga temannya..maka teman lah segalanya….tiada teman sunyilah jiwa..

kekasih

bagaikan pungguk rindukan bulan..begitulah diriku bila berjauhan..bagaikan malam menanti siang..begitulah hatiku bila rindu kian terangsang…tiada resah bila bersama..melihat wajahmu hilang segala..engkau teman penghibur jiwa..senyum dan jelingan pengubat luka…rindu akan sesuatu..namun tak pasti…perasaan ini akan menjelma bila telah lama tidak ketemu kawan yang setia,rakan yang gembira,sahabat yang bersama,teman yang luhur…aku rindukan segalanya…kasihnya dirimu pada ku tiada bandingnya….maka itulah yang dipanggil….. kekasih

benar atau tidak terpulang pada kalian..kerana ini adalah coretan perihalku..perihalku boleh berbicara apa saja..kerana perihalku adalah warisan mindaku..akan terfikir sesuatu maka aku akan mencari…bila telah berjumpa aku sedia untuk berkongsi…dengan kalian semua yang aku anggap sebagai prinsipal kehidupan ku…

diri aku untuk aku…diri kamu untuk siapa!!!

2 comments:

SaRaH said...

benar...dan tepat..

Anonymous said...

yes.........!!!