Sunday, October 01, 2006

perihalku...fenomena

salam sejahtera..
demam bola melanda lagi..semalam aku kecewa dan sedih kerana pasukan yang aku minati kalah bertarung dengan ketentuan yang sungguh tidak adil iaitu Penalti...sesudah mengharungi perlawanan dengan 10 orang dan dapat bertahan dengan baik sehingga wisel penamat tapi semangat juang itu dimatikan dengan keputusan yang memerlukan hanya satu pasukan yang menang..adil ke kalau difikirkan??
bukan dalam sukan saja yang terjadi namun kadang kala dalam kehidupan manusia pun berlaku sedemikian rupa mana tak nye berjuang dan mengharungi badai pertarungan sehingga ke titisan keringat yang terakhir namun keputusan nya tetap dengan cara yang penuh kritis,kejam dan juga mungkin boleh dipanggil ditaktor..
mungkin kau orang dapat mengagak pasukan mana yang aku minati semetsi pasukan England dan aku yakin hampir seluruh penduduk malaysia meminati pasukan ini..kenapa dan mengapa??..
ingatkah kita dengan sejarah??..atau ada jua manusia yang telah buta dan tolol tentang sejarah??..kita semua sejak dari kecik mungkin telah terdedah dengan senario perlawan bolasepak dari British..pernah ke kalian ingat terkenang yang kita ini memang telah dijajah minda dan semangat sejak dari zaman english lagi..dan mungkin aku tidak merasa malu untuk mengaku yang aku ini ataupun semua rakyat malaysia ada pertalian darah "english " sebab itu kita merasakan yang pasukan england adalah seperti negara kita sendiri dan sanggup menyokong,memakai jersi negara mereka dan boleh mengingati kesemua pemain pasukan dari liga english walhal sejarah negara sendiri sering dilupai dan alpa bila da orang yang bertanya..
kita memohon untuk mencapai kemerdekaan dari siapa??..mereka bukan..sistem pendidikan kita berteraskan sistem mereka bukan..sandaran tokoh-tokoh korporat yang tersohor juga dari sana bukan...dan banyak lagi yang kita abadikan sekarang terus-terusan dari mereka..
kehangatan bola dan sekeliling sama naik...pergilah mana pun semua orang bercakap tentang ini..siapa menang,jaringkan dan macam-macam lagi dijadikan isu semasa..dan ingin aku bangkitkan disini isu yang semestinya panas dan mungkin berdesing telinga sesetengah orang...apa lagi kalau bukan rungutan,komentar dan pandangan mungkin dari bekas memanda perdana menteri...bak kata salah satu babak dalam pendekar bujang lapok " angin takda ribut takda alih-alih hujan "...kenapa tun mahathir berbuat demikian...kerana rasa amarah kerana mereka yang mengambil alih tidak meneruskan impian beliau atau mungkin telah nyanyuk dan tiada idea untuk membolehkan semua orang mengingatinya..ataupun mungkin hasutan dari pihak yang lain...entah hanya tun mahathir yang tahu puncanya...bak kata siti nurhaliza.." biarlah rahsia "..semua sekrang ni orang nak berahsia...pelik tapi benar itu lah malaysia negaraku yang tercinta pasti tercipta fenomena baru..dan sekarang fenomena "biarlah rahsia"
aku tak kisah kalau takde orang nak baca pun blog aku tapi aku merasa puas dengan apa yang aku buat kerana aku buat sebab jiwa aku menyuruh..jangan dipendam dengan apa yang terbuku lepaskan lah ianya seperti layang-layang diudara..kerana bila dilepaskan pun masih ada orang yang memerhati...
ada perkara ingin aku luahkan namun "biarlah rahsia"


2:26 AM - 0 Comments - 0 Kudos - Add Comment - Edit - Remove

No comments: