Sunday, October 01, 2006

perihalku...world cup berakhir??

salam sejahtera..
saat aku mencoretkan titipan kali ini ianya terjadi selepas berakhirnya kejohanan piala dunia di germany...aku sedikit terkilan kerana pasukan yang aku sokong kalah..sekali lagi penalti penentunya...pasukan yang aku minati England juga kalah dalam penentuan ini sekarang giliran perancis pulak...entah lah apa yang telah berlaku sehinggakan wira tersohor perancis zinedine zidane diberikan kad merah...saat dunia ingin menyaksikan kehebatan "zizou" di pentas dan perlawanan terakhirnya dengan kemegahan namun apa yang berlaku diluar dugaan..adakah dia menerima kad merah kerana tindakan provokasi pihak lawan??..apakah kempen yang dijalankanoleh FIFA untuk menentang penindasan perkauman dalam sukan tidak dipandang serius oleh sesetengah pemain??..hanya Zidane dan juga Metarazzi yang tahu apa yang berlaku..
sememangnya setiap wira tidak mahu saat kemegahannya diakhir usia perjuangan berakhir dengan calitan duka namun kadang-kadang ianya berlaku tanpa disedari..dalam politik,sukan,seni,kehidupan seharian semuanya pasti akan berlaku...
lihat saja tokoh politik dunia disaat akhir perjuangan mereka...hitler,muamar gadafi,sadam hussein,clinton,aquino,abraham lincoln,thaksin sinawat,anwar ibrahim,p.ramlee,rock hudson dan ramai lagi yang aku terlupa akan ceritanya jatuh dalam pelbagai versi cerita...ada yang difitnah dan ada yang berlaku atas kesilapan sendiri..
namun manusia itu tetap akan diingati kerana jasa mereka walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang terpilih dan disanjungi oleh setiap manusia...
ikhtibar yang boleh diambil bagi aku cuma satu...sejauh mana ketokohan dan kejaguhan seseorang kalau tidak ada sifat sabar yang tinggi akan jatuh jua ia dimalukan diri sendiri...
apa kata kau orang semua..setuju atau tidak...itu hak korang...yang penting diri aku untuk aku tapi diri kamu untuk siapa...

No comments: