Sunday, October 01, 2006

perihalku...macam-macam 2

salam buat semua...
PGLM baru melabuhkan tirainya pada 21hb ogos yang lalu..pelbagai perkara dan rasa yang dilalui selama 19 hari pementasan...namun saat-saat perpisahan masih menjadi saat yang memilukan bagi aku dan rakan-rakan walaupun secara luarannya PGLM kali ini seperti telah hilang chemistry nyer...mungkin disebabkan kami telah melaluinya pada pengalaman yang pertama dan sebab itulah masing-masing tidak lagi excited seperti sebelumnya...
malam penghabisan kami dijemput ke starhill dan bertempat di restoran mewah the shook kami diraikan oleh Francis Yeoh,datuk affendi dan datin tiara...terasa seperti diri ini celebrity pulak..kemeriahan bertambah apabila rakan-rakan artis yang tidak terlibat secara langsung dengan PGLM pun turut hadir seperti afdlin dan isteri,harith iskandar,serta awek adlin aku lupa nama nya..memang kami berparty habis sampai ke pukul 4 pagi aku rasa..walhal aku sememangnya demam dan tidak keruan pada malam pengahabisan itu..
tapi aku masih lagi tidak cukup rehat dek kerana tuntutan kerja yang memerlukan khidmat aku..pagi 21hb itu aku memulakan hari penggambaran yang pertama bersama dengan double u network utnuk telemovie raya di rtm1 bertajuk babak 22588....call time pukul 8pagi..bayangkan betapa penatnya aku..namun dek kerana minat dan janji ku pada diriku yang aku akan bersungguh-sungguh dalam bidang ini maka aku lupakan kepenatan yang melanda...
sampai ditempat yang dijanjikan aku bertemu dengan semua crew,pengarah serta rakan lakon yang lain...dulu masa demam af aku amat meminati azzah dan sekarang aku dapat shooting pulak dengannya...rasa segan pun ada..tapi azza dan atie memang kepala giler best ngan diaorg ni walaupun baru kenal...lagi seorang yang aku suka sangant ialah ira shazira..seorang yang memang berbakat..kalau tidak masakan beliau boleh berlakon dalam bangsawan yang akan dipentaskan kelak..dia pun best sebab open minded dan yang paling penting bleh ngam ngan aku...kemudian berjumpa pulak ngan hero si zarul hisham..aku penah shooting ngan dia sebelum ni dalam sekam cinta namun untuk kali ini aku rasa dia lebih peramah berbanding dulu..mungkin sebab kali ini banyak scene yang dilakukan bersama..tapi apapun sebagai orang yg lebih senior aku rasa zamarul banyak membantu aku dan rakan-rakan yang lain dalam lakonan..banyak perkara yang aku pelajari...thanks bro..
director cik wan ibrahim memang seorang yang cool..rilek je aku tengok dia..apa pun dia memang best..yang paling penting aku nak appreciate ialah prod manager aku huzaimi..kalu tak kerana dia lepasakan aku tepat pada masanya memang rasanya aku tak sempat nak sampai ke istana budaya tepat pada waktunya...
banyak lagi perkara yang ingin aku coretkan...tapi korang tunggu jelah...
wassalam..

No comments: