Sunday, October 01, 2006

perihalku...gejala

Salam buat semua manusia yg bergelar insan
Kekadang aku terfikir akan adanya manusia yg tidak tahu berfikir. Demi kepentingan peribadi mereka sanggup lakukan apa saja asal boleh mengundang kepuasan dijiwa mereka. Yang berpangkat dengan gaya dan cara mereka,yang berilmu masih ditakuk lama memerap ilmu yang dijiwa demi untuk sesuap rezeki..yang miskin dana jangan diharapkan apa-apa kerana mereka ini umpama melukut ditepi gantang ada pun dibiar, tak ada pun tak diendahkan..

Hari ini dapat kita saksikan betapa manusia masing-masing dengan cara dan gaya hidup yang tersendiri.yang muda masih longlai jiwa mereka dengan apa yang dipanggil dunia metropolitan..yang tua adakalanya terlupa yang usia mereka semakin dipanjat angka menjadikan mereka digelar orang yang telah tua..masih aku hairan bagaimana mereka ini masih setia mengunjungi tempat-tempat yang digelar pusat hiburan..dirumah anak bini terdampar sepi menunggu sibapa pulang membawa rezeki tetapi si bapa rupanya memberi rezeki kepada manusia yang hanya menagih simpati seorang jantan yang sering berkokok menunjukkan jantannya walhal dia sendiri belum tentu jantannya kerana tidak dapat memberikan sekelumit rasa simpati buat keluarga sendiri.

Wahai orang muda dimanakah anda ketika negara masih bersedih dengan malapetaka yang menimpa?..mungkin mereka insaf barang seminit dua?atau mungkin mereka insaf pada saat mata melihat terpampangnya cerita dan gambar di kaca telivisyen??..yang mereka tahu simpati mereka pada jalanraya ..yang sering ketandusan seorang wira haprak..!!..konon ingin menunjuk belang ,kuasa,angkuh dan segala..konon..!!..menjeritlah jentera mereka diwaktu malam hening tanpa mengira orang lain yang mungkin jelek dengan apa yang mereka lakukan..ahh..mana mungkin ada orang yang berani menegur kami..kerana kami datang berpuak-puak..kalau ingin menempah sejarah silakan saudara menegur kami..kerana kami seorang wira yang haprak…mungkin itu kata hati kecil mereka bilamana ada insan yang prihatin dengan nasib mereka..ingin menabur bakti membetulkan apa yang tidak betul..

Siapa kamu??..sibuk benar ingin mencatur hidup kami..sedangkan mak bapak kami entah dimana??..mak bapak kami tak pernah bertanya..walaupun kami sering bertanya dimanakah mak bapak kami..kamu orang asing yang tidak kami kenali..jangan cuba-cuba bermain api nanti terbakar jiwa sendiri..yang kami tahu dan kenal mak bapak kami bila kami secara berpuak dihumban ke bilik kecil yang sempit itu..kala itu akan kedengaran suara-suara sinis daripada mak bapak kami..kononnya menegur,nasihat pada kami yang telahpun hilang segalanya. Pada hakikat memang seorang perempuan itu mak kami..dan seorang lelaki itu bapak kami..tapi mungkin hanya mereka malu kerana kami berbin dan berbinti akan nama mereka bila dipanggil oleh yang amat arif..ohhh rupa-rupanya anak ini anak kepada wak kassim yang terkenal di kampung..sering bercakap tentang isu-isu panas di warung-warung..handal sekali wak kassim tetapi wak telah lupa akan isu yang lebih panas bila kawan-kawan sekeliling memanggil wak untuk bertanya wak apa jadi dengan anak kamu.??..



Kamu didapati bersalah kerana sifat kurang ajar kamu..suara garang yang amat arif kedengaran dicelah-celah ketaksuban manusia mendengar dan mengeleng kepalanya meneliti cerita orang..ahh terlupa aku berada disini pun disebabkan kelalaianku terhadap anak sendiri..mana mungkin aku lupa bertanya anak aku..apa yang mereka lakukan?siapa kawan mereka?apa pekerjaan mereka??yang aku tahu tiap-tiap kali aku mengoyak kalendar hari dan bulan sianak akan menghulur bantuan biru dan merah..lepas segala kerumitan dengan pemberian ini. Pernah kah aku bertanya hei sianak..apa pekerjaanmu..siang berlalu malan berganti namun kau hanya muncul setiap kali aku mengoyak kalendar hari dan bulan..ohh anak aku mungkin anak yang baik..kerana itu dia tak pernah lupa dengan ajaranku…!!. Buat apa aku hendak menegur mereka dah besar panjang..ada otak fikir sendiri lah…

Gadis melayu memang menawan dari dulu hingga sekarang..mungkin sebab itu mereka terasa seperti dicabar kalau tidak mengikuti trend yang ada..baju kurung bunga-bunga masih tersalut ditubuh namun sifatnya telah lari dari asal..yang longgar diketatkan konon rugilah aku setiap hari telan jamu badanku ramping ingin kutunjuk kalau bajuku longgar mana orang tahu badan ku ramping seperti primadona dulu..habis semua dilihat orang tiada lagi rahsia yang harus disimpan simata keranjang mengambil peranan di lontarkan ayat merangsang fikiran ikutlah si gadis berpeleseran kain yang ketat perlu dilonggar agar senang nanti berlaku songsang..

Berlaku songsang gejala sekarang..bila perut memboyong gelaplah alam..simata keranjang hilang fikiran isi diperut dibiar telanjang dialam manusia berfikiran kelam..suara kecil meraung kesempitan meminta belas pada insan yang diluar.sejarah tercipta lagi anak kecil orang melayu sudah pasti..jumpa dilorong sempit dan sunyi menangis meraung meminta simpati…zaman berubah trend juga mengikuti..sekarang tak payah digusar wahai haiwani tempat telah disedia pembesar negeri kalau kamu ingin selamat disanalah tempatnya nanti..suatu ketika tempat ini mercu abadi..disanjung dipuja pelosok bumi..namun kini hanya nama yang abadi..bertemu semua bilamana suara memanggil..wahai manusia marilah mendirikan solat..maka ramailah berduyun-duyun mencurah kemari..tanpa disedari cukup masa gerbang dikunci kononnya takut ada yang hilang nanti kerana manusia sekarang sudah tidak berhati..mahligai dibina indah sekali namun cacatnya jua kerana tidak berpenghuni kalau ada yang menhajati ingin masuk sendiri mungkin disergah si penjaga nanti..
Sejarah ternoktah setiap hari..namun malunya bangsaku sendiri kerana dianggap tidak menghormati tempat yang suci lagi disanjungi..dulu malam hening sekali namun kini tiada lah lagi..suara anak kecil menangis simpati dikawasan suci akan bersemadi…

2 comments:

AwA said...

One of da best post..
Love how u arraged ur words.
Pedasssss.. hehehe

Anonymous said...

dunia da berubah...
zaman dah maju...
itu lah yg mmpu d kate kn oleh
org skrg nieyh...
pape pown bez ah ayt2 dye...