Sunday, October 01, 2006

perihalku..merdeka

Masih mencarikah identiti bangsaku
Entah untuk sekian waktu masih terdampar jawapan dicari
Rasuk dihati bergelora tak pasti
Disalut Cuma semangat dihati
Enggan mendabik dada bersorak memuji
Kerana takut dipanggil manusia lupa diri
Akhirnya jawapan masih tak pasti

Malukah bangsaku sendiri
Empunya nama tidak mengaku lagi
Rasa meluat bercambah kembali
Dalam jiwa mereka tidak tersemat lagi
Emosi diri menguasai sanubari
Kadang-kadang tersedar dari mimpi
Adakah aku masih melayu lagi??

Melayukah tidak bukan jawapan dicari
Entahkan terjumpa persoalan harga diri
Rasa keliru menyelubungi diri
Disalut kerinduan yang tak terperi
Esakan dihati terurai dipipi
Kemana perginya naluri ini
Adakah aku masih melayu yang sejati??

Merdeka itu apa sebenarnya??
Engkau dan aku mengecapinya
Rasa gembira setiap kali menjelma
Dirai segenap pelusuk negara
Engkau dan aku masih terpinga-pinga
Kerana memyambut ikut suka hati
Angkara erti merdeka tiada didalam diri..


Azrul zaidi
5hb july 2005
bdr Kinrara

No comments: