Sunday, October 01, 2006

perihalku...macam-macam 4

salam sejahtera...
minggu ni aku memang sibuk hinggakan terlupa akan diriku sendiri..kadang-kadang terasa seperti waktu yang berlalu begitu singkat sekali..sesingkat siang menjengah malam dan malam menjemput siang...jadual aku setiap hari padat sangat..memang tak tercapai akal kalau nak difikirkan..namun ini semua seakan menguji kesabaran aku sebagai seorang manusia..
setiap hari rutin aku bermula dengan begitu cepat..latihan PGLM yang ketat,meeting ngan client,nak buat proposal,nak beli barang rumah,nak bayar bil,nak cuci kereta,nak keluar dating..ahhhrggg semuanya perlu aku habiskan atau selesaikan dalam masa yang sama..korang rasa korang boleh buat macam aku buat tak??..
boleh ke kalau kita katakan apa yang kita lakukan seharian adalah atas dasar nak hidup...atau boleh tak kalau kita katakan apa yang kita buat ini adalah kerana kita masih lagi bernyawa dan perlu lakukan sesuatu perkara kerana semua orang buat benda yang sama??...mengarut bukan tapi itulah hakikat yang sebenar..
macam-macam boleh berlaku..namun yang pastinya hari ini aku begitu bosan dengan latihan PGLM...tak tau kenapa tapi rasanya ada kaitan dengan segelintir manusia didalam latihan ini yang seakan-akan seperti nak menjaga 'periuk nasi' mereka...entah lah aku pun bukannya manusia al-amin jadi aku tak boleh ler nak mengatakan yang aku ni betul dalam segala hal..namun apa yang berlaku sekarang ni dalam latihan PGLM yang paling ketara ialah sifat setiakawan dan semangat seperti mula-mula kami bersama telah tiada dan tidak mustahil akan hilang semangat itu kerana sifat sesetengah orang dalam PGLM ini yang mementingkan diri sendiri...tambah lagi sekarang ini dengan adanya muka-muka baru maka akan bertambah lagi ler saham orang-orang seperti ini..tapi sebenarnya aku sedikit sedih bila ini berlaku kerana dahulu kami seperti adik-beradik,segalanya dikongsi,makan,minum,cerita,suka,duka..segalanya namun sekarang....??
apapun hari ini aku merasakan sesuatu yang sunguh membosankan kerana aku tidak merasa akan keseronokan bekerja dan bersama dengan rakan-rakan dalam PGLM...untuk bersama lagi buat perjalanan menyeluruh (road tour ) aku rasa perlu difikirkan lagi berkali-kali...kerana jiwa aku pasti memberontak kalau situasi masih lagi sebegini rupa...
chow....

No comments: