Sunday, October 01, 2006

perihalku...macam-macam 1

salam sejahtera...
merdeka menjelang lagi..kali ni yang ke 49..angka 49 tahun memang kalu diukur dah senior,matang dan mungkin juga boleh dipanggil tua..namun adakah setua dan sematang itu juga rakyat dan khalayak manusia di negara aku??..mungkin merdeka hanya pada nama sahaja...
malam ini akan berlangsung lah segala macam acara yang hendak dibuat..atas nama merdeka..perlu ke kita menyambutnya secara meriah dan mungkin juga membazir..mungkin itu fikiran dan cara orang yang mengaku moden menyambut hari kemerdekaan..konon orang yang merdeka dan bebas dari penjajahan namun acara yang disambut dan dibuat itu adakah beracuankan kiblat melayu,india,cina,jawa,kristian,buddha,islam,hindu dan segalanya?!..yang pasti masih ada dan juga terus-terusan acara yang disambut berlatarkan barat dan idealisme penjajah!!..
sebab itulah aku tidak pernah menyambutnya..kerana bagi aku takperlu rasanya aku nak bersengkang mata dan bersorak surai ditengah lautan manusia dan juga terpaksa menempuh sesak nya jalan semata-mata nak menyambut merdeka dan nak menunjukkan yang aku seorang rakyat yang prihatin dengan semngat kemerdekaan...biarlah jiwa dan hati aku tetap bertunjangkan semangat jatidiri dan semangat melayu yang tidak pernah lupa apa itu merdeka...
pagi tadi dalam radio berlangsung soal tanya tentang patriotik atau tidak seseorang kalau tidak mengibarkan jalur gemilang dan perlukah dihukum orang yang sebegitu..macam-macam pendapat yang aku dengar ada yang kelakar dan ada juga yang bodoh..adakah kerana merdeka kita perlu mengibarkan jalur gemilang?..adakah kerena setahun sekali kita perlu mengibarkannya?..aku rasa kalau tak mengibarkan jalur gemilang pun masih ada dan kukuh jatidiri akan terus megah dan kuat didalam diri mereka yang tidak mengibarkan jalur gemilang..
namun terpahat didalam diri dan perasaan aku..apakah dunia benar-benar merdeka..apakah semua manusia didunia ini merdeka..tahukah ertinya merdeka bagi dunia...dan apakah merdeka itu tahu apakah itu dunia??...
negara aku masih lagi huru-hara dengan macam-macam benda..mat rempit,dadah,ahli politik usang,rogol,bunuh dan macam-macam lagi...sampai bila??..mungkin sampai kiamat..
apapun aku mahu melihat malaysia yang baru..angka 49 memang terlalu besar jika nak dibandingkan dengan angka 0...fikirkan lah...
salam MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
August 30, 2006 Permalink Comments (0)
perihalku...macam-macam 4
salam buat semua...
PGLM baru melabuhkan tirainya pada 21hb ogos yang lalu..pelbagai perkara dan rasa yang dilalui selama 19 hari pementasan...namun saat-saat perpisahan masih menjadi saat yang memilukan bagi aku dan rakan-rakan walaupun secara luarannya PGLM kali ini seperti telah hilang chemistry nyer...mungkin disebabkan kami telah melaluinya pada pengalaman yang pertama dan sebab itulah masing-masing tidak lagi excited seperti sebelumnya...
malam penghabisan kami dijemput ke starhill dan bertempat di restoran mewah the shook kami diraikan oleh Francis Yeoh,datuk affendi dan datin tiara...terasa seperti diri ini celebrity pulak..kemeriahan bertambah apabila rakan-rakan artis yang tidak terlibat secara langsung dengan PGLM pun turut hadir seperti afdlin dan isteri,harith iskandar,serta awek adlin aku lupa nama nya..memang kami berparty habis sampai ke pukul 4 pagi aku rasa..walhal aku sememangnya demam dan tidak keruan pada malam pengahabisan itu..
tapi aku masih lagi tidak cukup rehat dek kerana tuntutan kerja yang memerlukan khidmat aku..pagi 21hb itu aku memulakan hari penggambaran yang pertama bersama dengan double u network utnuk telemovie raya di rtm1 bertajuk babak 22588....call time pukul 8pagi..bayangkan betapa penatnya aku..namun dek kerana minat dan janji ku pada diriku yang aku akan bersungguh-sungguh dalam bidang ini maka aku lupakan kepenatan yang melanda...
sampai ditempat yang dijanjikan aku bertemu dengan semua crew,pengarah serta rakan lakon yang lain...dulu masa demam af aku amat meminati azzah dan sekarang aku dapat shooting pulak dengannya...rasa segan pun ada..tapi azza dan atie memang kepala giler best ngan diaorg ni walaupun baru kenal...lagi seorang yang aku suka sangant ialah ira shazira..seorang yang memang berbakat..kalau tidak masakan beliau boleh berlakon dalam bangsawan yang akan dipentaskan kelak..dia pun best sebab open minded dan yang paling penting bleh ngam ngan aku...kemudian berjumpa pulak ngan hero si zarul hisham..aku penah shooting ngan dia sebelum ni dalam sekam cinta namun untuk kali ini aku rasa dia lebih peramah berbanding dulu..mungkin sebab kali ini banyak scene yang dilakukan bersama..tapi apapun sebagai orang yg lebih senior aku rasa zamarul banyak membantu aku dan rakan-rakan yang lain dalam lakonan..banyak perkara yang aku pelajari...thanks bro..
director cik wan ibrahim memang seorang yang cool..rilek je aku tengok dia..apa pun dia memang best..yang paling penting aku nak appreciate ialah prod manager aku huzaimi..kalu tak kerana dia lepasakan aku tepat pada masanya memang rasanya aku tak sempat nak sampai ke istana budaya tepat pada waktunya...
banyak lagi perkara yang ingin aku coretkan...tapi korang tunggu jelah...
wassalam..
August 25, 2006 Permalink Comments (0)
perihalku...macam-macam 4
salam buat semua...
hari ini masuk hari yang ke 18 untuk persembahan PGLM..mula terasa sayu dihati semua ensemble bilamana sampai ke sesi curtain call..terasa akan hilangnya kemesraan sesama kami,kenangan manis dan pahit ,tiada lagi akan kekalutan mengejar call time dan yang paling terasa bagi kaum adam seperti aku tidak lagi dapat kami make up sepuas-puasnya...
PGLM amat dekat dihati dan perasaanku..macam-macam yang berlaku baik di session yang pertama mahupun yang sekarang...sebelum aku terlupa takziah ingin kuucapkan buat Aqasha yang kehilangan datuk tersayang..harap datuk bendahara@tuah ini akan kuat semangat dan perasaan seperti mana dia cekal untuk bersama dengan PGLM
kuat semangat dan cekal hati...adakah semua manusia itu ada rasa yang sebegitu??..adakah semua manusia ada lagi perasaan seperti itu??..untuk seseorang cekalkan lah hatimu..segala dugaan yang kau tempuhi amat memilukan diriku..tatkala mendengar ceritamu tempoh hari memang terguris hati dan perasaan ini..mengapa kita tidak ditakdirkan untuk bertemu dulu??...namun kecewa dihati bilamana aku membaca messagemu..entahlah..
aku akan menjalani shooting untuk telemovie raya selepas habisnya PGLM..dan akan terus sibuk dengan perjalanan seni aku..akan terus kusemat dan simpan dan terus mencapai impian ku..
adiosss
August 19, 2006 Permalink Comments (0)
perihalku...macam-macam 3
salam sejahtera,
dah lama rasanya aku tak menjengah ke laman blog ku sendiri..maklumlah bila dah start PGLM memang aku tak peduli sangat dengan blogs aku..tapi aku rasa seperti kehilangan sesuatu bilamana tidak kucoretkan sesuatu disini..
mungkin semua dah tahu yang PGLM season 2 dah pun bermula di istana budaya..sambutan alhamdulillah sama dan lebih kurang macam yang sebelumnya..namun yang paling aku tak akan lupakan ialah pertunujukan semalam pada tanggal 13hb ogos..kerana pada tarikh itu bukan pelakon utama yang beraksi tapi pelakon alternative ataupun dipanggil understudies..dulu pada season 1 memang ada understudies tapi tidak ada show buat kami namun kali ini diberi peluang pulak oleh production..
understudies PGLM itu sendiri termasuklah aku yang membawa watak sebagai patih..wan shades (adipati),baby (puteri),aqasha(tuah),isma(bendahara),nuren(bayan)...memang sesuatu yang menakjubkan kerana tidak disangka dapat jua aku dan rakan-rakan yang lain beraksi sebagai watak yang didokong oleh mereka yang sebenar(main cast)...
aku tak tau pasal understudies yang lain namun aku ingin bercerita perihalku tentang watak sebagai patih..terus terang aku katakan aku memang tidak percaya bilamana zahim dan adlin menyuruh aku membawa watak tersebut..patih itu sendiri memang besar peranannya dalam PGLM manakan tidak watak tersebut diberikan kepada abg Yalal chin kalau tidak penting..
selepas membelek skrip dan juga berpandukan pengalaman yang lepas aku rasa aku tak patut untuk menolak pelawaan tersebut..masa latihan memang tersa beratnya peranan ini..namun pada show itu aku memberikan sepenuh tenaga dari zahir dan batin hinggakn aku begitu penat dan lesu kerena terlebih memberi kepada watak tersebut..
paling aku tidak akan lupakan sampai bila-bila ialah sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan ensemble dan production..saat aku melangkah masuk terasa tersentuh hati ini bila melihat dan mendengar rakan-rakan semuanya bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik walhal ianya hanyalah show understudies...
apabila habis sahaja act 1 aku terasa seperti lega dan lepas segalanya...itulah magik nya dunia pentas..payah untuk diungkapkan namun sesiapa yang merasainya pasti akan terasa magik nya pentas...
namun dalam aku hampir berjaya dalam dunia aku,hati ini tetap terasa sedih..tanpa diduga aku mungkin telah kehilangan seseorang...seseorang yang aku kasih dan rindu..namun payah untuk aku huraikan diruang yang sebegini kerana biarlah ianya menjadi rahsia..namun aku harap seandainya dia membaca ruangan ku ini ingin aku khabarkan padanya.."kau tetap dihatiku"...dia tahu siapa dia...
rezeki??..mungkin juga.kadang-kadang pepatah melayu ada benarnya..jangan berputus asa..itu yang aku pegang sampai sekarang...semua orang ada cita-citanya,impian mahupun harapan...dari kecil aku memang ada cita-cita dan impian masakan tidak aku membawa diri ini mengharungi badai kota kuala lumpur..hampir 15 tahun aku berusaha untuk mencapai cita-cita aku...mungkin telah tertulis rezeki aku datang dalam tahun ini dengan izinnya aku dapat mencapai cita-cita aku untuk menjadi dj radio...
aku telah ditawarkan untuk menjadi dj radio dengan suria fm...betapa tiada perkataan yang boleh menghuraikan apa yang aku rasa saat itu..namun bagi aku tiada yang mustahil bagi mereka yang berani...
dengan izinnya nanti mungkin banyak lagi yang akan kucoretkan...tentang PGLM,diriku dan banyak lagi...
buat seseorang teruslah mengingati diri ini..."kekasih jangan berduka yakin kita kan bersama...hati ini satu walau jauh dimata..ikatan cinta luhurnya dijiwa"...
sememangnya PGLM banyak mempengaruhi hidupku....
adioss
August 14, 2006 Permalink Comments (0)
perihalku...macam-macam 2
salam buat semua..
hari ini banyak yang aku pelajari..tak secara langsung dan langsung aku tahu yang kadang-kadang aku sendiri tidak mengenali diriku...saat aku kesunyian aku seakan-akan mencari diriku sendiri..
kadang-kadang terlintas difikiran ku untuk hidup sendirian..kerna aku rasa seperti aku ini tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan...bukan semua orang boleh bertanggungjawab sepenuhnya...tak kira lah apa bangsa,warna atau pangkat namun kadang kala kita akan terlepas atau terlupa yang kita masing-masing mempunyai tanggungjawab..
apakah aku dan korang semua dapat melepaskan tangungjawab yang diberikan??..entah lah.... adil kah seorang manusia itu dibebani oleh tanggungjawab yang diberikan?..adilkah seorang manusia dibebani dengan masaalah yang disebabkan oleh tanggungjawabnya??...
macam-macam yang aku fikirkan ketika ini...mungkin lebih baik aku sibukkan diri dengan latihan PGLM lagi bagus...
chow...
July 22, 2006 Permalink Comments (1)
perihalku...macam-macam 1
salam sejahtera...
sewaktu blog ini ditulis aku sebenarnya dalam keadaan yang macam-macam..aku merasa pelbagai perkara yang bermain dikepala ku ketika ini..semalam aku tidak dapat mngawal emosi ku..lantaran itu jiwaku menjadi begitu sensitif...
sebenarnya saat ini aku amat merindui seseorang..seseorang yang walaupun tidak lama ku kenali namun amat dekat di hatiku..sering bermain difikiranku..aku amat bersimpati dan sedih dengan apa yang dia hadapi ketika ini...dulu aku sering dan selalu bersama dia namun sekarang tidak lagi semesra dulu mungkin kerana faktor sibuk atau.....??...
aku harap dia banyak bertawakal dan kuat menghadapi apa jua rintangan yang bakal dilalui..walaupun aku tidak dapat bersamanya disaat ini tapi aku harap dia akan mengetahuinya satu hari nanti yang aku senantiasa memikirkan dan berdoa agar dia terus tabah menghadapi semua dugaan ini..
perasaanku amat dekat dengan dia..lantaran itu rasa sayang tetap akan wujud sampai bila-bila...ingin aku bertemu dan bercakapdengan dia namun kadang-kadang aku serik dan khuatir dengan apa yang telah terjadi...dek kerana fikirannya terganggu kami sering berselisih faham..bukan itu niat aku..percayalah...
aku harap dia membaca luahan aku ini...semoga dia memahami apa yang tersirat dihatiku...agar dia tahu apa yang membuatkan aku jadi sebegini..
hanya dia yang mengetahui siapa dia yang aku maksud kan...
hanya satu pintaku agar kau terus mengingati dan merindui diriku...biar pun kita tak semesra dulu namun hatiku dan hatimu akan tetap bersama..
my baby you...
July 18, 2006 Permalink Comments (1)
perihalku...macam-macam
salam sejahtera...
minggu ni aku memang sibuk hinggakan terlupa akan diriku sendiri..kadang-kadang terasa seperti waktu yang berlalu begitu singkat sekali..sesingkat siang menjengah malam dan malam menjemput siang...jadual aku setiap hari padat sangat..memang tak tercapai akal kalau nak difikirkan..namun ini semua seakan menguji kesabaran aku sebagai seorang manusia..
setiap hari rutin aku bermula dengan begitu cepat..latihan PGLM yang ketat,meeting ngan client,nak buat proposal,nak beli barang rumah,nak bayar bil,nak cuci kereta,nak keluar dating..ahhhrggg semuanya perlu aku habiskan atau selesaikan dalam masa yang sama..korang rasa korang boleh buat macam aku buat tak??..
boleh ke kalau kita katakan apa yang kita lakukan seharian adalah atas dasar nak hidup...atau boleh tak kalau kita katakan apa yang kita buat ini adalah kerana kita masih lagi bernyawa dan perlu lakukan sesuatu perkara kerana semua orang buat benda yang sama??...mengarut bukan tapi itulah hakikat yang sebenar..
macam-macam boleh berlaku..namun yang pastinya hari ini aku begitu bosan dengan latihan PGLM...tak tau kenapa tapi rasanya ada kaitan dengan segelintir manusia didalam latihan ini yang seakan-akan seperti nak menjaga 'periuk nasi' mereka...entah lah aku pun bukannya manusia al-amin jadi aku tak boleh ler nak mengatakan yang aku ni betul dalam segala hal..namun apa yang berlaku sekarang ni dalam latihan PGLM yang paling ketara ialah sifat setiakawan dan semangat seperti mula-mula kami bersama telah tiada dan tidak mustahil akan hilang semangat itu kerana sifat sesetengah orang dalam PGLM ini yang mementingkan diri sendiri...tambah lagi sekarang ini dengan adanya muka-muka baru maka akan bertambah lagi ler saham orang-orang seperti ini..tapi sebenarnya aku sedikit sedih bila ini berlaku kerana dahulu kami seperti adik-beradik,segalanya dikongsi,makan,minum,cerita,suka,duka..segalanya namun sekarang....??
apapun hari ini aku merasakan sesuatu yang sunguh membosankan kerana aku tidak merasa akan keseronokan bekerja dan bersama dengan rakan-rakan dalam PGLM...untuk bersama lagi buat perjalanan menyeluruh (road tour ) aku rasa perlu difikirkan lagi berkali-kali...kerana jiwa aku pasti memberontak kalau situasi masih lagi sebegini rupa...
chow....
July 13, 2006 Permalink Comments (1)
perihalku...world cup berakhir??
salam sejahtera..
saat aku mencoretkan titipan kali ini ianya terjadi selepas berakhirnya kejohanan piala dunia di germany...aku sedikit terkilan kerana pasukan yang aku sokong kalah..sekali lagi penalti penentunya...pasukan yang aku minati England juga kalah dalam penentuan ini sekarang giliran perancis pulak...entah lah apa yang telah berlaku sehinggakan wira tersohor perancis zinedine zidane diberikan kad merah...saat dunia ingin menyaksikan kehebatan "zizou" di pentas dan perlawanan terakhirnya dengan kemegahan namun apa yang berlaku diluar dugaan..adakah dia menerima kad merah kerana tindakan provokasi pihak lawan??..apakah kempen yang dijalankanoleh FIFA untuk menentang penindasan perkauman dalam sukan tidak dipandang serius oleh sesetengah pemain??..hanya Zidane dan juga Metarazzi yang tahu apa yang berlaku..
sememangnya setiap wira tidak mahu saat kemegahannya diakhir usia perjuangan berakhir dengan calitan duka namun kadang-kadang ianya berlaku tanpa disedari..dalam politik,sukan,seni,kehidupan seharian semuanya pasti akan berlaku...
lihat saja tokoh politik dunia disaat akhir perjuangan mereka...hitler,muamar gadafi,sadam hussein,clinton,aquino,abraham lincoln,thaksin sinawat,anwar ibrahim,p.ramlee,rock hudson dan ramai lagi yang aku terlupa akan ceritanya jatuh dalam pelbagai versi cerita...ada yang difitnah dan ada yang berlaku atas kesilapan sendiri..
namun manusia itu tetap akan diingati kerana jasa mereka walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang terpilih dan disanjungi oleh setiap manusia...
ikhtibar yang boleh diambil bagi aku cuma satu...sejauh mana ketokohan dan kejaguhan seseorang kalau tidak ada sifat sabar yang tinggi akan jatuh jua ia dimalukan diri sendiri...
apa kata kau orang semua..setuju atau tidak...itu hak korang...yang penting diri aku untuk aku tapi diri kamu untuk siapa...
July 09, 2006 Permalink Comments (0)
perihalku..stefani
perihalku..stefani
salam sejahtera,
agak lama juga ku tidak mencoretkan sesuatu disini lantaran kekalutan kerja yang amat membebankan..namun aku masih lagi menyedari yang aku seperti kehilangan akan sesuatu yang sudah hampir menjadi sebahangian dari darah dan daging ku iaitu coretan yang akhirnya akan menjadi satu cerita untuk dikongsi bersama dengan mereka yang mahu membacanya..
perjalanan seniku semakin berkembang..kembangnya seakan-akan memberi penunjuk yang aku seperti begitu dekat dengan impian ku..aku disaat akhir ini sering mendapat tawaran untuk beraksi diruang aksi untuk dirakam..mungkin ada yang pening kepala dengan perkataanku ini..manusia perlu mencipta sesuatu ataupun membuat sesuatu perkara,cerita atau apa saja agar ianya menjadi perhatian..itu lumrah namanya..
masa lapang ku sudah tidak selapang dulu lagi..kerana keinginan untuk mngejar ilmu lebih penting kurasakan..hinggakan hari-hariku berlalu pantas dengan dari hari ke hari aku penuhi dengan kelas untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ku agar aku tidak diperbudakkan oleh mereka yang telah lama mungkin,ataupun mereka yang tidak sedar yang diri mereka itu tua dan mungkin juga sudah nyanyuk dimamah usia tapi masih tidak dapat menerima orang-orang baru seperti aku dan rakan-rakan ku..
berbalik kepada cerita impianku..sebagai manusia kamil dimuka bumi ini pastinya kita mempunyai impian untuk sesuatu perkara...impian untuk berguru dengan mereka yang mahir dalam bidang yang aku pelopori juga hampir menjadi kenyataan sekarang ini..sekarang aku berada didalam satu kelompok rakan-rakan yang sealiran dengan minat dan pekerjaan yang sama iaitu dunia teater..aku sekarang telah diterima ataupun masih dalam tempoh percubaan untuk menjadi keluarga sanggar teater fauziah nawi ataupun stefani singkatannya..
banyak perkara yang aku baru pelajari didalam pertemuan kami setiap hujung mingggu di rumah PENA...namun perkara pertama yang aku pelajari dan mungkin akan menjadi satu tradisi dalam keluarga stefani ialah berani bersuara,memberi pendapat ataupun komen mungkin juga leteran juga ada orang yang memanggilnya makian...apa sajalah aku tak kisah pun kerana yang penting aku dapat menimba ilmu dengan mereka ini...
satu yang aku temui dalam roh kumpulan ini ialah semangat hormat menghormati antara satu dengan yang lain..namun yang paling membuatkan aku merasa rindu akan suasana kelas ialah kesan disiplin dan keseriusan rakan-rakan untuk belajar.
sebenarnya banyak lagi yang aku ingin coretan..kisah aku menjadi pelakon dalam misteri,pglm akan bersambung,tawaran berlakon filem..entahlah banyak sangat yang bermain dimindaku ketika ini..kerna kalau boleh mahu saja aku titipkan segala apa yang bermain difikiran aku ketika dan saat ini..almaklumlah untuk sekelain umat dah lama rasanya aku tak mencoretkan sesuatu dan menjadi lumrah manusia kalau dah dapat sesuatu yang disukai peduli apa dengan perkara yang lain...dengan izinnya mungkin ini akan menjadikan aku kembali untuk serius mencoretkan sesuatu buat tatapan semua...
hidupku untuk diriku...hidup kamu untuk siapa...
July 07, 2006 Permalink Comments (1)

No comments: