Sunday, October 01, 2006

perihalku...macam-macam

salam sejahtera...
pejam celik rasa macam sekejap je dh nak puasa pulak..lagi dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi oleh umat manusia dalam mengerjakan ibadah yang diamanahkan...
namun perjuangan aku dan cita-cita aku masih belum selesai..masih banyak yang aku perlu tempuhi dan amati dalam mengejar apa yang aku inginkan...pelayaran seni aku buat tahun ini akan melangkah jauh sedikit..kali ini aku dan kerabat PGLM akan ke singapore dari 18th nov hingga 27th nov...aku difahamkan tempat yang akan kami langsungkan persembahan bukan sebarangan kerana telah banyak produksi yang maha hebat telah berjaya mementaskan nashkahnya dan kali ini giliran kerabat PGLM pulak melabuhkan seni dipersada itu...
bagaimana agaknya reaksi khalayak disana??..adakah sama seperti ditanah sendiri atau lebih hebat penerimaannya...namun apa pun semangat aku mula berkobar untuk menjalani latihan kerana tidak semua ensemble PGLM yang akan terlibat cuma 30 orang sahaja berbanding 42 org pada season 2 yang lepas..mungkin ini rezeki...
apa pun untuk semua yang akan membaca blogs aku ni aku ucapkan selamat menempuh ramadhan almubarak...kepada insan yang satu ini aku sentiasa mendoakan kesenangan dan kebahgiaan dirimu...biarpun jarak dan masa telah memisahkan kita..dengarlah lagu-lagu yang bisa menjadi kenangan antara kita...itu sahaja harta yang dapat aku berikan padamu...
amin....

No comments: