Sunday, October 01, 2006

perihalku...macam-macam 5

perihalku..stefani
salam sejahtera,
agak lama juga ku tidak mencoretkan sesuatu disini lantaran kekalutan kerja yang amat membebankan..namun aku masih lagi menyedari yang aku seperti kehilangan akan sesuatu yang sudah hampir menjadi sebahangian dari darah dan daging ku iaitu coretan yang akhirnya akan menjadi satu cerita untuk dikongsi bersama dengan mereka yang mahu membacanya..
perjalanan seniku semakin berkembang..kembangnya seakan-akan memberi penunjuk yang aku seperti begitu dekat dengan impian ku..aku disaat akhir ini sering mendapat tawaran untuk beraksi diruang aksi untuk dirakam..mungkin ada yang pening kepala dengan perkataanku ini..manusia perlu mencipta sesuatu ataupun membuat sesuatu perkara,cerita atau apa saja agar ianya menjadi perhatian..itu lumrah namanya..
masa lapang ku sudah tidak selapang dulu lagi..kerana keinginan untuk mngejar ilmu lebih penting kurasakan..hinggakan hari-hariku berlalu pantas dengan dari hari ke hari aku penuhi dengan kelas untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ku agar aku tidak diperbudakkan oleh mereka yang telah lama mungkin,ataupun mereka yang tidak sedar yang diri mereka itu tua dan mungkin juga sudah nyanyuk dimamah usia tapi masih tidak dapat menerima orang-orang baru seperti aku dan rakan-rakan ku..
berbalik kepada cerita impianku..sebagai manusia kamil dimuka bumi ini pastinya kita mempunyai impian untuk sesuatu perkara...impian untuk berguru dengan mereka yang mahir dalam bidang yang aku pelopori juga hampir menjadi kenyataan sekarang ini..sekarang aku berada didalam satu kelompok rakan-rakan yang sealiran dengan minat dan pekerjaan yang sama iaitu dunia teater..aku sekarang telah diterima ataupun masih dalam tempoh percubaan untuk menjadi keluarga sanggar teater fauziah nawi ataupun stefani singkatannya..
banyak perkara yang aku baru pelajari didalam pertemuan kami setiap hujung mingggu di rumah PENA...namun perkara pertama yang aku pelajari dan mungkin akan menjadi satu tradisi dalam keluarga stefani ialah berani bersuara,memberi pendapat ataupun komen mungkin juga leteran juga ada orang yang memanggilnya makian...apa sajalah aku tak kisah pun kerana yang penting aku dapat menimba ilmu dengan mereka ini...
satu yang aku temui dalam roh kumpulan ini ialah semangat hormat menghormati antara satu dengan yang lain..namun yang paling membuatkan aku merasa rindu akan suasana kelas ialah kesan disiplin dan keseriusan rakan-rakan untuk belajar.
sebenarnya banyak lagi yang aku ingin coretan..kisah aku menjadi pelakon dalam misteri,pglm akan bersambung,tawaran berlakon filem..entahlah banyak sangat yang bermain dimindaku ketika ini..kerna kalau boleh mahu saja aku titipkan segala apa yang bermain difikiran aku ketika dan saat ini..almaklumlah untuk sekelain umat dah lama rasanya aku tak mencoretkan sesuatu dan menjadi lumrah manusia kalau dah dapat sesuatu yang disukai peduli apa dengan perkara yang lain...dengan izinnya mungkin ini akan menjadikan aku kembali untuk serius mencoretkan sesuatu buat tatapan semua...
hidupku untuk diriku...hidup kamu untuk siapa...

No comments: