Sunday, October 01, 2006

perihalku..merdeka lagi

Salam muhibah…

Merdeka,merdeka,merdeka…menjelma lagi setiap tahun. Maka berduyu-duyunlah manusia keluar menuju ke destinasi perayaan yang sering kali dianjurkan oleh mereka yang kononnya menyatukan perpaduan antara kaum dan menyemarakan semangat merdeka dikhalayak rakyat khususnya…

Negaraku ada banyak etnik bangsa..dari melayu,cina,india,sikh,kacukan eropah,jawa,mamak,siam dan entah apa lagi campuran darah dan etnik yang ada didalam daging dan tubuh rakyat jelata. Namun apa yang dapat dilihat dan sring kali terlihat dikaca-kaca televisyen dan juga dipaparan dada akhbar pada hari yang berikutnya hanya wajah bangsaku yang dipanggil melayu menghiasi dan menjadi pengikut dan pengunjung setia setiap kali perayaan sebegini rupa diadakan!!.mana bangsaku yang lain??..adakah mereka hanya duduk menonton dirumah?..atau dilarang sama sekali oleh kepala keluarga untuk keluar berska ria bersama tetangga ataupun mereka menghabiskan ongkos mereka diluar negara tanpa mempedulikan sorakan merdeka,merdeka,merdeka…
Namun biar negaraku ratusan mahupun ribuan menyambut dan meraikan hari yang bersejarah yang mungkin dilupakan oleh segelintir manusia betapa pejuang-pejuang,pengiat-pengiat dan pencetus kelahiran baru negara bertelingkah sesama sendiri,bersilat di gelanggang suara,berpeluh dipanah mentari,basah gelisah berembun pagi dalam memperjuangkan nasib tanahair dari terus dijajah bangsa asing sedangkan hari ini masih ramai yang tidak mengaku malahan tidak mengerti dan juga berlagak bodoh sombong malas,malu,segan untuk berbicara dengan bahasa dan budaya sendiri kerana jiwa mereka telah merdeka dan boleh berbuat apa saja tanpa mengikut kata segala.

No comments: