Friday, October 24, 2008

Terkejut...Tak Sangka...Kaget

salam..

rasanya agak lama jugak aku tak mencoretkan apa2 pun...maklumlah dah bertambah sibuk ngan kerjaya..namun aku masih seperti aku yang dulu sering menjadikan isu-isu semasa sebagai santapan naluri ku...

aku seperti terkejut dengan apa yang berlaku ketika ini...apa tidak nya,gelaran keramat negara seperti telah tiada harganya..seingat aku,kalau seseorang itu mahukan gelaran keramat itu perlulah kiranya ia berbakti,berjasa barulah di perhalusi untuk gelaran itu namun sekarang gelaran tersebut menjadi seperti satu anugerah yang hilang prestijnya dek kerna sewenang-wenangnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak!...oraiitt ker kalau kita panggil Dato' Shah Rukh Khan...

tengahhari tadi aku mendapat berita yang tak di sangka...samad lefthanded meninggal dunia..seprti tidak percaya kerna bulan lepas aku bertemu dengan arwah di ampang point...bukan itu saja bila mendapat berita tersebut terus ingatan aku teringat akan satu peristiwa yang membolehkan aku agak rapat dan kenal dengan arwah samad...

cerita ini terjadi 4 tahun sudah...waktu itu aku diberikan peluang untuk supplier sound system untuk konsert karnival dagang di kampar perak...antara artis yang terlibat ialah Lefthanded,Ramli Sarip,Arwah S.Jibeng,Alleycats dan ramai lagi...Kami semuanya terlah ditipu oleh pihak penganjur..semuanya mendapat cek tendang...sampai aku ngan arwah samad membuat laporan polis...namun sia-sia kerna tiada sebarang berita pun pasal hal tersebut...mungkin kerna harga cek yang kami dapat tidak setanding harga Eurocopter!..

selepas kejadian itu aku dan arwah samad selalu berjumpa di sebuah kedai dekat ampang..namun aku kena menerima hakikat yang kita telah kehilangan seorang legenda...AL-Fatihah...

aku sekarang masih dalam keadaan kaget...kerna mendapat job yang tak henti-henti...sekarang aku sedang menjalani shooting bersama FM Productions sebagai Host rancangan baru di astro prima iaitu warung kita...bergandingan dengan kawan baik aku Farouk Hussin...kemudian aku ditawarkan untuk satu watak dalam telemovie arahan bro Thorpe...alhamdulillah...rezeki

chow dulu beb...oraiitt

6 comments:

Anonymous said...

Salam...Dunia ini penuh dengan kejutan serta peluang sebenarnya..

NorAzrin MohdNawir said...

Salam azrul, Al-Fatihah juga pada semua umat islam yg telah meninggal dunia termasuklah puteri sulung kite..
Note: x leh lupe bile azrul nyanyi lagu selipar jepun dlm kelab pop musim ke 2..Klakar sguh! Syabas n tahniah atas rezeki yg melimpah ruah..Go go azrul!

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah dgn rezeki yang diterima dari Allah swt. Semoga hari2 mendatang penuh dengan kehidupan yang bahagia...

Anonymous said...

salam..
psal srk dpt datuk tuh memg jadik kejutan sume kot..
n syukur 4 ur rezeki..
al-fatihah wat arwah samad..

Anonymous said...

Salam Bang Azrul...Ahaks...
Dlm Kelab Pop musim 2 yg ada Bang Azrul tu memang kelakar la, semoga Bang Azrul terus murah rezeki dan aktif dlm bidang seni ini...Amin...

Anonymous said...

I bukan bernama said...Hehe..
kumpulan Cham betul ke x berpecah? tp Azrul boleh ada chemistry dgn sape2 pun sebenarnya...Good Luck..

p/s: Siapa rynn2506? Bekas isteri? jeng jeng