Friday, December 27, 2013

dua kosong satu tiga...

salam..

awal tahun pertengahan tahun semuanya ada cerita yang menarik..bagi aku awal tahun 2013 tiada apa yang menarik kerana semua rakyat marhein sibuk membuat persiapan untuk PRU ke 13..jadi perkara pokok banyak yang berkisar kepada politik sahaja.

pertengahan 2013 bahang PRU semakin panas..maka banyak lah cerita yang diselak dan ditelanjangi oleh puak2 tertentu di bogelkan..dan pada tarikh keramat untuk semua menyuarakan hak ada terjadi perkara2 yang tidak dan mahu diingini oleh semua di bogelkan sekali lagi..

PRU 13 banyak magis yang terjadi...tak semena2 ramai yang sedar akan hak..ramai yang sanggup beratur di celah2 keramaian untuk bersuara melalui kertas...suara rakyat di nyaringkan..maka pada saat itu banyak isu2 menarik yang dapat diketahui oleh rakyat am nya...banyak yang perlu ditangkis oleh pihak yang perintah dan diperintah...banyak juga yang kecundang sebelum bertarung....dan banyak juga yang menang sebelum berpeluh...

paling menerujakan rakyat ialah kes LEMBU...semestinya membawakan seribu satu persoalan sampai ke hari ini akan kes ini..yang masih menjadi LEMBU punya nama..siapa yang dapat habuan!

dalam kita mengamati PRU ada juga kejayaan yang dikecapi oleh kita..namun itu cuma sulaman kisah diantara PRU

sekarang dah sampai ke penghujung 2013...masih banyak perkara yang tidak sampai ke penghujung...ada juga cerita yang kena sambung bayar ke tahun yang baru...

paling terkini ialah kisah gerombolan rakyat yang ingin menuntut HAK sebagai rakyat....selepas PRU rakyat menuntut HAK yang telah di kotak kan sebagai manifesto..di patri kan sebagai janji syurga...namun bila hampir ke penghujung bagaikan menjadi sepah di buang...hanya omongan kosong untuk di kutip bersama2 agar menjadi satu lipatan kenangan dan habuan selepas PRU 13..

hampir semuanya naik..rakyat yang tanggung....rakyat yang sengsara..namun di mana rakyat boleh bersuara??..di PARLIMEN..mungkin tidak seandainya bukan MP...di balai raya juga mungkin tidak kerana bukan JKKK..di menara juga tidak kerana ada AKTA tersendiri...di masjid raya juga tidak akan terjadi kerana rumah untuk semua....hanya satu sahaja yang boleh..

DI JALANRAYA...sebab semua orang membayar tol dan kos untuk di selia raya...

kita telah ada AKTA perhimpunan aman...mari kita tengok apakah rakyat diberikan hak untuk menunjukan hak..

ramai yang tanya dan berkata kenapa perlu berdemo...namun ramai yang tak tahu dan tak nak ambil tahu kenapa perlu berdemo...

kalau rakyat berdemo secara aman dan besar di jalanraya..sudah tentu akan menjadi buah mulut dan berita sensasi seluruh dunia..kerana kehebatan negara kita semua sudah maklum...bila dunia mengambil tahu..maka yg memerintah terpaksa menjawab kepada rakan sekutu akan kejadian tersebut...bila semua dah tahu maka yang memerintah kenalah bertindak mengikut saluran kemanusian..

itu sebabnya perlu berdemo...namun secara aman...tapi masih ada pihak2 yang menjadi penjilat...mewar2kan akan ada himpunan untuk guling2..akan ada himpunan provokasi...benarkah??

tapi daripada berita yang terpapar di media2 maya..tidak terbaca pun akan himpunan gulingan itu...tidak terdetik pun akan gulingan yang maha hebat itu...cuma yang ada hanyalah himpunan tunjuk kos...himpunan tuntutan tribunal rakyat...itu sahaja....

ayuh rakyat celikkan lah mata...bukakan lah dada..cerdikan lah minda..untuk berkata yang hak..untuk menuntut yang hak dan kembalikan hak itu ke dalam jiwa kita!

salam....


Saturday, November 23, 2013

Yg dibenak ku...

Salam...

Ramai yang bertanya kepada aku kenapa aku tak sertai MLM 2013 kali ni...aku menjadi serba salah untuk menjawapnya..kerana byk persoalan akan timbul dan terjawap secara tidak langsung..namun yang pastinya jadual aku terlalu padat..bukan tiada keinginan untuk berjuang di pentas MLM namun masa yang amat terhad buat aku.

Ramai jugak yang bertanya pada aku dan membuka ruang untuk aku bersama dengan mereka namun aku tolak elok2..ramai yang mencadangkan aku bergabung dengan jihan...tapi aku tahu ruang kreativiti aku dan jihan sesuai untuk dipertontonkan dimana,semestinya bukan untuk berganding dlm pertandingan...buat masa sekarang aku cuma akan bertanding genre komedi ini hanya atas nama kumpulan 'CHAM' sahaja...

Ramai yang bertanya lagi kenapa Along tidak bergabung dengan aku kali ini..ermm..perlukah aku untuk merungkaikannya...ataupun biarkan ia menjadi satu persoalan yg tiada penyudah!..

Banyak yg berlaku antara aku dan along selepas Rajalawak musim ke 2....hanya org2 terdekat saja yg tahu kemelut antara kami...yang pasti kami mempunyai percaturan perjalanan yg berbeza...Along memilih MIG manakala aku memilih untuk bergerak sendiri...

Seminggu selepas habis RL..aku ditawarkan untuk menjadi host astro oasis...aku terima lamaran itu..dan Along terus diam tanpa menghubungi aku...selepas habis job ngn astro oasis,boss astro En Khai melamar aku pulak untuk host barker channel Mustika yg selalu korg tgk aku mempromosi kn prog2 menarik yg ada di astro mustika..alhamdulillah 3 tahun aku menjalankan tugas tersebut...Along masih diam dgn aku..

Selepas itu tiba2 Along hubungi aku untuk menjadi pengacara event amal bersama berita harian...katanya pihak atasan mahu kump Cham untuk menjadi pengacara majlis tersebut dr pagi sampai ke mlm...tanpa bayaran...aku setuju sebab majlis ini untuk GAZA..jadi ini satu ibadah dr aku untuk org2 GAZA..habis majlis tersebut pihak BH amat gembira dgn kerja kami...diulang KAMI..lantas terus melamar kami untuk bersama2 dgn mereka untuk tour anugerah popular...lamaran tersebut dr kak Cham..org atas dan senior di BH...

Tapi disebabkan Along yg deal ngn BH maka aku menyerahkan perkara untuk itu kepada nya untuk dibincangkan...masa berjalan...aku bz dgn tugasan aku sebagai host Mustika...Anugerah itu pn berjalan..namun aku tertanya jgk kenapa BH tidak call or Along tak call utk event itu...aku tak kisah lagi...sebab memang banyak kerja..

Tiba2 satu hari abg Mas Omar hubungi aku tanya kenapa aku tak nampak lagi untuk salah satu event anugerah popular itu..aku cakap aku tak tahu pun...lantas dia mengatakan yang dia dh beritahu along..aku ckp along tak bgtau pun..dan aku cakp nk call Along...selepas itu aku call Aling tapi tak berjawap...sampai lah keesokkan harinya aku baca dalam paper yang tertera gambar ialah Along bergandingan dengan Angah untuk majlis tersebut...kalau korg ditempat aku..apa korg akan rasa!?...

Aku hubungi along untuk penjelasan namun tak berjawap...aku text dia x reply...dan aku mempunyai solusi sendiri mengatakan yang Along tidak lagi memerlukan aku selepas RL..dan ternyata perkara itu benar sampai ke hari ini...

Kalu nak cerita apa yang berlaku di antara aku dan Along rasanya boleh dibuat telenovela dah...banyak perkara yang dia buat kt aku namun biarlah ianya menjadi memori luka dalam hidup aku...cerita diatas hanya mukadimah bagaimana dia menyisihkan aku untuk kepentingan dirinya..

Insyaallah kalau ada masa aku coretkan lagi

Ingat...ALLAH maha kaya!


Sunday, August 25, 2013

1957-2013..M.E.R.D.E.K.A??

1957
waktu itu masih muda..
semua berkobar untuk mencari nya
rela korbankan segala demi maruah
kehadapan satu hati untuk nusa bangsa

1960
masa ini semuanya sudah terarah
kebarat acuan seni dan juga pekerti
yang bijak dan tertib datangnya dari SANA
namun terus mencari identiti diri

1970
tanah ini mula terasa
kehangatan pelusuk dunia bulat
pelbagai angkara untuk menakluk
picisan hidup terus mendesak

1980
bumi ini sudah ada arah
bersegi diri menuju haluan
muka baru telah bangkit perintah
ordinan diasuh untuk rakyat sejagat!

1990
mula terasa berbagai irama
alunan mengikut kehendak mereka
mencari cari dimana ada
disinikah atau masih disana?

2000
maju itu bumi atau manusia
angka yang unik disatukan rasa
capai dihati tidak dikepala
semua kalut seperti BADUT!

2013
sejarah kian terhakis dari jiwa marhaein
ada yang tuli untuk mengerti dan
ada yang mengerti untuk terus TULI
dengar mendengar itu permainan
permainan orang yang ada-ada..


aku hanya MARHAEIN biasa..

azrul zaidi


PERIHALKU...KEMBALI

salam...

dulu kalau ada kelapangan pasti jemari ini akan menari2 di atas permukaan papan kekunci ini..masa itu rasanya dunia ini milik aku kerna kekangan masa seperti luas bagiku...namun kini aku terasa akan kekangan masa yang begitu terhad buat aku dan orang disekeliling ku...

akan aku cuba kini untuk kembali merajinkan jemari ini untuk menitipkan apa yg "perihalku" rasa...

andai ada rasa pasti ada cita..
andai ada cita pasti ada masa..
andai ada masa pasti ada cerita..
andai ada cerita pasti ada sejarah..

insyaALLAH jumpa di kendian hari..

amin..

azrul zaidi