Friday, December 27, 2013

dua kosong satu tiga...

salam..

awal tahun pertengahan tahun semuanya ada cerita yang menarik..bagi aku awal tahun 2013 tiada apa yang menarik kerana semua rakyat marhein sibuk membuat persiapan untuk PRU ke 13..jadi perkara pokok banyak yang berkisar kepada politik sahaja.

pertengahan 2013 bahang PRU semakin panas..maka banyak lah cerita yang diselak dan ditelanjangi oleh puak2 tertentu di bogelkan..dan pada tarikh keramat untuk semua menyuarakan hak ada terjadi perkara2 yang tidak dan mahu diingini oleh semua di bogelkan sekali lagi..

PRU 13 banyak magis yang terjadi...tak semena2 ramai yang sedar akan hak..ramai yang sanggup beratur di celah2 keramaian untuk bersuara melalui kertas...suara rakyat di nyaringkan..maka pada saat itu banyak isu2 menarik yang dapat diketahui oleh rakyat am nya...banyak yang perlu ditangkis oleh pihak yang perintah dan diperintah...banyak juga yang kecundang sebelum bertarung....dan banyak juga yang menang sebelum berpeluh...

paling menerujakan rakyat ialah kes LEMBU...semestinya membawakan seribu satu persoalan sampai ke hari ini akan kes ini..yang masih menjadi LEMBU punya nama..siapa yang dapat habuan!

dalam kita mengamati PRU ada juga kejayaan yang dikecapi oleh kita..namun itu cuma sulaman kisah diantara PRU

sekarang dah sampai ke penghujung 2013...masih banyak perkara yang tidak sampai ke penghujung...ada juga cerita yang kena sambung bayar ke tahun yang baru...

paling terkini ialah kisah gerombolan rakyat yang ingin menuntut HAK sebagai rakyat....selepas PRU rakyat menuntut HAK yang telah di kotak kan sebagai manifesto..di patri kan sebagai janji syurga...namun bila hampir ke penghujung bagaikan menjadi sepah di buang...hanya omongan kosong untuk di kutip bersama2 agar menjadi satu lipatan kenangan dan habuan selepas PRU 13..

hampir semuanya naik..rakyat yang tanggung....rakyat yang sengsara..namun di mana rakyat boleh bersuara??..di PARLIMEN..mungkin tidak seandainya bukan MP...di balai raya juga mungkin tidak kerana bukan JKKK..di menara juga tidak kerana ada AKTA tersendiri...di masjid raya juga tidak akan terjadi kerana rumah untuk semua....hanya satu sahaja yang boleh..

DI JALANRAYA...sebab semua orang membayar tol dan kos untuk di selia raya...

kita telah ada AKTA perhimpunan aman...mari kita tengok apakah rakyat diberikan hak untuk menunjukan hak..

ramai yang tanya dan berkata kenapa perlu berdemo...namun ramai yang tak tahu dan tak nak ambil tahu kenapa perlu berdemo...

kalau rakyat berdemo secara aman dan besar di jalanraya..sudah tentu akan menjadi buah mulut dan berita sensasi seluruh dunia..kerana kehebatan negara kita semua sudah maklum...bila dunia mengambil tahu..maka yg memerintah terpaksa menjawab kepada rakan sekutu akan kejadian tersebut...bila semua dah tahu maka yang memerintah kenalah bertindak mengikut saluran kemanusian..

itu sebabnya perlu berdemo...namun secara aman...tapi masih ada pihak2 yang menjadi penjilat...mewar2kan akan ada himpunan untuk guling2..akan ada himpunan provokasi...benarkah??

tapi daripada berita yang terpapar di media2 maya..tidak terbaca pun akan himpunan gulingan itu...tidak terdetik pun akan gulingan yang maha hebat itu...cuma yang ada hanyalah himpunan tunjuk kos...himpunan tuntutan tribunal rakyat...itu sahaja....

ayuh rakyat celikkan lah mata...bukakan lah dada..cerdikan lah minda..untuk berkata yang hak..untuk menuntut yang hak dan kembalikan hak itu ke dalam jiwa kita!

salam....