Thursday, June 14, 2012

antara Anzalna vs neelofa dan seniman..

aku tertarik dengan cerita mereka berdua..neelofa menggunakan saluran undang-undang untuk meminta anzalna mengaku yang cerita itu tidak benar..kedua-dua nya masih baru dalam bidang seni...rasanya masa aku berlakon sebagai extra dulu pun diaorg masih lagi bersekolah...

semua orang tahu tentang kes ini...bermula dari masa mereka menyertai dewi remaja bersama-sama hingga lah sekarang ini...aku pernah shooting bersama anzalna untuk sepah the movie....aku pernah buat pilot projek program astro dengan neelofa...

sebagai lelaki normal aku lebih tertarik dengan anzalna..kerana dia cantik seorang perempuan melayu..tarikan aura wanitanya lebih kuat berbanding neelofa..dan dia sempoi...

neelofa pulak agak poyo..seorang yang berwajah berlagak..dan juga memilih kawan untuk bercakap..bagi aku senang jer..kau sapa nak aku tegur kau??...

masa aku shooting sepah the movie,anzalna mulanya pendiam..tapi bila ada babak aku kena bercakap dengan nya dia seorang yang peramah dan suka ketawa..pantang aku adlib pasti dia ketawa hingga terlupa dialog nya...

neelofa pulak masa aku buat pilot projek di astro aritu aku nampak dia ni agak "artis"..susah nak senyum dan juga perasaan yang dia bagus....nak hafal skrip pun amik masa...dan masa tu mmg aku hilang mood nak buat...hingga kan aku buat cincai supaya aku tak dapat..sebab takut nanti aku akan sound direct je minah poyo nih...

dan bila les ini berlaku,aku dah boleh agak..neelofa ni dia seorang yang pentingkan perhatian..pernah ada satu majlis anjuran satu syarikat..aku dan beberapa orang artis di jemput untuk memeriahkan majlis..so kami diberi satu meja untuk duduk bersama..antara yang hadir waktu tu ialah julia ziegler,nana mahzan..dan ada beberapa orang lagi...kami duduk satu meja..kemudian organizer ckp neelofa tak duduk sekali dengan kami..kerana dia dikatakan 'meminta' untuk duduk di meja VIP...dan di meja VIP cuma dia jer seorang perempuan di meja tersebut lainnya lelaki..dari situ aku dah agak bagaimana perangai neelofa ini...masa tu boss astro pun ada tapi tak duduk di meja VIP...

aku juga pernah mendengar yang dia agak mengada-ngada bila menjadi host nona..sampai kan pakaian pun dia nak pilih dan kena ikut kehendaknya...

dato CT pun pernah difitnah dengan pelbagai cerita..tapi pernah tak dia menggunakan saluran undang-undang untuk memohon agar orang yang kononnya memfitnah itu mengaku bersalah....itu dato CT..penyanyi nombor 1 malaysia...dan aku pernah juga berkerjasama dengan dato CT dalam pramlee the musical...dia rileks,tak poyo malahan boleh bergurau dan bersenda bersama dengan cast yang lain...

jadi bila neelofa buat perkara ini pastinya ramai orang akan tahu akan objektifnya...kalau lakonannya tu aku rasa biasa2 jer..lihat saja filem azura..apa jadi....filem aku lebih meletup kot..

aku bukannya berniat jahat atau ada agenda lain...tapi aku dah muak dengan minah nih..maybe korang tak pernah bersua muka or kerja dengannya..bagi aku yang pernah ni baru aku tahu budi bahasa nya...

seniman dibawah pimpinan zed zaidi...sememangnya memerlukan publisiti yang meluas...dan tiba-tiba sahaja menurut zed zaidi yang dia nak tubuhkan tribunal or jawatankuasa disiplin untuk mengadili kes ini...kenapa dia beria2...sebab kalau korang ingat ada satu badan peguam yang kononnya mewakili artis untuk menyelesaikan apa2 kes yang ada kait dengan artis...dan masa roadshow mereka zed zaidi dan neelofa merupakan antara artis yang terlibat...dan bila zed zaidi tiba2 nak masuk campur dalam kes ini..aku rasa aku dah tahu jawapannya...

aku juga ahli seniman yang tidak lagi memperbaharui keahlian..kerana apa??....kerana sebagai seorang ahli apa yang aku dapat....adakah mereka tidak memilih kasih dalam melaksanakan aktiviti2 persatuan dengan memanggil kesemua artis2...aku join masa zaman dato mustapha maarof...walaupun dia artis veteran tapi dia pandai mengatur langkah ajk nya untuk mengabungkan antara artis lama dan baru..

zed zaidi ok dengan aku..cuma sebagai seorang presiden rasanya banyak lagi yang perlu dia pandang..banyak lagi kerja lain yang lebih manfaat...banyak lagi pening yang lain..dari sibuk dengan kes neelofa...itu kes budak kecik..

bagi aku..pastinya kemelut ini hanya picisan...kenapa dia tak bangkit kan isu masa hari belia aritu yang artis-artis tempatan tidak di bayar dengan harga yang sesuai...

adakah kerana zed zaidi pernah terlibat dalam BN youth fest aritu maka dia tak boleh bersuara untuk membela artis??...ataupun dia tengah ushar projek lain..??

aku hanya bercerita..aku hanya memerhati..itu tanggungjawab ku..