Monday, December 01, 2014

PENGACARA GLAMER VS PENGACARA BIASA-BIASA...

SALAM

satu hari aku terbaca kt mstar.com tentang kenyataan Awal Ashaari tentang komen nya berkenaan peluang mengacaranya kurang gara-gara kepercayaan stesen tv memberi peluang kepada pengacara pelawak kebelakangan ini...

aku tak kisah pun tentang peluang yang diberikan oleh stesen tv kerana kebanyakkan stesen tv ada favouritism dan bias dalam memilih siapa yang diaorg nak..tapi aku terpanggil untuk membalas komen dari Awal adalah atas dasar dan platform PELAWAK..!

ok.camni...rata2 penonton lebih suka program tv bercorak santai dan hiburan...dan ini semestinya memerlukan pengacara yang lebih versatile...versatile ini subjektif pada corak program tersebut..contohnya kalau kita lihat ustaz Don ataupun ustaz Azhar Idrus menjadi pengacara atau penceramah...adakah mereka menegak jer bercerita atau ceramah tentang topik itu secara serius??..tidak bukan...pernah tak terfikir oleh kita kenapa mereka tidak serius sepenuhnya...?

kita tengok pulak rancangan berbentuk diskusi ataupn talkshow yang lebih menjurus kepada perkara yang lebih serius seperi belanjawan ataupun di astro awani yang membabitkan pengacara seperti suhaimi,aswad dan lain-lain..mereka lebih serius mengupas tapi terselit juga versatile nya mereka dalam cara mengacaraan mereka..

banyak elemen yang perlu kita titik beratkan bagaimana cara kita mengacarakan majlis ataupun menjadi 'anchor' sesuatu show atau majlis...sebagai pengacara kita akan memikul tugas untuk menjadikan sesuatu show itu "hidup" dan bernyawa walaupun ada skrip dan juga guide dari producer..kalau menegak jer baca skrip baik baca berita je kan...tapi berita pun perlukan versatility cara penyampaian nya...

aku ambil contoh cara aku membuat persediaan untuk mengacarakan sesuatu majlis..contohnya untuk dinner show...memang satu pasport besar untuk aku mengendalikan majlis itu kerana kebanyakan tetamu akan mengenali siapa aku...mungkin mereka kenal,mungkin juga mereka adalah peminat aku...contohnya dalam dewan ada 1000 orang tetamu...namun aku tak pernah menjadikan nya mudah kerana dalam 1000 orang itu belum tentu semua nya mengenali aku...mungkin ada 200-300 orang saja yang mengenali aku...selebihnya kenal or langsung tak kenal...kalau korang yang jadi pengacara majlis tersebut...mana yang korang nak tackle tuk menarik perhatian tetamu...yang kenal ke yang tak kenal..??..

aku akan ambil yang tak kenal atau yang tak berapa kenal untuk aku tackle dalam majlis itu...sebabnya dah tentu yang 200/300 orang yang kenal aku akan terhibur atau tergelak dengan keletah aku...tapi majlis akan jadi lebih gah kalau yang selebihnya yang tak berapa kenal aku pun boleh terhibur dengan keletah aku...nampak tak permainan!!..hehe

elemen lawak perlu ada dalam setiap diri pengacara...samada untuk digunakan ataupun tidak itu terpulang pada pengacara itu....itu dinamakan senjata rahsia kalau majlis/show itu dull or mati...elemen serius juga perlu ada kerana sebagai pengacara kita wajib menentukan direction dan juga flow majlis tidak terlalu huru hara...itu antara aspek yang perlu ada bagi seorang pengacara yang BARU macam aku...tak tahu pulak AWAL macamana..

apapun berbalik kepada isu ini ianya lebih menjurus kepada kepercayaan pihak produksi...kalau mereka senang dan percaya pada kita maka dapat lah job tu...aku juga pernah di tawarkan untuk menjadi host program tv namun saat akhir di tukar kepada orang lain kerana pihak produksi rasa aku tak sesuai...aku tak melatah pun...melainkan kalau ditipu dan akhirnya kita tahu sebab musabab yang lain pastinya aku akan meletop..!..

aku akui...ada dikalangan pelawak tidak sesuai untuk menjadi pengacara/host majlis ataupun tv show...mereka lebih selesa untuk membuat persembahan...tapi atas dasar pengaruh tv maka penganjur memanggil mereka...tapi akhirnya result menjadi tidak seperti yang dijangka dek kerana pengacara ketandusan idea dan juga tidak versatile...

mungkin ramai yang tidak mengetahui...aku bermula dalam bidang pengacaraan bersama RTM tahun 2006-2008 sebelum aku masuk rajalawak...program aku berkonsepkan travel logue...bertemu dengan YB tiap negeri dan perlu interview mereka...semestinya bentuk program ini adalah SERIUS tapi santai...tidak terlalu RTM cara penyampaian nya...dan itu merupakan cabaran buat diri aku...kerana masa itu aku BUKAN SESEORANG YANG DIKENALI..apapun terima kasih buat RTM kerana percaya pada diri ini...

apapun aku takde masalah ngan awal...cuma terkilan kenyataan nya...

asalamm..

Thursday, July 03, 2014

KISAH GELANDAGAN DAN SEEKOR MENTERI..!!

asalam...

aku tersentuh bila membaca tentang kenyataan seorang menteri yang bernama KU NAN...menurut beliau pihak kementerian akan mengetatkan akta pengemis..

"Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?

"Pada ketika itu juga, ada resit RM150 bayar serta-merta pada penguat kuasa.

ini kenyataan menteri itu...kalau anda faham akan kenyataan ini pasti anda akan tersenyum sendiri...dalam islam sendiri digalakan untuk bersedekah tidak mengira bila dan dimana...andainya kita sebagai pemberi sedekah yang memberi kepada yang memerlukan di berikan saman..undang2 apakah ini??...sedekah itu ikhlas dan ikut kemampuan tapi sekarang kita perlu 'bersedekah' pulak dengan DBKL sebanyak rm150??...apa kejadahnya menteri ini...dia ini faham tak konsep bersedekah?..

mungkin kerana dia ni jenis banyak duit dia ingat cara bersedekah ialah dengan membuat bangunan tinggi2...beli meja makan bila ada keramaian amal...bayar incometax itu sedekah baginya mungkin?...

kos sara hidup di kota metropolitan ini amat tinggi..adakalanya percaturan kehidupan membuatkan kita salah menafsir..dan aku rasa gelandangan juga bukannya meminta untuk hidup sedemikian rupa...

aku sendiri pernah 'merempat' bila kali pertama datang ke KL....tidur di masjid negara...tidur di stadium negara...taman batu di atas bukit depan stadium negara kerana silap percaturan budget...tapi bagi aku tak semua yang bergelandangan itu orang yang tidak berilmu...cuma masa dan nasib tidak menyebelahi mereka...

aku lebih setuju kalau pihak kerajaan membuat ops basmi pengemis luar..tapi dengan cara yang berhemah..bukan nya seperti menangkap penjenayah...aku pernah melihat pihak DBKL menangkap pengemis bagai kan menangkap orang yang baru lepas merompak kedai..padahal mereka cuma meminta sedekah dan mungkin juga itu bukan keinginan mereka...

di KL ada ngo's yang bernama dapur jalanan...sering memberi makan kepada orang yang susah dan gelandangan...atas inisiatif mereka ini orang2 yang kelaparan mendapat makanan walaupun sesuap nasi...tapi ini lah matlamat kebajikan masyarakat...menolong orang yang memerlukan tanpa perlu di interview dan mengisi borang...!!

di dapur jalanan mereka yang menjadi sukarelawan ini bukan calang2 orang...ada yang berijazah penuh..ada yang masih belajar..ada yang profesional dan ada yang kaya...namun mereka tidak memilih dan memikirkan status kerjaya dan pangkat mereka demi untuk menolong gelandangan dan orang yang susah...

sepatutnya pihak kerajaan membuat satu tempat khusus untuk dapur jalanan ataupun ngo's yang prihatin ini..konsep dapur jalanan bukannya perlukan dewan yang berhawa dingin..bukanya memerlukan kawasan tanah yang luas seperti rumah KU NAN...tidak perlu waitress/waiter cuma apa yang diperlukan adalah kawasan yang tidak menggangu trafik dan juga senang untuk gelandangan untuk beratur...

kononya kerajaan ada macam2 pasal 1malaysia..ada kedai 1malaysia..ada restoran 1malaysia...tapi kenapakah pihak kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk manipulate tempat2 ini supaya lebih berbakti kepada rakyat..kalau betul nak bantu golongan yang susah..ini lah masa nya....

ingatlah.. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..
ingatlah..bersedekah itu tanpa sempadan dan undang2
ingatlah...tak selamanya kita akan kaya..

aminn.

Wednesday, June 18, 2014

UMRAH....2014 BHGN 3

umrah itu ibadah...umrah itu perjalanan jemaah...ayat ini masih terngiang-ngiang di telinga aku...terasa seperti cikgu Najib berada didepan mata...jom aku teruskan ceritaku...

setiap waktu solat masjid akan penuh sepenuhnya...bila aku melangkah masuk ke masjid nabawi secara automatik aku terlupa akan hal dunia...rasa tenang itu bagaikan telah sebati dengan roh dan jiwa aku...aku mahu rasa ini kekal selamanya...aku mahu 'aura' Madinah ini kekal hingga aku balik ke tanahair..tapi kuat kah aku??

ada satu ketika kawasan makam baginda rasul ditutup dan kawasan raudah juga ditutup...aku dan abg Nuar tertanya-tanya kenapa...dan persoalan itu terjawap bilamana aku dapat melihat pada hari itu kawasan masjid penuh dengan puak syiah..dan semestinya kita dapat mengetahuinya kerana mereka ini akan berpakaian seperti nak ke pejabat..dan cara solat mereka juga agak lain dari kita...

puak mereka ini akan bersolat di belakang makam Rasul dan mereka akan solat dalam kawasan yang hanya ada puak mereka sahaja..mereka ini tidak akan melewati makam Baginda SAW..tapi mereka hanya akan memberi hormat berhampiran atau di tepi atau dibelakang sahaja...menurut kata bijak pandai agama...puak ini hanya menerima dan menghormati Rasul namun tidak sahabat2 Baginda...jadi pernah berlaku ada puak syiah yang terlalu ekstrem meludah dan membuat sesuatu yang tidak wajar bila mereka melewati makan sahabat2 Baginda yang makamnya sebaris dengan makam Baginda SAW...itu cerita yang disampaikan oleh orang sebelah aku..mungkin ia mungkin tidak....

jadi peluang untuk aku melawat makam Baginda tidak kesampaian hari ini...tidak mengapa kerana aku telah melawati nya semasa hari pertama aku...

ada juga puak mereka ini hanya bersolat diluar kawasan masjid secara berdiri dan ramai2..

--------------------------------------------------------------

kawasan masjidil nabawi ini ada bahagian baru dan bahagian lama..jadi kebanyakan jemaah akan cuba untuk solat dibahgian lama agar mendapat syafaat masjidil nabawi yang asal..alhamdulillah 2-3 kali aku dapat bersolat di kawasan masjid lama...

diluar masjid seperti biasa peniaga cuba meraih untung...kalu ikut hati mmg habis duit...tapi aku cuba membeli barangan yang tidak ada di malaysia..agar xklusif sikit...hehe

hotel penginapan kami mmg ok..hanya 300 meter rasanya ke masjid..jadi tak perlu gopoh sgt...dan lagi satu disini bila masuk waktu azan akn dilaungkan namun qamat 10-15min selepas itu...tak macam disini..lepas azan dalam 5 min dah solat..jadi tak perlu rasanya kita bergopoh gapah sangat...

-------------------------------------------------------------

pihak PUJI travel yang menjadi agen aku memang menyediakan katering untuk makan..tapi bila dah ada di negeri orang biasa ler kan mesty nk rasa masakan arab yg ori....malam itu lepas isyak aku dan abg nuar serta mae dan abg lan keluar makan..kononnya nak rasa swarma,kebab bagai...sampai kt satu kedai ni kami pun order sorang satu...konon nya nk makan sangat....dan perlu diingat pada anda yang akan kesini jangan terpedaya dengan menu mereka...kerana gambar makanan kat menu kecik jer tapi bila sampai amik ko..untuk 2 orang makan..hahaha...maka tak habis ler makanan kami...satu pengajaran buat kami..hehehe

abg nuar pulak ada satu hobi dia..suka beli susu strawberry...mesty bila nak balik bilik dia akan beli..kata nya sedap sangat...aku tak teringin pun nak rasa....pastu dia belikan satu untuk aku suruh rasa...pastu aku pulak jadi gian nk minum susu strawberry tu..hahaha...memang sedap..

---------------------------------------------------------------

nanti akan aku ceritakan pengalaman bila kami melawat muzium madinah....memang best..

bersambungg.........





hotel penginapan kami



kawasan luar masjid


makam baginda




kawasan raudah yg ditutup

Tuesday, June 17, 2014

UMRAH..bhgn 2

masa berjalan begitu pantas..sedar tak sedar lagi seminggu aku akan ke tanah suci..persiapan satu persatu dilakukan...dan pastinya debaran di dada kian kencang...

tiap malam aku penuhi dengan menonton di youtube cara2 memakai ihram,tawaf dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan umrah...juga aku bertanya dengan rakan2 yang telah sampai ke sana dan yang pastinya ramai yang akan memomok kan cerita yg 'kalut'..hehee..

-----------------------------------------------------------------------

hari yang dinanti tiba akhirnya...namun beberapa jam sebelum berjumpa dengan adik aku dan juga pihak agensi aku masih lagi ada recording yang perlu disiapkan...nak buat camner keje tetap kena selesai kan...selesai recording aku bergegas balik ke rumah....dan persiapan telah pun selesai..beg besar penuh dengan pakaian utk umrah dan juga backpack untuk ihram dan juga salinan jubah...

jam 10pm aku bertemu dengan adik aku Adibah dan juga jemaah yang lain..akhirnya berjumpa jugak dengan cikgu Najib yang mengendalikan pakej umrah aku...nama agensi Puji travel n tour...dr utara..

group aku seramai 45 orang..kebanyakan nya guru2 sekolah dan juga kakitangan kerajaan...alhamdulillah kehadiran aku sebenarnya telah diwar2kan semasa mereka menghadiri kursus umrah yg lalu...patutlah semua nya dah tahu aku akan join mereka...

sampai saja di KLIA agensi melakukan kerja mereka untuk check in bagasi...kami menaiki penerbangan emirates...terlupa pula nak bgtau yang penerbangan kami ialah pada jam 2pagi..dalam masa 1 jam selesai sudah urusan bagasi...semua bersalaman dengan keluarga masing2...setakat ini tiada masalah yang timbul alhamdulillah...

-------------------------------------------------------------------------

selepas itu kami terus menuju ke aerotrain untuk berlepas...semua teruja bercampur debaran terutama aku..namun aku merasa gembira kerana rata2 jemaah aku dari kalangan abng2 dan mereka sangat membantu..akhirnya kami menaiki penerbangan kami menuju ke Dubai untuk transit..dan dikhabarkan akan samapai ke Dubai dalam masa 5/6 jam penerbangan..

dalam flight A380 memang besar..ramai juga masa tu sebab kami menggunakan flight komersil jadi terpaksa bercampur dengan penumpang yang lain...tepat 2.15 pagi kami berlepas menuju ke Dubai..

dalam penerbangan aku cuba menenangkan fikiran dengan berzikir dan mengaji...dan dalam flight internasional ni cubaan nya memang banyak...stwewardess cun2 sebab emirate pekerjanya bercampur2..hehe..sabar je lah kan..sebab nak gi umrah bukannya nak gi cuti...kalu tak dah ngorat..hehehe...

dalam penerbangan kami ada 2 kali makan..supper and bfast...supper kami diberi roti mcm capati dan juga sayuran yang aku takpernah tengok..kesian pulak aku tengok makcik2 terkebil nak makan macamana...tapi lapar punya pasal aku tengok diaorg laju je makan...mengikut cara masing2..hehe

aku tak dapat nak tido lelap sangat...mungkin sebab teruja dengan perasaan nak ke tanah suci ataupun teruja sebab dapat naik international flight..hehe..dalam flight ada macam2 cerita yang ditayangkan..namun disebabkan nak jaga adab umrah seperti pesan cikgu najib aku terpaksa memilih cerita yang hendak di tonton..hehe..

sedar tak sedar akhirnya kami sampai ke dubai jam 5pagi waktu Dubai...sedangkan flight kami nak ke jeddah jam 630 pagi..kelam kabut juga..sampai saja kami di airport dubai memang kalut..mana nak kejar flight mana nak solat subuh...inilah pertama kali aku solat subuh di lobi airport..ramai juga masa tu dengan jemaah dari pakistan agaknya...kebetulan aku ada bawa sejadah kecil untuk solat...dan masalahnya pula bila nak amik wudhuk sebab toilet kecik dan penuh...jadi berebut pulak dengan jemaah yang lain...selesai solat tiba2 ada seorang pakistan ni nak pinjam sejadah aku sedangkan masa tu dah call untuk masuk...aku pun bagi dia pinjam dan aku terpaksa tunggu dia abis...berlari aku nak masuk...alhamdulillah sempat..

dari Dubai ke Jeddah lebih kurang penerbangan dalam masa 2jam...jadi memang teruja masa ni...dah terbayang2 masjidil nabawi dan masjidil haram...dan akhirnya kami sampai di jeddah...

sampai saja di jeddah kami menaiki bas panjang dari kapal nak ke airport..di jeddah king aziz international airport memang ad 2 bahgian...satu komplek untuk ketibaan komersil dan satu lagi hanya di buka semasa musim haji sahaja....

sampai di imigresen untuk cop pasport dan sebagainya maka bermula lah cerita yang selalu kita dengar pasal pak2 arab ni....ada yang kata mereka ni kurang ajar,berlagak dan sebagainya...memang ini aku akui sebab pak arab imigresen ni memang poyo....kaunter banyak tapi buka satu jer..pastu sorang je keje...jemaah kian ramai....tapi dia dengan selamba buat kerja pelan2...pastu ikut suka dia nak bersembang dengan orang lain ke nk ke toilet ke memang ikut suka dia...selang 10 min baru dibuka kaunter untuk jemaah perempuan pula...muka tak senyum langsung...untuk kaum lelaki memang kena letak 10 jari untuk diimbas...kena amik gambar..aku tak rasa pun sebab musabab kena amik gambar tu...

dah lepas imigresen tu kena tunggu bagasi lak...ada bangla yang dibayar untuk uruskan pasal bagasi...nampak tak bangla memang international mana2 dia ada..hehe...

semasa menunggu bagasi tu ada bangla approach aku sruh beli simkad arab..dia kata 30riyal tapi dalam ada 25riyal kredit..bley internet...aku pun beli lah..telco nya nama MOBILY...

selesai bagasi kami pun keluar tunggu jemaah yang lain pulak....dan cikgu najib kenalkan seorang contact nya yang bernama ABdullah lahir di kota mekah dan bapanya merupakan salah seorang tok guru dari pattani yang mengajar di masjidil haram di mekah...Abdullah ni boleh cakap melayu tapi loghat kelate...cakap arab jgn cerita lah kan..hehe..kami dibawa ke bas kami...pemandu nya seorang pakistan...kami pun menaiki bas menuju ke madinah dulu dan akan tinggal disana dalam masa 4 hari..perjalan ke madinah memakan masa dalam tempoh 8 jam dari jeddah..

dalam perjalanan memang nampak ketara kehidupan di jeddah yang pesat membangun..disini banyak rumah mewah dan kereta mewah..ada hummer limo..hehe..kaya diaorg ni...

pemandangan memang seperti yang kita selalu tengok dalam jejak rasul...di tepi jalan hanya ada pasir dan batu...highway nya lurus saja..memang bosan...dan sepanjang perjalanan cikgu najib buat tazkirah dan juga berzkir..debaran dihati semakin kencang dan terasa sayu juga aku sebab tanpa persiapan yang wajar dan juga perancangan yang ada aku tiba2 ada disini...dan berulang kali cikgu najib memberitahu bukan semua umat akan sampai ke tanah suci ini biar pun berjuta wang nya kalau tak dibuka hati dan juga ALLAH tak menjemput kita sebagai tetamu....cikgu najib pesan lagi agar semua jemaah merasa bersyukur kerana terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH dan baitullah..

hati kecik aku mula merasa sayu kerana sepatutnya bapa aku yang ada di tempat aku...aku merasa sayu kerana siapalah aku untuk menjadi tetamu baitullah...air mata mula bergenang..namun aku tahan..kerana aku sangat2 terasa sayu..

perjalanan kami berhenti seketika di RnR highway...kata cikgu najib dia nak belanja mkn nasi arab.hehe..terbayang di kepala kami nasi arab dgn lauk kambing memang sedap..hehe..RnR disini bukan macm RnR kita..cantik dan canggih...disini jenis amik mudah...janji bisnes jalan..hehe..apa pun nasi arab disediakan..memang nasi arab ni macam padang pasir..hehe..nasi dan ayam sahaja..takde kuah..hahaha...semua memang tercekik ler kan...tapi apapun terima kasih cikgu najib...

ada banyak RnR yang ada di hway ni...ada yang cantik sangat siap ada burger king lagi dan ada yang macam ala kadar...aku tanya cikgu najib..dia kata sebab keraajan kat sini tidak mementingkan infrastruktur...kesian rakyat..tiba2 rasa beruntung pula jadi rakyat malaysia..hehe

lepas makan kami bergerak ke madinah...dah kenyang jadi masing2 tido dalam bas..sampai lah tiba2 cikgu najib bersuara bayar mahal2 tido apa..hehe...untuk pengetahuan semua cikgu najib ni memang kuat bergurau...hehe..cikgu le katakan...

akhirnya kami sampai di madinah...tapi sebelum tu terlupa pulak aku nak bgtau yang sebelum masuk ke madinah akan ternampak di atas2 bukit ada seperti pintu gerbang...tapi takde rumah dan apa2 pun...rupanya pintu gerbang itu adalah tanda aras kawasan tanah haram...bermaksud bila dh masuk tanah haram maka kita dilarang melakukan perkara2 yang mungkar..

kami pun sampai di hotel penginapan kami...alhamdulillah hotel kami memang cantik dan dekat dengan masjidil nabawi..sampai lebih kurang dekat jam 2petang kalu tak silap...dan aku ditempatkan dengan abg nuar dan 2 orang lagi iaitu anak sedara nya mae dan juga abg iparnya abg lan dr kuantan..tapi abg lan dan mae tak sampai lagi jadi kami stay 2 orang dlu..

sebelum masuk bilik cikgu najib bgtau yang sapa2 nak berehat dlu pi lah rehat..sebab jetlag kan..tapi aku ngan abg nuar ada misi..hehe...kami masuk letak beg pastu mandi terus ke masjidil nabawi sebab dh teruja sangat...sampai di masjid aku amat2 kagum...umat manusia memang ramai...apatah lagi yang berniaga di kaki masjid...abg nuar ajak aku untuk masuk ke raudah...sapa2 yang sampai ke masjid nabawi ni kalau tak solat di raudah memang satu kerugian....raudah inilah antara tempat yang paling mustajab doa diterima...di raudah ini lah tempat baginda SAW bersolat...di raudah inilah ditempat kan makan baginda dan sahabat dan di raudah inilah ada tiang mimbar yang menjadi tempat baginda beristirehat menangis kepada baginda tatkala baginda mahu menukar tiang mimbar yang baru...

memang ramai manusia yang hendak bersolat disini...namun aku dan abg nuar seperti diberikan keizinan untuk bersolat disini..kami dapat bersolat di raudah betul2 dihadapan mimbar baginda...masa bersolat memang terasa sebak..aku masih tidak percaya yang aku dapat menjejakkan kai aku disini dan juga bersolat di sini...tatkala berdoa di raudah semua wajah2 yang aku sayangi terbayang....terasa kerdilnya kita sebagai umat ALLAh yang selalu lalai dengan masa...

selesai solat aku dan abg nuar terus menuju ke makan baginda SAW..ramainya manusia hanya ALLAH saja yang tahu.masing2 berebut nak berada dekat dengan makam baginda...masa ini airmata memang berjurai2...aku dah tak rasa malu sebagai manusia...tapi aku merasa malu dengan ALLAh kerana aku sering lalai dan engkar dengan perintahnya...namun DIA maha pengasih..memberikan peluang kepada aku untuk menjadi tetamu nya...apapun inilah kenangan terindah dalam hidup aku..

memang betul kata sesiapa yang pernah sampai kesni..masjid nabi memang besar..pintu masuk berbelas kalu tak silap...kalu kit masuk pintu 1 iaitu pintu king fahd dan kita melawat makam nabi maka kita akan keluar ke pintu yang lain..iaitu dibahagian tepi masjid...memang kalu tak peka memang sesat..tapi alhamdulillah aku dan abg nuar siap tawaf masjid lagi masa sampai tu..hehe..

di luar masjid memang ramai yang lepak kerana keluasan kawasan nya yang besar..ada banyak lagi yang akn ku kongsi...tunggu insyaallah

bersambung........


kedai makan nasi arab di RnR


nasi arab ori


hotel aku di madinah


makam baginda SAW bersama sahabat


salah satu pintu yg terdapat di masjid nabi


inilah dia cikgu NAjib



Monday, June 16, 2014

UMRAH....2014 bhgn 1

kata orang kalau dah tertulis rezeki tu dr ALLAH kalu x berusaha pun akan sampai...begitulah rezeki buat aku apabila dipanggil menjadi tetamu ALLAH di BAitullah...

segalanya bermula bilamana adik aku Adibah mendapat peluang ini ke tanah suci oleh syarikatnya..pada asalnya perancangan adik aku akan pergi bersama-sama bapa aku disebabkan dia belum berkahwin beliau memerlukan mahram untuk bersamanya..namun ada beberapa perkara yang tak dapat dielak kan maka bapa aku tak dapat pergi menemaninya...

adik aku mula kaget kerana persiapan telah dibuatnya dan juga kalau tak pergi maka peluang itu akan sia2 kerna segala perbelanjaan utk ke tanah suci ditanggung syarikatnya dan bapa aku sahaja yang perlu membayar sendiri...inilah contoh syarikat melayu yang aku salute..tq kristal opto..moga murah rezeki...

aku tidak menaruh apa2 harapan atau pun persiapan untuk ke tanah suci...ialah seperti kata orang kalu nk ke sana kena lah ada persiapan yang secukupnya...kena ada ilmu didada...kena cukup amal nya.tapi aku mungkin belum bersedia untuk ke sana...

tapi ALLAH itu maha kaya lagi pengasih...adik aku text aku tanya samada aku bersedia untuk menjadi mahramnya untuk menunaikan umrah...bila dapat message darinya aku terdiam..kerana tidak pernah aku terfikir untuk kesana...adakah aku telah bersedia?..bagaimana dengan kerja aku?..apakah aku cukup amal ibadat?..semua itu bermain2 di benak aku..

bukan tidak bersyukur di atas jemputan tersebut namun banyak kali telinga ini mendengar bermacam2 cerita tentang umat yang ke tanah suci mendapat pelbagai 'petunjuk' apabila menjejakkan kaki di tanah haram...aku menjadi gusar jugak...aku memikirkan perkara ini secara serius...mahu atau tidak...kerana kalu aku tak dapat pergi maka adik aku juga tak dapat pergi...

---------------------------------------------
beberapa hari berlalu tanpa jawapan dr aku...adik aku terus bertanyakan jawapan...aku masih membisu..masa tu aku busy dgn roadshow rtm..jadi masa aku agak singkat...

satu hari aku membuka FB dan ada post yang agak menarik..fakta yang mungkin kita tidak ketahui secara am nya...selalu kita mendengar ayat "life begin at 40'...ya tahun ini aku genap 40thn...dan secara tiba2 aku terbaca satu post yang mengatakan sebenarnya ayat itu di cedok daripada hadis baginda SAW...aku menjadi tertarik untuk membacanya...

baginda SAW mendapat wahyu yang pertama semasa berusia 40 thn...jadi kehidupan sebenar Baginda SAW bermula selepas itu...memang benar..selepas itu baginda SAW menjadi rasul yg terakhir...dan selepas itu kehidupannya berubah sama sekali...dan bila aku amati dan fahami ayat tersebut ada kebenarannya...mungkin ini satu tanda kebesaran ALLAH....

kerana aku tak pernah merancang nak ke sana...impian memang ada namun bukan dalam waktu yang singkat...aku mula mencari di youtube tentang umrah...aku mula google tenteng umrah..dan aku mula membeli buku tentang umrah...namun masih tidak memberi jawapan kepada adik aku...

dia terus bertanya..kerana katanya pihak agensi nak submit visa jadi kena cepat...aku berfikir panjang...adakah aku bersedia untuk kesana?..apakah cabaran yang akan aku hadapi...?..adakah aku akan kuat disana?...

ALLAH mengasihi umatnya..bila kita mengingatiNYA...adik aku berikan nombor telefon cikgu NAjib iaitu agensi yang akan menguruskan perjalanan adik aku disana...aku tidak menelofon terus..aku simpan dulu..semasa aku ada show di kota tinggi tiba2 cikgu Najib call...suaranya lembut dan peramah...dia tanya aku macam mana..aku cakap aku tak buat apa2 persiapan pun kerana last minute...katanya insyallah..kalu kita bersangka baik maka ALLAH akan membantu...dia kata lagi jangan khuatir kerana perjalanan ini perjalanan ibadah dan jemaah...bukan perjalanan individu...jadi semua akan membantu...insyaallah katanya...

selepas bercakap dengan cikgu najib aku menjadi kuat...dan aku terus confirmkan pemergian aku ke tanah haram...

bersambung......