Thursday, December 30, 2010

TAHUN BARU..!!

semua orang kira detik..
mat rempit terus membingit..
mat bangla masih melekit..
mat sentul dulu super kid!..

semua orang nak berpesta..
dalam rumah jangan sengketa..
dalam hotel katil bergetar..
dalam kereta tangan melata..

semua orang nak hari baru..
ada azam yang haru biru..
ada tujuan yang melulu..
ada hati nak bini baru..

semua orang tunggu saja..
dapat projek bawah meja..
dapat title pandai menjaja..
baju tshirt baju kemeja..

semua orang nak cuti saja..
saja-saja sebab tak kerja..
bawak family bukan ditaja..
supaya semua boleh bermanja...

tahun baru untuk semua..
jangan lupa tanggungjawab kita..
pada bangsa dan juga nusa
pada diri jangan jadi BARUA!

Monday, August 30, 2010

kemelut di muara kasih..!

salam..

mungkin ada yang tahu atau macam pernah dengar tajuk posting aku kali ini..ya memang betul lagu ziana zain..motif nya saja-saja jer..ahahaa..

sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman aku berkenaan dengan mesyuarat agung persatuan KARYAWAN Malaysia yang berlangsung di Finas pada tanggal 29hb ogos jam 3 petang.Pada mulanya semua dalam keadaan terkawal..berjumpa dan bertemu dengan ramai rakan2 artis baik yg lama mahupun yang baru..alhamdulillah kehadiran aku dikenali dikalangan artis2 veteran..amin..

namun semua itu hanya seketika,apabila peguam yang di lantik oleh mahkamah sebagai jawatankuasa pemerhati memulakan taklimat tentang perjalan AGM ada segelintir individu yang tidak berpuas hati dan cuba untuk menegakkan apa yang mereka rasa betul..namun semua itu pendapat peribadi..ada yang bersuara tentang keahlian,kenapa tidak mendapat surat tentang AGM yang diadakan secara bertulis sedangkan kebanyakkan ahli mendapat melalui kiriman SMS termasuk lah aku..

ada juga individu yang menghentam Fredie tentang kapasiti nya sebagai Presiden..namun peguam yang bertugas menjawab sebab itulah diadakan AGM ini atas perintah mahkamah dalam masa 60 hari..dan tarikh itu akan berakhir pada 2hb sept..

kemudian berlaku kekecohan bilamana pencabar jawatan Presiden iaitu Zaienal Abidin Omar mula bersuara..ada ahli yang menyokong beliau,ada yang tidak dan ada yang menyokong sebab tak mau Fredie terus sebagai presiden namun dari riak wajah mereka ini ada yang tidak berpendirian..

AGM masih tidak diteruskan lagi sebab ada isu bukan ahli masih berada di dalam auditorium..peguam sekali lagi mengingatkan kepada semua yang bukan ahli tolong keluar dari auditorium..namun ada lebih kurang 20 orang yang tidak kenali tidak mahu keluar dari situ..dan apabila ditanya mereka mengatakan yang mereka adalah ahli dibawah Zaienal..seingat akulah,aku tidak pernah bertemu ataupun mengenali mereka sebagai penggiat seni..dan ada dikalangan mereka yang bersuara,kenapa mereka tidak boleh menjadi ahli sedangkan mereka pencinta seni..haha..

ini silapnya..setahu aku,sesiapa yang hendak menjadi ahli karyawan wajiblah seseorang itu dikalangan penggiat seni,tak kira apa jenis bidang pun..tetapi perlu buktikan yang dia adalah penggiat seni..senang cerita kalau nk jadi ahli karyawan semua orang pernah tgk dia dalam tv ataupun memang dikenali ramai...berlainan dengan persatuan seniman..yang membuka keahlian dikalangan orang ramai,pencinta seni dalam kategori ahli bersekutu..

kemudian keadaan menjadi semakin kecoh bila ada individu yang mula bercerita tentang sejarah Karyawan..kemudian masuk bab melayu,bab kutuk mengutuk..dan yang paling aku rasa ralat semua ini berlaku di bulan ramadhan dan dituturkan oleh mereka yang berbangsa melayu dan islam..dan selepas Dato Aziz Sattar bercakap mereka mula provoke Fredie untuk minta maaf..ada seorang brader ni terus menekan dan provoke semua orang..terus menampar Fredie kemudian dicampur pula dengan 20 orang yang tidak dikenali tadi masuk campur dan berlaku tumbuk menumbuk antara kelompok Fredie dan Zaienal..adus!!..ini sudah lain cerita..

aku tidak belah mana2 pihak..sesiapa saja yang menjadi presiden dan boleh mengerakkan persatuan dengan aktiviti2 yang sihat aku sokong...tak kiralah dia itu melayu ke,cina,india,serani,jawa apa2 saja bangsa aku sokong...tapi bila dah jadi macamni bagaimana penggiat2 seni akan bersatu hati untuk mengerakkan objektif dan juga hala tuju insan seni...

kalau dalam AGM masih bergaduh bagaimana artis2 akan mendapat pembelaan dalam sebarang isu,keadilan dan juga maruah..!

ini kali pertama aku menghadiri AGM persatuan artis...dh banyak kali mendapat undangan aku tak pernah terlintas untuk menghadirinya namun kehadiran aku buat pertama kali ini membuka mata aku yang masih ada insan2 'kotor' dalam industri..bangunlah minda korang yang hendak menjadi Presiden ni..apa salahnya kalau AGM diteruskan..kalau tak puas hati masa percalonan sila lah kemukan..ini tidak macam budak2..

kesimpulannya ruginya aku jadi ahli seumur hidup Persatuan Karyawan Malaysia sebab ketua asyik berebut kuasa..!!

TEPUK DADA TANYA SELERA..!!

Thursday, June 24, 2010

tentang MARADONA...

selepas match Eng vs Slovenia berakhir aku terus terpaku depan tv menyaksikan program yang lain..macam biasa remote sentiasa di tangan memetik satu channel ke satu channel..sampailah aku berhenti menekan remote bila mata aku seakan-akan tak berkelip bila aku menjengah channel 131 astro citra..

kisah yang jarang diketahui iaitu tentang lagenda bolasepak siapa lagi kalau bukan Diego Armanda Maradona.. selepas aku menonton biografi maradona ini aku sememang nya salute padanya..bukan kerna kepakaran mengeleceknya,bukan kehandalan jaringan nya tetapi pengaruh,ideologi,prinsip,visi dan juga karisma nya sebagai seorang lagenda..

selepas kejadian 'hand of god' pada suku akhir world cup antara argentina vs england tahun 86,dia sememangnya di angkat dan dijulang seluruh dunia..bermula dari situlah dia menjadi 'TUHAN' di negara argentina...aku terpaku bilamana aku menyaksikan segelintir kelompok manusia disana yang menjadikan nya sebagai 'TUHAN'...ada anutan yang diberi nama MARADONA..ada gereja MARADONA..dan ada pengikut yang begitu ramai memujanya..hinggakan ada yang ingin berkahwin perlu menjaringkan gol terlebih dahulu di padang bersaksikan pengantin perempuan dan paderi sebelum bergelar suami isteri...

tidak pernah terlintas di fikiran aku sebagai manusia biasa yang ada seorang insan yang bernama MARADONA ini di angkat dan diiktiraf sebegitu rupa..itu satu hal,tapi yang paling menarik tentang maradona ialah prinsip dan ideologi nya. maradona sememangnya penyokong kuat CHE GUAVARA dan juga FIDEL CASTRO..baginya mereka ini pejuang bangsa..walaupun pada masa perang saudara antara argentina dan cuba dia tetap menyokong fidel castro..seluruh rakyat argentina ramai yang menyokong fidel castro rupanya...yang menariknya dia sanggup mati untuk fidel castro..

maradona menceritakan detik paling bermakna bila argentina memenangi piala dunia di mexico..selepas argentina menang dengan england,Prince charles telah mengarahkan FA england untuk mengaturkan pertemuan dengan maradona..di utuskan surat rasmi dari istana buckingham..di hantar jet diraja namun maradona menolah mentah2 pelawaan Prince Charles..kerana katanya tangan tuhan nya tidak layak untuk berjabat tangan dengan Prince Charles..katanya british sama dengan US yang ketika itu melakukan serangan ke atas Afganistan dan juga membuat sekatan ekonomi kepada cuba kerna kokain dan memeras masyarakat dunia dengan penguasaan minyak..bayangkan seorang pemain bolasepak membuat satu kenyataan yang begitu berani..

presiden bush semasa lawatan ke argentina pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan maradona namun pelawaan itu ditolaknya malah semasa perlawanan kelab lamanya Boca Juniors dia memakai tshirt "BUSH ARE TERRORIST" yang disiarkan secara langsung seluruh dunia...

bagaimana maradona didapati bersalah dengan penyalahgunaan dadah semasa world cup 90 di Itali?..maradona mendedahkan rahsia pakatan antara presiden itali ketika itu Giullani dan juga presiden FIFa sepp blatter.. semasa perlawanan separuh akhir antara argentina dan italy secara tiba-tiba pihak FIFA melakukan ujian doping..dalam ramai-ramai pemain cuma 2 orang sahaja yang diwajibkan untuk ujian ini iaitu maradona dan juga claudia caniggia..pada masa itu 2 pemain tersebut on form dan kemudiannya mereka didapati positif dadah..maradona mengakui yang dia mengambil pain killer dan aspirin namun dia tidak menyangka yang dia dan caniggia akan di gantung dari bermain pada separuh akhir menentang itali...akhirnya itali menjuarai world cup 90..

saat yang mengharukan apabila dia menceritakan saat dia bergelumang dengan dadah...atas kesilapan berkawan dia menjadi sahabat dadah...dia terlupa hari lahir 2 orang anak perempuan nya...hanya isteri nya yang menguruskan segalanya hinggalah dia koma bila denyutan jantung terhenti secara tiba-tiba...dan katanya tuhan tidak terus menarik nyawanya..dan dia dapat menikmati kehidupan normal bersama keluarganya dan terus berhenti dan menjauhi gejala dadah...

sebenar banyak perkara menarik yang ada dalam biografi maradona di astro citra..memang bagus program ini..bukan aku memuji sebab aku host untuk promo mustika tapi sememang nya ini satu kesempatan untuk berkongsi cerita seorang lagenda yang sememang nya menjadi idola setiap manusia yang tahu menendang bola!..

kalau kalian ada kesempatan..tengoklah di astro citra saluran 131...tak mahal pun cuma rm12.95..taip mustika-acc astro-send ke 32888..

hahahaha... congrate to astro citra..

Monday, April 19, 2010

assalamualaikum tuan2 & puan2...yang belakang datang depan...yg depan jangan berinjak duduk dekat2...sebab apa..hari ini saya nak menjual produk kesihatan,baik untuk semua sihat tubuh badan insyaallah kalau amalkan umo boleh pegi sampai 100 tahun...lebih lagi mau!!..

nama saya pak jantan...jantan bukan sebarang jantan tapi jantan berkokok siang malam...jantan bukan sebarang jantan sapa lalu di depan dipatuk pasti jalan sapa lalu dibelakang kena patuk jalan mengangkang...

tuan2 dan puan2...produk kesihatan saya ini hanya muncul sekali sekala..bukan selalu ada di pasaran sebab ianya unik dan ekslusif untuk di jual...produk saya ini hanya akan muncul bila ada kematian,orang lari dari parti,orang bagi surat resign maka muncullah produk saya ini...sebab dia muncul sebab saya dapat geran dari orang atas..orang ats bgtau saya...pak jantan la ni pi keluar jual produk..sebab semua orang dok tertunggu2 produk yang boleh menyelamatkan dunia...

kalau nak cerita pasal produk saya ini memang tak cukup 30 hari...malah boleh makan bertahun..sebab mujarabnya tlah menyelamatkan banyak orang,tempat negeri,negara dan semua makhluk di muka bumi...pendek kata produk saya ini memang laris bila sampai hari yang menjelang...

produk saya yang pertama hari ini tuan2 dan puan2 ialah produk yang berasal dari tanjung keling...bukan dari melaka tapi jauh dari kuala kubu...keling bukan sebarang keling..kerana keling ini memang pandai mengadu domba..belajar tinggi sampai ada degree..tau tak degree..??..bukan selaur jean yang orang muda dok pakai tapi degree dalam bahasa melayu ijazah..ijazah apa...haa ini dia ijazah komunikasi...ko mari aku kasi..tak mo mari aku tak kasi..malam hari cari minaci..kalau takdak kita tekan kuaci...

produk saya ini tuan2 dan puan2 memang pantang di uji...belum diuji dah boleh maki memaki..apatah lagi mencarut..memang takdak masalah..itu memang kelebihan produk kami..produk saya ini memang bukan untuk diimport..kerana pernah terjadi satu peristiwa berlaku perebutan diantara masyarakat setempat...bukan berebut pasal produk ini tapi berebut sapa yang nak jadi dealer..tengok tuan2 dan puan2 betapa dasyat nya produk saya ini walaupun saya sendiri tak tahu apakah ramuan yang ada dalam produk ini...yang penting produk ini buatan tempatan takdak campuran mahupun anasir luar...

produk saya yang ke 2..ialah produk mujarab ubat segala penyakit yang boleh mengubati segala macam jenis virus...cakap sahaja virus apa...dengki,hasad,jeles,adu domba,fitnah dan apa saja penyakit kelamin yang boleh berjangkit insyaallah produk ini dijamin boleh memuaskan hati semua orang...

harus di ingat bagi yang ada alahan..produk ini bukan buatan tempatan..tap ramuannya memang dijamin oleh semua lapisan...kerana para ilmuan kami memang sepakatan membuat ramuan ini agar tidak berjangkit dengan virus luar...anasir jahat dan buatan orang..!!..

produk kami ini pun lebih terer dari produk yang pertama...produk kami ini jenis yang boleh membela kesakitan rakyat...tahu undang2 kalau ramuannya bukan asli..maksudnya kalau sapa yang minum produk kami tidak akan MABUK..memang ada iklan yang mengatakan produk kami ini jenis yang ada alkohol..tapi itu produk lama...sekarang kami dah ISLAM semua itu hanya ramuan yang sudah basi...tapi ada juga penjual yang mengguna pakai ramuan tersebut supaya produk kami tidak laku dipasaran..apapun produk kedua kami ini memang terbaik dari yang terbaik kerana hasil kesepakatan semua pihak yang menghasilkannya...

apa pun terpulang pada tuan2 dan puan2 sebagai pembeli...pilihlah yang tulen..yang ori...yang ramuannya bukan dari banyak tangan..banyak campuran..dan hasilnya produk itu macam hancing..sebab terlalu banyak campuran ramuan...

sapa yang beli hari ini akan dapat diskaun...diskaun apa..kalau nak tau jumpa saya lepas ini sebab saya kena lari dulu...majlis perbandaran dah sampai...permit tak dapat lagi sebab haritu mengundi saya pangkah silap logo..!!

Monday, April 05, 2010

ANTARA KEJAYAAN DATO SITI & AF8 MINGGU KE 3

pertama sekali tahniah kepada dato Siti diatas kemenangan sebagai artis paling popular di ABH'09..memang satu perkara yang sukar untuk diterima oleh sesetengah peminat-peminat industri hiburan..

menjadi tabiat aku kalau prog tv tidak menarik aku akan menekan remote controle dari satu channel ke satu channel..tiba-tiba aku berhenti menekan remote bila terbaca komen-komen yang diberikan oleh penonton-penonton di channel @15 astro...semua sedia maklum yang channel ini merupakan satu2 nya interactive channel yang membolehkan penonton chatting secara langsung...

antara topik yang di chat ialah persembahan peserta af8 minggu ke 3 & kemenangan dato siti..ada yang menyokong terkeluarnya Anum dan ada yang tidak,begitu juga dengan kemengan dato siti ada yang setuju dan juga tidak.. aku mahu memberikan pandangan aku untuk persembahan pelajar2 af minggu ke 3..kerana aku melihat mereka secara live di dewan sri Putra..itu pun sebab dijemput oleh Astro sebab aku terlibat dalam salah satu trigger untuk pelajar Af..kalau di suruh pergi tanpa sebab mungkin aku tidak akan pergi..kerna memang betul kata orang Af sudah hilang aura nya..

dalam aku melayan seorang demi seorang pelajar pada malam konsert itu,tidak ada satu pun yang boleh melekat di hati aku..persembahan biasa2 sahaja..cuma glamer sahaja yang lebih...dan keadaan menjadi lebih hangat lagi dengan lontaran komen dari adlin...katanya semua pelajar hancur...lagu tak mencabar dan juga tiada seorang pun yang boleh dibanggakan hingga saat ini...

berbalik kepada channel @15..antara chatting yang menarik perhatian aku ialah bila ada chatter yang kata better buat undi keluar pengkritik..katanya adlin tak sesuai untuk menjadi pengkritik kerna tidak memberikan komen yang membina..pada aku itu satu tanggapan yang silap...adlin memberi komen yang sebegitu untuk mencabar pelajar2..kalau aku dicabar sebegitu aku akan lebih bekerja keras,membuat homework mana silapnya..dan kalau ada masa bertanya dengan tenaga pelajar kenapa adlin berkata begitu...sebabnya aku tidak mahu lagi adlin mengatakan yang aku tidak berbakat dan hanya bergantung kepada nasib semata-mata untuk berada di pentas itu...

aku pernah bekerjasama dengan adlin..untuk PRamlee the Musical & PGL themusical...memang dia seorang yang terlalu kritis..kadang2 memang rasa macam nak tumbuk jer muka dia..tapi bila show berjalan...memang diakui yang kata2 nya benar..kerna kesilapan yang dia tegur waktu latihan itu berlaku semasa show..dia nampak perkara itu sebelum orang lain nampak..adlin ini sememangnya seorang yang suka mencabar...kalau dia tak puas hati dengan siapa sahaja dia akan kritik...termasuk datin Sri Tiara..

bagi aku memang betul kata adlin,aznil & juliza pada malam itu..semua pelajar seperti tidak bersedia..cuma mengikut perancangan,buat aje ler...janji tak keluar..mungkin itu yang bermain di kepala mereka ketika itu..aku rasa AF7 antara yang terbaik sebabnya setiap minggu ada tema persembahan..semua pelajar tak terkecuali untuk menyanyi kan lagu yang bukan genre mereka..sebabnya pada persembahan minggu ke 3 AF8 ada kedengaran yang dangdut bukan genre pelajar yang bernama NAD..tapi bagi aku kalau ingin menjadi seorang penghibur seseorang itu perlu bersedia dengan apa lagu sekalipun..tapi kalau nak menjadi penyanyi silalah ikut sahaja lagu yang boleh cari makan..ada faham!!..

bila Nabil menang anugerah artis paling popular ramai yang menjangkakan yang kemenangan itu tidak akan bertahan lama..aku juga berpendapat sebegitu..banyak faktor yang menjadikan seseorang itu popular pada mata umum...gossip,kejayaan,peribadi atau nasib..bukan senang untuk mempertahankan kedudukan..nak maintain memang susah..kalau nak capai mungkin senang...itulah antara faktor yang memungkinkan Dato siti kembali merampas anugerah Paling popular...

cuba kita buat satu analisis antara dato siti & Nabil untuk tempoh setahun selepas ABH yang lepas..apa pencapaian Nabil?...filem ada tapi tidak membanggakan..kontroversi ada..tak sampai satu minit bergelar paling popular dah terpalit dengan kontroversi memeluk awek nya...yang paling terbaru mengkritik filem sendiri...walaupun ada yang mengatakan itu hanya cetusan rasa Nabil untuk filem lakonan nya namun harus diingat ada peminat yang celik dan ada juga peminat yang 'pekak'...

dato siti walaupun tidak berapa banyak perkara yang boleh diperkatakan namun dia tetap idola setiap orang..pencapaian demi pencapaian di kutipnya..namun sepanjang 2 tahun yang lepas tidak ada cerita2 sensasi dari siti..itu yang memungkin kan kemenangan nya...

aku tetap bangga dengan pencapaian Nabil..sebab kami satu batch raja lawak..dan aku tetap bangga dengan kemenangan siti kerna aku pernah berkongsi pentas dengan nya untuk PRamlee the musical...

apapun tahniah pada peminat/penyokong/pemerhati/pengkritik industri seni..tanpa anda tiadalah lagi cerita dan kejayaan seni yang boleh di ceritakan...

p/s: berbangga juga sebab nama aku tersenarai untuk pengacara lelaki popular..walaupun cuma untuk pencalonan awal...hehehe

Tuesday, March 23, 2010

menuju puncak..!!..AF


aku tertengok diari musim terbaru..dan masa itu kelas que haidar..kelas drama katanya..lalu si cikgu pun cuba untuk 'explore' perasaan dalaman anak2 murid nya berdasarkan lagu2 yang diberikan..ada lagu yang perlu bermain emosi dan ada lagu yang perlu 'nakal'..

pabila si cikgu menyuruh pelajar tersebut menyorot pengalaman silam ada yang 'terlebih' bagi..maksud aku terlebih gedik..mana taknyer ada yang tak mahu berkongsi kisah silam dan asda yang seperti mengada-ngadakan cerita..lalu ada seorang pelajar yang mendapat lagu stacy 'pakai buang'..cikgu menyuruh pelajar tersebut meluahkan rasa MARAH nya...tiba2 pelajar itu meraung menangis seperti di sampuk...
walhal cikgu menyuruhnya menunjukkan amarah dari jiwa..tak perlu pun menggunakan fizikal..ini tidak pelajar tersebut memukul2 cikgu que??..pada masa yang sama cikgu que cuba menenangkan pelajar tersebut dengan mengatakan tak perlu untuk menggunakan fizikal..fahamkah pelajar ini dengan arahan cikgu tersebut??..

dalam lakonan,pelakon akan diberikan skrip..dalam skrip ada dialog,direction,situasi,lokasi dan waktu kejadian..contoh seperti ini..

INT:bilik tidur-malam

ali cuba menghubungi aida..namun panggilan nya tak dijawab..diluar rumah hujan lebat..tiba-tiba kreditnya habis..tapi ali perlu menghubungi aida juga kerana khuatir dengan keadaan aida..

arahannya ali perlu call aida..
situasi nya ketika itu kredit nya habis..nak keluar rumah tak boleh sebab hujan lebat..
emosi: bercampur2..marah sebab aida tak jawap dan gelisah sebab takut dengan keadaan aida..
note: keadaan aida tidak diberitahu...jadi pemeran watak ali perlu 'exploite' situasi ini..

adakah ali perlu menangis sebab aida tak menjawap panggilan nya?..ataupun ali akan terus diam sahaja?..dan tunggu aida col..atau cuba juga untuk keluar rumah walaupun hujan lebat?..

apa yang penting disini ialah memahami arahan..bukannya mengikut arahan..kadang2 ada pengarah yang akan memberikan arahan macamana nak buat lakonan mengikut naskah skrip dan ada juga pengarah yang cuma beritahu kita situasi dan emosi untuk babak itu..jadi haruslah faham dengan arahan yang diberikan...

berbalik kepada kejadian di diari AF tadi...pelajar tersebut di minta untuk menunjukan perasaan marah berpandukan lirik lagu tersebut..dan dia boleh menggunakan pengalamannya untuk membantu perjalanan emosi lagu tersebut..harus diingat menyanyi sama juga seperti bercerita..perlu ada rasa,emosi..

jadi kalau marah tak semestinya perlu menjerit,memukul ataupun menangis..walau dengan hanya renungan mata yang tajam,olah tubuh yang sharp orang akan tahu yang kita sedang marah walaupun tidak mengeluarkan barang sepatah ayat maki sekali pun...

mereka perlu ingat..kena selalu sedar diri dan ruang dalam mempersembahkan sesuatu naskah...yang penting penonton/pendengar 'sampai' dengan apa yang kita buat..

betul tak cikgu que.

Monday, March 15, 2010

untuk YANG BERHORMAT..

lompat si katak lompat..lompat lah tinggi-tinggi..sekolah lekas dapat..pastu aku lupa lirik lagu tu...ahaks..apapun lagu tu tak sepenting apa yang sering kita baca di AKHBAR2 harian...ahli politik melompat keluar parti yang disertai mereka ketika pilihanraya dulu..macam kelakar tapi memang kelakar...hehe

aku tertanya2..apakah kriteria seseorang itu untuk dipilih parti masing2 untuk membawa nama parti dan juga amanah pengundi dikawasan yang diwakili?..aku tertanya2 apakah nawaitu disetiap hati mereka2 ini yang melabelkan diri mereka sebagai wakil rakyat..

aku pernah berdampingan dengan ahli2 wakil rakyat ini bilamana aku menjadi host program yang berjudul 'kawasan saya' terbitan RTM...program ini memerlukan aku mengjengah setiap ceruk kawasan parlimen dan bertemu dengan wakil rakyat disitu untuk meninjau apakah aktiviti mereka dan juga kebajikan penduduk setempat yang dijaga...

banyak pengalaman yang aku dapat tatkala menjadi host program itu..antara nya ada wakl rakyat yang mana pengundi dikawasan nya sendiri tidak mengenali beliau..ini terjadi bila aku membuat liputan di kawasan simpang renggam johor...ahli parlimen nya seorang berbangsa cina..dari parti GERAKAN kalu aku tak silap...selalunya setiap ahli parlimen ada P.A sendiri..jadi P.A inilah yang membuat jadual aktiviti untuk krew RTM membuat shooting..antaranya kami dan wakil rakyat ini akan pergi meninjau pasar tani di bandar itu...

lalu pergi lah kami dan juga wakil rakyat tersebut..sampai di pasar tani itu memang ramai orang..bila mereka yang berniaga itu terlihat pihak RTM membuat liputan maka ramailah yang bertanya pada kami apakah rancangan nya..kami pun memberitahu yang rancangan ini berkaitan dengan aktiviti ahli parlimen..bilamana mereka tahu akan tujuan kami datang ke situ tak semena2 ada seorang peniaga ni membuat luahan rasa pada kami..dia bagitau yang para peniaga disitu tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya,tidak mendapat sokongan wakil rakyat untuk perniagaan mereka,dan yang paling best pakcik ini bagitau yang memang susah nak berjumpa dengan wakil rakyat mereka walaupun untuk tempoh yang singkat..ini kerana semua aduan mereka hanya boleh diajukan pada P.A wakil rakyat..

pada masa itu wakil rakyat tersebut berada di sebelah aku,korang mesti boleh bayangkan macamana rupa wakil rakyat tersebut bila mendegar keluh kesah peniaga tersebut...memang betul apa yang dikatakan oleh peniaga itu...ini kerana awal2 lagi wakil rakyat tersebut dah memberitahu kami yang dia tidak boleh lama sangat kerana perlu pergi ke genting higland untuk menyambut bday anak dia..ahaks...kantoi sudah!!..

sebagai wakil rakyat memang banyak tanggungjawab yang perlu dipikul...bukan hanya memastikan nama mereka dicalonkan untuk pilihanraya,bukan hanya untuk memastikan yang mereka akan mendapat peruntukan yang beribu untuk projek namun lebih dari itu,, mereka perlu memastikan yang mereka sebenarnya boleh berkhidmat dan juga menjadi 'pekerja' untuk pengundi-pengundi mereka...

aku pernah terbaca yang mana pada zaman ARMARHUM TUNKU ABD RAHMAN semua wakil rakyat di panggil YANG BERKHIDMAT..namun bila TUN RAZAK mengambil tampuk kepimpinan ditukarnya ker YANG BERHORMAT...mana yang lebih penting..KHIDMAT atau HORMAT..?!..

bagi Yb yang keluar dari parti yang mereka wakili semasa pilihanraya dulu aku rasa patut meletakan jawatan mereka..kerana secara am nya lebih daripada 60% pengundi memilih YB mereka berlatarkan parti yang diwakili bukannya siapa yang mewakili mereka..melainkan wakil yang bertanding itu namanya gah dan kuat pengaruhnya...

rata2 yang keluar parti pun aku tidak pernah mendengar nama mereka sebelum ni..mereka bukannya 'big player' dalam arena politik...oleh itu aku rasa perlu ada undang2 yang diperuntukan untuk mereka yang keluar parti ini agar tidak lagi bergelar YB kerana mereka telah melanggar etika kepimpinan yang ada..

jangan nanti ada pengundi yang seperti melukut di tepi gantang...
tepuk dada2 tanya selera..jangan jadi melayu mudah lupa..

Wednesday, March 03, 2010

APABILA NABIL DISAMAN OLEH PRODUSER..!!

kami sama-sama berada di gelanggang yg sama...makan makanan yg sama...lepak di rumah yg sama..gelak ketawa pada nada yg sama...itu satu ketika dulu..10 minggu bersama-sama mencari 'lobang' untuk menapak dalam industri hiburan.

bak kata orang itu dolluuuu..hehe..namun bg aku yg sempat mengenali insan bernama AHMAD NABIL AHMAD ini memang cukup meninggalkan kesan...

kejayaan nabil merupakan satu fenomena selepas mawi...rezeki nya melimpah ruah..selepas keluar dari raja lawak aku tidak pernah lagi dapat lepak & bergurau senda seperti dulu..jangan kata nak jumpe call/sms pun jarang di balas!!...TERLALU SIBUK mungkin..tapi tidak mengapa kerna nabil bertuah mendapat kawan seperti aku yang tak kisah kalau dia nk replied ataupun tidak...aku akan terus menghubungi dia...demi persahabatan...

filem 'lu pikirlah sendiri' merupakan lakonan nabil yg pertama...namun disebabkan beberapa hal filem itu lambat ditayangkan...masa itu nabil masih lagi 'budak despatch' yang baru mendapat jauhari..nabil sebenarnya ialah seorang manusia yang lurus..suka cakap lepas dan tidak pandai menyimpan rahsia...kalau dia nk cakap dia main cakap je pastu baru dia perasaan yang dia tak sepatutnya cakap begitu..

masa didalam gelanggang..selepas abis perform kami akan lepak ramai2 di rumah astro di country height..nabil masa itu rapat ngan along..mana pegi mereka berdua...nak jadi cerita masa tengah rancak bersembang..nabil terlepas cakap,dia kata kalau dia menang raja lawak duit kemenangan tersebut dia nak share ngn semua peserta...dan dia BERSUMPAH!!..tanya lah pada semua budak2 raja lawak session 2..kalau tak percaya...

tuhan itu maha kaya...di maktubkan nabil bergelar juara...maka janji2 yang ditaburkan itu cuba di kutip oleh kesemua budak2 raja lawak yang lain..namun lain plak jadinya...dia diam seribu bahasa...namun tiba2 satu malam tu dalam jam 3/4 pagi nabil col aku...aku agak kaget jgk apa hal mamat ni...bila aku jawab..dia tanya account num aku..aku cakap tuk apa..dia kata nak bankin duit..sbb dia pernah janji dulu..then aku hanya ketawa sahaja..pastu cam biasa trus senyap..ahaks..

aku tak kisah sangat pasal duit itu..namun aku kisah pasal cakap lepas dia..aku pernah pesan ngan nabil agar pikir dulu baru bercakap...kau dah jadi juara so kena jaga segala2 nya...tapi bila aku membaca dalam paper yang nabil menghentam filmnya aku hanya tersenyum...dalam hati aku cuma berkata..'GUD LUCK NABIL'...bukan bersifat irihati namun aku dah agak benda ini akan berlaku...

kadang2 aku terfikir jugak..mmg kena tagline dia ngan kehidupan dia...namun aku berharap agar nabil ubahlah sikap lepas cakap nya...kerna amat susah kalau terjerat..
pada nabil...'lu pikirlah sendiri'...baru 'oraiitt'...


p/s: ini hanya pandangan & kongsian peribadi aku ngan sume...jangan di simpan dalam hati..'sharing is caring..' ahaks..

Sunday, February 14, 2010

TANDA TANDA AKHIR ZAMAN..!!

apabila datang TANDA itu maka hendaklah engkau bermuhasabah diri..
apabila datang TANDA itu maka hendaklah engkau mencari erti diri..
dan apabila datang TANDA itu ada yang akan merasa PANAS seperti di bakar api yang berapi..!!

nescaya TANDA itu telah mati di pasak bumi..
mati kerana ada iri hati yang telah berbuku di sanubari..
mati kerana ada hasad yang payah nak dibendung jati diri..
mati kerana mendengar kutukan orang yang tiada budi..

TANDA itu tanda yang awal..
TANDA itu tanda yang akhir..
kenapa biarkan TANDA itu bermain-main..
kalu engkau tidak mahu bersekongkol diri..

TANDA itu menjadi kuat..
kerana ada insan yang telah terluka..
TANDA itu menjadi kukuh..
kerana ada umat yang menyatu..
bersatu untuk bersuara..kerana benar
bersatu untuk berdiri..kerana janji
bersatu untuk kekuatan..kerana pegangan
bersatu untuk satu harapan..kerana azam

bangun bangsa TANDA ku..
kerna bukan senang untuk berjuang..
kalau masih ada kapitalis yang menjadi penghalang..
REKTOR itu hanya hingusan...
merengek dari jauh untuk kepentingan..
tahukah dia akan ke'sastera'an..
nilainya lebih mulia dari kata REKTOR..

TUHAN itu satu..DIA melihat dan menghukum..
jangan berundur kerana janji..
ayuh kita bangkit memberi 'TANDA' yang terakhir...
akhir zaman buat 'REKTOR'...

*aku tujukan khas buat rakan-rakan ku di KOKEN.

Sunday, January 31, 2010

tak kan melayu hilang di dunia!!

Kebetulan aku berada di bumi melaka..bumi yang pernah menjadi tonggak ekonomi dunia..gah dimata pada suatu ketika namun rebah remput tanpa sembahan daulat diraja hingga kini..
Terdetik di hati aku bilamana sejarah kejatuhan itu berlaku tidak adakah seorang melayu pun bangkit untuk menyanggah penjajah??..sejarah menyatakan ada pahlawan terbilang yang menentang musuh namun bukan pada zaman feringghi..

Itulah nama hikayat..cerita yang dibawa dari generasi ke generasi..
Aku tergerak untuk mencari makam hang tuah agar semangat aku untuk menelaah kitab hikayat hang tuah akan bercambah dan menjadi kuat seteguh semangatnya 5 bersaudara tuah,jebat,kasturi,lekir dan lekiu..
Terus terang aku katakan inikah kali pertama aku menjejakkan kaki aku di makam hang tuah..

Kelu kesah mengelubungi jiwa
Membawa persoalan meruntun dikalbu..
Laksamana hang tuah tersohor jua
Bermula berabad kentalnya melayu

Tuesday, January 26, 2010

HIKAYAT HANG TUAH


lama jugak aku mencari buku ini..akhirnya dapat juga...seperti buku ini tebalnya beratus helai...begitu juga tebalnya semangat ini untuk menjelajah makrifat melayu...nanti akan aku beritahu pada kalian semua KEBESARAN...'HIKAYAT HANG TUAH'...

Monday, January 18, 2010

motif..!!

Pagi ini bila aku baca paper byk btul yg berckp perihal linda onn berhijrah ke suria fm..ada yang mempersoalkannya dan ada yang menyokong..bagi aku pulak lebih ke arah neutral..

Namun ada sesuatu yg mencuit minda aku bila terbaca kenyataan LO ttg bagaimana dia merasa seperti ketinggalan zaman atau tak up to date ngn perkembangan lagu2 terkini..hahaha..inilah kenyataan yang paling 'menyentuh' perasaan orang yang membacanya..

LO kalau marah sekali pun ditukarkan ke Sinar FM jgn lah buat kenyataan mcm ni..bunyi klakar dowh!!..

Aku pn dgr radio..mcm2 channel aku dgr walaupun yg sering aku dgr XFM tp channel lain aku dengar jgk,kalau mcm tu DJ2 XFM pn ketinggalan jgk le ek sbab diaorg x main kn lagu2 mainstream..ahaks..Mcmana ngn dj2 radio english yang tidak mendengar lagu melayu atau yang berkonsepkan retro adakah ketinggalan jgk ?..

Bercakap pasal station Sinar Fm memang konsep diaorg ke arah retro namun harus di ingat Sinar Fm antara stesen yang boleh memainkan semua jenis lagu tak kira yang baru atau lama..aku pernah berada di konti SinarFm aku tahu music library diaorg mcmana..ahaks

Ini cuma pandangan aku..jangan plak ada yang tersinggung..sbb tegur dlm blog lebih 'afdal'..

Mungkin juga LO kena bwk keta mewah dia ke kedai auto accesories gi check radio keta dia sbb bleh dgr SinarFM sahaja..!!

Wednesday, January 13, 2010

apabila masih di takuk lama..

aku agak terkejut dengan pengumuman salah seorang dj Suria Fm di laman FB yang mengatakan 2 orang dj 'lama' Halim Othman & Linda Onn akan bersama Suria FM..aku sedikit pun tidak terjentik dengan berita tersebut namun sebagai bekas dj di Suria FM aku merasakan berita ini agak 'kalut' pada ketika ini..

masa aku berada di Suria FM,banyak perkara 'politik' berlaku di situ..terutama semasa di bawah telunjuk Emran..masa itu dia cuba mencorakkan perjalanan Suria FM dengan harapan dapat menakluk sebahagian jajahan stesen radio yang lain...semestinya jauh dari jangkaan kerna matlamat ataupun mission Emran seperti 'debu yang melayang di pukul angin sepoi'..tak lama disitu aku angkat kaki..

pada masa aku berada disitu memang ada dj-dj yang lebih lama dari aku seakan-akan merungut dan ada kiasan tidak puas hati dengan tindak tanduk Emran..namun mereka2 ini hanya melepaskan 'dengusan' sesama sendiri namun bila berdepan Emran masing-masing akan mempertahankan periuk nasi masing-masing..sebelum aku angkat kaki ada juga aku mengajak seorang dua dj untuk mencari arah & periuk nasi baru namun kata mereka 'tak apa lah dah tertulis rezeki aku disini'...ahaks..

selepas mendapat berita yang Emran blah dari Suria FM aku antara orang yang tertanya-tanya dengan perkembangan seterusnya...adakah rakan-rakan lama aku disana akan mendapat 'durian runtuh' atau 'tunggu nak runtuh'..aku bertambah sibuk nak ambil tahu lagi bila mendapat perkhabaran tentang seseorang yang 'ada' aura dalam radio broadcasting akan menerajui suria FM..tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh si dia..!!

kini aku bertambah menyibuk sebab dikhabarkan Halim Othman & Linda Onn akan menyertai Suria Fm...ahaks..kenapa dan mengapa?..apa nasib rakan-rakan aku...dimana HO & LO akan diletakkan..adakah sebagai dj atau sebaliknya...

bila direnungkan kembali kenapa senario ini berlaku aku menjadi seperti orang yang sasau mencari cinta sejati..mencari jawapan yang tak pasti..dimana kedudukan Bob,Zaff,Naim,Tuah,akhtar..adakah mereka akan terus menerajui segmen masing-masing atau..??

memang benar..selepas keluar dari Suria Fm agak kurang 'kemesraan' antara aku dan rakan-rakan yang lain..cuma sekali sekala aku akan menghubungi seorang dua kenalan disana..kalau jumpa aku sapa..ada masa aku dengar juga segmen mereka walaupun mereka seperti tidak TAHU bagaimana nak menghubungi aku untuk bertanya 'ADAKAH AKU MASIH HIDUP'..!!

aku penting kan silaturahim..bagi aku itu satu tanda aras menjadi manusia..walaupun mereka mungkin sibuk dengan kerja mereka dan tidak 'sempat' nak hubungi aku namun tak mengapa kerna aku yang akan selalu mencari kawan..

namun bila berita HO & LO menyertai Suria FM aku merasa sungguh terkilan dengan pihak pengurusan..apa kejadahnya mereka mengambil orang lama itu..sedangkan mereka mempunyai koleksi dj2 yang bagus..adakah dengan kemasukan HO & LO ini akan membuatkan orang semua berebut2 nak cari frequency Suria FM..adakah HO & LO ini akan berkongsi pengalaman dan juga aura mereka bersama dengan dj yang lain...ataupun adakah Dj2 Suria FM yang ada sekarang tidak menepati ciri2 seperti yang diharapkan oleh peneraju baru..hanya MEREKA yang ada jawapan nya...

aku bukan menghasut jauh sekali sakit hati..namun aku pernah duduk di konti dan juga kerusi yang sama dengan HO & LO...

aku tak mendabik dada atau bongkak bila melangkah turun dari tingkat 15 & 16 itu...namun lihat lah 'achievement' aku sekarang...

aku merasa sedikit kecewa apabila ada rakan2 aku di Suria FM seperti tidak berani menongkah arus..demi kerjaya,bakat,kemahuan,kehendak diri sendiri...

walaupun apa pun jangan simpan dihati dengan apa yang aku coretkan kerna ini lah hasil nya apabila aku terkenangkan rakan2 lama aku...

Monday, January 04, 2010

dari 2009 ke 2010..

36 tahun..itulah angka hayat aku..ahaks..rasanya tak sabar nak menunggu saat 40 tahun kerna kata orang 'life begin at 40'..hehe..adakah nanti aku akan berasa seperti muda trang-tang-tang..ahaks...

tahun 2009 banyak menguji dan mengajar aku..banyak rezki yang aku kecapi..bermula dengan warung kita,jurnal chef,jom rasa,GBS,penglipurlara,mustika dan ada yang aku lupa kot..hehe

apa pun perjalanan seni aku ada dugaannya juga..namun aku tempoh dengan hati yang tabah..kerna ini lah jalan yang aku pilih..maka hendaknya aku kenalah menempuhinya dengan nawaitu yang jitu..

ada juga perkara yang tidak diminta namun datang menerpa..ahaks..nama pun kehidupan kan maka suratan nya adalah meneruskan apa jua perjalanan yang harus di lalui..

satu hari aku berjumpa dengan kawan lama aku yang dah lama tidak bertemu..beliau sekarang seorang usahawan yang sukses..dulu merempat..aku pernah jual burger dengan beliau..pernah mengeluh kerna stall burger hilang..pernah termenung dikedai hendak minum/makan takde duit..tapi kini dia bangga dengan kejayaannya..memandu BMW ada driver..rezeki orang siapa yang tahu..dia mengagumi aku dan aku mengagumi beliau...

salah satu skill yang dia ada ialah mengira magic nya tarikh lahir..katanya setiap manusia ada yang tersirat..aku kurang percaya dengan benda2 macam ni namun aku biarkan sahaja dia memberikan butiran..

tarikh lahir aku 13.02.1974..di kiranya..dia kagum kerna luar dalam katanya nombor aku ialah 9.katanya lagi susah nak cari orang yang mempunyai luar dalam angka 9..tun mahathir pun hanya 7 didalam dan diluar 9...katanya aku bertuah,murah rezeki,dan senang menambat hati orang...ahaks..aku iyakan aje kerna perkara yang seronok untuk didengar..hehehe..tapi ada satu lagi yang aku teruja untuk memberitahu dia bahwasanya tahun ini aku berusia 36 tahun...3+6 jadi 9..hehehe...

adakah aku akan bertambah murah rezeki??..

hanya DIA yang mengetahui....AMIINN