Thursday, August 30, 2007

merdeka...2007

salam...

aku bangga dengan apa yang dikecapi oleh negaraku Malaysia...semuanya makmur dan harmoni..dan malam ini aku merasa bangga dan terharu dengan pencapaian skuad bolasepak under 23 kita..mereka mencipta sejarah tersendiri...tepat pada masanya....dah 14 tahun kita tunggu untuk merampas tahta kejuaraan dan kali ini kita berjaya membawa pulang semula piala pestabola merdeka ke negara sendiri...

lawan kita memang seteru biasa...kita pernah kalah dengan mereka dan kita pernah dimalukan mereka namun malam ini seluruh rakyat menjadi saksi diatas kebangkitan pasukan ini..

syabas Malaysia..

merdeka...merdeka..merdeka..

Monday, August 27, 2007

merdeka...2007

salam..

tahun ini aku merasa bangga kerna tak secara langsung aku terlibat dengan ulangtahun yang ke 50 Malaysia...selama 3 hari program 50 jam tanpa henti cabaran kecergasan merdeka anjura KBS di adakan di Bkt Jalil..dan buat pertama kalinya aku buat dj dari jam 11pm hingga 6am...tak pernah dibuat orang main muzik tengah2 pagi..ahaks..apa2 pun aku bertuah kerna terpilih dan diundang oleh KBS untuk terlibat sama..anyway event tu ok sbb banyak pihak yang involve...

this week end aku macam orang gile...siang malam kerja2 kerja..hehehe...apapun aku seronok dengan apa yang aku lakukan..at least aku boleh ler tidak memikirkan sangat perkara2 yang remeh sebb bz ngan kerja..

aku juga terlibat dengan Pestabola Merdeka kali ini..dimana aku diminta oleh pihak FAM untuk menjadi MC bagi side event mereka di Std MBPJ yang membabitkan pasukan Malaysia dgn Lesotho and Mesia menang 4-0...dah lama tak tengok Mesia menang besar camni walaupun orang kata Lesotho nothing but for me ini satu kemajuan kerna pasukan Malaysia kali ini diwakili oleh under 23...congrate buat the team...

aku...kangen sama seseorang...

chow

Thursday, August 23, 2007

tercipta..untukku...??

salam...

kadang2 ada perkara atau kejadian yang memang tercipta untuk kita..dan ada yang seakan-akan dicipta untuk kita?..namun tiap yang berlaku itu pasti memang diciptakan untuk kita mencipta sesuatu buat diri kita...

aku mulanya tersentuh dengan lagu tercipta untukku dari Ungu...dan lagu ini buat pertama kali aku berikan secara istimewa untuk seseorang...dan seseorang itu menerima lagu ini dengan besar hati...

mungkinkah dia tercipta untukku ataupun hanya tercipta untukku sementara sahaja?

menatap indahnya senyuman diwajahmu..
membuat ku terdiam dan terpaku...

chow....

Monday, August 20, 2007

kekasih gelap..versi aku

salam...

kekasih gelap...apa maksudnya?...adakah kekasih yang berkulit gelap atau kekasih yang dijumpai di lorong gelap ataupun kekasih yang gelap masa depan..ahaks..apa2 pun yang pasti semua orang sekarang seakan-akan telah dan akan mengalami dan merasai penangan kekasih gelap...

aku punyai kekasih gelap...dan kekasih gelapku ditemui dalam keadaan yang tidak dirancang...mungkin ada chemistry antara kami dan terus membuat kan aku dan dia menjadi akrab dan semakin karib...kekasih gelapku mempunyai seseorang dihatinya..dan kini muncul diriku pula untuk menjadi seseorang dihatinya...

aku juga mempunyai seseorang dihati namun kerna sering ditinggalkan maka aku mula untuk mencari kekasih gelap..dan menemui sidia...banyak persamaan antara kami..tapi itu dahulu waktu sidia sering diabaikan...kini sidia seperti kembali rapat dengan orang itu dan membuatkan aku terpinggir sedikit demi sedikit..

rasa rindu sering bergelora dalam hati..tatkala teringatkan sidia..rasa sayang tersemat di sanubari bilamana selepas aku bertemu dengannya..rasa gusar menjelma berkali kali bila sidia bersama dengan kekasihnya..rasa cemburu bersembunyi di hati memang sukar untuk dimengertikan...

rasa serba salah diriku ini...kerna dihati teringatkan sidia namun dimata begitu berat untuk bersemuka...bukan kerna benci atau marah namun perasaan ini payah untuk diterjemahkan..

apapun..ku menyintaimu lebih dari apa pun..meskipun tiada satu orang pun yang tahu...ku mencintaimu sedalam dalam hidupku..meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

madly...deeply...love u..

Thursday, August 16, 2007

sayang..rindu..cemburu..sunyi dan cinta

salam..

terus terang aku katakan pada kalian semua..bilamana hati kita menyayangi seseorang akan terjadilah perasaan cemburu...ya atau tidak terpulang kepada keikhlasan hati kita..namun aku mula mencemburui seseorang...merindui seseorang...dan mencintai seseorang..namun buat ketika ini aku tidak punya cukup waktu untuk diluang bersamanya...

hati ini bagaikan terpanggil untuk pergi kepadanya namun tak tercapai...hati ini seperti kehilangan sidia namun masih kuat merinduinya..hati ini terasa syahdu bila tiap kali berhubung dengannya...namun aku tahu akan semua ini bagaikan satu dugaan bagiku dan dirinya...walaupun aku sedari diri ku ini hanyalah kekasih gelapnya...

buat orang itu,ketahuilah bahawasanya aku tidak pernah melupakan dirimu tatkala aku sibuk melayari persada hidupku aku masih tetap kan akan terus mengingati dirimu..kekadang terasa seperti jauh sangat diriku dengannya namun itu yang membuatkan aku betul2 mengenali erti dan berharga nya dirimu...

kalau sidia membaca coretan ini aku harap dikau akan mengerti perasaan ku selama ini...

sayang,rindu,cemburu,sunyi ,cinta adalah diriku bila mengingati dirimu...

tercipta untuk ku..kau kekasih gelapku..

my baby u...

Wednesday, August 15, 2007

perihalku...macam2

salam..

amacam hidup korang??..ok ker?atau k.o!!...apapun gud luck to u guys..anyway banyak mende yang bermain dikepala ku ketika ini...segalanya bercampur aduk dan menjadi seperti nanah yang bila2 masa sahaja akan meletup tapi tak tau bila..bak kata orang2 lama kena tunggu dia masak dulu baru ianya meletup...nak tunggu masak erkk,aku yang masak sekrang ini!!..

hidup ini kadang2 membosankan..dan bosan kadang2 perlu dalam kehidupan kerna bosan itu satu nikmat dan juga bosan itu satu laknat!!...korang pernah rasa bosan tahap dewa tak??...maksud aku tahap yang memang rasa bangang sangat..buat apapun semuanya tak jadi..fikir apapun bak masuk kiri keluar kanan....hampeh betul rasanya...

perlu ke kita menipu diri sendiri dengan berlaku hipokrit dan tidak pernah akan mengaku akan adanya bosan..nak berlakon seolah-olah kita ni perfect human..rileks memanjang dan kalu ada problem pun bleh settle punyer...camtu ler yang aku cuba buat lately nih namun makan aku balik kerna aku susah nak menipu diri aku sendiri..

mungkin dengan mencoretkan sesuatu disini aku dapat ' melepaskan' diri aku dari belenggu irama bosan..ahaks..

chow!!

Friday, August 10, 2007

perihalku...2007..My Name Is Remy 4

salam...

penat..bengang..tension..dan ntah apa2 lagi bermain di fikiranku ketika ini,sampaikan aku nekad untuk pull out dari Remy..namun apa yang aku suarakan seperti tidak mendapat restu dari talib dan zeqty...

mungkin kerna sekarang aku telah bekerja dan ini sedikit sebanyak membuatkan beban yang amat pada diriku...namun aku rasa bukan itu penyebabnya kerna produksi REMY tidak terasa seperti PGLTM..memang berbeza dan sungguh jauh jika nak dibandingkan dengan yang dulu..

aku merasa seperti jauh sekali...jauh dari segala hal..kadang2 aku rasa aku berada ditempat yang salah dan diwaktu yang salah...apa yang aku rasa ketika ini ialah keliru dan juga penat...

mungkin juga penant itu nikmat...penat itu nyawa..penat itu roh ataupun penat itu satu sumpah...apapun aku sendiri tidak mengetahui apakah yang akan aku harungi nanti?

aku seorang yang sensitif..namun bukan sensitif tidak bertempat namun aku menjadi sensitif kerna aku tidak mahu diriku dipermainkan kerna dah penat untuk menerima dan merasa diri ini dipermainkan seperti bola yang ditendang tanpa arah tujuan...

aku seorang yang cepat sayang dan kasih pada orang...tak kira lah lelaki atau perempuan..kerna sifat itu tidak dibuat2 namun mungkin gifted dari Allah...kerna bila aku menyayangi seseorang aku akan menjadi sensitif bilamana aku diabaikan dan juga dibiarkan bersendirian untuk satu tempoh yang dirasakan seperti satu rancangan untk mempergunakan apa sahaja yang aku ada..

aku sering memikirkan tentang orang lain..namun aku tidak tahu bagaimana perasaan orang lain terhadap aku...

chow

Wednesday, August 08, 2007

perihalku...my name is remy 3

salam...

semalam (7/8) berlansung sesi skrip reading untuk semua yang terlibat dalam Remy...anyway congrate to Adlin yang dikhabarkan menyiapkan skrip for act 2 dan juga amendment for act 1 dan siap dalam pukul 4 pagi...

semalam kebanyakan ensemble ada kecuali Megat kerna beliau terlibat dengan satu pementasan di KL Pac...anyway ada beberapa muka baru yang terlibat kali ini seperti Liza Hanim,Atilia,Melissa Saila,Sean Ghazi dan ada lagi yang tak muncul semalam..

tak banyak yang boleh aku ceritakan kepada korang semua kerna mende ni sort of P&C so faham2 je la...apapun semalam banyak yang berlaku...ada part yang menyeronokkan dan ada juga part yang membosankan...ahaks...dan aku hampir terlupa nak beritahu kepada korang semua yang seniman seperti datuk Aziz Satar dan juga S.Shamsuddin juga akan turut memeriahkan Remy...bagaimana dan bila mereka keluar akan diberitahu kelak...

penat memang penat...tapi keseronokan dan juga keghairahan lebih daripada kepenatan itu sendiri..

chow

Monday, August 06, 2007

Perihalku...my name is remy 2

salam..

hari pertama kami berkumpul kembali setelah lama 'terpisah'....masing2 dengan style masing2..ada yg dh tak bekerja..dh jadi pelakon...dh jadi businesswomen..dh jadi cikgu dan macam2 lagi...apapun semua geng 'giler' dlm pgltm bergabung semula..

anyway,kemesraan dan semangat antara kitaorang masih lagi ada walaupun suam2 kuku..apapun kini kami berkumpul pulak untuk satu lagi fenomena yg akan mengegar malaya..ahaks

hari pertama kami diberikan 'raw' songs for Remy...anyway ada lagu yang catchy,yg syahdu dan ada juga seperti lagu kempen untuk RTM..hehehe..anyway aku tabik pada si adlin kerna lyric yang dihasilkan betul2 luar dari norma dan bahasa lyric yang ada...ada tajuknya seperti Penang Mambo,MFP anthem,Dream Maker...pelik bukan?

apapun ada lagi cerita yang akan aku kongsi..hehehe

2 the one and only...P.Ramlee,Ramlee,Remy...

chow

Perihalku...my name is remy 2

salam..

hari pertama kami berkumpul kembali setelah lama 'terpisah'....masing2 dengan style masing2..ada yg dh tak bekerja..dh jadi pelakon...dh jadi businesswomen..dh jadi cikgu dan macam2 lagi...apapun semua geng 'giler' dlm pgltm bergabung semula..

anyway,kemesraan dan semangat antara kitaorang masih lagi ada walaupun suam2 kuku..apapun kini kami berkumpul pulak untuk satu lagi fenomena yg akan mengegar malaya..ahaks

hari pertama kami diberikan 'raw' songs for Remy...anyway ada lagu yang catchy,yg syahdu dan ada juga seperti lagu kempen untuk RTM..hehehe..anyway aku tabik pada si Adlin kerna lyric yang dihasilkan betul2 luar dari norma dan bahasa lyric yang ada...ada tajuknya seperti Penang Mambo,MFP anthem,Dream Maker...pelik bukan?

apapun ada lagi cerita yang akan aku kongsi..hehehe

2 the one and only...P.Ramlee,Ramlee,Remy...

chow

Sunday, August 05, 2007

perihalku...2007..My Name Is Remy 1

salam..
agak lama aku tak coretkan sesuatu disini...seperti yang kalian baca heading aku..My Name Is Remy...ya sekali lagi aku terlibat dengan pementasan mega..selepas PGLTM..apa pun seharusnya aku berbangga kerana kali ini MNIR cuma menghimpunkan seramai 25 orang ensemble tidak seperti PGLTM seramai 45 orang..

daripada 25 orang aku turut terpilih untuk turut serta dalam 'worksyop'yang seramai 10 orang...mungkin ada yang tak tahu...worksyop adalah satu medium dimana kami diberikan lagu yang akan dipentaskan dalam bentuk 'raw material'..meaning cuma melody je yg dapat didengar dan kami diberikan lirik untuk dinyanyikan...dan juga skrip kasar yang tak siap akan diberikan kepada kami dan akhirnya akan dibuat satu presentation kepada orang2 tertentu untuk dinilai adakah naskah tersebut bagus untuk dipentaskan...itulah worksyop yang dimaksudkan..

10 orang yang dimaksudkan sebenarnya adalah dari kalangan ensemble dalam PGLTM...antaranya Zeqty,Ruzana,Nadia,Baby,Megat,Chedd,Talib,Leslie,ein-ein dan aku...so tak ler kusut untuk bergabung kerna masing-masing dah masak dengan perangai masing2..kecuali ein2 kakak pada baby yang terlibat kali ini..apapun ein2 boleh masuk kapla..ahaks..

ini baru intro tentang my name is remy...banyak lagi cerita yang menarik disebaliknya...surprisseee..

chow..