Saturday, December 31, 2011

tahun baru lagi...2012

tahun baru datang lagi..
aku seperti kamu dan kamu seperti aku..
akan terfikir tentang resolusi..
resolusi yang bagaimana..
masih lagi mencari dan terus mencari..
seperti kata orang lama..
pencarian itu satu keperluan..
perlu kah aku mencari..?
perlu kah aku dicari?
kau dan aku sama saja..
akan terus mencari dan mencari
mencari-cari resolusi itu..
dari tahun lama ke tahun baru..
tapi seakan rasanya sama sahaja resolusi setiap kali
tahun baru...tahun lama..sama saja..
aku dan kamu sama waktu..
waktu untuk mencari..
waktu untuk berdikari
waktu untuk menyendiri
waktu untuk diri sendiri
waktu untuk segenap hari..
waktu itu masa..
masa itu nyawa..
nyawa itu nafsu..
nafsu itu jiwa..
jiwa itu qalbu
qalbu itu rasa...
rasa itu rindu..
rindu itu rohnya..
roh itu satu..
SATU itu diatas sana...

selamat tahun baru buat kamu..
walau dimana jua berada...

31/12/11
ruang tamu rumah aku..

Monday, October 24, 2011

luahan rasa seorang artis.

salam...

dah lama rasanya aku tak update blog aku..masa begitu suntuk dan kadangkala otak ini penat untuk 'berkarya'..hehe..apapun terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi menjenguk dan menelaah blog ini walaupun aku bukanlah sasterawan negara..hehe

masa 24 jam sehari rasanya tak cukup untuk semua umat pada zaman it ini..pejam celik sekejap jer dah nak masuk tahun baru..pejam celik semua dah berubah..itulah yang dinamakan dunia moden..

profession aku sekarang sepenuh masa sebagai seorang artis..pada hakikatnya skop kerja aku adalah sebagai seorang pelakon,pengacara,penghibur juga pemikir karya untuk aku dan diri anda semua..kerja aku memerlukan komitmen yang terlalu tinggi..memang semua orang hanya melihat dari segi popular dan glamour nya seorang artis itu...tapi hakikatnya artis itu juga seorang manusia..artis itu hanya simbolik...profesion aku hanyalah satu kepuasan diri dek kerana itu yang telah tertulis perjalanan hidup aku..

sebelum menjadi artis,aku pernah juga bekerja seperti manusia yang lain...pernah menjadi technician di kilang sony,pernah merasa kena maki sewaktu menjadi waiter di shangrila hotel..pernah berpeluh memikirkan bagaimana nak buat 'sales' sewaktu bergelar sales exec di time lifes publishing..juga pernah mendapat gaji hanya rm5 sewaktu zaman gawat dan mula2 menapak di KL..kemudiannya telah ditakdir untuk mula merasai nikmat orang popular bila berkelana sebagai seorang DJ radio di suria FM...dan disitu lah aku belajar dan kenal tentang erti kehidupan...namun kegagalan bukan bererti aku akan jatuh..kerna aku berpegang pada kata ISKANDAR ZULQARNAIN 'TIADA PERKARA YANG MUSTAHIL BAGI MANUSIA YANG BERANI'..

semua orang nak menjadi orang yg dikenali...semua orang rasa teruja untuk menjadi seorang artis..tak kira lah sebagao pelakon ke panyanyi ataupun pemuzik...dan sekarang baru aku terfikir bilamana pernah mendengar insan2 seni lama berkata yang tak usah lah menaruh harapan yang tinggi bila menjadi artis...

sebagai seorang insan seni yang terlibat secara langsung...masa yang ada dalam hidup aku memang amat sempit...mana tak nya kalau orang yang bekerja di ofis ada waktunya 8am-5pm...yang bekerja di kilang 7am-7pm..ada hati cuti..ada epf ada socso..ada mc dan macam2 lagi...namun bagi kami itu semua hanya satu terma dalam kehidupan namun bukan dalam pekerjaan kami...

untuk pengambaran drama/filem..masa dan hari bukanlah satu perkara yang penting bagi kami..kerna kami akan bekerja setiap hari..tanpa cuti..kalau ada pun nasib..ikut scene..kalu takder baru ler cuti...itupun tak lama sehari dua saja..dan dalam masa itu lah nak settle banyak perkara..cukup tak masa itu??..

dan yang menduka kan keadaan ialah bila gaji kami tidaklah sebesar mana pun...kalau dapat pun settle hutang bank dah abis...nak simpan camner...kalau demand kita akan di blacklist...ada juga stesyen tv yang meletakkan nama pelakon2 tertentu sahaja yang boleh beraksi di layar mereka...itulah sebab nya kita hanya melihat muka2 yang sama jer kt tv...

aku bukannya mengeluh jauh sekali merungut...alhamdulillah setakat ini masih mendapat kepercayaan pihak tv dan produksi...namun aku rasa ada juga ruang yang tidak adil bagi kami sebagai insan seni....mungkin bagi sesetengah artis perkara ini hanya hingusan bg mereka...namun bagi aku dan setengah2 artis perkara akan menjadi kudis kalau dibiarkan...

kita ada persatuan yang kononnya mewakili pihak artis...karyawan,seniman,papita dan banyak lagi...namun apakah tugas mereka...??..adakah bila menjelangnya musim perayaan akan diberi peluang kepada ahli2 mereka untuk menjalankan perniagaan kerana bulan puasa jarang mendapat job??...ataupun bila ada keraian yang membabitkan pihak menteri barulah kita ini dipanggil untuk memeriahkan keadaan.?...

setiap kali AGM persatuan pasti ada usul2 yang berbangkit...yang makan tahun untuk diselesaikan...antara permintaan pihak artis pada mereka ini ialah :

  1. selaraskan pembayaran artis.ada tangga gaji
  2. selaraskan hari shooting...hanya 5 hari shooting...at least para artis dan crew boleh juga refresh otak dan badan..
  3. ada insurans cover sewaktu pengambaran..
  4. ada royalti seandainya drama/filem diulang tayang...dan sekarang ini ada pula astro first yang mana bayaran hanya pihak produksi yang dapat..artis harammmm..
  5. mendapat status profesional daripada pihak berwajib.

itu hanyalah cadangan dan juga perbualan dikalangan anak seni..dan rasanya perkara ini sudah dibualkan berpuluh tahun..namun tindakannya tiada....sampai bila anak seni hanya mengharapkan bayaran yang ciput...sampai bila anak seni di negara kita hanya akan menyewa rumah sampai mati....kais pagi makan pagi...

aku hanya berkongsi pengalaman aku...aku hanya bercerita melalui pandangan aku...harapan aku agar semua peminat dan pengiat seni celik mata dengan masaalah ini...banyak lagi sebenarnya kudis dalam industri ini namun biarlah satu persatu aku singkapkan...

orang ramai yang membaca entri ini diharapkan anda memahami profesion seorang anak seni...memang ada yang akan berkata biasa lah artis..memang macam tu...namun kami juga manusia.....indah hanya dimata....

tugas kami hanya sebagai penyeri hidup anda...ada ketawa melihat kelucuan kami...anda menangis melihat kesedihan kami dan anda bertepuk surai melihat keriangan kami...namun anda tidak tahu apa yang ada dalam hati kami..seandainya kami tidak dihargai oleh orang industri seni itu sendiri...

aminnn

Wednesday, July 06, 2011

BERSIH KE TIDAK..!!

aku tak faham..!!
semua orang sibuk pasal bersih..
bersih sangat ke diaorg nih..!
diaorang ni bersih ke tak bersih??
bangun tidur aku terus mandi...
takut nanti aku tak bersih..
aku pastikan seluruh air mencucur ke pelusuk tubuhku..
supaya sisa-sisa najis berat dan ringan terhapus jua..
tapi bersih ke aku??

bersih....bersih...bersih...
dulu awal 80an ada kempen..
namanya bersih..cekap...amanah..
ada perkataan bersih...
tapi semua orang buat tak tahu jer..??
bersih ni untuk siapa?
untuk jalanraya ke untuk manusia...
kalau untuk jalanraya,kenapa ada pihak yang takut...
biarlah bersih membersihkan jalanraya itu...
agar jalanraya itu menjadi lebuh dan raya untuk rakyat yang makmur..
tapi kalau jalanraya dah bersih..kontraktor pembersihan nak kerja apa??

baju putih nampak bersih...
muka suci nampak bersih...
di butterworth ada tempat nama pantai bersih...
di uptown ada orang pakai baju bersih...
di downtown ada orang yang tolong bersih...kan..

bersih..bersih..bersih...
sama jer bersih atau tak...
aku tetap mandi....!!

Tuesday, June 21, 2011

kenangan bersama arwah zami ismail@pak uda..


aku amat mengagumi insan seni yang bernama zami ismail....seingat aku,bilamana aku mengenali siri drama yang ada di rtm waktu kecil dulu mmg keletah pak zami amat aku nantikan..kemudian namanya semakin mekar bila siri pi mai pi mai tang tu menjadi popular dan menjadi ikutan orang ramai pada masa itu...hinggakan nama watak yang dipegang beliau iaitu Pak Uda diingati sampai sekarang...hinggakan ada di kalangan khalayak tidak mengetahui nama sebenar beliau..

tahun 2011 mungkin telah menjadi rezeki aku untuk bersama-sama dengan beliau menjalani shooting filem "suatu malam kubur berasap"..masa berlangsung nya pengambaran tersebut beliau tidak sihat...kakinya bengkak dan beliau tersalah membaca sms...PM suruh datang jam 9pm dia ingat 9am keesokan harinya...

bila beliau mengetahui yang beliau tersilap membaca msg tersebut..beliau terus datang ke set pengambaran di kuang...dan sampai dalam jam 12malam...dengan keadaan yang tidak berapa sihat dia dtg dgn penuh semangat....melihat beliau datang,kami menjadi teruja...aku,along,angah,zack xfactor dan kerabat kerja semuanya ketawa bilamana dia menceritakan yang dia tersalah membaca sms...katanya..."lain kali tulis 9 malam ke 9 pagi...kalau ditulisnya 9am mmg aku tak tahu'...mukanya serius kemudian dia ketawa sambil terbatuk2...

dia kemudiannya mengambil skrip...menghafal...kemudian kami rehearsal dialog dgn nya...memang senang bekerja dgn arwah....pantang ada masa break beliau akan memanggil pembantunya abg meor untuk sebatang rokok....seraya aku akan melawak dengan dia.."abah,batuk2 pun boleh tahan hisap rokok ek.."...dia jawap.."alaaa...batuk makan ubat hilang ler....aku main2 je hisap rokok nih.."...kemudian kami semua ketawa...

ada satu scene aku kena berdialog dgn nya...mungkin disebabkan sudah lewat pagi...dia tersasul dan terus adlib....dalam film ini arwah towkey gerai makan...aku ni selalu lepak dekat gerai nya...dialognya macam ni.."macam biasa ler pak..saya nk teh tarik.."...dia jawab.."ok siap...maknye buat kan sirap satu.."...director tak cut...scene berjalan...air sampai...aku tanya.."aik saya order teh tarik..apsal yg dtg sirap merah.." dia jawap.."ye ke..." kemudian dia ketawa...hahahaa.....

itulah antara kenangan antara aku dan arwah zami ismail....anak nya opie zami jgak merupakan kenalan rapat aku....aku boleh merasai kesedihan yang dialami opie...kerana opie amat rapat dgn abah.....

buat abah....semangat mu dalam menjalani ibadah sebagai anak seni akan aku selami dan jadikan panduan dalam kembara dunia seni ku........

untuk arwah zami ismail........ALFATIHAH...

Thursday, April 14, 2011

kisah aku dan Ameng Spring

pastinya ramai dah tahu akan berita ameng spring disabitkan kesalahan kerana memasukkan dadah dan juga menyimpan dadah..8 tahun tempoh tahanan dengan 10 sebatan memang satu hukuman yang berat..

aku punya pengalaman hidup bersama dengan ameng...untuk pengetahuan semua,sebelum aku menyertai raja lawak aku terlebih dahulu menyertai program sinaran pasport kegemilangan sekita tahun 97..dan waktu itu aku beroleh kemenangan sebagai juara mingguan...

semasa menyertai program sinaran itu,aku belum lagi menetap secara total di KL..sering berulang alik dari penang-KL...dan aku akan menumpang tidur di rumah kawan aku di taman cempaka..kawan aku bernama wandi,seorang PR di Sony Music..dan kump spring merupakan artis di bawah naungan Sony...

wandi merupakan PR untuk kump spring pada waktu itu..dan semasa mendiami rumah tersebut,ada salah seorang ahli kump spring turut sama duduk dirumah tersebut iaitu pemain bass kump spring MP...

disebabkan aku sering berulang alik dari penang-KL saban minggu..maka diaorng pun mengajak aku untuk terus tinggal bersama mereka untuk lebit menjimat kan perbelanjaan aku..masa itu ekonomi ok2 jer..tak teruk tak mewah..namun kehidupan ahli kump spring memang mewah masa itu..kerna jualan album mereka antara yang sukses..dan mereka antara artis sony music yang mendapat pendapatan lumayan...

kump spring kemudian nya menubuhkan syarikat pengurusan mereka sendiri iaitu Spring entertainment...dan aku dilantik menjadi salah seorang pemegang saham dan juga sebagai pengarah acara/persembahan untuk syarikat mereka...dengan ini tak secara langsung hubungan aku dan Ameng menjadi rapat...

pernah satu ketika ahli kump spring mendapat bayaran jualan album mereka sebanyak rm150,000 seorang...bayangkan waktu itu artis mendapat bayaran jualan album sebanyak itu...kump spring juga sering membuat persembahan di Brunei...dan kerap kali mereka akan mendapat bayaran seorang rm20,000...

ameng seorang yang 'humble'..suka seloroh..dan baik hati...dia juga suka motor..kalau dia pergi show pastinya geng2 motor besar nya akan ikut..dan ameng sememang seorang yang 'cool'...

namun disebabkan kehidupan mewah dia juga lah mengakibatkan dia membuat satu kesilapan percaturan hidup...apa yang disimpan dan dikecapi hilang begitu sahaja...

last sekali aku jumpa ameng masa membuat show konsert raya rock kapak di rtm..tahun 2009..bagi aku itu bukan ameng yang aku kenal..kurus,tak terurus dan nampak masalahnya...

mungkin ini satu 'rahmat' buat ameng...juga mungkin satu peringatan buat semua orang..apa pun yang berlaku pada ameng..aku tetap peminat no 1 nya....suaranya sukar dicari ganti...

ameng aku doakan kau beroleh keimanan dan petunjuk didalam sana..!!

janganlah kerana nafsu kau 'sampai hati' untuk memilih jalan hitam..
ingat 'sejujur manakah kata-kata' kawan yang mengheret kau hingga jadi begini...
janganlah lupa 'pesanan buat kekasih' untuk keluarga mu..
dan ingatlah 'bourgenvilla' itu sentiasa menunggu kau..bila2 masa..