Monday, June 18, 2007

Perihalku...macam-macam..tentang kehidupan

salam sejahtera,

perjalan hidup seseorang memang berlainan..suka dan duka silih berganti namun itu semua rencah kehidupan...apa yang terjadi mungkin satu dugaan ataupun rencana orang yang tidak tahu dan tidak pernah merasa ertinya pengorbanan..

pengorbanan banyak sifatnya dari segi kehidupan,masa,maruah mahupun jiwa namun pengorbanan disebabkan pihak lain itu namanya pengorbanan sia-sia namun dipandang darjat mulia oleh mereka yang tidak tahu apa itu pengorbanan..

kesungguhan seseorang dengan pekerjaannya amat dipuji namun sejauh mana pujian itu diangkat belum tahu lagi..kekadang penindasan juga boleh diertikan sama seperti kesungguhan oleh mereka yang bodoh..lagi ditindas lagi bersungguh mereka ini melakukannya pada golongan orang bawahan seperti aku dan mungkin juga kamu...

sebagai seorang manusia aku punya perasaan..orang yang menindas pun mempunyai perasaan tapi bezanya perasaan aku amat dalam..sekali aku tersentuh selamanya akan terasa dan perasaan mereka amat longgar kerana mereka tolol tentang perasaan manusia yang bergalang susah bukan bergalang mewah..

aku tidak pernah merasa sakit sebegini rupa..perit untuk dilalui..payah untuk ditelan..setiap orang punya matlamat dan harapan namun apabila harapan yang digalas hancur maka akan hancurlah sekali matlamat yang dicari..apa ertinya kalau kita masih berada di tempat yang sama namun bertukar landasan yang asal..memang kata orang semua itu dugaan hidup tapi seandainya landasan itu cuma landasan yang seiringan cuma berbeza arah dilandasan yang sama...senang cerita seperti makan nasi pinggan yang sama dengan nilai yang sama namun yang satu lagi mendapat lauk yang lebih...apa rasanya?!

aku cuba menelan tapi tersangkut juga walaupun bersulam air tetap tidak lepas masuk ke tekak,aku cuba mengunyah namun tidak hancur kerana mulut ini penat untuk melakukannya,aku cuba untuk simpan saja dalam mulut namun takut nanti menjadi busuk dan terus menjadi penyakit yang payah untuk sembuh buat selamanya dan mulut aku akan menjadi busuk seperti mulut mereka...

Perihalku...macam-macam..tribute 2 someone..

salam..

aku membesar dengan pelbagai corak dan warna...tapi kehidupan dan diri aku tidak dapat dipisahkan dgn muzik..ianya seakan sinonim dgnm apa yang aku kecapi ketika ini dan boleh dikatakan kejayaan hidup aku banyak disulami dengan muzik..

setiap manusia punya cerita yang tersendiri dan sememangnya kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan muzik..aku dibesarkan oleh keluarga aku bersama alunan irama dari vinyl atau lebih mesra alam dipanggil piring hitam,record dan tentunya suara dari Hail Amir,Carefree,Biddu,Bee Gees,sudirman dan tentunya Alleycats..

semua orang dah maklum dengan pemergian mendiang Loga..hati aku tersentuh bukan kerna aku peminat besar mereka tapi sejarah nyanyian aku didepan khalayak ramai ialah lagu-lagu dari Alleycats semestinya lagu pertama y6ang aku nyanyikan di khalayak ramai ialah lagu bertajuk andai aku pergi Dulu...masih aku ingat waktu itu aku masih kecil baru nerusia 7-8 tahun..masa tu ada keramaian di tempat tinggal aku sempena hari raya dan kebetulan depan rumah aku ada sebuah band yang sering mengadakan latihan dan aku sering menjengok di luar tingkap untuk melihat mereka berlatih dan apabila aku balik ke rumah aku akan menyuruh mak aku ataupun aku sendiri untuk memainkan record kegemaran aku iaitu lagu dari Alleycats...

dan nak jadi cerita satu hari mereka mendenagr aku menyanyi di rumah aku..lalu mereka memberitahu mak aku yang mereka nak aku menyanyi bersama mereka untuk majlis hari raya..bayangkan budak kecil yang selalu menyanyi suka-suka diajak menyanyi dengan sebuah band..ahaks..kejut perut dibuatnya..namun aku sahut cabaran tersebut dan samapi masanya aku buat pertama kalinya menyanyi didepan khalayak ramai...

memang satu kenangan yang tak akan aku lupa sampai bila-bila...nostalgianya Alleycats dengan diriku ialah kerana banyak lagu-lagu mereka yang aku hafal dan record mereka menjadi koleksi keluargaku bermula dengan album pertama mereka tahun 78 dan tentunya aku juga sering menyanyikan lagu mereka ini bilaman aku menjadi emcee untuk function yang aku buat siasp dengan rambut afro..walaupun bukan rambut yang ori namun aku bangga kerna akhirnya aku tergolong bersama mereka dengan wig afro aku...

impian aku untuk bertemu dengan David dan Loga akhirnya termakbul juga dalam satu majlis tahun 2006...tentunya aku tak merasa begitu ralat sangat..

to Loga family's dont be so sad..a lovely and humble person like him never alone on his journey...

may god blessed him..

Perihalku...macam-macam

salam,
mungkin korang ada membaca tulisan aku sebelum ini tentang ketidak puasan hati aku dengan boss aku..sekarang ini perkara yang sering menghantui aku telah terjadi..aku kini ditukarkan ikut suka hati dia ke dept yang lain dan aku dah tak on air sebab tempat aku telah dirampas oleh seseorang yang boleh menimbulkan konmtraversi dan itulah yang diinginkan oleh pihak atasan tempat aku kerja..

sikap boss aku memang melampaui batas kali ini bukan aku sorang yang kena bahkan member aku si zahryn pun turut menerima penyingkiran ini...aku tak tahu dan tak faham apa yang sedang melilau dalam kepala otak dia ni sejak balik dari umrah lagi teruk peranagi dan bak kata orang dia punye true color dah keluar..ahaks..mungkin jugak niatnya semasa berada ditanah suci tak elok or just pegi sana for fun amka tuhan tunjuk kan niat nya yang sebenar iaitu suka menggunakan kuasanya sebagai boss dengan sesuka hati memerintah,maki,sombong dan bongkak bila2 masa yang dia nak..

orang macam ni patut diajar...aku dalam proses nak mengajar dia erti hidup orang yang pernah melalui saat susah..dia tak pernah rasa susah agaknya...orang macam aku pernah jatuh dan bangun balik namun orang macam dia tak pernah merasa jatuh terduduk macam yang aku pernah rasa...sekarang aku dalam proses memerhati..try to follow wat ever yang dia suruh..namun tahap maksimum akan datang jugak...tunggu je lah kerna orang melayu yang jati memang ada sifat berdendam..namun aku berdendam untuk membuat dia mengerti tentang kehidupan...kehidupan ini perlukan pengorbanan bukan untuk dikorbankan..

marah tetap marah...bengang tetap ada..sampai nak sebut nama dan nak tengok muka dia pun aku dah menyampah...

jangan buat kat orang sesuka hati kerna orang yang dianiaya akan berdoa..ingat doa orang yang teraniaya makbul disisi tuhan..

aminnnn