Friday, March 18, 2016

MLM 2016 minggu 1

salam..

setiap khamis akan ada content check..iaitu wat apa yang kita akan perform di depan panel astro...ada yang kena reject,ada yang kena sound dan ada yang tak kena apa-apa...

setiap peserta di wajibkan untuk memberikan sinopsis apa yang hendak dibuat..kami memamg WIN bab ni sebab selalu bagi sinops..hehe tapi ada juga kumpulan yang lain seperti acuh tak acuh..hehe..apapun itu game diaorang...

untuk minggu 1 kami akan buat satu persembahan sambungan dari final rajalawak 2008..iaitu apa yang terjadi kepada watak david dan apek...situasi pelajar sekolah menengah nak blah dari sekolah..

masa sampai ke royal teater,ramai dah sampai dan semestinya kami semua akan lepak dulu di cafeteria untuk makan....tag team yang bertugas shafinaz dibantu nasir dan rosman..mereka ini aku kenal sejak 2008 lagi jadi soal mesra tu jangan cerita..aku sampai dulu dari along....coltime aritu jam 2 petang..

masa content check kali ini cuma ada producer,director,skripwriter dan tag team...cerita kami lepas...dan aritu di sudahi dengan senyum..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari jumaat.

selalunya coltime jam 3...arini merupakan minggu pertama untuk bersiaran..dan pastinya semua peserta teruja dan tak sabar nak wat persembahan termasuk lah kami...13 peserta semuanya...2 solo yang lain group bertiga...duo cuma 3 peserta...

seperti biasa lepak dulu di cafe..lepas tu gi check props...sume nya dah ready tuk malam ni...rhearsal bermula...masa yang diberikan 5 minit..masa rehearsal segalanya lancar..apa yang kami rancang mengikut masa yang diberi...

kump cham dibantu oleh Jlo dan Fareed...jlo make up artis yang selalu wat untuk filem...dan kenapa kami ada make up artis sendiri adalah kerana senang nak kerja....walaupun kena kuar budget sendiri...bukan astro tak menyediakan make up artis tapi bila dah ramai2 mesti kecoh...

kami mendapat giliran no 7..kini semuanya di belakang pentas...aku agak teruja dan nervous sedikit kerana dah lama tak buat comical...semuanya telah bersedia...namun masih dalam keadaan santai tidak terlalu PERTANDINGAN..

satu persatu peserta membuat persembahan...kini tiba giliran kami...apa yang dirancang tidak menjadi...kerana seperti masa terhad...cukup 5 minit ke tak itu kerja producer!...sepatutnya ending cerita kami ialah along akan masuk report kat (AC ) sebelum dia masuk kononnya dia cikgu sekolah..dan aku menunggu di luar....yang merancang semua ni along tapi dia reversekan konon aku yang ajak dia blah sekolah....tapi tak menjadi kerana AC masuk awal dan cerita tergantung...mungkin juga disebabkan terlalu teruja sebab 1st show maka semuanya nak dibuat...dan juga tiba2 along wat dialog lain so aku nak kena cover...jadi dah amik masa...

sepatutnya cerita ini ada kesinambungan....dimana minggu ke 2 itu cerita akan terjadi aku telah berjaya menjadi doktor dan along tak abis sekolah dan menjadi bomoh...tapi disebabkan cerita tak abis maka kena tukar cerita..hehe..

apapun malam tu kami dapat 3 ha...oklah dari takder...apapun dari awal aku dah dapat rasa yang kami bukan peserta favourite di mata juri except Sam....nak tahu kenapa?...

tunggguuu

wasalam

Wednesday, March 16, 2016

MLM 2016 2

salam....

selepas selesai PC,aku bersembang sembang dengan rakan2 yang lain..ada yang baru dan ada yang lama...ada yang poyo dan ada yang sempoi..hehe...namun bagi aku yang telah lama tak beraksi di pentas komedi rasa rendah diri ini memang ada...

dalam sejarah rajalawak,kalau tak silap aku finalist rajalawak yang tak pernah masuk MLM setakat ini cuma aku dan angah...tapi tuk kali ini rasanya dah lengkap sebab 2 orang susuk ini dah join the club kata jiran aku..!

dalam ramai2 peserta kali ini aku amat tertarik dengan 2 orang peserta solo iaitu Reyza & kevin..masa aku nak parking kereta aku terserempak dengan Reyza sempoi naik moto cub dia..hehe..2 susuk ini memang dikenali di pentas stand up..tetapi masih perlahan tatih nya di pentas komersial..senjata stand up comedian ini amat sulit..sulitnya ialah mereka ini sukar dijangka...

masa PC kump Cham diajukan banyak soalan tentang bergabung kembali dan hala tuju CHAM...aku dan along jenuh jugak nak melayannya namun terdetik jugak di benak ini,adakah aku dapat memberikan yang terbaik seperti mana terbaiknya aku menjawab soalan2 yang diaju..maklumlah menjawab dan membuat persembahan itu 2 perkara yang berbeza..!!

masa PC semua nya ok..takde masalah...namun ada segelintir yang kononnya 'senior' di pentas MLM ini bersifat agak 'bintang'..hehe bagi aku no problem sebab itu HAK mereka..

usai PC aku dan along terus gerak...dan malam itu aku dan along duduk bersemuka untuk idea..perkara yang paling susah nak buat ialah memberi idea dan berkongsi idea selepas 8 tahun tak bersama...nampak seperti ideologi masing2 jauh berbeda...namun aku cuba hadap..along masih seperti dulu seperti "cikgu mengajar anak murid berjalan" namun kali ini agak longgar sikit..namun masih "cikgu"..haha

mula2 kami nak buat cerita pasal kami..selepas 8 tahun bergabung dan apa cerita sepanjang 8 tahun..namun bila difikirkan kembali mungkin tidak akan terjadi di pentas..sebab takut meleret..

selepas itu ada rakan2 syorkan buat sambungan masa final..kisah david dan apek..ada idea nak sambung cerita masa sekolah rendah...ada yang selepas sekolah menengah...selepas berbincang maka terjadilah cerita minggu pertama iaitu masa sekolah menengah dan nak lari dari sekolah..

semua sedia maklum yang kump Cham ini lebih menjurus kepada social criticise..itu yang kami cuba buat..tapi kami juga maklum yang khalayak MLM lebih menjurus kepada punchline yang cepat berbanding cerita dalam punchline..seperti kump zero,sepahtu dan jozan...mindset mereka telah tertanam yang semua mesti macam diaorang ni..

inilah masalah besar bagi Cham..kerana kami terpaksa mengubah direction persembahan kami..dan kami faham 8 tahun dulu mungkin khalayak boleh menerima..dan juga khalayak baru komedi ini mungkin tidak mengetahui yang kump CHAM wujud sebelum ini...ini benar kerana rata2 komen yang kami terima adalah dari kalangan mereka yang menonton kami 8 tahun lepas...

apapun idea untuk minggu 1 dah ada..cuma tunggu untuk dipersembahkan...

#jangansiyessangat

tunggu cerita seterusnya...


Sunday, March 13, 2016

MLM 2016 1

salam...

semua sedia maklum yang aku tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lawak selepas rajalawak musim ke 2...bukan lupa diri yang bakat komedi ini bermula di pentas rajalawak tapi disebabkan kengkangan dan juga kemelut antara aku dan along maka aku tidak menyertainya...

selepas 8 tahun dan selepas pemergian sahabat tercinta Allahyarham Pak Yus (ALFATIHAH) tiba-tiba terdetik di hati ini untuk mencuba kembali ke pentas lawak...

tapi sebelum itupun memang setiap tahun pihak Astro akan bertanyakan aku untuk menyertainya..bahkan sebelum Jihan bersama dengan SYJ pihak Astro cuba untuk menyatukan kami disebabkan keserasian dalam Meletop Parodi..namun selepas mencuba memang aku dan jihan bukan serasi untuk bertanding bersama tapi kalau untuk show memang menjadi..sebab untuk bertanding mesti ada direction bertanding...

aku punya prinsip..kalu nak join MLM aku akan masuk dengan CHAM sahaja..bukan tidak ada rakan2 yang mengajak namun aku seperti berat hati untuk join...Along pernah membentuk Tulang & Jalor untuk MLM...kenapa dia tidak mengajak aku??...

sebenarnya mungkin ramai dah tahu kemelut antara aku dan along sebelum ini..selepas rajalawak musim ke 2...kami mendapat tawaran secara individu..jadi untuk memantapkan nama maka peluang itu tidak dibiarkan begitu sahaja..kerana masing2 punyai bakat tersendiri...biarkan epilog ini sebagai sejarah hidup kami dan noktah hitam kami..!

MLM 2016 pihak Astro sekali lagi cuba untuk mengajak aku untuk sertai...satu hari tu aku mendapat panggilan dari Astro..bertanyakan mau ataupun tidak untuk sertai MLM...aku bertanya dengan sapa?..diaorang cakap ngan Along...aku tanya betul ke main2 ni..diaorg kata betul...aku tanya lagi Along kata apa...diaorg cakap Along ok...tanpa buang masa aku cakap aku ok tapi hanya berdua bukannya ada orang lain kerana CHAM itu hanya kami berdua...kalau kopi+teh dipanggil cham...hehe...aku SETUJU..

selepas 8 tahun dipendekan cerita..buat pertama kali nya selepas shooting suatu malam kubur berasap dan jidin sengal aku dan along bertemu kembali...perasaan masa itu bercampur baur..gembira,excited,sedih,marah,geram semuanya ada....

untuk MLM 2016 ni ramai yang tak tau yang kami akan join..dan CHAM akan kembali..sehinggalah masa photoshoot baru ada yang ketahui...maka dengan ini CHAM is back...hehe

sebelum sidang akhbar,aku menjadi pengacara untuk satu acara...kebetulan di acara itu kak Raja dari Berita Harian ada..untuk pengetahuan beliau adalah antara wartawan yang agak rapat dengan kami...dia juga banyak memberi ruang untuk akhbar kepada kami....masa acara itu aku memberitahunya yang aku dan along akan kembali...CHAM akan kembali..raut wajah nya ternyata teruja dan sebak..dia mengatakan kepada aku itulah salah satu harapan nya agak aku dan along bersatu kembali...lupakan segala sengketa katanya...itu lah harapan kak Raja...maka sebelum sidang akhbar dah keluar cerita yang kami akan bergabung semula...

masa sidang akhbar..CHAM menjadi perhatian disebabkan kembali bergabung...semua orang bertanya pelbagai soalan...yelah selepas 8 tahun kembali bergabung...memang teruja bagi kami...tapi lebih menjadi persoalannya adalah adakah kami dapat menjadi kombinasi yang menarik seperti 8 tahun yang lalu?..adakah kami seperti rajalawak yang dulu??

episod pengenalan CHAM kembali telah bermula...banyak lagi yang akan aku ceritakan...

wassalam..
oraiitttt