Monday, December 01, 2014

PENGACARA GLAMER VS PENGACARA BIASA-BIASA...

SALAM

satu hari aku terbaca kt mstar.com tentang kenyataan Awal Ashaari tentang komen nya berkenaan peluang mengacaranya kurang gara-gara kepercayaan stesen tv memberi peluang kepada pengacara pelawak kebelakangan ini...

aku tak kisah pun tentang peluang yang diberikan oleh stesen tv kerana kebanyakkan stesen tv ada favouritism dan bias dalam memilih siapa yang diaorg nak..tapi aku terpanggil untuk membalas komen dari Awal adalah atas dasar dan platform PELAWAK..!

ok.camni...rata2 penonton lebih suka program tv bercorak santai dan hiburan...dan ini semestinya memerlukan pengacara yang lebih versatile...versatile ini subjektif pada corak program tersebut..contohnya kalau kita lihat ustaz Don ataupun ustaz Azhar Idrus menjadi pengacara atau penceramah...adakah mereka menegak jer bercerita atau ceramah tentang topik itu secara serius??..tidak bukan...pernah tak terfikir oleh kita kenapa mereka tidak serius sepenuhnya...?

kita tengok pulak rancangan berbentuk diskusi ataupn talkshow yang lebih menjurus kepada perkara yang lebih serius seperi belanjawan ataupun di astro awani yang membabitkan pengacara seperti suhaimi,aswad dan lain-lain..mereka lebih serius mengupas tapi terselit juga versatile nya mereka dalam cara mengacaraan mereka..

banyak elemen yang perlu kita titik beratkan bagaimana cara kita mengacarakan majlis ataupun menjadi 'anchor' sesuatu show atau majlis...sebagai pengacara kita akan memikul tugas untuk menjadikan sesuatu show itu "hidup" dan bernyawa walaupun ada skrip dan juga guide dari producer..kalau menegak jer baca skrip baik baca berita je kan...tapi berita pun perlukan versatility cara penyampaian nya...

aku ambil contoh cara aku membuat persediaan untuk mengacarakan sesuatu majlis..contohnya untuk dinner show...memang satu pasport besar untuk aku mengendalikan majlis itu kerana kebanyakan tetamu akan mengenali siapa aku...mungkin mereka kenal,mungkin juga mereka adalah peminat aku...contohnya dalam dewan ada 1000 orang tetamu...namun aku tak pernah menjadikan nya mudah kerana dalam 1000 orang itu belum tentu semua nya mengenali aku...mungkin ada 200-300 orang saja yang mengenali aku...selebihnya kenal or langsung tak kenal...kalau korang yang jadi pengacara majlis tersebut...mana yang korang nak tackle tuk menarik perhatian tetamu...yang kenal ke yang tak kenal..??..

aku akan ambil yang tak kenal atau yang tak berapa kenal untuk aku tackle dalam majlis itu...sebabnya dah tentu yang 200/300 orang yang kenal aku akan terhibur atau tergelak dengan keletah aku...tapi majlis akan jadi lebih gah kalau yang selebihnya yang tak berapa kenal aku pun boleh terhibur dengan keletah aku...nampak tak permainan!!..hehe

elemen lawak perlu ada dalam setiap diri pengacara...samada untuk digunakan ataupun tidak itu terpulang pada pengacara itu....itu dinamakan senjata rahsia kalau majlis/show itu dull or mati...elemen serius juga perlu ada kerana sebagai pengacara kita wajib menentukan direction dan juga flow majlis tidak terlalu huru hara...itu antara aspek yang perlu ada bagi seorang pengacara yang BARU macam aku...tak tahu pulak AWAL macamana..

apapun berbalik kepada isu ini ianya lebih menjurus kepada kepercayaan pihak produksi...kalau mereka senang dan percaya pada kita maka dapat lah job tu...aku juga pernah di tawarkan untuk menjadi host program tv namun saat akhir di tukar kepada orang lain kerana pihak produksi rasa aku tak sesuai...aku tak melatah pun...melainkan kalau ditipu dan akhirnya kita tahu sebab musabab yang lain pastinya aku akan meletop..!..

aku akui...ada dikalangan pelawak tidak sesuai untuk menjadi pengacara/host majlis ataupun tv show...mereka lebih selesa untuk membuat persembahan...tapi atas dasar pengaruh tv maka penganjur memanggil mereka...tapi akhirnya result menjadi tidak seperti yang dijangka dek kerana pengacara ketandusan idea dan juga tidak versatile...

mungkin ramai yang tidak mengetahui...aku bermula dalam bidang pengacaraan bersama RTM tahun 2006-2008 sebelum aku masuk rajalawak...program aku berkonsepkan travel logue...bertemu dengan YB tiap negeri dan perlu interview mereka...semestinya bentuk program ini adalah SERIUS tapi santai...tidak terlalu RTM cara penyampaian nya...dan itu merupakan cabaran buat diri aku...kerana masa itu aku BUKAN SESEORANG YANG DIKENALI..apapun terima kasih buat RTM kerana percaya pada diri ini...

apapun aku takde masalah ngan awal...cuma terkilan kenyataan nya...

asalamm..