Thursday, June 14, 2012

antara Anzalna vs neelofa dan seniman..

aku tertarik dengan cerita mereka berdua..neelofa menggunakan saluran undang-undang untuk meminta anzalna mengaku yang cerita itu tidak benar..kedua-dua nya masih baru dalam bidang seni...rasanya masa aku berlakon sebagai extra dulu pun diaorg masih lagi bersekolah...

semua orang tahu tentang kes ini...bermula dari masa mereka menyertai dewi remaja bersama-sama hingga lah sekarang ini...aku pernah shooting bersama anzalna untuk sepah the movie....aku pernah buat pilot projek program astro dengan neelofa...

sebagai lelaki normal aku lebih tertarik dengan anzalna..kerana dia cantik seorang perempuan melayu..tarikan aura wanitanya lebih kuat berbanding neelofa..dan dia sempoi...

neelofa pulak agak poyo..seorang yang berwajah berlagak..dan juga memilih kawan untuk bercakap..bagi aku senang jer..kau sapa nak aku tegur kau??...

masa aku shooting sepah the movie,anzalna mulanya pendiam..tapi bila ada babak aku kena bercakap dengan nya dia seorang yang peramah dan suka ketawa..pantang aku adlib pasti dia ketawa hingga terlupa dialog nya...

neelofa pulak masa aku buat pilot projek di astro aritu aku nampak dia ni agak "artis"..susah nak senyum dan juga perasaan yang dia bagus....nak hafal skrip pun amik masa...dan masa tu mmg aku hilang mood nak buat...hingga kan aku buat cincai supaya aku tak dapat..sebab takut nanti aku akan sound direct je minah poyo nih...

dan bila les ini berlaku,aku dah boleh agak..neelofa ni dia seorang yang pentingkan perhatian..pernah ada satu majlis anjuran satu syarikat..aku dan beberapa orang artis di jemput untuk memeriahkan majlis..so kami diberi satu meja untuk duduk bersama..antara yang hadir waktu tu ialah julia ziegler,nana mahzan..dan ada beberapa orang lagi...kami duduk satu meja..kemudian organizer ckp neelofa tak duduk sekali dengan kami..kerana dia dikatakan 'meminta' untuk duduk di meja VIP...dan di meja VIP cuma dia jer seorang perempuan di meja tersebut lainnya lelaki..dari situ aku dah agak bagaimana perangai neelofa ini...masa tu boss astro pun ada tapi tak duduk di meja VIP...

aku juga pernah mendengar yang dia agak mengada-ngada bila menjadi host nona..sampai kan pakaian pun dia nak pilih dan kena ikut kehendaknya...

dato CT pun pernah difitnah dengan pelbagai cerita..tapi pernah tak dia menggunakan saluran undang-undang untuk memohon agar orang yang kononnya memfitnah itu mengaku bersalah....itu dato CT..penyanyi nombor 1 malaysia...dan aku pernah juga berkerjasama dengan dato CT dalam pramlee the musical...dia rileks,tak poyo malahan boleh bergurau dan bersenda bersama dengan cast yang lain...

jadi bila neelofa buat perkara ini pastinya ramai orang akan tahu akan objektifnya...kalau lakonannya tu aku rasa biasa2 jer..lihat saja filem azura..apa jadi....filem aku lebih meletup kot..

aku bukannya berniat jahat atau ada agenda lain...tapi aku dah muak dengan minah nih..maybe korang tak pernah bersua muka or kerja dengannya..bagi aku yang pernah ni baru aku tahu budi bahasa nya...

seniman dibawah pimpinan zed zaidi...sememangnya memerlukan publisiti yang meluas...dan tiba-tiba sahaja menurut zed zaidi yang dia nak tubuhkan tribunal or jawatankuasa disiplin untuk mengadili kes ini...kenapa dia beria2...sebab kalau korang ingat ada satu badan peguam yang kononnya mewakili artis untuk menyelesaikan apa2 kes yang ada kait dengan artis...dan masa roadshow mereka zed zaidi dan neelofa merupakan antara artis yang terlibat...dan bila zed zaidi tiba2 nak masuk campur dalam kes ini..aku rasa aku dah tahu jawapannya...

aku juga ahli seniman yang tidak lagi memperbaharui keahlian..kerana apa??....kerana sebagai seorang ahli apa yang aku dapat....adakah mereka tidak memilih kasih dalam melaksanakan aktiviti2 persatuan dengan memanggil kesemua artis2...aku join masa zaman dato mustapha maarof...walaupun dia artis veteran tapi dia pandai mengatur langkah ajk nya untuk mengabungkan antara artis lama dan baru..

zed zaidi ok dengan aku..cuma sebagai seorang presiden rasanya banyak lagi yang perlu dia pandang..banyak lagi kerja lain yang lebih manfaat...banyak lagi pening yang lain..dari sibuk dengan kes neelofa...itu kes budak kecik..

bagi aku..pastinya kemelut ini hanya picisan...kenapa dia tak bangkit kan isu masa hari belia aritu yang artis-artis tempatan tidak di bayar dengan harga yang sesuai...

adakah kerana zed zaidi pernah terlibat dalam BN youth fest aritu maka dia tak boleh bersuara untuk membela artis??...ataupun dia tengah ushar projek lain..??

aku hanya bercerita..aku hanya memerhati..itu tanggungjawab ku..


Wednesday, February 01, 2012

antara glamour dan bakat..2

masa zaman kegemilangan hip hop,new jack swing dan yang sewaktu dengan nya aku juga punya group yg sedemikian rupa...nama group aku side one..group aku hire gempak jgk let sub pernah buat opening act tuk kump res'2 masa pasta penang...dan dengan tak disangka salad seorang dari ahli res'2 baby erin dan eein sampai skrg jd kwn aku..sebab kami sama2 terlibat dlm puteri gunung ledang the musical,pramlee the musical dan KMJ di istana budaya...group aku juga pernah bergelar juara di penang menerusi pertandingan sol fun discotheque talent search di penang..so kalu aku bley menari faham2 je ler..ahaks..!!

kemudian aku berkelana di KL..masa tu tahun 93..sambil kerja aku masuk pertandingan nyanyi..ada satu waktu tu aku masuk pertandingan karaoke medan mara..mmg ramai yg masuk almaklum ler masa tu klcc pun xder lg so tempat org lepak cuma di kotaraya,pertama,campbell dan medan mara..aku jadi naib juara..masa tu azmeer jadi juri...dia masa tu A&P di Pony canyon records...selepas pertandingan tu dia call aku suruh pergi ke ofis dia di sogo waktu tu..aku di offer untuk bersama dalam satu group musician yang dibentuk oleh pony canyon..tapi bila deal aku rasa tak seronok sebab bagi aku kalau nak ada group kena ada chemistry..so aku tolak offer itu..bayangkan kalu aku terima offer tu..maksudnya aku akan menjadi artis dh lama...hehehe...xder rezeki...

dalam tempoh itu aku masih mencuba dalam pelbagai pertandingan..sehinggalah aku terjumpa dengan member aku Wandi yang bekerja sebagai PR di Sony Music..masa aku masuk sinaran dulu aku sering ulang alik dari penang-kl..so selalu menumpang umah si wandi ni..di rumah wandi masa tu juga ada salah seorang ahli kump Spring...MP pemain bass..bila aku selalu on-off diaorg pun sruh aku stay trus kt kl..kump Spring masa tu anak emas Sony Music..album cfm jual ratusan ribu...so mereka pun menubuhkan syarikat yang menguruskan segala perjalanan seni mereka..maka aku pun ditawarkan untuk menjadi salah seorang board director di Spring entertainment..rezeki tanpa diduga...hehe..

semasa di Spring entertainment aku di beri kepercayaan oleh mereka untuk menjadi Emcee untuk annual dinner dan juga event2 yang spring entertainment dapat...so dari situ lah aku meraih pengalaman aku sebagai pengacara majlis...from nothing to sumething kata orang...ermm...aku terlupa pulak..sebelum aku stay di rumah wandi,aku pernah bekerja sebagai dj club..di penang dan juga di kl...di kl aku buat secara freelance..dan aku sering mengikuti tour yang sering dibuat oleh kent,salem,party f1 dan juga private function....dari situ juga aku belajar berkenaan dengan music mixing,music spining dan macam2 lagi...

selepas aku keluar dari spring entertainment pad tahun 1999,aku menjadi manager kepada farouk hussin..aku menjadi consultant persembahannya...aku juga menjadi kawan baik nya sampai kehari ini...tahun 2000 aku form company aku sendiri...freelance entertainment..sampai sekrang masih wujud dan aktif untuk event management for any occasion...so kalau orang nak cakap aku baru "KENAL' artis bila menjadi peserta raja lawak sememangnya SILAP..

ramai yang bertanya sebab apa aku masuk raja lawak??...ramai yang tak tahu aku pernah menjadi DJ di suria FM...dan juga host untuk RTM "kawasan saya" satu ketika dulu...

semuanya akan bersambung lagi....

antara glamour dan bakat..1

dalam melayari kehidupan sebagai seorang artis,adakalanya aku mengalami saat mewah dan biasa..saat suka dan duka sering saja menjadi permainan dunia artis..sememangnya niat atau cita-cita untuk menjadi artis bukanlah disimpan dalam diri aku ini bilamana aku mengenali orang-orang seni yang sering dilihat dan dibaca di dada-dada majalah..

aku mula menyanyi di khalayak manusia di usia 6 tahun..pada satu konsert aidilfitri di perumahan aku..diiringi live band dari kugiran bomba..lagu yang dinyanyikan pula ialah Alleycats..andainya aku pergi dulu..aku masih lagi ingat pertama kali menonton konsert Black dog Bone di dewan sri pinang pada usia aku 7 tahun...masih lagi terbayang saat aku balik dari sekolah dan melihat depan mata persembahan Shidee di stesen keretapi bukit mertajam pada usia 9tahun...menonton konsert Sudirman di tmn desa damai pada usia 10 tahun...dan mula bejalar bermain gitar pada usia 12tahun..

bila meningkat usia remaja aku mula mengikuti perkembangan muzik rock..aku mula berjinak-jinak menjaga jamming studio pada usia 13 tahun..balik dari sekolah terus ke jamming studio wat partime..belajar main drum,keyboard,bass di situ dengan abg2 TUDM yang datang practise disitu..pertama kali aku masuk contest juara kugiran di sebuah pawagam lama di bagan serai pada usia 16 tahun..aku menyanyi sambil main bass...kemudian buat opening act di pesta pulau pinang untuk band blackrose pada usia 17 tahun...

bila aku mula yakin yang bakat seni itu sememang nya ada di dalam darah aku...aku pun mula menyanyi secara solo...masa tu takde karaoke..semuanya pakai band..pertama kali masuk bakat rtm di penang..kena audition ngan kombo rtm..semuanya serba tak kena kerana 'otai2' yang ada dalam kombo itu tak pernah senyum...perkataan pertama yang ditanya sebelum menyanyi.."suara hang key apa"..andai kata jawapan nya tak tahu...disuruh balik..kemudian aku masuk pulak bintang rtm utara...aku dapat naib johan..kemudian masuk asia bagus 97..aku dapat finalist dan tempat ke 4..kemudian sinaran pasport tahun 98..jadi weekly winner dan sampai separuh akhir...

tunggu sambungan nya.....

Wednesday, January 04, 2012

ARTIS DAN DUNIA POLITIK

sejak dulu lagi dunia politik dan manusia tidak dapat dipisahkan...ada yang menunjuk terang2 akan parti yg disokong dan ada yang secara senyap menunjukkan sokongannya..namun mahu atau tidak memang tidak dapat dinafikan apabila seseorang itu bergelar seorang artis maka ianya akan sentiasa diperhati dan ditakluki oleh masyarakat...suka atau tidak itu realitinya...

satu pagi,aku bersarapan di kedai mamak sambil membelek akhbar harian tiba2 mata aku tertumpu pada satu tajuk yg besar.."afdlin dan harun sertai UMNO"...memang tertarik tajuk itu..aku meneliti cerita itu..bukan kerana berminat dengan cerita tersebut tapi aku kenal sangat dan pernah bekerjasama dengan kedua2 artis tersebut..dan terus terang afdlin merupakan salah seorang idol yg aku minati...

kenyataan dari mereka melambangkan pendirian mereka ketika ini...kedua2 nya telah dewasa...pasti masak dengan asam garam kehidupan...namun yang menjadi persoalan nya sekarang kenapa perlu adakan sidang akhbar untuk mewar-warkan penyertaan mereka dengan parti yang mempunyai ahli yang teramai di negara kita..

pendirian politik atau perjuangan adalah pandangan dan hala tuju peribadi..pepatah mengundi telah lama dilaung...UNDI ANDA ADALAH RAHSIA..itu sahaja telah menunjukkan akan betapa pentingnya pendirian seseorang apabila berkaitan dengan kepentingan umum...pastinya kalau ada yang akan mengundi atau menyokong seseorang dari parti yang memerintah atau tidak dan diketahui pulak oleh orang lain maka pastinya akan tercetus sesuatu yang tidak diingini....

dan apabila kelibat PUBLIC FIGURE mengumumkan nya secara terang maka pastinya ada yang tidak senang...bukan kerana pendirian politik sahaja tapu lebih menjurus kepada jatidiri dan juga hormatnya mereka kepada masyarakat...memang betul apa kita peduli..apa yang kita rugi atau untung sebab takder sangkut paut pun dengan mereka itu namun pastinya ada yang akan meluat dan bangga dengan perbuatan mereka...

apa tujuan mereka membuat sidang akhbar??...apa agenda mereka untuk mewar-warkan penyertaan mereka?..kenapa baru sekarang baru tersedar akan "bahagia"nya menyertai parti tersebut??..itu semua hanya sebahagian dari persoalan yang terbenak dalam pemikiran orang awam...

ada ramai lagi cerdik pandai yang menyertai arena politik secara terang atau tidak...ambil contoh sasterawan negara Dato A.Samad Said...memang ramai yang mengetahui pak samad sering menyertai pakatan rakyat untuk membangkang apa yang dirasakannya tidak patut...bermula dengan PSMI kemudian nya BERSIH..ada yang mengutuk beliau...ada yang bersetuju dengannya...kita balik kepada sejarah...kenapa dulu pada zaman british ada Kesatuan Melayu Muda (KMM)..ada Parti Komunis..dan para cendiakawan pula mempunyai ASAS50...

baik,pada zaman itu zaman gawat minda...semuanya dijajah..semuanya dikongkong...maka mereka yang membantah tapi bukan memberontak perlu melakukan sesuatu untuk menyuarakan pendapat mereka....caranya hanya satu dengan membuat penyatuan sesama sendiri..dengan agenda dan matlamat yang sama...untuk memberi tekanan kepada pihak yang menindas..ASAS50 pernah disertai oleh ramai cerdik pandai pada ketika itu..antaranya Pak Sako serta Pak Samad sendiri...kebanyakan yang menyertai ASAS50 pada waktu itu adalah reporter,sejarahwan,guru,pengkarya dan ilmuan...kenapa mereka yang pandai ini perlu bergerak secara semangat kepartian??...hanya satu iaitu berbalik kepada semangat lidi...kalau banyak memang susah nak dipatahkan...namun mereka tidak perlu untuk melaungkan kepada umum scara terang2an kerana berpaksi kepada prinsip dan jatidiri mereka yakin dengan perjuangan mereka....

oppss...terlalu jauh aku melangkah...berbalik kepada Afdlin dan Harun...apa akan berlaku kepada mereka ini setelah menyertai UMNO secara terang-terangan??..bukan aku prejudis ataupun membantah penyertaan mereka dengan UMNO....kalaupun mereka menyertai PKR atau PAS sekali pun aku akan merasa LOYA kalau diadakan sidang akhbar...semata2 untuk menunjukkan sokongan mereka kepada parti tersebut...Pak samad walaupun sering menyertai himpunan rakyat bersama pembangkang namun seingat aku tidak pernah ada sidang akhbar atau pun pengumuman scara rasmi yang Pak Samad telah menyertai parti tersebut....kerana apa?..kerana beliau tahu yang beliau adalah KIBLAT rakyat...yang akan meneutralkan keadaan apabila perlu...namun masyarakat tidak akan mengata atau mengutuk cara Pak samad kerna dia tidak pernah DECLARE...

bagi aku...kalau berpaksikan perjuangan yang jitu...jatidiri yang tinggi tidak perlu rasanya untuk menonjolkan diri pada marhein yang lain akan pandangan politik peribadi...

tepuk dada tanya selera..