Tuesday, September 25, 2007

perihalku...hidup pasti rancak

salam..

kini tinggal lebih kurang 5 hari sahaja lagi sebelum aku melepaskan jawatan aku sebagai eksekutif penyiaran di suria FM..tatkala ini pelbagai rasa membelenggui fikiran dan perasaan aku..rasa seronok pun ada rasa sedih pun ada...namun semua itu terpaksa aku telan..

rasanya setahun di Suria FM banyak yang aku pelajari...aku telah merasai dunia penuh glamour seorang selebriti...melalui saat2 terpaksa melupakan indentiti aku yang sebenar atau senang citer hipokrit...terpaksa mengorbankan masa rehatku...semuanya telah aku rasa...

apakah aku akan dapat melupakan saat2 ini..atau aku akan terus mengecapinya...

kepada semua pendengar-pendengar yang pernah bersama dengan aku sepanjang aku bersiaran terima kasih diucapkan..mungkin ada silap dan salah sepanjang aku bersiaran harap di maafkan...

sekarang memang hidup aku betul2 rancak...

chow

No comments: