Tuesday, September 29, 2009

bila tiba hari raya....2009

raya tak raya sama jer...macam tak ada apa-apa rasa..
tahun ini aku raya tanpa rasa RAYA..
sebab kuih raya dah tak serupa dulu..
rasa dah lain...
isi dah lain..
semua dah lain..

dah raya ke?..
kenapa tak dengar bunyi meriam buluh..
kenapa tak dengar bunyi mercun katak..
mungkin semua budak-budak nakal balik kampung..
ataupun mungkin masih tersadai di kotaraya..
kerna tak de duit nak balik beraya..
yang tinggal di kampung pakcik dan makcik
yang sedang gotong royong di balai RAYA..

aku pasti dah raya..
sebab bila aku dengar kat radio ada lagu raya..
tapi aku masih tak pasti raya ke tidak
sebab aku tak dapat kad raya..
yang aku dapat cuma sms..
tapi boleh ke masuk dalam kategori kad raya??..

aku rasa memang dah raya..
sebab pagi tu aku bangun dah boleh bersarapan..
mak aku tak marah..bapak aku lagi lah...
aku rasa memang hari raya..
sebab adik aku dh 'iron' baju melayu aku..
boleh ke panggil baju melayu..
sebab yang buat baju tu orang cina??..

sah..!! memang dh raya..
sebab baru aku teringat semalam mohor besar dah isytihar..
anak bulan dah kelihatan..
tapi camner nak sambut raya..
sebab aku tak rasa cam hari raya..

bila tiba hari raya..aku selalu konpius...
nak bagi duit raya...seringgit ke 2 hengget..
takut nanti budak-budak tak nak kawan ngan aku..
kata aku kedekut..tapi..aku nak jugak rasa berhari raya..
alamak..!!..budak-budak dh sampai...
baik aku pasang lagu raya kuat-kuat..
nanti tak dengar diaorg panggil...

bila tiba hari raya..
aku suka duduk depan tv.
nak tunggu sarkis free..
dapat tengok gajah dan badut..
sambil makan kuih raya..
bila dah kenyang boleh tido RAYA...

raya oh raya...
kau pergi dan kembali..
puasa oh puasa..
kau pergi dan kembali..
duit raya oh duit raya..
kau pergi tak kembali-bali...





3 comments:

Aety Teja said...

Assalamualaikum...

Akhirnya!!! update jugak blog abg ni yer. Penat gak menunggu update nih.
Tapi betullah apa yg abg tulis. RAYA sekarang tak macam dulu. Suasana hantar kad raya pun dh kurang. Harga kuih naik tapi rasa xseenak dulu. Teringat pulak raya masa zaman bebudak dulu. he he

Apa2 pun, Selamat Hari Raya..

Stud Department said...

Dia Bizi lah tue..4 tahun sekali update..apa leh buat orang bizi.. hahahaha dah hang tunggu dia update wat pe..gi lipat baju ke siram pokok bunga ke ada gak faedahnyer.. huhuh sowey......

Anonymous said...

gong xi fa caiiii .. aann