Wednesday, April 18, 2007

perihalku..

salam...

minggu ini ibukota sentiasa hujan..hujan membuatkan segalanya berjalan perlahan,kenderaan,kepala otak dan semuanya..aku baru terbaca satu artikel dalam blog malaysia today tentang dunia politik dan juga senario negara ketika ini..memang payah nak describe orang terutama hati budi bilamana ada yang ingin mengambil kesempatan pada kedudukannya yang rapat dengan orang yang berpengaruh...tapi itu semua mungkin akan terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah aku seandainya aku rapat dengan orang tertentu..

adik nazrin telah dijumpai...namun semua pihak masih tertanya-tanya dan musykil bagaimana pasangan myanmar boleh menjaga budak itu dengan begitu lama..takkan pihak polis tidak boleh menghidu perkara ini..entah ler mungkin terlepas pandang kot..namun bersyukurlah kerna adik nazrin telah ditemui namun perasaan tertanya-tanya jugak kerana apa akan jadi pada pasangan myanmar tersebut..adakah mereka akan dihukum ataupun mereka akan diampunkan??..kalau dihukum bagaimana dengan 5 orang anak mereka..

aku baru sahaja menonton sebuah filem yang bagus..tajuknya pursuit of happyness lakonan will smith dan anaknya..memang menyentuh perasaan jantan aku..nanti aku ceritakan morale of the story film tersebut...

petang tadi pengarah tersohor mamat khalid datang ke ofis aku..sempat bersembang dengannya tentang view of point beliau berkenaan dengan dunia berkarya di malaysia..katanya ada sesetengah pihak dalam industri ini memang melampau..juga balik kepada perkara asas kalau kenal orang dalam mesti semuanya settle..boleh dapat projek,tender,budget dan macam-macam lagi..lalu beliau bercerita tentang film yang beliau pernah buat tentang reformis..katanya beliau frust bila filem itu ditayangkan di tv3 banyak adegan yang dipotong dan akhirnya orang ingat dia seorang pro goverment...sebab cerita tersebut lari dari paksi sebenarnya..

apapun sebagai manusia kita harus terus hidup...

chow

No comments: