Tuesday, April 03, 2007

perihalku...tentang sesuatu

salam buat semua..

apa yang akan aku ceritakan kali adalah berkaitan perhargaan dan salute pada seni...semalam berlangsung pelancaran album artis jazz sensasi dari indonesia iaitu tompi..bagi aku apa yang dipersembahkan oleh tompi semalam sesuatu yang harus dipelajari oleh semua artis malaysia..persembahan beliau diiringi oleh barisan pemuzik muda yang berbakat...bila aku tanya pada tompi kenapa memilih mereka ini sebagai musician beliau jawapannya mudah mereka semuanya kawan sejak dari kecil...

mungkin ada yang tak faham apa yang ingin aku katakan...pernahkah korang masa kecil dulu membuat sesuatu projek atau band apa-apa je lah yang membabitkan kawan korang?!...ialah masa dulu tak famous mestilah cari kawan terdekat dulukan..ahaks...macam aku contohnya..masa aku remaja dulu memang aku minat sangat dengan muzik..sampaikan aku menubuhkan sebuah band yang berkonsepkan rock kerana zaman itu memang zaman rock...tapi aku tak bergabung dengan kawan-kawan terdekat aku pelik bukan...mungkin kerana mereka masa tu mempunyai minat yang lain...tapi nak dijadikan cerita akhirnya kau bergabung dengan kawan-kawan sepermainan aku juga bila kitaorang menyertai band alert kat penang..memang mencabar kerana cuma ada 2 hari berlatih sebelum 1st round contest then boleh dpt 1st place trus masuk final dapat 5th place daripada 15 band yang bertanding..bayangkan...

aku di KL kawan-kawan aku di penang aku guide cuma melalui telefon tapi boleh dapat top 5 just imagine...chemistry itu jawapannya...walau camne kau buat dan apa saja yang kita buat kalau takde chemstry mesti tak jadi atau tak ngam..

chow

1 comment:

Anonymous said...

www.myspace.com/sleepwalkinpenang

kami mencari vokal, kalau ada member2 bole nyanyi.. ingat nak try audition