Thursday, April 12, 2007

perihalku...macam2

salam buat semua...

minggu ini sememangnya minggu yang penuh stress...penat ngan keje..orang..sekeliling dan ntah apa2 gi..namun hidup perlu diteruskan..saat aku mencoretkan sesuatu disini..keluarga muhammad nazrin ataupun adik yin masih lagi menagih harap agar dia dapat bertemu semula dengan keluarganya..namun adakah kehilangan adik yin ini atas kelalaian ataupun memang sifat seorang budak sebaya adik yin yang sering ' hilang' bilamana sang keluarga keluar dikhalayak yang ramai seperti di shopping complex..

payah nak diungkapkan segala yang berlaku..cuma yang tersirat akan tersurat jugak akhirnya...hari ni bimbang kian menjelma buat ibubapa bila mereka membawa anak2 mereka keluar berjalan2 di mana2..mungkin selepas ini kena buat satu shopping complex yang khusus untuk kaum keluarga sahaja yang tak de anak dilarang masuk sama sekali!!..mungkin akan berkata sesetengah orang mungkin peraturan ini gila..tapi dunia sekarang tiada mustahilnya...

cuba fikirkan logiknya..kenapa zaman teknologi yang pesat membangun ini masih ada lagi sindiket menjual bayi ataupun menculik anak2 kecik untuk dijadikan oleh mereka ini sebagai sumber rezeki...tak pernah ke mereka ini terfikir apa perasaannya apabila anak atau adik mereka sendiri yang menjadi mangsa..paling tidak pun mereka juga pernah mengharungi zaman kanak2,yang tak dapat berfikir seperti seorang dewasa..tak boleh berdikari apatah lagi kalau dibiarkan hidup sendirian...apa yang ada difikiran mereka ini..bangsattt!!

dunia ini mungkin tidak akan pernah sunyi dengan masaalah...dan masaalah jugak tidak akan melupakan dunia...

namun apa yang boleh kita 'berikan' pada keluarga adik yin ini??..adakah mengelengkan kepala dan turut bimbang ataupun cuba untuk mencari atau diam saje...dengar kata polis kita antara yang terhandal didunia...buktikan kehandalan anda...apa taknya kes bom badan hancur pun dapat diselesaikan..inikan budak seorang budak yang berusai 5 tahun tak dapat nak solve...

tepuk dada..sendri sakit..

chow

1 comment:

SaRaH said...

setuju2..especially ayat yg last tuh.... :)