Monday, June 16, 2014

UMRAH....2014 bhgn 1

kata orang kalau dah tertulis rezeki tu dr ALLAH kalu x berusaha pun akan sampai...begitulah rezeki buat aku apabila dipanggil menjadi tetamu ALLAH di BAitullah...

segalanya bermula bilamana adik aku Adibah mendapat peluang ini ke tanah suci oleh syarikatnya..pada asalnya perancangan adik aku akan pergi bersama-sama bapa aku disebabkan dia belum berkahwin beliau memerlukan mahram untuk bersamanya..namun ada beberapa perkara yang tak dapat dielak kan maka bapa aku tak dapat pergi menemaninya...

adik aku mula kaget kerana persiapan telah dibuatnya dan juga kalau tak pergi maka peluang itu akan sia2 kerna segala perbelanjaan utk ke tanah suci ditanggung syarikatnya dan bapa aku sahaja yang perlu membayar sendiri...inilah contoh syarikat melayu yang aku salute..tq kristal opto..moga murah rezeki...

aku tidak menaruh apa2 harapan atau pun persiapan untuk ke tanah suci...ialah seperti kata orang kalu nk ke sana kena lah ada persiapan yang secukupnya...kena ada ilmu didada...kena cukup amal nya.tapi aku mungkin belum bersedia untuk ke sana...

tapi ALLAH itu maha kaya lagi pengasih...adik aku text aku tanya samada aku bersedia untuk menjadi mahramnya untuk menunaikan umrah...bila dapat message darinya aku terdiam..kerana tidak pernah aku terfikir untuk kesana...adakah aku telah bersedia?..bagaimana dengan kerja aku?..apakah aku cukup amal ibadat?..semua itu bermain2 di benak aku..

bukan tidak bersyukur di atas jemputan tersebut namun banyak kali telinga ini mendengar bermacam2 cerita tentang umat yang ke tanah suci mendapat pelbagai 'petunjuk' apabila menjejakkan kaki di tanah haram...aku menjadi gusar jugak...aku memikirkan perkara ini secara serius...mahu atau tidak...kerana kalu aku tak dapat pergi maka adik aku juga tak dapat pergi...

---------------------------------------------
beberapa hari berlalu tanpa jawapan dr aku...adik aku terus bertanyakan jawapan...aku masih membisu..masa tu aku busy dgn roadshow rtm..jadi masa aku agak singkat...

satu hari aku membuka FB dan ada post yang agak menarik..fakta yang mungkin kita tidak ketahui secara am nya...selalu kita mendengar ayat "life begin at 40'...ya tahun ini aku genap 40thn...dan secara tiba2 aku terbaca satu post yang mengatakan sebenarnya ayat itu di cedok daripada hadis baginda SAW...aku menjadi tertarik untuk membacanya...

baginda SAW mendapat wahyu yang pertama semasa berusia 40 thn...jadi kehidupan sebenar Baginda SAW bermula selepas itu...memang benar..selepas itu baginda SAW menjadi rasul yg terakhir...dan selepas itu kehidupannya berubah sama sekali...dan bila aku amati dan fahami ayat tersebut ada kebenarannya...mungkin ini satu tanda kebesaran ALLAH....

kerana aku tak pernah merancang nak ke sana...impian memang ada namun bukan dalam waktu yang singkat...aku mula mencari di youtube tentang umrah...aku mula google tenteng umrah..dan aku mula membeli buku tentang umrah...namun masih tidak memberi jawapan kepada adik aku...

dia terus bertanya..kerana katanya pihak agensi nak submit visa jadi kena cepat...aku berfikir panjang...adakah aku bersedia untuk kesana?..apakah cabaran yang akan aku hadapi...?..adakah aku akan kuat disana?...

ALLAH mengasihi umatnya..bila kita mengingatiNYA...adik aku berikan nombor telefon cikgu NAjib iaitu agensi yang akan menguruskan perjalanan adik aku disana...aku tidak menelofon terus..aku simpan dulu..semasa aku ada show di kota tinggi tiba2 cikgu Najib call...suaranya lembut dan peramah...dia tanya aku macam mana..aku cakap aku tak buat apa2 persiapan pun kerana last minute...katanya insyallah..kalu kita bersangka baik maka ALLAH akan membantu...dia kata lagi jangan khuatir kerana perjalanan ini perjalanan ibadah dan jemaah...bukan perjalanan individu...jadi semua akan membantu...insyaallah katanya...

selepas bercakap dengan cikgu najib aku menjadi kuat...dan aku terus confirmkan pemergian aku ke tanah haram...

bersambung......

No comments: