Wednesday, March 16, 2016

MLM 2016 2

salam....

selepas selesai PC,aku bersembang sembang dengan rakan2 yang lain..ada yang baru dan ada yang lama...ada yang poyo dan ada yang sempoi..hehe...namun bagi aku yang telah lama tak beraksi di pentas komedi rasa rendah diri ini memang ada...

dalam sejarah rajalawak,kalau tak silap aku finalist rajalawak yang tak pernah masuk MLM setakat ini cuma aku dan angah...tapi tuk kali ini rasanya dah lengkap sebab 2 orang susuk ini dah join the club kata jiran aku..!

dalam ramai2 peserta kali ini aku amat tertarik dengan 2 orang peserta solo iaitu Reyza & kevin..masa aku nak parking kereta aku terserempak dengan Reyza sempoi naik moto cub dia..hehe..2 susuk ini memang dikenali di pentas stand up..tetapi masih perlahan tatih nya di pentas komersial..senjata stand up comedian ini amat sulit..sulitnya ialah mereka ini sukar dijangka...

masa PC kump Cham diajukan banyak soalan tentang bergabung kembali dan hala tuju CHAM...aku dan along jenuh jugak nak melayannya namun terdetik jugak di benak ini,adakah aku dapat memberikan yang terbaik seperti mana terbaiknya aku menjawab soalan2 yang diaju..maklumlah menjawab dan membuat persembahan itu 2 perkara yang berbeza..!!

masa PC semua nya ok..takde masalah...namun ada segelintir yang kononnya 'senior' di pentas MLM ini bersifat agak 'bintang'..hehe bagi aku no problem sebab itu HAK mereka..

usai PC aku dan along terus gerak...dan malam itu aku dan along duduk bersemuka untuk idea..perkara yang paling susah nak buat ialah memberi idea dan berkongsi idea selepas 8 tahun tak bersama...nampak seperti ideologi masing2 jauh berbeda...namun aku cuba hadap..along masih seperti dulu seperti "cikgu mengajar anak murid berjalan" namun kali ini agak longgar sikit..namun masih "cikgu"..haha

mula2 kami nak buat cerita pasal kami..selepas 8 tahun bergabung dan apa cerita sepanjang 8 tahun..namun bila difikirkan kembali mungkin tidak akan terjadi di pentas..sebab takut meleret..

selepas itu ada rakan2 syorkan buat sambungan masa final..kisah david dan apek..ada idea nak sambung cerita masa sekolah rendah...ada yang selepas sekolah menengah...selepas berbincang maka terjadilah cerita minggu pertama iaitu masa sekolah menengah dan nak lari dari sekolah..

semua sedia maklum yang kump Cham ini lebih menjurus kepada social criticise..itu yang kami cuba buat..tapi kami juga maklum yang khalayak MLM lebih menjurus kepada punchline yang cepat berbanding cerita dalam punchline..seperti kump zero,sepahtu dan jozan...mindset mereka telah tertanam yang semua mesti macam diaorang ni..

inilah masalah besar bagi Cham..kerana kami terpaksa mengubah direction persembahan kami..dan kami faham 8 tahun dulu mungkin khalayak boleh menerima..dan juga khalayak baru komedi ini mungkin tidak mengetahui yang kump CHAM wujud sebelum ini...ini benar kerana rata2 komen yang kami terima adalah dari kalangan mereka yang menonton kami 8 tahun lepas...

apapun idea untuk minggu 1 dah ada..cuma tunggu untuk dipersembahkan...

#jangansiyessangat

tunggu cerita seterusnya...