Sunday, March 13, 2016

MLM 2016 1

salam...

semua sedia maklum yang aku tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lawak selepas rajalawak musim ke 2...bukan lupa diri yang bakat komedi ini bermula di pentas rajalawak tapi disebabkan kengkangan dan juga kemelut antara aku dan along maka aku tidak menyertainya...

selepas 8 tahun dan selepas pemergian sahabat tercinta Allahyarham Pak Yus (ALFATIHAH) tiba-tiba terdetik di hati ini untuk mencuba kembali ke pentas lawak...

tapi sebelum itupun memang setiap tahun pihak Astro akan bertanyakan aku untuk menyertainya..bahkan sebelum Jihan bersama dengan SYJ pihak Astro cuba untuk menyatukan kami disebabkan keserasian dalam Meletop Parodi..namun selepas mencuba memang aku dan jihan bukan serasi untuk bertanding bersama tapi kalau untuk show memang menjadi..sebab untuk bertanding mesti ada direction bertanding...

aku punya prinsip..kalu nak join MLM aku akan masuk dengan CHAM sahaja..bukan tidak ada rakan2 yang mengajak namun aku seperti berat hati untuk join...Along pernah membentuk Tulang & Jalor untuk MLM...kenapa dia tidak mengajak aku??...

sebenarnya mungkin ramai dah tahu kemelut antara aku dan along sebelum ini..selepas rajalawak musim ke 2...kami mendapat tawaran secara individu..jadi untuk memantapkan nama maka peluang itu tidak dibiarkan begitu sahaja..kerana masing2 punyai bakat tersendiri...biarkan epilog ini sebagai sejarah hidup kami dan noktah hitam kami..!

MLM 2016 pihak Astro sekali lagi cuba untuk mengajak aku untuk sertai...satu hari tu aku mendapat panggilan dari Astro..bertanyakan mau ataupun tidak untuk sertai MLM...aku bertanya dengan sapa?..diaorang cakap ngan Along...aku tanya betul ke main2 ni..diaorg kata betul...aku tanya lagi Along kata apa...diaorg cakap Along ok...tanpa buang masa aku cakap aku ok tapi hanya berdua bukannya ada orang lain kerana CHAM itu hanya kami berdua...kalau kopi+teh dipanggil cham...hehe...aku SETUJU..

selepas 8 tahun dipendekan cerita..buat pertama kali nya selepas shooting suatu malam kubur berasap dan jidin sengal aku dan along bertemu kembali...perasaan masa itu bercampur baur..gembira,excited,sedih,marah,geram semuanya ada....

untuk MLM 2016 ni ramai yang tak tau yang kami akan join..dan CHAM akan kembali..sehinggalah masa photoshoot baru ada yang ketahui...maka dengan ini CHAM is back...hehe

sebelum sidang akhbar,aku menjadi pengacara untuk satu acara...kebetulan di acara itu kak Raja dari Berita Harian ada..untuk pengetahuan beliau adalah antara wartawan yang agak rapat dengan kami...dia juga banyak memberi ruang untuk akhbar kepada kami....masa acara itu aku memberitahunya yang aku dan along akan kembali...CHAM akan kembali..raut wajah nya ternyata teruja dan sebak..dia mengatakan kepada aku itulah salah satu harapan nya agak aku dan along bersatu kembali...lupakan segala sengketa katanya...itu lah harapan kak Raja...maka sebelum sidang akhbar dah keluar cerita yang kami akan bergabung semula...

masa sidang akhbar..CHAM menjadi perhatian disebabkan kembali bergabung...semua orang bertanya pelbagai soalan...yelah selepas 8 tahun kembali bergabung...memang teruja bagi kami...tapi lebih menjadi persoalannya adalah adakah kami dapat menjadi kombinasi yang menarik seperti 8 tahun yang lalu?..adakah kami seperti rajalawak yang dulu??

episod pengenalan CHAM kembali telah bermula...banyak lagi yang akan aku ceritakan...

wassalam..
oraiitttt

6 comments:

KeMBaLI™ said...

Selamat berjaya Cham..memang terbaik masa..sejak first tgk kurank at raja lawak..tapi selepas 8 tahun yang sudah...saya turut terasa ...selepas kurank begerak secara individu sy melihat azrul dalam beberapa program acara di rtm dari ASK bersama jihan..meletop parodi hinggalah mengacara aktif lima bintang...tepikir2 kenapa azrul tiada dimana2 bahagian di MLM mahupun se'geng' dalam lawak astro.. saya curious fikirkan apa perasaan azrul time tu..dimana waktu tu Along dia develop dengan geng2 raja lawak lain dan menjadi bintang mig bersama angah (adakah dia sudah lupa cham)...pelbagi pekara lagi adakah azrul disihsihkan..tapi berkenaan prinsip saya tabik Azrul...hope trus berjaya n good luck

Unknown said...

terima kasih kerna mengikut perkembangan saya...hehe..sy berpegang kpd rezeki ALLAH tentukan..tp akhirnya DIA jgk yang mengerakkan hati ini untuk kembali bersama..neway terus support..hehe

Zulhilmi Mokhtar said...

mmg patut keluar pun...

Zulhilmi Mokhtar said...

mmg patut keluar pun...

Anonymous said...

Kuat merapuuu

bangang abadi said...

Harap2 lps ni sedar diri skit brooo.