Wednesday, June 18, 2014

UMRAH....2014 BHGN 3

umrah itu ibadah...umrah itu perjalanan jemaah...ayat ini masih terngiang-ngiang di telinga aku...terasa seperti cikgu Najib berada didepan mata...jom aku teruskan ceritaku...

setiap waktu solat masjid akan penuh sepenuhnya...bila aku melangkah masuk ke masjid nabawi secara automatik aku terlupa akan hal dunia...rasa tenang itu bagaikan telah sebati dengan roh dan jiwa aku...aku mahu rasa ini kekal selamanya...aku mahu 'aura' Madinah ini kekal hingga aku balik ke tanahair..tapi kuat kah aku??

ada satu ketika kawasan makam baginda rasul ditutup dan kawasan raudah juga ditutup...aku dan abg Nuar tertanya-tanya kenapa...dan persoalan itu terjawap bilamana aku dapat melihat pada hari itu kawasan masjid penuh dengan puak syiah..dan semestinya kita dapat mengetahuinya kerana mereka ini akan berpakaian seperti nak ke pejabat..dan cara solat mereka juga agak lain dari kita...

puak mereka ini akan bersolat di belakang makam Rasul dan mereka akan solat dalam kawasan yang hanya ada puak mereka sahaja..mereka ini tidak akan melewati makam Baginda SAW..tapi mereka hanya akan memberi hormat berhampiran atau di tepi atau dibelakang sahaja...menurut kata bijak pandai agama...puak ini hanya menerima dan menghormati Rasul namun tidak sahabat2 Baginda...jadi pernah berlaku ada puak syiah yang terlalu ekstrem meludah dan membuat sesuatu yang tidak wajar bila mereka melewati makan sahabat2 Baginda yang makamnya sebaris dengan makam Baginda SAW...itu cerita yang disampaikan oleh orang sebelah aku..mungkin ia mungkin tidak....

jadi peluang untuk aku melawat makam Baginda tidak kesampaian hari ini...tidak mengapa kerana aku telah melawati nya semasa hari pertama aku...

ada juga puak mereka ini hanya bersolat diluar kawasan masjid secara berdiri dan ramai2..

--------------------------------------------------------------

kawasan masjidil nabawi ini ada bahagian baru dan bahagian lama..jadi kebanyakan jemaah akan cuba untuk solat dibahgian lama agar mendapat syafaat masjidil nabawi yang asal..alhamdulillah 2-3 kali aku dapat bersolat di kawasan masjid lama...

diluar masjid seperti biasa peniaga cuba meraih untung...kalu ikut hati mmg habis duit...tapi aku cuba membeli barangan yang tidak ada di malaysia..agar xklusif sikit...hehe

hotel penginapan kami mmg ok..hanya 300 meter rasanya ke masjid..jadi tak perlu gopoh sgt...dan lagi satu disini bila masuk waktu azan akn dilaungkan namun qamat 10-15min selepas itu...tak macam disini..lepas azan dalam 5 min dah solat..jadi tak perlu rasanya kita bergopoh gapah sangat...

-------------------------------------------------------------

pihak PUJI travel yang menjadi agen aku memang menyediakan katering untuk makan..tapi bila dah ada di negeri orang biasa ler kan mesty nk rasa masakan arab yg ori....malam itu lepas isyak aku dan abg nuar serta mae dan abg lan keluar makan..kononnya nak rasa swarma,kebab bagai...sampai kt satu kedai ni kami pun order sorang satu...konon nya nk makan sangat....dan perlu diingat pada anda yang akan kesini jangan terpedaya dengan menu mereka...kerana gambar makanan kat menu kecik jer tapi bila sampai amik ko..untuk 2 orang makan..hahaha...maka tak habis ler makanan kami...satu pengajaran buat kami..hehehe

abg nuar pulak ada satu hobi dia..suka beli susu strawberry...mesty bila nak balik bilik dia akan beli..kata nya sedap sangat...aku tak teringin pun nak rasa....pastu dia belikan satu untuk aku suruh rasa...pastu aku pulak jadi gian nk minum susu strawberry tu..hahaha...memang sedap..

---------------------------------------------------------------

nanti akan aku ceritakan pengalaman bila kami melawat muzium madinah....memang best..

bersambungg.........





hotel penginapan kami



kawasan luar masjid


makam baginda




kawasan raudah yg ditutup

No comments: