Wednesday, January 04, 2012

ARTIS DAN DUNIA POLITIK

sejak dulu lagi dunia politik dan manusia tidak dapat dipisahkan...ada yang menunjuk terang2 akan parti yg disokong dan ada yang secara senyap menunjukkan sokongannya..namun mahu atau tidak memang tidak dapat dinafikan apabila seseorang itu bergelar seorang artis maka ianya akan sentiasa diperhati dan ditakluki oleh masyarakat...suka atau tidak itu realitinya...

satu pagi,aku bersarapan di kedai mamak sambil membelek akhbar harian tiba2 mata aku tertumpu pada satu tajuk yg besar.."afdlin dan harun sertai UMNO"...memang tertarik tajuk itu..aku meneliti cerita itu..bukan kerana berminat dengan cerita tersebut tapi aku kenal sangat dan pernah bekerjasama dengan kedua2 artis tersebut..dan terus terang afdlin merupakan salah seorang idol yg aku minati...

kenyataan dari mereka melambangkan pendirian mereka ketika ini...kedua2 nya telah dewasa...pasti masak dengan asam garam kehidupan...namun yang menjadi persoalan nya sekarang kenapa perlu adakan sidang akhbar untuk mewar-warkan penyertaan mereka dengan parti yang mempunyai ahli yang teramai di negara kita..

pendirian politik atau perjuangan adalah pandangan dan hala tuju peribadi..pepatah mengundi telah lama dilaung...UNDI ANDA ADALAH RAHSIA..itu sahaja telah menunjukkan akan betapa pentingnya pendirian seseorang apabila berkaitan dengan kepentingan umum...pastinya kalau ada yang akan mengundi atau menyokong seseorang dari parti yang memerintah atau tidak dan diketahui pulak oleh orang lain maka pastinya akan tercetus sesuatu yang tidak diingini....

dan apabila kelibat PUBLIC FIGURE mengumumkan nya secara terang maka pastinya ada yang tidak senang...bukan kerana pendirian politik sahaja tapu lebih menjurus kepada jatidiri dan juga hormatnya mereka kepada masyarakat...memang betul apa kita peduli..apa yang kita rugi atau untung sebab takder sangkut paut pun dengan mereka itu namun pastinya ada yang akan meluat dan bangga dengan perbuatan mereka...

apa tujuan mereka membuat sidang akhbar??...apa agenda mereka untuk mewar-warkan penyertaan mereka?..kenapa baru sekarang baru tersedar akan "bahagia"nya menyertai parti tersebut??..itu semua hanya sebahagian dari persoalan yang terbenak dalam pemikiran orang awam...

ada ramai lagi cerdik pandai yang menyertai arena politik secara terang atau tidak...ambil contoh sasterawan negara Dato A.Samad Said...memang ramai yang mengetahui pak samad sering menyertai pakatan rakyat untuk membangkang apa yang dirasakannya tidak patut...bermula dengan PSMI kemudian nya BERSIH..ada yang mengutuk beliau...ada yang bersetuju dengannya...kita balik kepada sejarah...kenapa dulu pada zaman british ada Kesatuan Melayu Muda (KMM)..ada Parti Komunis..dan para cendiakawan pula mempunyai ASAS50...

baik,pada zaman itu zaman gawat minda...semuanya dijajah..semuanya dikongkong...maka mereka yang membantah tapi bukan memberontak perlu melakukan sesuatu untuk menyuarakan pendapat mereka....caranya hanya satu dengan membuat penyatuan sesama sendiri..dengan agenda dan matlamat yang sama...untuk memberi tekanan kepada pihak yang menindas..ASAS50 pernah disertai oleh ramai cerdik pandai pada ketika itu..antaranya Pak Sako serta Pak Samad sendiri...kebanyakan yang menyertai ASAS50 pada waktu itu adalah reporter,sejarahwan,guru,pengkarya dan ilmuan...kenapa mereka yang pandai ini perlu bergerak secara semangat kepartian??...hanya satu iaitu berbalik kepada semangat lidi...kalau banyak memang susah nak dipatahkan...namun mereka tidak perlu untuk melaungkan kepada umum scara terang2an kerana berpaksi kepada prinsip dan jatidiri mereka yakin dengan perjuangan mereka....

oppss...terlalu jauh aku melangkah...berbalik kepada Afdlin dan Harun...apa akan berlaku kepada mereka ini setelah menyertai UMNO secara terang-terangan??..bukan aku prejudis ataupun membantah penyertaan mereka dengan UMNO....kalaupun mereka menyertai PKR atau PAS sekali pun aku akan merasa LOYA kalau diadakan sidang akhbar...semata2 untuk menunjukkan sokongan mereka kepada parti tersebut...Pak samad walaupun sering menyertai himpunan rakyat bersama pembangkang namun seingat aku tidak pernah ada sidang akhbar atau pun pengumuman scara rasmi yang Pak Samad telah menyertai parti tersebut....kerana apa?..kerana beliau tahu yang beliau adalah KIBLAT rakyat...yang akan meneutralkan keadaan apabila perlu...namun masyarakat tidak akan mengata atau mengutuk cara Pak samad kerna dia tidak pernah DECLARE...

bagi aku...kalau berpaksikan perjuangan yang jitu...jatidiri yang tinggi tidak perlu rasanya untuk menonjolkan diri pada marhein yang lain akan pandangan politik peribadi...

tepuk dada tanya selera..

4 comments:

zack said...

for me, an ARTIST and far great like u no need a politic platform to change people or to express ur thought....because be an artist and furthermore u r AFDLIN SHAUKI already a platform...your talent n gift as afdlin shauki can be use for whatever reason u choose political party...without UMNO or other political party, AFDLIN SHAUKI has that particular force to strengthen this country....and i believe an artist like u can make a lot different in the country in future especially in entertainment industry without politic...

farouk67 said...

As'salam... setuju dgn pendapat sahabat ku Azrul... Artis dah Publc Figure... semua orang kenal... Kenapa perlu heboh bila nak join Pari Politik...??? Secara peribadi, ini tak perlu... Mungkin kalau ada yang mempunyai agenda disebalik itu... Kalau hendak memberi komen, itu wajar kerana kita adalah RAKYAT... tetapi utk hebohkan yg kita menyertai UMNO, PAS atau PKR, rasanya tak perlu... Mungkin ada yg berhasrat nak jadi Wakil Rakyat...?? ataupun mengharapkan 'Projek2 Besar'... Hanya tubuh badan yg mengetahui... :)

Anonymous said...

salam abg zaidi, untuk pengetahuan abg zaidi, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik tidak tahu langsung akan ada sidang media & akhbar mengenai penyerahan borang mereka. Sudah tentu afdlin & harun terkejut dengan kedatangan press yang begitu banyak.

abg ada hak untuk meluahkan pendapat abg tetapi adalah lebih baik abg bertanya terus mengenai 'kekecohan'tersebut kepada afdlin & harun since diaorg merupakan kawan2 abg jugak.

terima kasih.

Miqael Arshad said...

setuju, tapi aku tak rasa yang mereka berdua sanggup buat macam tu. Barangkali ada anasir lain yang memperngaruhi supaya mereka bertindak sedemikan. Pendek kata secara dipaksa atau juga dengan ugutan. Kebarangkalian terlalu tinggi...