Thursday, April 14, 2011

kisah aku dan Ameng Spring

pastinya ramai dah tahu akan berita ameng spring disabitkan kesalahan kerana memasukkan dadah dan juga menyimpan dadah..8 tahun tempoh tahanan dengan 10 sebatan memang satu hukuman yang berat..

aku punya pengalaman hidup bersama dengan ameng...untuk pengetahuan semua,sebelum aku menyertai raja lawak aku terlebih dahulu menyertai program sinaran pasport kegemilangan sekita tahun 97..dan waktu itu aku beroleh kemenangan sebagai juara mingguan...

semasa menyertai program sinaran itu,aku belum lagi menetap secara total di KL..sering berulang alik dari penang-KL...dan aku akan menumpang tidur di rumah kawan aku di taman cempaka..kawan aku bernama wandi,seorang PR di Sony Music..dan kump spring merupakan artis di bawah naungan Sony...

wandi merupakan PR untuk kump spring pada waktu itu..dan semasa mendiami rumah tersebut,ada salah seorang ahli kump spring turut sama duduk dirumah tersebut iaitu pemain bass kump spring MP...

disebabkan aku sering berulang alik dari penang-KL saban minggu..maka diaorng pun mengajak aku untuk terus tinggal bersama mereka untuk lebit menjimat kan perbelanjaan aku..masa itu ekonomi ok2 jer..tak teruk tak mewah..namun kehidupan ahli kump spring memang mewah masa itu..kerna jualan album mereka antara yang sukses..dan mereka antara artis sony music yang mendapat pendapatan lumayan...

kump spring kemudian nya menubuhkan syarikat pengurusan mereka sendiri iaitu Spring entertainment...dan aku dilantik menjadi salah seorang pemegang saham dan juga sebagai pengarah acara/persembahan untuk syarikat mereka...dengan ini tak secara langsung hubungan aku dan Ameng menjadi rapat...

pernah satu ketika ahli kump spring mendapat bayaran jualan album mereka sebanyak rm150,000 seorang...bayangkan waktu itu artis mendapat bayaran jualan album sebanyak itu...kump spring juga sering membuat persembahan di Brunei...dan kerap kali mereka akan mendapat bayaran seorang rm20,000...

ameng seorang yang 'humble'..suka seloroh..dan baik hati...dia juga suka motor..kalau dia pergi show pastinya geng2 motor besar nya akan ikut..dan ameng sememang seorang yang 'cool'...

namun disebabkan kehidupan mewah dia juga lah mengakibatkan dia membuat satu kesilapan percaturan hidup...apa yang disimpan dan dikecapi hilang begitu sahaja...

last sekali aku jumpa ameng masa membuat show konsert raya rock kapak di rtm..tahun 2009..bagi aku itu bukan ameng yang aku kenal..kurus,tak terurus dan nampak masalahnya...

mungkin ini satu 'rahmat' buat ameng...juga mungkin satu peringatan buat semua orang..apa pun yang berlaku pada ameng..aku tetap peminat no 1 nya....suaranya sukar dicari ganti...

ameng aku doakan kau beroleh keimanan dan petunjuk didalam sana..!!

janganlah kerana nafsu kau 'sampai hati' untuk memilih jalan hitam..
ingat 'sejujur manakah kata-kata' kawan yang mengheret kau hingga jadi begini...
janganlah lupa 'pesanan buat kekasih' untuk keluarga mu..
dan ingatlah 'bourgenvilla' itu sentiasa menunggu kau..bila2 masa..

3 comments:

M.Badri said...

rasa simpati pun ada juga kerana dia ditimpa musibah itu..apakan daya seorang manusia,kita buat kesalahan yg x disengajakan pun dihukum mengikut undang2..kalo ikutkan,manusia yg terdidik pun bnyak buat kesilapan..kata2 saya,kalo ada perasaan simpati terhadap org lain & masyarakat,saya yakin,stiap negara x payah nk ada undang2 pasal hukuman penjara ni..umpama seperti manusia buat benda tu,manusia juga yg kena benda tu..benda2 seperti ni,mcam x nak bagi peluang kpd manusia2 yg pernah buat kesilapan besar utk hidup seperti kehidupan normal..

M.Badri said...

hai,Azrul..nak tanya,kenapa x masuk Maharaja Lawak?? Ruginya kamu x masuk kat Maharaja Lawak tu..Cham mmg ada chance masuk Top3..walawe...

Anonymous said...

lepas tgk betul ke bohong baru tahu abg azrul pernah jd manager spring... saya memang minat group nie... moga abg ameng dpt petunjuk di sana ditambah dgn berkat doa isterinya yg solehah. amin...