Tuesday, March 23, 2010

menuju puncak..!!..AF


aku tertengok diari musim terbaru..dan masa itu kelas que haidar..kelas drama katanya..lalu si cikgu pun cuba untuk 'explore' perasaan dalaman anak2 murid nya berdasarkan lagu2 yang diberikan..ada lagu yang perlu bermain emosi dan ada lagu yang perlu 'nakal'..

pabila si cikgu menyuruh pelajar tersebut menyorot pengalaman silam ada yang 'terlebih' bagi..maksud aku terlebih gedik..mana taknyer ada yang tak mahu berkongsi kisah silam dan asda yang seperti mengada-ngadakan cerita..lalu ada seorang pelajar yang mendapat lagu stacy 'pakai buang'..cikgu menyuruh pelajar tersebut meluahkan rasa MARAH nya...tiba2 pelajar itu meraung menangis seperti di sampuk...
walhal cikgu menyuruhnya menunjukkan amarah dari jiwa..tak perlu pun menggunakan fizikal..ini tidak pelajar tersebut memukul2 cikgu que??..pada masa yang sama cikgu que cuba menenangkan pelajar tersebut dengan mengatakan tak perlu untuk menggunakan fizikal..fahamkah pelajar ini dengan arahan cikgu tersebut??..

dalam lakonan,pelakon akan diberikan skrip..dalam skrip ada dialog,direction,situasi,lokasi dan waktu kejadian..contoh seperti ini..

INT:bilik tidur-malam

ali cuba menghubungi aida..namun panggilan nya tak dijawab..diluar rumah hujan lebat..tiba-tiba kreditnya habis..tapi ali perlu menghubungi aida juga kerana khuatir dengan keadaan aida..

arahannya ali perlu call aida..
situasi nya ketika itu kredit nya habis..nak keluar rumah tak boleh sebab hujan lebat..
emosi: bercampur2..marah sebab aida tak jawap dan gelisah sebab takut dengan keadaan aida..
note: keadaan aida tidak diberitahu...jadi pemeran watak ali perlu 'exploite' situasi ini..

adakah ali perlu menangis sebab aida tak menjawap panggilan nya?..ataupun ali akan terus diam sahaja?..dan tunggu aida col..atau cuba juga untuk keluar rumah walaupun hujan lebat?..

apa yang penting disini ialah memahami arahan..bukannya mengikut arahan..kadang2 ada pengarah yang akan memberikan arahan macamana nak buat lakonan mengikut naskah skrip dan ada juga pengarah yang cuma beritahu kita situasi dan emosi untuk babak itu..jadi haruslah faham dengan arahan yang diberikan...

berbalik kepada kejadian di diari AF tadi...pelajar tersebut di minta untuk menunjukan perasaan marah berpandukan lirik lagu tersebut..dan dia boleh menggunakan pengalamannya untuk membantu perjalanan emosi lagu tersebut..harus diingat menyanyi sama juga seperti bercerita..perlu ada rasa,emosi..

jadi kalau marah tak semestinya perlu menjerit,memukul ataupun menangis..walau dengan hanya renungan mata yang tajam,olah tubuh yang sharp orang akan tahu yang kita sedang marah walaupun tidak mengeluarkan barang sepatah ayat maki sekali pun...

mereka perlu ingat..kena selalu sedar diri dan ruang dalam mempersembahkan sesuatu naskah...yang penting penonton/pendengar 'sampai' dengan apa yang kita buat..

betul tak cikgu que.

3 comments:

defoo said...

aku sebenarnya baca blog ko ni nak amik tip wahai sedara paparazzi ku hehe

kipas susah mati said...

alah..apa la yang ditahu sangat pasal ilmu nk mendalami emosi ni bagi pelajar itu semua..nyanyi pun tak seberapa sesangat nk berlakon menghayati lirik mahupun lagu apatah lagi..
ermm sekadar pendapat..kalau tak percaya lihatlah diari untuk minggu seterusnya dan seterusnya..

norinaomar said...

tak faham arahan la tuu..takde prasaan nak tgk AF skarang ni..hny tonton untuk ambil tahu je