Monday, April 06, 2009

ok ke ekonomi kita..??

MALAYSIA'S CIMB TO CLOSED 60 BRANCHES...reuters

KUALA LUMPUR,April 6- Malaysia's second largest lender CIMB BANK will closed neraly 60 surplus branches this year to save up to 60million ringgit ($16.77 million) annualy,locally daily the Malaysian reserve reported on monday....

petikan di atas adalah daripada Reuters..apa perasaan korang apabila membaca berita tersebut..apa perasaan pekerja-pekerja CIMB yang hanya mengetahui perkara ini melalui internet..apa perasaan pekerja-pekerja CIMB ini yang masih tidak mengetahui branch mana yang akan ditutup...berita itu juga mmemetik yang pihak pengurusan CIMB akan mengesyorkan kepada pekerja-pekerjanya untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan...layari http://malaysia.news.yahoo.com

aku teruja apabila Perdana Menteri yang baru sebelum dilantik membuat satu nada yang berbau 'syurga'...rangsangan ekonomi berjumlah 60 billion ringgit.....wow!!..banyak tu...tak habis sampai kiamat..!!...namun apabila difikirkan dimana logik nya gerangan duit itu...mana datangnya duit itu....?? aku terdiam..dan fikiran ku mula berkecamuk..(mungkin korang pun sama )...

CIMB merupakan syarikat GLC (goverment listed company)..maksudnya khazanak nasional ada pegangan didalam saham CIMB...dulu bank ini dikenali dengan nama bank bumiputera..selepas di swastakan di panggil CIMB..adakah penutup CIMB ini akan di 'bailout' nanti oleh skim 60 billion??...adakah ini salah satu cara 'pembelit-pembelit' ekonomi negara membuat duit..jangan kita lupa yang satu ketika dulu banyak syarikat 'GLC' di bail out....dengan alasan pengukuhan ekonomi...

bila Najib membuat pengumuman tentang 60 billion ini..ramai yang terkejut...ada juga yang bersorak...Anwar Ibrahim awal2 lagi telah memberi amaran..Mahfuz Oamr juga memberi peringatan...sebabnya Budget yang lepas pun sebanyak 7 billion masih tak terkawal..ini kan pulak 60 billion...

sebagai rakyat apa yang kita dapat?...serpihan mungkin..??...ahaks..

adakah semua ini percaturan Najib untuk mengukuhkan empayarnya...ataupun memang Najib telah mempunyai perancangan untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara kita.??...

terfikir juga akal nakal ku...sebab itu mantan perdana menteri Tun Mahathir masuk semula ke UMNO..!! sebab tak ada orang yang Najib boleh percaya untuk 'mengawal' rangasangan bernilai 60 billion itu..

aku pula tunggu dan lihat....tak dapat makan dapat bau pun jadi lah...kata Ahmad Nisfu..

Wednesday, April 01, 2009

pilih dan raya datang lagi !!

ayuh semua orang kampung yang merasakan diri mereka orang bandar...
kumpul semua baju dan barangan moh kita kelik ke kampung..
kata sedara kat sana...ada perayaan yang akan berlangsung..
kalu tak balik nanti rugi..rasa macam hidup tak tenteram...

ayuh semua orang kampung...
bersiap sedia menyambut orang bandar..
yang sedara bukan sedara kita sambut sama sahaja..
kerna mereka ini pembawa rezeki pada kita..

ayuh semua kuli-kuli..
kosongkan poket agar boleh diisi..
nanti ada imbuhan yang sedang menunggu..
ingat aturannya..hanya angguk sahaja jangan geleng..

ayuh semua penunggu rezeki..
banyak lagi tiang,pokok dan jejantas yang masih sunyi..
jom kita meriahkan dengan bendera pelbagai warna..
agar kampung kita sama 'gah' nya dengan kolumpor...

ayuh semua orang-orang luar..
kalau datang kampung kami bawa budget lebih lebih..
agar kekayaan yang ada dikongsi bersama..
jangan kedekut sangat nanti tuhan marah..

ayuh semua balaci..
jangan angkuh sangat...nanti orang kampung lari..
lari mengikut pintu belakang,...
sebab pintu depan dah ditutup..

ayuh semua orang...
kena ingat perkara ini..
"undi anda adalah rahsia"...
yang penting orang kampung hepi bebonar...