Sunday, March 29, 2009

Perihal...Warung kita...

salam..

aku masih dalam keadaan yang penat...batuk masih ada...badan terasa lemah bilamana aku menjalani shooting untuk program terbaru RTM di utara...di Ipoh cuaca tidak menentu..kejap hujan kejap panas...aku terpaksa berulang alik dari Ipoh-KL selama 3 hari berturut2 sebab ada recording zoom in di RTM...penat tapi puas!..

dalam menjalani shooting,aku terasa penat dan lelah ku selama ini hilang begitu sahaja bila aku berada di Taiping...sebabnya,semasa aku shooting di Muzium Taiping aku disapa oleh satu family...mulanya aku seperti biasa kerna mereka mengenali diriku namun aku menjadi begitu kaget apabila family tersebut menyatakan kedatangan mereka ke Taiping disebabkan aku!..aduh...terkejut aku...kata mereka,selepas menonton prog Warung Kita di Astro Prima tempoh hari mereka begitu teruja untuk merasai Mee Udang Mak teh yang terletak di kuala Sepetang..mereka datang dari Sungkai..semata2nak merasa Mee tersebut..dan mereka mengucapkan terima kasih kepada prog warung kita..kalau tak mereka tidak tahu di hujung kampung ini ada Mee udang yang sedap..

kemudian datang lagi satu family..bergambar kenangan dengan aku..dan pakcik yang usianya sekitar 60an menyatakan dia amat meminati cara aku mengendalikan prog warung kita..dia berdoa agar aku akan menjadi pengacara popular...aku menjadi sayu bila mendengarnya...aku amat berterima kasih pada pakcik tersebut dan juga family nya yang menyokong perjuangan aku ini...

memang tidak dinafikan..perjuangan aku baru bermula..walaupun banyak rintangan dan juga liku2 dalam mengapai kejayaan...aku juga teruja apabila di tawarkan untuk menjadi Dj gantian di Sinar FM tempoh hari...sepatutnya aku on air selama 1 minggu namun disebabkan clash ngan shooting aku maka aku boleh on air cuma 2 hari sahaja..nampaknya aku kembali on air di radio..hehehe...

apapun aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pemerhati karier aku...antara nya Rina di HQ Astro..yang sentiasa menyokong aku...walaupun dia sering duduk didepan pintu North Entrance menyambut tetamu yang datang tapi dia tak lupa kepada 'tetamu' yang tidak melalui pintu itu....ahaks..

bak kata pepatah...alang2 genggam arang biar sampai jadi abu...

chow..

Sunday, March 08, 2009

antara jebat dan YB Nizar

Jebat..
berjiwa pahlawan kawan baik tuah..
nizar..
berjiwa rakyat kawan baik semua kaum..
Jebat..
pandai bersilat perkasa orangnya..Nizar..pandai pidato murni hati budinya..

Jebat..
penuh semangat setiakawan..tak kira malam atau siang..
Nizar..
penuh semangat juang..walau di cemuh,tohmah dan benci..
Jebat..
bukan derhaka pada sultan yang diingini tapi menegak kebenaran yang diberi..

Nizar..
dituduh Derhaka pada sultan..demi menuntut keadilan sejagat..
Jebat..
di hukum berlawan dengan Tuah..
akhirnya mengalah bukan sebab kalah namun demi tuah yang dikasihi..
Nizar..
dihukum meletak jawatan walaupun kebenaran terserlah..
keluar dari Rumah Rasmi bukan sebab diusir namun perjuangan lebih utama..

Jebat..
mungkin Mitos atau nyata..
Nizar..
memang Wujud..terus berdiri sebagai Pejuang Rakyat..
Jebat..
waktu kalah dengan Tuah..di akhiri dengan ALLAHUAKBAR..
Nizar..
waktu di usir turun dari kerajaan..diiringi dengan ALLAHUAKBAR..

Jebat dan Nizar sama sahaja..
pejuang yang ditindas demi kepentingan MAWAS!!

Tribute to Alleycats..( Datuk David )

sampaikan salam..
dah jadi datuk sekarang..
hingga akhir nanti...
tak payah tunggu dia takde baru nak bagi..

seribu bintang..tak sama dengan bintang kurnia ini..
andainya aku pergi dulu sebelum mu..
Loga tersenyum disana..
setahun sudah berlalu..

tapi tahun ini special bagi Datuk David Arumugam
rayuan di puncak genting..
tak perlu merayu-rayu seperti sesetengah orang lain..
layang-layang terputus talinya..
akhirnya Datuk David mendapat apa yang diperjuang kan..

Jika kau bercinta lagi..
tidak dengan cinta mereka pada seni..
sekuntum mawar merah..
untuk Loga di pusara..
kerana kau..aku mengenali muzik..
beribu batu..
aku mengembara seni ingin menjadi seperti kau..
senandung semalam..
Datuk David..all my tribute to u like..
hingga akhir nanti..

s.a.m.a.n

sapa saman sapa?..
rakyat saman kerajaan..
kerajaan saman rakyat..
rakyat saman rakyat..
rakyat saman saman..
saman saman saman..
saman sama sapa?
saman sama kerajaan..
saman sama rakyat
saman sama saman
saman saman saman..
saman tetap saman..
saman tetap saman
saman tetap ada
saman tetap kena
saman saman saman..
saman itu apa?
saman itu duit
saman itu rasuah
saman itu cinta
saman saman saman..
saman itu siapa?
saman itu nama
saman nama sapa
saman nama pejuang
dato wan mat saman!

kisah sebatang pokok..

dulu masa aku sekolah rendah cikgu selalu cerita..
asalnya nama negeri melaka terkisah dari sebuah pokok..
kagum aku..tapi tak pernah jumpa pokok tu..

di tempat kita banyak nama yang berkisah pada pokok..
di kedah ada pokok sena...di penang pun ada nama tempat di panggil pokok sena..
dulu kalau aku sakit mak bapak aku bawak pi klinik kat pokok sena..

kalau orang dulu-dulu cakap mesti berfalsafah..
POKOK nya mesti ada jiwa melayu..
orang india juga suka pokok..
kalau kenduri orang india mesti ada pokok kelapa..
orang cina pun suka pokok...tapi aku lupa nama pokok mereka..

sekarang ni pokok semakin popular..terutama di negeri 2 MB..
kat saner ada satu pokok..pokok diberi nama..pokok IPOH..
aku nak pergi saner nanti nak amik gambar pokok tu..
takut nanti pokok tu kena tebang..sebab langgar perintah negeri!!

satu hari di Kolumpur

aku dalam perjalanan ke bkt bintang..
bukan untuk bersuka tapi nak cari barang..
bukan barang baik punyer tapi barang komputer..

aku masih dalam kereta..
dari jalan klang lama nak masuk ke jalan mahameru..
tiba-tiba kereta aku tak bergerak..
bukan sebab rosak tapi kereta depan aku tak bergerak-gerak..

aku musykil..aku nak tahu kenapa?..
aku tengok kiri dan kanan..semua muka masam mencuka..
bukan sebab bergaduh laki binitapi sebab bosan tunggu dalam kereta..

tiba-tiba semua takut..
aku takut jugak tapi buat-buat berani..
nak tahu nak tengok apa yang terjadi..
kot-kot ada yang baik punyer boleh aku lihat..

semua orang kelam kabut..
semua berbaju putih macam budak-bidak sekolah..
tapi aku tengok semua dah tua bangka..
aku jadi teruja aku matikan radio dalam kereta
aku buka tingkap sedikit nak ambil tahu pasal sekeliling..

tiba-tiba ada seorang pakcik lari sambil menangis..
bukan sebab takut tapi naluri keberanian dah mencapai tahap maksima..
aku lebih teruja..apa yang berlaku nih??..

rupa-rupanya..
ada segerombolan angkatan seragam hitam sedang meraikan kenaikan pangkat mereka
dengan menyembur air dan gas tiruan di udara..
ada pesta rupanya!!