Monday, December 29, 2008

cik mek molek...

masa tgh shooting for program warung kita kat alor setar.....new astro program coming soon..

Saturday, December 27, 2008

terlupa...

kadang-kadang kita terlupa ada orang yang susah..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang senang..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang sengsara..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang dianiaya...

kadang-kadang kita terlupa ada orang yang menyayangi diri kita..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang senang dengan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang percaya dengan kita...
kadang-kadang kita terlupa ada orang yang benci dengan kita..

kadang-kadang kita terlupa ada insan yang memerlukan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada tuhan yang menjadikan kita..
kadang-kadang kita terlupa ada kiblat yang patut disembah..
kadang-kadang kita terlupa ada dosa yang pernah dilakukan...

kadang-kadang kita terlupa tentang pahala dan amalan yang akan ditinggalkan..
kadang-kadang kita terlupa tentang cinta dan perasaan orang yang disayang..
kadang-kadang kita terlupa tentang jihad dan pengorbanan..
kadang-kadang kita terlupa pada jasad dan roh dalam diri kita..

kadang-kadang kita terlupa siapa diri kita..
kadang-kadang kita terlupa tujuan hidup kita..
kadang-kadang kita terlupa siapa tuhan kita..
kadang-kadang kita terlupa sampai bila hidup kita??

Saturday, December 06, 2008

TRIBUTE TO MAWI DAN EKIN..SELAMAT PENGANTIN BARU

apabila Mawi masuk AF..semua belum mengenali siapa dia..
apabila Mawi menang AF..semua mahu menjadi kawan dia...
apabila Mawi balik Felda..semua mengaku juga berasal dari Felda..
apabila Mawi balik kampung...semua mengaku saudara maranya...

apabila Mawi masuk youtube...semua kata dia lalok..
apabila Mawi baca doa..semua mahu dia jadi menantu..
apabila Mawi menang anugerah...semua kata itu nasibnya..
apabila Mawi putus tunang...semua kata dia tak kenang untung nasib..

apabila Mawi jadi duta PowerRoot..semua suka minuman itu..
apabila Mawi berlakon filem...semua tak sabar nak mengutuk juga memuji..
apabila Mawi kehilangan ayahnya..semua simpati macam dah kenal bertahun..
apabila Mawi di gosip bercinta...semua menyumpah seranah pasangannya..

apabila Mawi kenal Ekin...semua kata Ekin pakai guna-guna..
apabila Mawi tak cakap apa-apa pasal Ekin..semua kata biasalah artis nak cover line..
apabila Mawi cakap dia nak kahwin..semua mula membuat spekulasi..
apabila Mawi sah nak kahwin..semua kalut nak tahu berapa hantaran Mawi...

apabila Mawi kahwin astro cover..semua tak puas hati sebab tak mendapat undangan..
apabila Mawi cerita kahwin nak naik helicopter..semua tertanya-tanya NURI atau EUROCOPTER??..
apabila Mawi pening fikir pasal hantaran..semua kelam kabut nak tumpang sponsored..
apabila Mawi sah menjadi suami EKIN...semua menderita kononnya telah tiada lagi LELAKI MELAYU TERAKHIR...

apabila Mawi dan Ekin berkahwin...semua mata pasti tertumpu di saluran tv..

apabila Mawi dan Ekin berkahwin..aku masih berdengkur di atas katil ku...