Thursday, February 28, 2008

perihalku...pilih dan raya

salam..
rasanye sume dah tak sabar nak menunggu pilih dan raya bermula..bagi yg reti apa itu hak pasti akan menggunakan peluang ini untuk memilih mereka yang dilihat berkaliber untuk memimpin..tapi bagi yang tak lepas had umo,masa ni lah diaorg nak buat duit sebab boleh buat keje part time gantung poster,pasang bendera..berarak..kempen dan macam2 lagi..

bagi aku pilih dan raya kali ini memang dah nampak sapa yang akan memerintah kerajaan..sebab dari awl2 dah termaktub kemenangan MEREKA..apa pun aku tetap ada pendirian..tetap ada falsafah dan tetap ada idealogi aku..

kali ini kita akan menyaksikan pertembungan banyak pihak..namun yang menarik perhatian aku ialah penyertaan seorang nenek di kuala trengganu untuk menjadi calon..penah tak terfikir oleh orang yang seorang nenek berusia 80 tahun untuk menjadi seorang wakil rakyat seandainya dia menang..yang menariknya dia menjadi calon bebas di kawasan panas dimana pertembungan diantara mat sabu dan juga datuk apa ntah nama dia..lebih baik kirenye anak,cucu,saudara pada nenek ni nasihatkan nenek ni duk kat rumah je ler..tak payah susah2 nak jadi calon..yang lebih penting mana dia dapat duit untuk menjadi calon bebas..adakah dari sumber yang sahih atau sumber yang toheh...

dah nama pun politik kan..itu ler warnanya..aku ingin bercakap tentang rancangan realiti..sebelum aku menyertai rancangan realiti ini aku sering berfikiran terbuka dengan apa yang berlaku..namun setelah menjadi peserta pada rancangan realiti barulah aku tahu dimana politiknya...bukan tidak pernah membenarkan yang benar namun sebagai manusia yang mempunyai nafsu untuk menang pastinya aku agak tersentuh dengan apa yang berlaku..namun biarlah ianya menjadi satu rahsia hidup aku selama-lamanya..

apa pun kepada mereka yang nak keluar mengundi nanti pilihlah wakil yang boleh buat kerja..yg boleh menjadi wakil rakyat yang sah dan adil..bukan menjadi wakil kepada rakyat..dan bukan memilih mereka yang rakyat memilih wakil..

apapun jangan berhenti mengundi kumpulan cham..ahaks...

oraaaiittt

Saturday, February 23, 2008

raja lawak 2...week 6


peri...raja lawak minggu 6...

alooo...hensem..good morning..sori ahh menggangu...ahaks

perihalku....Raja Lawak Minggu Ke 7

salam..

bagi mereka yang menyokong industri seni pasatinya tahu akan wujudnya program realiti astro prima iaiti raja lawak 2..aku tak mahu bercerita lagi tentang rancangan ini secara am..kerna bagi aku rancangan ini mempunyai 'aura' yang tersendiri...

dari minggu ke minggu alhamdulillah kumpulan aku CHAM dapat melaksanakan tugasan yang diberikan walaupun kekadang tidak pernah memuaskan hati sesetengah pihak..yang penting bagi CHAM ialah kepuasan apabila membuat persembahan dipentas dan mendapat sorakan dan tepukan dari penonton..

minggu ke 7,kami diberikan tugasan yang mencabar iaitu bebas untuk berkarya...bebasa melakukan apa saja..namun mungkin bagi korang dengar cam mudah je tapi bagi kami untuk yang membuat kan kepala buntu kerana kalu boleh apa yang ada dalam kepala otak ni nak dikeluarkan untuk tatapan hadirin...

dan yang lebih mengejutkan ada task yg diberikan pada hari persembahan..ahaks cuak jugak kitaorg namun disebabkan ada sekelumit pengalaman maka perasaan itu hilang begitu sahaja..

aku ingin menyentuh tentang persembahan kumpulan CHAM..bila tiba komen dari juri yang bernama Radhi Khalid..dia kata kumpulan aku cuba untuk mem'popular'kan AF...sori bro itu bukan matlamat kitaorang..adakah semasa kami membuat persembahan dia tidak peka??..ataupun cara pemahaman dia menjurus kepada apa yang berlaku didepan mata..tidak selepas pandangan yang jauh?..faham tak korang..ahaks aku ni kalau dah start menulis mula ler keluar ayat2 songsang..hehee

back to our topic..secara keseluruhan persembahan kami khusus nya content atau isi didalam nya menjurus kepada program realiti itu sendiri...tak kira lah apa jua pertandinga realiti pasti ada fenomenanya...memang tak dinafikan yang akademi fantasia merupakan pintu ataupun ruang bagi program2 realiti yang lain bertapak di negara kita..setuju atau tidak terpulang kepada korang....

kalu diperhatikan lirik lagu kitaorg semlm lebih kepada peringatan kepada mereka2 yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti ini...cuba hayati bait2 ini..

bukan mudah nak jadi pelawak macam kami..
bukan mudah nak jadi penyanyi macam mawi..
jangan buang masa pergilah 'recky'
manalah tahu ada rezeki...
muka kena tebal..
hati kena berani..
bila kena maki..
buat tak tau aje..
bila dah popular
kena ngadap reporter
bila dia tanye
jawab selamba..
baru kau boleh jadi artis realiti...

itu hakikatnya..betul tak..lain kali sebelum nak komen orang kenalah dengar.teliti,perhati betul2..bukan niat kitaorg nak mainkan lagu tema Af tu saja2...dah memang lagu tu popular dan boleh kita katakan itu lagu 'national anthem' untuk semua program realiti di mesia..

bak kata kumpulan aku....apapun..

kena....

oraaaiiiittt....

chill out

Thursday, February 14, 2008

peri dan hal ku...

salam..
kelmarin genap aku berusia 34 tahun...bermaksud 6 tahun lagi aku akan berusia 40an..terfikir akan diriku adakah aku patut meneruskan perjalanan seni ku atau beralah saja..namun berdetik dihati kecil ini semua adalah impian yang aku pupuk sejak dulu..memang terasa agak lambat untuk aku mengecapi nikmatnya insan seni,tapi semua itu juga bukanlah satu halangan...

tersenyum aku bilamana aku terkenangkan saat2 aku menjejakkan kaki aku di kotaraya ini..dengan tujuan ingin menjadi seseorang yang bergelar insan seni..akhirnya aku berjaya jua dengan berkat usaha dan juga doa dari orang2 yang rapat denganku..

memang banyak cabaran dan rintangan yang aku tempuh..namun biarlah semuanya menjadi anyaman pengalam peribadi aku yangmana mungkin akan aku ceritakan buat anak cucuku..

34 tahun bukan masa yang singkat..34 tahun bukan semua masa itu aku berikan untuk seni..34 tahun juga bukan aku sia2kan..dan 34 tahun juga tidak semua aku gunakan...

niat untuk menjadi insan seni bukanlah untuk mencari populariti..kerna bagi aku popular itu akan datang sendri tanpa dipaksa..sama jua dengan kisah dikampung...pak mat,mak jah,abang seman semuanya tak perlu masuk af,malaysian idol mahupun berlakon secara kecil-kecilan kerna mereka juga tetap popular di kampung mereka..

apa itu popular?..adakah perlu ada di setiap jiwa insan??..

aku popular...kau juga popular tapimungkin dalam medium yang berbeza..

chow

Wednesday, February 13, 2008

perihalku...raja lawak 2

salam..

mental block..ahaks...itu yang boleh aku katakan bila aku ngan partner aku tak dapat berfikir secara waras dan cuba mencari idea utk tugasan minggu ke 5..anyway thanks god ditemukan pulak dengan brilliant person si mamat khalid..memang tak dinafikan dia merupakan salah seorang trainer yang mengambil berat dengan anak2 buahnya..bayangkan dia amat risau dengan kitaorg sampai boleh lepak sampai petang semata-mata untuk memastikan yang kami tak 'lost' masa show nanti..

bagi aku ini peluang yang ditunggu sebab bukan senang untuk meluangkan masa dengan orang2 sebegini...banyak yang aku pelajari dan aku dapati mamat khalid seorang yang ihklas dalam berkarya...

inilah yang dikatakan otak manusia sama seperti mesin..selalu digunakan tanpa had satu ketika otak kita akan jamm sekejap..

alhamdulillah akhirnya dengan bantuan mamat khalid kami dapat idea dan juga gags yang diperlukan..

chow

Sunday, February 03, 2008

foto dari Raja Lawak 2...Kump CHAM













Raja Lawak 2 Astro


salam...

gambar yang tertera diatas adalah aku dan juga partner aku dalam raja lawak 2 astro..group kitaorang kita namakan CHAM...

sebenarnya penyertaan aku dalam raja lawak ni cuma untuk mencabar minda dan bakat aku..adakah aku boleh membuat lawak yang spontan dan juga daya tahan yang kuat bila bertanding...nasib baik aku ada partner yang naturaly kelakar..anyway nama CHAM tu diambil dan dipilih kerna CHAM dalam bahasa cina bermaksud campur..jadi kami campurkan idea for our performance...anyway support us all the bloogers people..dun 4 get watch out raja lawak 2 evry friday 9pm at astro prima

chow