Monday, November 24, 2008

perihalku..confuse??

salam...

tadi pada tanggal 23hb nov jam 4 ptg aku lepak di restoran pelita ampang dengan kawan aku adik..sambil menyembang kami memerhati sekeliling...hujan lebat waktu itu...ramai orang di restoran...dalam kerancakan bersembang mata aku terpaku pada brother sebelah meja aku...

mata aku terpaku pada tulisan di tshirtnya...dia berserta kawan2 nya memakai tshirt yang sama...bersongkok dan muka nampak seperti pendekar kehilangan keris!...

tshirt nya tertulis "SOKONG ISA"...depan dan belakang...mereka seperti mahu ataupun balik dari satu destinasi...aku tak peduli dari mana mereka datang...namun tshirt itu menarik perhatian aku....

lalu aku teringat yang pada 23hb nov ini dikhabarkan ada perhimpunan membantah ISA di pandan indah dan akan dirasmikan oleh Anwar ibrahim...dalam fikiran aku mungkin mereka ini juga akan turut serta didalam perhimpunan itu walaupun ideologinya berbeza...dan juga cetakan di tshirt yang sememang nya berbeza...

aku dengan ringan mulut menegur salah seorang dari mereka...

soalan yang keluar....."bro..malam ni pergi pandan indah ker"
namun tidak dijawap oleh brother yang aku tanya...sebaliknya dijawap oleh membernya yang lain...jawapannya..."kat pandan indah bukan kita orang"...
aku tanya lagi..."oh...so ada buat apa2 perhimpunan ke atau aktiviti.."
jawapan dari orang yang sama..."..yang pergi pandan indah malam ini semuanya KAFIR"..

aku tersenyum...lalu mereka mengalih tempat duduk ke meja lain...brother yang jawap pertanyaan aku lalu di belakang aku...lalu aku menjawap..."fatwa tak cakap macam tu takpa boleh pergi.."

member aku tersenyum...kawan brother itu pun tersenyum...

yang menjadi persoalan aku...kenapa orang yang menjawap itu perlu berkata sedemikian rupa??..sedangkan dia sendiri tidak memakai tshirt "SOKONG ISA" itu...kawan nya yang memakai tshirt tersebut pula hanya diam...aku juga tidak memakai apa2 tshirt yang menandakan aku menyokong atau tidak...aku melayu dan brother itu pun melayu...aku bersunat brother itu pun bersunat..aku suka ronggeng brother itu pun sama...namun kenapa dia menjawap sebegitu rupa.....

kalau lah orang bukan melayu yang bertanya pada nya adakah dia akan memberikan jawapan yang sama seperti dilemparkan pada aku...aku rasa mungkin tidak...paling kuat pun dia akan mengajak orang bukan melayu itu untuk menyertai gagasannya...baru dia boleh berkata seprti apa yang diperkatakan padaku...

sampai sekarang masih terbayang wajah dan jawapan dari brother itu...minta izin dari ALLAH agar aku dipertemukan semula dengan brother itu kerana aku ingin bertanya kembali padanya..."berapa banyak yang dah jadi kafir di pandan indah"...

5 comments:

Anonymous said...

Politik.... Memecahbelahkan orang Melayu yang sememangnya layu... Besatulah kembali, lupakan perbezaan politik

Anonymous said...

puas cari blog awk. jumpe pun!

Tipah said...

apa ada kat pandan indah ar???

Anonymous said...

salam..ye btol politik memecahbelahkan org melayu so pikir lah sndiri spe yg buat semua nie...owh pasal 'SOKONG ISA' kat pandan indah 2 kew..?asal 'bro' 2..?dah xsyg mulot dah ke..??salam..

Anonymous said...

politik..politik...politik....
hmmm bosan arrr...
tp ble denga cite nie...
ase geram lak kat bro 2...
btul3 bro 2 da x syg mulot ke???
klau aq yg ade kat tmpt 2 lbam mte mamat 2...huhuhu
brani ke???