Saturday, October 04, 2008

my dream come true....





salam...

semua manusia punya cita2..begitu juga dengan aku...dari kecil aku memang meminati bidang seni...kalu tak,masakan umur aku baru mencecah 6 tahun dah menyanyi dengan live band untuk majlis hari raya di tempat aku..aku juga 'pelopor' lagu rock di sekolah aku..kerna aku menyanyikan lagu 'cinta buatan malaysia' daripada kump search pada hari guru sekolah aku..walaupun waktu itu tidak ada minus one namun atas inisiatif cikgu aku,dapatlah aku menyanyikan lagu itu walaupun suara Amy masih kedengaran..hehee..


sememang dah menjadi lumrah,kalau ada apa saja festival di sekolah aku,cikgu akan mencari aku untuk menjadi penghibur.mungkin sudah takdir dan juga ketentuan ilahi...
aku pernah bekerja macam orang lain jugak..kerja kilang,hotel,pub,ofis dan berniaga di pasar malam,jual pen..jual burger..cuci pinggan di restoran semuanya aku dah try..namun bidang seni juga yang menjadi noktah perjalananan pekerjaan aku.walhal aku belajar dulu tidak ada kena mengena pun dengan bidang yang aku ceburi...aku belajar jurusan elektrik di teknik dulu...ahaks


memang benar kata pepatah...mahu 1000 daya..tak mahu seribu dalih...i'm proud of my self..

gambar-gambar diatas membuktikan yang aku pernah dan sudah 'bergaul' dengan artis...aku pernah merasa naik pentas dengan ziana zain sewaktu dia membuat show untuk annual dinner kilang tempat aku kerja...aku pernah merasa tempias pertama sebagai peserta realiti show di tv3 dan aku pernah berpeluk bahu dengan baby erin masa show di pesta penang...
yang menariknya satu kebetulan ataupun satu kepastian aku dan mereka2 ini sekarang menjadi kawan...terutama dengan baby erin yang boleh dikatakan menjadi kawan kamcing aku ketika ini..kerna persahabatan kami terjalin juga di atas pentas...iaitu pentas teater...aku dengan dia berlakon sekali dalam PGLM & PRTM...hehehe..kelakar siot!...aku pernah tunjukkan foto ini padanya..kami tergelak2 bila bercerita tentang hal ini..kerna aku dulu peminat RES'2...hehehe...
itulah hakikatnya...kalau kita terus berusaha nescaya kita akan berjaya..
seperti kata iskandar dzulkarnain-"tiada perkara yang mustahil bagi manusia yang berani"..
kata-kata ini lah yang aku pegang selama ini...
chow..

9 comments:

Anonymous said...

very nice! hahahahaha

artsoul said...

slam aidilfitri :)

Anonymous said...

Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan

LeeN said...

huhu.....slimmmmm molimmm

Elsa Asri said...

inspiring

azlishukri said...

salam aidilfitri.

Anonymous said...

Azrul, Jom ke Radio Kamek. Revolusi Muzik lagi best daripada Jus Radio. Lagi real time dan LIVE. Jus nie tak pekat. Banyak air jer... Kita tak nak jus, kita nak pati. Lagi SEDAP! Hehe..... Lagi Keren... http://radiokamek.addonmedia.com.my

Anonymous said...

encem ar dlu...
slim je...
tp skang pown encem gak...
stylo gler...

Sofya said...

sekarang lagi hensem la...