Friday, December 28, 2007

perihalku...berkata-kata

salam...

banyak perkara yang bermain dikotak fikiran aku ketika ini...antara kemeriahan,kedurjanaan,ketakutan dan juga kesyukuran...semuanya berkaitan dengan kehidupan...semalam aku dikejutkan dengan kisah kedurjanaan...kematian Benazir Bhutto mantan perdana menteri pakistan yang terbunuh angkara bangsa sendiri..angkara kekalutan politik dan juga yang penting sifat hasad dengki...hasilnya kematian seorang pemimpin yang berkaliber..wanita islam pertama yang memerintah kerajaan..

semuanya berkaitan dengan prinsip..aku punya prinsip,korang pun punya prinsip...namun adakah prinsip yang dipegang itu kelak akan menjadi tunjang perjalanan hidup kita?..mungkin ya dan mungkin tidak sama sekali..kerna manusia punya hati dan perasaan yang boleh berubah..kalau dulu pepatah pernah mengatakan rambut sama hitam hati lain2 tapi sekrang telah berubah sama sekali kerna rambut masing2 telah diwarnakan begitu juga dengan hati yang sedikit demi sedikit akan mempunyai pelbagai warna..

negara kita juga pernah bergoncang dengan masalah prinsip..ingat lagi 13 may,gelombang reformasi,kekalutan UMNO apabila di haramkan..ops lalang dan yang terkini ops parlimen..namun negara kita masih ada sopan santunnya..masih ada tatasusilanya walaupun kekadang ditiup angin malam yang membuat tulang dalam sedikit dingin...tapi roh hormat masih utuh..alhamdulillah...

aku juga punya prinsip yang kuat...sering menjadi pemangkin buat aku...aku pernah melalui zaman susah dan itu yang menyebabkan prinsip aku kuat menunjang roh aku...aku tidak boleh hidup dengan orang yang berpura-pura berpegang kepada prinsip namun boleh bertukar mengikut sedap hati mereka..apa kejadahnya!!

apapun aku harap negara aku terus makmur walaupun banyak yang berperang dengan prinsip...kerna bagi aku negara yang maju mesti mempunyai semangat 'check & balance'..pembangkang kena kuat dan kerajaan kena teguh barulah negara kita disanjung dan dihormati..

reform...back for good...

chow...

Tuesday, December 25, 2007

peri dan hal ku...

salam..

agak lama jari jemari aku tidak menari di papan keyboard dek kerna terlalu sibuk dengan tugas harian..namun keinginan untuk 'memberitahu' kepada kerabat blogger ape yang berlaku pada aku memang meluap-luap...

selepas aku melangkah keluar dari dunia penyiaran radio aku kini terjun ke dunia penyiaran tv pulak...dan kali ini tugas dan cabaran aku lebih berat kerna aku perlu berjumpa dengan orang-orang besar di negara aku...

kini aku bergelar pengacara tv...dan rancangan aku di beri tajuk 'kawasan saya'...mungkin ramai yang tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang rancangan ini...aku pun dulu ada ler jugak tertengok rancangan ini...hehehe..namun kini aku tahu apa pentingnya rancangan ini...banyak perkara yang akan aku ceritakan...

namun kini tinggalbeberapa hari saje lagi untuk membuka lembaran baru dengan azam baru dan juga tekad baru...

chow